Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Power Bank Berkualiti di bawah RM100 Yang Boleh Diharap

Kekalkan bateri phone anda dengan pilihan power bank yang murah ini

Power bank merupakan gadget yang menyimpan tenaga elektrik untuk mengecas gadget lain. Ia juga merupakan satu keperluan yang terpenting pada  zaman yang serba moden ini kerana pengguna tidak mahu telefon pintarnya kehabisan bateri ketika travel atau di luar kawasan  yang tidak mempunyai plug untuk mengecas phone, jadi mereka menggunakan power bank untuk memastikan phone mereka terus digunakan. Terdapat beberapa pilihan power bank oleh kami yang memenuhi cita rasa anda dan semuanya di bawah RM 100.

Power bank kapasiti besar terbaik untuk travel
Power bank kapasiti besar terbaik untuk travel
Semak Remax Proda Series 8J harga dibawah:

Remax Proda Series 8J merupakan power bank yang mempunyai kapasiti sebanyak 30,000 mAh menjadikan power bank ini mampu mengecas Samsung Galaxy S5 yang menggunakan bateri berkapasiti 2800 mAh sebanyak 11 kali daripada 0% kepada 100%. Kerana kapasitinya yang besar, power bank ini sesuai untuk keadaan travel yang jauh. Ia juga tidak mudah overcharging dan overheating.

Terbaik untuk mengecas telefon pintar Android
Terbaik untuk mengecas telefon pintar Android
Semak Pineng PN-999 With Cable Pineng PN-306 harga dibawah:

Pineng PN-999 mempunyai 20,000 mAh dan mampu mengecas phone pintar seperti samsung galaxy S5 sebanyak 5 kali. Power bank ini selamat digunakan untuk telefon android kerana ia disertakan dengan  kabel cas Pineng PN-306. Kabel ini mempunyai micro USB interface bersesuaian untuk semua peranti android. Pada masa yang sama, power bank ini mempunyai cip pintar yang dapat mengesan arus voltan yang dilalui dan ada di dalam ia untuk mengelakkan litar pintas dan overheating ketika mengecas ia atau telefon.

Power bank yang tersangat nipis
Power bank yang tersangat nipis
Semak Xiaomi Mi Power Bank 5000 mAh harga dibawah:

Xiaomi Mi Power Bank 5000 mAh mempunyai lebar sebanyak 9.9mm dan seberat 155g merupakan power bank paling nipis dan ringan di dunia sehingga pengguna tidak perasan ianya di dalam poket. Power bank ini mempunyai kelebihan untuk reset jika power bank secara tiba-tiba tidak berfungsi secara normal. Pada masa yang sama, ia juga mempunyai pelindungan daripada voltan input lebihan, litar pintas dan mengesan jika charger tidak dimasukkan dengan betul serta menghentikan proses mengecas.

Power bank dengan Quick Charge terbaik
Power bank dengan Quick Charge terbaik
Semak Koakuma 15000 mAh harga dibawah:

Koakuma 15000 mAh mempunyai kelebihan quick charge 3.0 output menjadikan 27% mengecas lebih laju berbanding 2.0 di mana pengguna mampu mengecas telefon mereka sehingga 4 kali ganda lebih pantas daripada cas biasa. Ia juga mampu dicas semula kurang daripada 6 jam dan jimat 50% waktu untuk mengecas semula berbanding power bank lain.

Power bank yang menggunakan tenaga solar terbaik
Power bank yang menggunakan tenaga solar terbaik
Semak Lenovo Solar Power Bank harga dibawah:

Lenovo Solar Power merupakan inovasi power bank yang mengamalkan konsep mengekalkan alam sekitar. Hal ini kerana power bank ini ini boleh di cas menggunakan tenaga solar di samping daripada menggunakan tenaga elektrik pada soket. Ia juga mempunyai kapasiti sebanyak 20,000 mAh dan merupakan kapasiti yang tersangat besar bagi power bank yang boleh dicas melalui solar. Pada masa yang sama, pengguna juga tidak perlu risau power bank ini kehabisan bateri kerana anda boleh mengecasnya semula dengan kehadiran cahaya.

Power bank mini terbaik
Power bank mini terbaik
Semak Remax RPL12 Lipmax harga dibawah:

Remax RPL12 Lipmax mempunyai reka bentuk yang bergaya iaitu berbentuk seperti gincu. Power bank ini sangat kecil kerana hanya sepanjang 90 mm dan selebar 20 mm menjadikan power bank ini berbentuk ala-ala gincu dan sesuai untuk wanita. Power bank ini boleh digunakan dalam keadaan kecemasan seperti mengecas semula telefon yang hampir kehabisan bateri untuk mengekalkan telefon tersebut aktif. Kelebihan daripada saiznya yang mini, power bank ini mudah dibawa ke mana sahaja.

Power bank tahan lasak terbaik yang mempunyai lampu suluh
Pineng
Power bank tahan lasak terbaik yang mempunyai lampu suluh
Semak Pineng PN-968 harga dibawah:

Pineng PN-968 direka khas untuk memberi perlindungan daripada getaran dan hentakan yang kuat. Hal ini menjadikan power bank ini boleh bertahan lama jangka hayatnya. Ia juga mempunyai lampu suluh di mana pengguna boleh menggunakan lampu suluh LED  ini apabila berlaku blackout atau melalui kawasan yang gelap.hal ini menjadikan power bank ini sesuai untuk keutamaan keselamatan pengguna.

Related articles

End of Article