Walaupun sekarang ni terdapat banyak telefon pintar mengeluarkan ketahanan bateri dalam tempoh yang panjang tapi ramai tetap memerlukan powerbank.
Maklumlah telefon pintar kini seolah-olah ‘tangki oksigen’ untuk kita menjalani kehidupan seharian.
Lagipun powerbank bukan saja boleh caj telefon bimbit tapi alat teknologi lain juga asalkan ada power supply dan wayar kabel.
Apa yang menjadi masalah kadang-kala powerbank tak cukup tenaga untuk caj alat lain.
Jadi kami bantu anda senaraikan powerbank 20000mah terbaik. Pilih saja!
Senarai 10 Powerbank 20000mah Terbaik
Table of Contents

- Berat: 420g
- Saiz: 163 x 76 x 21mm
- Kapasiti bateri: 20,000 mAh
- Port: Input (Micro USB/DC 5V/2A), Output (DC5V 2.1A/1A)
Pineng sememangnya terkenal kerana membekalkan powerbank pada harga yang amat berpatutan.
Untuk Pineng PN-969 ni sememangnya harga yang ditawarkan sangat murah dan boleh dikatakan terbaik.
Dengan rekaan yang ‘sleek’ dan juga agak ringan untuk dibawa kemana sahaja. Jadi tidak akan memberatkan bag anda.
Powerbank Pineng ini boleh mengecas dua peranti dalam satu masa.
Memang mudah buat anda yang mempunyai dua smartphone yang perlu dicas dalam satu masa.

- Berat: 415g
- Saiz: 197x 93.5 x 14.3mm
- Kapasiti bateri: 20,000 mAh
- Port: 3 Input (Micro USB / Type C / Lightning) 3 USB output
Walaupun harganya murah, powerbank Pineng PN-962 ini mampu memberi sokongan pengecasan pantas.
Bahan yang digunakan pada powerbank yang bagus ini adalah daripada Lithium Polymer.
Bahan ini merupakan bahan yang lebih baik berbanding powerbank yang diperbuat daripada Lithium-Ion.
Apa yang pasti, berat powerbank ini boleh dikatakan agak ringan untuk dibawa ke mana sehaja.
Bagaimanapun, saiznya agak sedikit besar untuk dimasukkan ke dalam bag yang kecil.
Selain boleh mengecas tiga peranti dalam satu masa, powerbank ini juga mempunyai paparan LED untuk melihat peratusan bateri yang tinggal pada powerbank ini.

- Berat: 400g
- Saiz: 190 x 92 x 14mm
- Kapasiti bateri: 20,000 mAh
- Port: 3 Input (Micro USB / Type C / iPhone) 3 output (USB)
Powerbank ini mempunyai bilangan port sehingga 4 slot yang membolehkan anda mengecas 4 peranti berbeza pada satu-satu masa.
Bukan itu sahaja, Powerbank ini juga menyokong pengecasan pantas jenis Power Delivery dan juga Qualcomm Quick Charge 3.0.
Selain daripada ringan dibawa kemana saja, power bank dari Pineng ini direka nipis untuk di letak di dalam bag.

- Berat: 386g
- Saiz: 150 x 69.4 x 25mm
- Kapasiti bateri: 20,000 mAh
- Port: 2 input (18W Max) 1 output (18W Max)
Powerbank ini membawakan teknologi terbaru oleh Anker iaitu PowerIQ 2.0.
Teknologi ini membolehkan powerbank ini mengawal tenaga yang dibekalkan kepada peranti serta memberi perlindungan.
Malah dapat memastikan tenaga yang dibekalkan adalah optimum dengan keperluan peranti tersebut.
Berat powerbank ini antara yang ringan bagi powerbank 20,000mAh iaitu hanya 369g. Jadi ringan untuk di bawa ke mana sahaja.
2 port input disediakan pada power bank ini membolehkan anda mengecas 2 peranti serentak dalam satu masa.

- Berat: 403g
- Saiz: 159 x 76 x 23 mm
- Kapasiti bateri: 20,000 mAh
- Port: 1x USB Type-C (input/output), 1x Micro-USB (input), 1x USB Type-A (output)
Powerbank ini mempunyai outlet AC yang seperti di rumah. Maksudnya anda boleh menggunakan pelbagai peralatan elektrik dan juga mengecas laptop.
Tenaga maksimum yang boleh dijana oleh powerbank ini adalah 65W.
Powerbank ini juga mempunyai port USB-A dan juga port USB-C untuk mengecas telefon pada masa yang sama.
Dari segi reka bentuk, powerbank ini kelihatan unik dan tidak seperti bentuk powerbank yang lain.
Disebabkan bentuknya yang unik, power bank ini agak sukar untuk disimpan dalam beg.

- Berat: 228g
- Saiz: 155 x 75 x 15.5 mm
- Kapasiti bateri: 20,000 mAh
- Port: 1 input (USB-C) 2 output (USB-C & USB-A)
Power bank Aukey ini boleh melakukan pengecasan tanpa wayar pada telefon anda.
Jika smartphone anda menyokong pengecasan tanpa wayar, anda tidak perlu risau jika tertinggal kabel charger.
Selain itu, power bank ini juga dilengkapi dengan foldable stand yang membolehkan anda meletak telefon semasa mengecas.
Teknologi quick charge dari power bank ini sangat sesuai digunakan untuk mengecas iPhone dan juga Samsung.
Bagaimanapun, dua peranti jika dicas dalam masa yang sama, fungsi pengecasan pantas akan dinyah aktifkan.

- Berat: 340g
- Saiz: 160x80x30 mm
- Kapasiti bateri: 20,000 mAh
Power bank yang bagus ini bukan sahaja boleh digunakan untuk mengecas smartphone.
Malah boleh digunakan untuk jump kereta semasa dalam keadaan kecemasan.
Selain itu, boleh digunakan untuk mengecas laptop anda. Jadi dengan power bank ini, anda sentiasa dalam keadaan on the go tanpa risau bateri peranti habis.
Harga powerbank ini juga tidak terlalu mahal dan berbaloi dengan fungsinya yang pelbagai.
Anda boleh menyimpan powerbank ini di dalam kereta dan boleh digunakan sebagai powerbank atau jumper kereta ketika kecemasan.

- Berat: 360g
- Saiz: 74.6mm x 123mm x 32.8mm
- Kapasiti bateri: 20,000 mAh
- Port: 2 input (USB-C), 3 output (USB-A, USB-C)
Reka bentuk power bank ini agak compact untuk di pegang di tangan dan sangat sesuai dibawa travel.
Kelebihan pada power bank ini adalah anda tidak perlu bawa kabel pengecas kerana sudah mempunyai built in kabel pengecas.
Selain itu, lengkap dengan paparan skrin LED untuk memberitahu anda baki bateri yang tinggal.
Paling best, boleh melakukan pengecasan pantas bukan hanya pada satu peranti, tetapi mampu melakukan pengecasan pantas pada dua peranti serentak.

- Berat: 420g
- Saiz: 163x76x21mm
- Kapasiti bateri: 20000 mAh
- Port: Input (Micro USB/DC 5V/2A), Output (DC5V 2.1A/1A)
Terdapat dalam 2 pilihan bateri iaitu 10000 mAh dan 20000 mAh jadi anda boleh pilih mengikut kesesuaian penggunaan anda.
Powerbank ini juga boleh boleh digunakan untuk semua jenis telefon kerana mempunyai jenis input type-C,Micro USB, mini USB dan Apple lighting.
Sangat sesuai mereka yang bekerja di luar atau mereka yang aktif menggunakan telefon kerana tidak terlalu berat.
Saiz pula memang mudah di bawa kemana saja dan ditambah pula berat hanya 420gram, anda boleh pegang handphone bersama powerbank dalam satu masa.

- Saiz: 80x80x23mm
- Kapasiti bateri: 20000 mAh
- Port: 1 output (USB), 3 input (Android, Jenis-C, iPhone)
Powerbank ini mempunyai banyak ciri baik yang dapat menjadikan hidup anda lebih mudah.
Mempunyai port pengecasan pantas 2.1A yang akan memberikan anda kelajuan pengecasan yang pantas.
Terdapat dalam 2 warna iaitu hitam dan merah dan dilengkapi dengan 4 kabel berbeza dan mempunyai kapasiti bateri sehingga 20000 mAh.
Power bank ini mempunyai pengecas 2A terbina dalam untuk peranti USB, pengecas Android, pengecas iPhone dan pengecas jenis-C.
Disebabkan bentuknya empat segi tepat jadi powerbank ini mudah dibawa ke mana saja.
Apakah Perbezaan Powerbank 10000mah Dengan 20000mah?
Seperti telefon pintar, power bank juga mempunyai perbezaan tertentu antara kuasa 10000 mAh dengan 20000 mAh.
Anda boleh lihat perbezaannya dari tiga sudut iaitu kapasiti, soket dan kuasa baterinya.
Kapasiti
Lebih besar kuasa pada power bank, lebih tinggi kapasiti yang dapat disalurkan.
Jadi jika anda gemar travel jauh, power bank 20000 mAh lebih sesuai kerana jumlah pengecasannya yang banyak berbanding power bank kuasa 10000 mAh.
Soket
Disebabkan power bank kuasa 20000 mAh mampu menampung kapasiti yang tinggi, maka secara tak langsung soket pengecasan juga lebih banyak berbanding power bank 10000 mAh.
Kebiasaannya anda akan dapat 4-5 soket pengecasan untuk power bank 20000 mAh.
Boleh lakukan pengecasan pada dua atau tiga peranti secara serentak.
Bateri
Kebiasaannya power bank dengan kuasa 10000 mAh akan menggunakan bahan logam padan badannya.
Ini kerana ia memberi tumpuan kepada prestasi nipis dan ringan. Jenis bateri juga menggunakan bateri polimer.
Manakala power bank 20000mAh menggunakan badan jenis plastik kerana fokusnya adalah pada prestasi berkapasiti besar.