Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
hard disk best malaysia

11 External Hard Disk Terbaik Malaysia 2023 (Jenama Berkualiti)

Fail & data penting kemas tersimpan dalam hard disk!

Jumlah simpanan fail dan data dalam komputer atau PC boleh menyebabkan ruang tidak mencukupi dalam memori.

Kemudian, mungkin beberapa fail terpaksa dibuang. Jika menaiktaraf memori komputer pula, memerlukan kos yang tinggi.

Tapi, dengan perkembangan teknologi, fail dan data penting boleh disimpan di luar komputer atau smartphone dengan hard drive external atau lebih dikenali sebagai hard disk. 

Walaupun sudah ramai beralih arah kepada sistem backup secara Cloud, tapi penggunaan external hard disk lebih selamat kerana tidak terdedah kepada risiko pencerebohan. 

Terdapat ruang memori yang besar iaitu dari GB hingga TB. Anda boleh memilih kapasiti hard disk mengikut keperluan anda. 

Berikut merupakan pilihan jenama hard disk terbaik dan berkualiti.


Senarai 11 External Hard Disk Terbaik & Terbaru di Malaysia

1tb hard disk terbaik secara keseluruhan
Seagate
hard disk seagate
Semak Seagate External Hard Disk Backup Plus harga dibawah:
add_circle Sesuai dengan Windows 10 & keatas
add_circle Menyokong perisian macOS
add_circle Jadual untuk backup boleh ditetapkan automatik
add_circle Boleh set kata laluan
remove_circle Harga agak mahal
remove_circle Tidak kalis air

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

“Hard disk Seagate ini boleh dipilih dari kapasiti storan 1TB, 2TB, 4TB dan 5TB. Jadi, tiada masalah untuk simpan seberapa banyak fail gambar atau video beresolusi tinggi yang dimahukan.” 

Ciri-ciri;

Dilengkapi dengan tempoh jaminan tiga tahun. Memiliki saiz sangat kompak, ringan dan muat jika dimasukkan dalam beg kamera walaupun dah penuh dengan DSLR. 

Nak simpan dalam poket pun tak ada masalah kerana sangat portable dan nipis.  

Malah, jenama hard disk terbaik dengan 5400rpm ini sesuai diguna dengan USB 3.0, USB 2.0 dan USB-C. 

Kami syorkan hard disk jenis ini buat anda yang pentingkan rekaan dengan kemasan aluminium moden.

Jadi, dapatkan HDD terbaik in sebab terdapat 5 pilihan warna menarik iaitu hitam, biru, merah, space grey dan perak.   

Review;

“Pelajar universiti memang patut beli sebab boleh simpan banyak fail tugasan dan boleh buat password. Dah cuba plug pada PS4 dan pengalaman bermain game memang terbaik,”

Terbaik untuk gopro
Western Digital
Semak Western Digital My Passport External Hard Disk harga dibawah:
add_circle Tempoh waranti 3 tahun
add_circle Saiz nipis, mudah dibawa
add_circle USB 3.0 Gen 1
add_circle Ringan & nipis
add_circle Ada 4 pilihan warna, merah, hitam, putih & biru
remove_circle Perlu diformat semula dengan sistem operasi komputer lain

Portable hard drive jenama Western Digital ini boleh dipilih dari saiz kapasiti bermula 1TB, 2TB, 4TB dan 5TB. 

Jadi, boleh lah anda simpan banyak-banyak video kenangan yang dirakam menggunakan Gopro atau kamera digital.  

External Hard Disk ini sesuai digunakan dengan sistem operasi Windows 10 atau Windows 8.1.

Setiap pembelian, anda akan dapat kabel USB yang sangat laju beserta buku manual. 

Hard disk ini dilengkapi dengan perisian WD Backup yang boleh diset untuk run secara automatik mengikut masa yang anda tetapkan. 

Jadi, fail penting akan terus disalin dari komputer ke external hard drive My Passport ini.

Paling penting, mempunyai kata laluan supaya orang lain tidak boleh sesuka hati mengakses data digital anda dalam alat ini.

USB 3.1 8TB SSD External Hard Drive
Semak USB 3.1 8TB SSD External Hard Drive harga dibawah:
add_circle USB Type-C
add_circle indah data cepat
add_circle Ada lampu indikator warna biru
add_circle Pilihan kapasiti storan 1TB, 4TB & 8TB
remove_circle Pilihan warna terhad

Bahagian luar hard drive ini diperbuat daripada aluminium alloy yang berfungsi untuk mengelakkan daripada cepat panas. 

Hard disk ini juga lengkap dengan ciri anti-kejutan di mana bahagian dalamannya tak akan mudah rosak walaupun terjatuh. 

Malah, hard disk ini sesuai dengan perisian Apple Mac, Windows dan Android serta Linux. 

Rekaannya dengan fungsi pintar di mana akan auto sleep jika tidak digunakan selama 10 minit.

Auto sleep ini untuk mengelakkannya daripada panas malah data juga akan lebih selamat.  

Saiznya kecil iaitu 3.9 inci x 1.26 inci x 0.35 inci juga sangat slim dan ringan.

Memang sangat mudah untuk dibawa dalam poket seluar dan beg.

Toshiba Canvio Gaming USB 3.2 Portable External Hard Drive
Semak Toshiba Canvio Gaming USB 3.2 Portable External Hard Drive harga dibawah:
add_circle Pilihan kapasiti 1TB, 2TB & 4TB
add_circle Rekaan sleek & kompak warna hitam
add_circle USB 3.2 Gen 1
remove_circle Harga mahal

Berita baik untuk kaki gamers yang tercari-cari alat penyimpanan data khas untuk koleksi permainan video anda. 

Jom beli hard disk terbaik keluaran Toshiba iaitu Canvio Gaming ini yang memang direka untuk tujuan tersebut.  

Selain sesuai dengan PlayStation, hard disk ini juga boleh digunakan dengan Xbox dan komputer PC. 

Kami yakin, prestasi bermain anda mesti lagi hebat dengan bantuan alat ini. 

Menariknya lagi, tak perlu risau jika berlaku sebarang perkara tak diingini pada HDD Toshiba sebab ia lengkap dengan waranti 2 tahun. 

Lepas ni, anda boleh bawa sahaja external hard disk ini ke mana-mana termasuk ke rumah teman untuk bermain bersama. 

Seagate Portable External Hard Disk HDD Game Drive for PS4
Semak Seagate Portable External Hard Disk HDD Game Drive for PS4 harga dibawah:
add_circle Ada manual pengguna
add_circle Kabel USB 3.0
add_circle Mudah digunakan dengan PlayStation
add_circle Muat hingga 50 permainan video
remove_circle Harga mahal

Model external hard drive keluaran Seagate ini merupakan peralatan terbaik untuk anda yang gemar bermain games ketika waktu lapang.

Ini kerana sesuai untuk konsol PS4 dan setiap permainan boleh diakses dengan lebih cepat. 

Tambahan pula, kelancaran penghantaran data sangat pantas kerana mempunyai 5400rpm.

Tempoh waranti 3 tahun dan ruang kapasiti penyimpanan juga bukan biasa-biasa iaitu 2TB. 

Prestasi hard drive ini juga sangat cepat dan tak lagging.

Anda boleh bawa alat portable jenis plug and play ini ke mana-mana termasuklah ketika bersantai sebab ringan, barulah tak bosan ketika bercuti.

Hard disk yang bagus untuk laptop
Transcend
External hard disk tahan lama terbaik
Semak Transcend StoreJet 25H3 Portable External Hard Drive harga dibawah:
add_circle Sistem perlindungan kejutan 3 peringkat
add_circle Dilengkapi butang Auto-Backup
add_circle 2 pilihan warna, biru & ungu
add_circle Tempoh waranti 3 tahun
remove_circle Rekaan luar kurang menarik

Bagi anda yang risau data seperti gambar dan video akan hilang jika hard disk external rosak akibat jatuh, jangan risau, Transcend pilihan yang tepat.

Terdapat3 pilihan kapasiti storan iaitu 1TB, 2TB atau 4TB ini.  

Ini kerana hard drive ini mempunyai ciri kalis kejutan manakala bahagian luarnya dilengkapi dengan getah anti kejutan yang tahan lama. 

Hard disk ini terdapat butang Quick Reconnect yang memudahkan anda untuk sambungkan hard drive dengan komputer semula tanpa perlu cabut atau sambungkan kabel USB. 

Semua fail boleh dipindahkan dengan pantas tanpa tunggu lama kerana produk Transcend jenis plug and play ini telah tersedia dengan USB 3.1 Gen 1. 

Terbaik untuk kalis air & shock proof
Adata
Adata EXT HDD Pro Durable HD710 Pro
Semak Adata EXT HDD Pro Durable HD710 Pro harga dibawah:
add_circle 3 lapisan perlindungan
add_circle Kabel mudah disimpan & tak serabut
add_circle Ringan, hanya 270g
add_circle 4 pilihan warna iaitu hitam, merah, biru & kuning
add_circle Penutup port USB kalis air & ergonomik
remove_circle Harga agak mahal

Kalau anda mudah cuai atau lalai dalam penjagaan external hard drive sehingga menyebabkannya cepat rosak, memang digalakkan untuk beli produk berkualiti keluaran Adata kerana tempoh jaminan selama 3 tahun. 

Tambah pula hard disk ini jenis kalis air IP68 dan telah pun menjalani ujian berada dalam air sedalam 2 meter selama 60 minit. 

Namun, ciri kalis air hanya berfungsi dengan baik jika USB port telah ditutup dengan kemas. 

Bukan itu sahaja, boleh disambung dengan Windows XP, 7, 8, 10, Mac OS serta Linux Kernel 2.6 dan keatas. 

Terdapat dua pilihan storage, sama ada kapasiti storan sebanyak 1TB atau 2TB dan mampu untuk menyimpan sehingga 854 jam video HD. 

Cara guna sangat mudah sebab direka dengan lampu kilat biru yang menandakan data sedang dipindahkan. 

Manakala, lampu akan bertukar merah jika ada sesuatu yang tak kena dengan HDD ini. 

Apacer AC236 1TB USB 3.1 Gen 1 Portable External Hard Disk Drive
Semak Apacer AC236 1TB USB 3.1 Gen 1 Portable External Hard Disk Drive harga dibawah:
add_circle Nipis, hanya 10.8mm
add_circle Proses backup pantas
add_circle Casing anti calar & anti cap jari
add_circle Pilihan warna menarik, hitam, merah, biru & kuning
remove_circle Hanya terdapat 1 pilihan kapasiti, 1TB sahaja

Dengan berat 139.5g, HDD dari Apacer ini sesuai dimiliki oleh pemilik produk Apple iaitu Macbook.

Ini kerana selain boleh digunakan dengan perisian Windows versi 10, 8, 7 dan XP, hard disk ini menyokong Linux Kernel, Mac OS 10.4 X dan ke atas.

Kelajuan USB 3.1 Gen1 boleh dikatakan terbaik kerana mampu memindahkan data hingga 5Gbps. 

Bukan itu sahaja, mempunyai Smart Power Management yang akan menukar alat ini kepada mod jimat tenaga secara automatik jika pemindahan data berhenti lebih 10 minit. 

Kesannya, jangka hayat HDD akan mampu tahan lama. External hard disk 1TB ini juga telah lulus ujian plug/unplug sebanyak 10 ribu kali. 

Oleh itu, sambungan USBnya akan tetap kemas dan kompak walaupun digunakan dengan kerap.

Silicon Power A62 Game Drive External Hard Disk Drive
Semak Silicon Power A62 Game Drive External Hard Disk Drive harga dibawah:
add_circle Kalis air IPX4 & anti kejutan
add_circle Getah fleksibel untuk simpan kabel
add_circle Sesuai dengan PC & Xbox One
add_circle Turut menyokong USB 3.0 & USB 2.0
add_circle Plug & play
remove_circle Perlu diformat semula jika mahu sambung pada Mac

Jadikan proses penyimpanan data permainan video lebih mudah dan pantas dengan hard drive external jenama Silicon Power. Ia tahan lasak sebab mampu bertahan walaupun jatuh dari ketinggian 122cm. Hasilnya, data anda tak akan hilang.

Bukan itu sahaja, hard disk portable ini sesuai diguna dengan Xbox 360 dan PS4. Gamers tegar boleh terus bermain dalam masa beberapa saat selepas HDD disambung pada konsol. 

Progres permainan video game juga boleh disimpan dan disambung semula di tempat yang sama anda berhenti bermain. Hard drive ini turut memberi jaminan tiga tahun kepada penggunanya. Bagus kan? 

Paling hebat, kelajuan proses pindahan data juga sangat cepat, hingga 5Gbps dengan USB 3.2 Gen 1. Ada dua  saiz kapasiti storan yang boleh anda pilih iaitu 1TB atau 2TB.

toshiba hard disk
Semak Toshiba HDD CANVIO Basics Portable External Hard Disk harga dibawah:
add_circle Portable & nipis
add_circle Tempoh jaminan 2 tahun
add_circle Pilihan saiz kapasiti 1TB, 2TB & 4TB
remove_circle Perlu diformat jika guna pada macOS

Proses penyimpanan data akan menjadi lebih optimum jika anda menggunakan external HDD model Canvio Basic dari Toshiba ini kerana anda hanya perlu drag & drop sahaja fail atau gambar yang diinginkan dari PC ke hard disk ini. 

Kelancaran teknologi USB 3.2 Gen 1 yang ada pada produk ini juga membolehkan anda untuk memindahkan data dengan pantas iaitu sehingga 5.0 Gbit/s tanpa tunggu lama. Namun, dalam masa yang sama, ia tetap sesuai diguna dengan peranti USB 2.0. 

Usah risau jika ini kali pertama anda guna hard disk sebab ia disertakan dengan manual pengguna. Harga external hard disk 1TB ini juga sangat mampu milik iaitu bawah RM200 jika anda dapatkannya ketika musim diskaun.

External hard drive terbaik untuk main game
Western Digital
Western Digital WD Black P10 Game Drive External Hard Disk
Semak Western Digital WD Black P10 Game Drive External Hard Disk harga dibawah:
add_circle Boleh diguna pada konsol & PC
add_circle Kelajuan hingga 140MB/s2
add_circle 2 pilihan saiz kapasiti, 2TB & 5TB
add_circle Interface USB 3.2 Gen 1
add_circle Nipis, mudah dibawa
remove_circle Harga mahal
remove_circle Pilihan warna terhad

Walaupun harga external hard disk drive khas untuk gaming ini mahal, namun dengan ciri yang ditawarkan, memang pembelian yang sangat berbaloi.

Bayangkan anda boleh bermain permainan video tanpa had atau lagging. Best kan?

Sesuai untuk Windows dan macOs dan boleh digunakan dengan Xbox One, Playstation 4 Pro, dan PS4. 

Hard disk ini diberikan waranti selama 3 tahun. Jadi jangan lupa simpan resit okay?

Menariknya lagi, saiz kapasiti 5TB membolehkan pengguna menyimpan sehingga 125 buah games

Hasilnya, tak perlu pening kepala fikir permainan mana yang perlu dipadam semata-mata untuk tambah koleksi game baru.  

Rekaan pada bahagian luarannya juga cukup nampak versatile dengan sentuhan warna hitam. 

Jadi, gamers mania tunggu apa lagi? Cepat-cepat dapatkan HDD ini kalau nak jadi juara semasa bertarung dengan musuh! 


Tip Pilih External Hard Disk 

Terdapat beberapa elemen yang anda perlu pertimbangkan sebelum mendapatkan external hard disk.

Ini kerana setiap jenama menawarkan beberapa pilihan saiz kapasiti dan kelajuan yang berbeza untuk anda akses data dalam hard disk tersebut. 

Jom kita tengok butiran kecil tips pilih external had disk. Tak adalah nanti anda salah beli.

  • HDD atau SSD 

Alat penyimpanan data ini selalunya hadir dalam dua jenis, iaitu HDD (Hard Disk Drive) dan SSD (Solid State Drive). 

Walaupun harga SSD lebih mahal daripada HDD, namun kini, kebanyakan orang sudah beralih pada SSD sebab lebih laju dan saiz juga lebih kecil berbanding HDD.  

  • Kelajuan hantaran data 

Sudah tentu anda enggan menunggu lama untuk proses pindahkan data ke dalam external hard disk, jadi sebaiknya pilihlah hard disk dengan kelajuan yang paling cepat. 

Kami sarankan pilih hard disk dengan USB 3.1 Gen2 dan USB 3.2 Gen2 kerana menawarkan kelajuan sehingga 10Gbps. 

Manakala USB 3.0, USB 3.1 Gen1 pula memiliki kelajuan sehingga 5Gbps. 

Cuma terdapat sesetengah hard disk menggunakan USB-C di mana merupakan standard terkini. 

Oleh itu, perhatikan terlebih dahulu jenis USB yang terdapat pada external hard disk sebelum anda memutuskan untuk membelinya.

Jika tidak, anda perlu beli adapter pula. 

  • Saiz kapasiti penyimpanan 

Bergantung pada tujuan penggunaan hard disk. Anda boleh pilih external hard disk dengan kapasiti penyimpanan dari serendah 320GB, 500GB, 1TB, 3TB sehingga 12TB. 

Kalau anda merupakan seorang videographer, jurugambar atau vlogger, sudah semestinya  anda perlukan external hard disk dengan kapasiti yang paling besar untuk menyimpan data. 

Barulah tak perlu susah-susah padam fail lama jika storan penyimpanan sudah penuh. 

  • Keselamatan 

Boleh pilih hard disk yang dilengkapi dengan ciri tetapan kata laluan jika anda khuatir data digital anda boleh diakses oleh orang asing. 

Dengan fungsi password ini, barulah orang lain tak boleh guna data atau gambar anda sesuka hati tanpa kebenaran. 

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh tontotn video di bawah.


Ada Berapa Jenis Hard Disk?

Untuk pengetahuan anda, hard disk terdiri daripada dua jenis iaitu internal hard disk dan external hard disk. 

External HDD atau hard disk drive merupakan hard disk external yang fleksibel kerana kecil dan boleh dibawa ke mana-mana.. 

HDD pula merupakan sebuah alat peranti storan yang boleh dikatakan agak tradisional di mana menyimpan data menggunakan pusingan pada magnetic disks

Bunyi pusingan ini boleh didengar setiap kali ia sedang membaca atau menyimpan data. 

Manakala, SSD pula adalah teknologi terkini yang lebih laju dalam menyimpan data kerana data disimpan dalam cip memori. 

SSD ini boleh diibaratkan seperti pendrive namun dengan kapasiti yang jauh lebih besar dan banyak. 

Data dalam portable SSD dan external HDD boleh diakses dengan mudah apabila pengguna hanya perlu menyambungkan kabel USB pada komputer.


Apa Fungsi External Hard Disk?

External hard disk digunakan untuk menyimpan data dalam kuantiti yang besar terutamanya jika kapasiti storan dalaman komputer riba atau PC anda hampir penuh. 

Alat ini juga membolehkan penggunanya untuk mengakses data penting seperti gambar, video, lagu dan fail dokumen di mana-mana sahaja walaupun tanpa komputer milik sendiri. 


Perbezaan HDD Dan SSD

Ciri-ciri HDD SDD
Harga Lebih murah Lebih mahal
Ukuran Lebih besar dan berat Lebih kecil dan ringan
Kelajuan bacaan / menulis 50 MB/s – 120 MB/s (jadi lambat untuk memproses data) 200 MB/s – 550 MB/s (jadi lebih laju dalam memproses data)
Jenis storage Menggunakan mekanisme fizikal untuk menyimpan data Menggunakan cip elektronik untuk menyimpan data
Kapasiti Lebih besar  Lebih kecil
Ketahanan Lebih sukar untuk diganti atau dibaiki Lebih mudah untuk diganti atau dibaiki
Keburukan
  • Bising kerana putaran motor
  • Menyebabkan panas yang berlebihan
  • Tiada bunyi bising kerana tidak menggunakan sistem mekanikal
  • Panas pada SSD tidak sepanas HDD


Artikel Berkaitan

End of Article