Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
sd card reader malaysia

10 SD Card Reader Terbaik di Malaysia 2024 - Jenama Berkualiti

Cucuk pakai SD card reader kan senang, transfer gambar pun laju!

Penggunaan SD Card sememangnya penting terutamanya jika anda merupakan seorang juruvideo atau jurugambar di mana anda perlu menyimpan kesemua fail penting klien.

Namun, kalau komputer riba atau PC yang dimiliki tidak mempunyai slot khas untuk kad SD atau micro SD, kerja dan tugasan anda akan tertangguh. Ini petanda untuk anda dapatkan alat SD card reader ini yang akan memudahkan kerja-kerja penyimpanan atau pemindahan fail penting dari kad memori ke laptop. 

Berikut kami senaraikan 10 pilihan SD card reader dengan kualiti terbaik yang anda boleh pilih untuk kegunaan harian. 


Isi Kandungan


10 SD Card Reader Terbaik di Malaysia

SD card reader USB terbaik
Transcend
Transcend RDF5 USB 3.0 SD Card Reader
mulai
RM33.00
Semak Transcend RDF5 USB 3.0 SD Card Reader harga dibawah:
add_circle Kelajuan tinggi
add_circle Ada slot kad SD & microSD
add_circle Sesuai untuk Windows & Mac
remove_circle Tak menyokong penggunaan kad microSD & SD secara serentak

Hadir dengan tiga pilihan warna menarik iaitu hitam, merah jambu dan putih, SD card reader terbaik dengan sambungan USB jenis A ini akan memberikan anda pengalaman data transfer yang baik dan memuaskan. 

Menariknya, ia juga boleh digunakan sebagai USB flash drive. Jadi, anda boleh simpan seberapa banyak fail yang anda mahukan tanpa masalah. 

Tak perlu pening kepala jika tiba-tiba alat ini rosak ketika digunakan, ia juga hadir dengan waranti selama dua tahun.

Paling bagus, produk ini turut sesuai dengan USB 2.0. 

Malah, ia mempunyai dimensi badan 56mm x 24mm x 8.9mm manakala beratnya pula hanyalah 18 gram. Memang kompak dan mudah dibawa ke mana-mana. 

Selain itu, ia dilengkapi dengan lampu indikator jenis LED yang akan menunjukkan bahawa aktiviti memindahkan fail atau data dari kad memori sedang berjalan. 

SD card reader untuk iPhone
Lightning to SD Card Camera Reader
mulai
RM149.00
Semak Lightning to SD Card Camera Reader harga dibawah:
add_circle Menyokong pelbagai jenis format gambar
add_circle Proses pemindahan data laju
add_circle Boleh digunakan juga pada iPad
remove_circle Hanya sesuai untuk produk jenama Apple

Jika anda merupakan salah seorang pengguna iPhone yang sedang pening kepala mencari SD card reader yang sesuai dengan telefon pintar, alat jenama ini lah yang bakal jadi sahabat baik anda untuk berkongsi gambar yang ditangkap dengan rakan. 

Cara sambungan memang mudah dan terbaik kerana peranti anda akan terus membuka aplikasi Photosi. Jadi, dari situ pengguna boleh pilih apa yang mahu dilakukan dengan fail tesebut. 

Antara format gambar yang disokong oleh card reader ini ialah MPEG-4, JPEG, RAW dan format video HD. Justeru, pengguna boleh mengakses gambar-gambar kegemaran anda tanpa batasan. 

Namun, harus diingatkan bahawa produk ini hanya sesuai digunakan dengan peranti Apple yang menyokong sistem iOS 9 dan keatas sahaja.

Kingma BMGP312 USB Card Reader
mulai
RM19.90
Semak Kingma BMGP312 USB Card Reader harga dibawah:
add_circle Rekaan sleek
add_circle Port USB & Micro USB
add_circle Menyokong kad SD & kad MicroSD (TF)
remove_circle Tiada waranti

Anda yang sedang tercari-cari pilihan SD card reader dengan harga yang berpatutan boleh cuba beli produk jenama Kingma ini kerana ia boleh didapatkan dengan harga yang cukup murah, bawah RM20 sahaja. 

Selain itu, alat ini mudah digunakan, hanya perlu cucuk sahaja pada mana-mana komputer riba atau PC yang mempunyai perisian Windows atau MacOS dan tak perlu muat turun apa-apa jenis aplikasi untuk menggunakannya. 

Malah, ia dilengkapi dengan USB 3.0, jadi masa yang diambil untuk memindahkan fail dari memory card ke komputer adalah pantas. 

Produk yang berdimensi 17mm x 60mm x 10mm ini juga mudah dibawa kemana-mana kerana saiznya yang kecil. Jadi, anda boleh simpannya dalam beg tangan tanpa masalah.

SD card reader micro
Kingston
Kingston Mobilelite Duo 3C MicroSD Reader
mulai
RM40.90
Semak Kingston Mobilelite Duo 3C MicroSD Reader harga dibawah:
add_circle 2 tahun waranti
add_circle Sesuai dengan Windows, Mac OS, Linux & Chrome OS
add_circle Rekaan ringan & kompak
remove_circle Harga agak mahal

Produk jenama Kingston ini pula direka khas untuk individu yang mahukan card reader untuk MicroSD. 

Ia dilengkapi dengan jenis sambungan USB-C dan USB-A. Jadi, walaupun laptop anda tak menyokong USB jenis C, anda tetap boleh boleh guna alat ini untuk memindahkan data. 

Tambahan pula, memory card reader ini turut menggunakan USB 3.1 Gen 1, jadi kerja-kerja pemindahan gambar atau video ke komputer akan menjimatkan masa anda kerana selesai dengan lebih cepat walaupun fail bersaiz besar. 

Dalam masa yang sama, ia turut sesuai digunakan dengan port USB 2.0. 

Uniknya, badannya diperbuat daripada logam, jadi akan tahan lama walaupun digunakan di persekitaran yang agak mencabar. 

Selain kad jenis microSD, ia juga menyokong penggunaan kad dengan format microSDHC UHS-1 dan microSDXC UHS-1.

SD card reader untuk laptop
Ilano
Ilano 2-in-1 Card Reader
mulai
RM15.90
Semak Ilano 2-in-1 Card Reader harga dibawah:
add_circle Laju, kerana ada USB 3.0
add_circle Ringan, hanya 8g
add_circle Ada lubang untuk gantung tali
add_circle Menyokong kad SD & kad TF microSD
remove_circle Badan diperbuat daripada plastik

Dilengkapi dengan jenis sambungan USB-A, alat ini sesuai untuk mereka yang gemar menyimpan gambar dalam komputer riba masing-masing. Card reader jenis ini mampu memindahkan fail sehingga 90MB persaat, jadi masalah lagging akan dikurangkan.  

Ia bukan sahaja boleh digunakan untuk transfer video atau gambar daripada kamera, ia turut boleh digunakan untuk pindahkan data daripada drone, alat rakaman pada kereta dan kelengkapan kamera pengawasan seperti CCTV. 

Selain itu, card reader Ilano ini sesuai dengan mana-mana laptop yang hadir dengan perisian Windows, Linux dan MacOS. Ia juga dilengkapi dengan lampu kecil yang akan menyala, menandakan ia sedang digunakan. Mudah bukan? 

Paling bagus, ia juga mempunyai penutup pada bahagian sambungan USB yang akan melindunginya daripada habuk atau berkarat.

SD card reader untuk PC
Vention
Vention 2 in 1 Card Reader OTG
mulai
RM17.98
Semak Vention 2 in 1 Card Reader OTG harga dibawah:
add_circle Sesuai dengan Windows, Linux, MacOS, Chrome OS
add_circle Pemindahan data lebih laju & stabil
add_circle Waranti 1 tahun
remove_circle Kelajuan proses pemindahan data boleh terjejas jika pelbagai kad digunakan dalam 1 masa

Card reader dengan slot kad SD dan kad TF ini pula boleh digunakan dengan pelbagai peranti kerana selain sesuai dengan komputer.

Ia juga mempunyai USB micro dan USB-C untuk tablet atau laptop yang menyokong penggunaan USB jenis ini. Jadi, anda tak perlu bazir duit beli produk lain untuk kegunaan harian. 

Paling best, ia mampu digunakan pada telefon pintar sebab sambungan USB yang dimilikinya ialah jenis OTG (on the go) yang akan memudahkan anda untuk memindahkan data walaupun tanpa komputer. 

Untuk menggunakan kad MicroSD, anda hanya perlu masukkannya pada slot kecil yang tersedia dan jangan lupa tolak sedikit untuk mengeluarkannya semula. 

Plug card reader ini pula jenis kemas yang tak mudah longgar walaupun digunakan beribu kali. Ia juga diperbuat daripada aluminium yang tidak mudah rosak.

SD card reader high speed
SanDisk
SanDisk Extreme Pro SD UHS-II Card Reader
mulai
RM99.00
Semak SanDisk Extreme Pro SD UHS-II Card Reader harga dibawah:
add_circle USB 3.0
add_circle 2 tahun waranti
add_circle Kelajuan hingga 500MB/s
remove_circle Harga agak mahal

Walaupun harga card reader dari Sandisk ini adalah lebih mahal daripada produk jenama lain, namun kualiti transfer speed yang dimiliknya memang laju dan menjimatkan masa pemindahan data. 

Menariknya lagi, ia direka khas untuk juruvideo atau jurugambar yang kesuntukan waktu untuk menunggu proses pemindahan gambar atau video yang terlalu lama. 

Selain itu, disebabkan ia turut menyokong USB 2.0, justeru pengguna tak perlu dapatkan card reader lain walaupun peranti atau komputer anda tak dilengkapi dengan USB 3.0. 

Kelajuan pemindahan fail akan lebih bagus jika digunakan bersama dengan kad memori SD jenis UHS-II namun dalam masa yang sama, anda tetap boleh menggunakan kad dengan format UHS-I atau kad SD bukan UHS yang lain. 

USB 3.0 pula akan memberikan anda kelajuan pemindahan data 10 kali lebih laju daripada USB 2.0, jadi tak payah tunggu lama untuk transfer gambar atau video yang bersaiz besar dari memory card ke PC.

Anker A8370 2-in-1 USB C SD Card Reader
mulai
RM48.49
Semak Anker A8370 2-in-1 USB C SD Card Reader harga dibawah:
add_circle Jenis OTG, boleh pindahkan data dimana sahaja
add_circle Ada slot kad microSD & kad SD
remove_circle Tidak boleh digunakan pada peranti yang tiada port USB-C

Mempunyai waranti yang bertahan selama 18 bulan, produk memory card reader 2 dalam 1 yang diperbuat daripada bahan premium. 

Card reader ini boleh digunakan pada komputer riba, PC atau telefon pintar yang dilengkapi dengan sambungan USB type C. 

Ia tahan lama dan boleh transfer sehingga 10000 kali. 

Apa jua jenis format kad disokong seperti kad microSDHC, microSDXC, MMC Micro dan kad SD biasa serta RS-MMC. 

Malah, kelajuan proses pemindahan datanya pula boleh mencecah sehingga 5Gbps dan beratnya pula cukup ringan, hanya lapan gram sahaja.

IIano Multi-function Five-in-one Card Reader
mulai
RM33.90
Semak IIano Multi-function Five-in-one Card Reader harga dibawah:
add_circle Hanya plug & play
add_circle Sesuai untuk perisian MacOS, Windows & Linux
add_circle Ada fungsi OTG
add_circle Ringan, hanya 16g
remove_circle Tidak begitu sesuai dengan iPhone

Gemar menonton filem menggunakan telefon pintar jenis Android tapi peranti tak cukup storage

Produk jenama ini akan selesaikan masalah anda kerana selain boleh disambung pada komputer, ia juga boleh digunakan terus untuk membuka video atau fail gambar pada telefon Android anda. 

Tambahan pula, ia diperbuat daripada aluminium dan tak akan cepat panas walaupun digunakan dalam tempoh masa yang lama. 

Card reader ini juga mempunyai beberapa jenis sambungan USB yang lain iaitu USB mikro, USB 3.0 dan USB-C. 

Selain itu, alat ini hadir dengan dua slot kad iaitu untuk TF card dan kad SD yang turut menyokong beberapa format kad yang lain iaitu micro SDHC, SDXC dan RSMMC. 

Paling memudahkan kerja, produk ini boleh boleh digunakan dengan drone, kamera SLR, tablet dan macam-macam lagi. Anda juga tak perlu muat turun sebarang aplikasi untuk menggunakan card reader ini pada laptop.

SD card reader all in one
ORICO
ORICO 3CR61 USB3.0 6 in 1 Card Reader
mulai
RM57.00
Semak ORICO 3CR61 USB3.0 6 in 1 Card Reader harga dibawah:
add_circle Waranti 1 tahun
add_circle Diperbuat daripada aluminium & plastik ABS
add_circle Mampu pindahkan data dalam masa beberapa saat saja
add_circle Menyokong kapasiti sehingga 512G
remove_circle Port microUSB hanya sesuai dengan peranti yang ada fungsi OTG sahaja

Daya tarikan utama card reader ini sudah tentulah kebolehannya untuk menggunakan kad SD dan kad TF serta USB secara serentak. 

Ia juga boleh disambung dengan pelbagai peranti termasuklah telefon pintar, komputer riba, PC dan banyak lagi. 

Hadir dengan USB 3.0, kerja-kerja memindahkan data akan siap dengan lebih pantas tanpa halangan kerana transfer rate alat ini ialah sehingga 5Gbps.

Card reader dengan berat 21g ini turut dilengkapi dengan USB type C dan micro USB. Jadi, anda boleh sambungkannya dengan mana-mana telefon pintar atau komputer dengan perisian Windows dan Mac yang mempunyai sambungan USB tersebut. 

Selain itu, produk ini juga menyokong penggunaan kad memori alat pengawasan seperti CCTV dan dashcam kereta, jadi anda boleh periksa video atau footage secara terus jika berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini. 

Paling penting, review daripada pengguna produk ini juga tidak mengecewakan. 


Cara Pilih SD Card Reader Terbaik 

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda pertimbangkan terlebih dahulu sebelum membeli SD card reader. 

Antaranya ialah kelajuan USB kerana USB jenis 3.1 generasi kedua adalah lebih laju daripada versi generasi pertama. Kalau anda mahukan kerja-kerja pemindahan data selesai dengan cepat, boleh pilih produk yang hadir dengan sokongan USB tersebut. 

Selain itu, perhatikan juga jenis sambungan yang dimiliki oleh sesebuah produk itu. 

Ini kerana ada sesetengah SD card reader hadir dengan port USB-A dan ada juga yang perlu disambung dengan port USB jenis C. Jadi, anda perlu pilih SD card reader yang paling sesuai dengan komputer atau peranti anda. 

Seterusnya ialah D card reader jenis kabel sama ada ia boleh ditanggalkan atau tidak. Kami sarankan anda untuk dapatkan kabel SD card reader yang tidak boleh ditanggalkan supaya tak berlaku masalah wayar hilang di kemudian hari. 

Jadi, apa-apa pun, buat lah pilihan bijak dan paling penting, pastikan ia sesuai dengan keperluan harian anda.  


Artikel Berkaitan

End of Article