Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Retak Seribu. Elak Patah Hati dengan 10 Casing iPhone 6 Tahan Lasak Ini

Lindungi telefon kesayangan anda.

Bagi memastikan telefon anda selamat daripada daripada sebarang calar dan skrin retak anda pastinya memerlukan sebuah casing. Casing juga boleh dijadikan sebagai aksesori hiasan kerana rekaannya yang unik.

Sesetengah casing memberikan perlindungan yang sangat baik manakala sesetengah casing hanya boleh dijadikan bahan perhiasan disebabkan oleh rekaan yang kurang bagus sehingga boleh menyebabkan telefon anda terdedah kepada bahaya skrin retak. 

Adakah iPhone 6 boleh menggunakan casing iPhone 6s?

iPhone 6 dan iPhone 6s mempunyai saiz yang hampir sama. Perbezaan antara kedua-dua telefon terletak pada ketebalan telefon iaitu perbezaan sekecil 0.01 inci atau 0.2 milimeter dimana iPhone 6s lebih tebal.

Secara umumnya semua casing lembut seperti silikon dan kulit yang digunakan oleh iPhone 6 boleh digunakan oleh iPhone 6s kerana ia boleh meregang sedikit. 

Bagi casing keras, kemungkinan besar iPhone 6s boleh menggunakan casing iphone 6 melainkan casing tersebut ketat dengan iPhone 6. Ayuh lihat senarai casing menarik dibawah;

10 Casing Siri iPhone 6 Tahan Lasak Pilihan Pengguna

Casing iphone 6 plus leather yang murah dan selesa
mulai
RM3.00
Semak ZEN Case Leather harga dibawah:

Casing ini memberi geseran yang mencukupi untuk memastikan telefon tidak menggelosor daripada tangan anda. Di samping itu, ia diperbuat daripada bahan seakan kulit yang menjadikan ianya kelihatan premium.

Sesuai untuk: iPhone 6 plus

Casing menyerupai original dengan berlogo Apple
mulai
RM8.78
Semak iPhone Silicone case harga dibawah:

Logo Apple adalah perkara yang kita jarang jumpai pada casing lain. Jika anda mahukan casing yang mempunyai logo Apple inilah pilihan yang terbaik. Ia juga diperbuat daripada silikon yang selesa dipegang. Anti-slippery dan keselamatan telefon pintar anda juga terjamin.

Sesuai untuk: iPhone 6, 6s, 6 plus

 

Casing iPhone 6 terbaik dengan rekaan minimalis
mulai
RM9.90
Semak Anti Gravity Version 2 harga dibawah:

Kualiti yang diberikan oleh casing ini setanding dengan jenama yang lebih mahal. Ia mumpunyai rekaan minimal yang disukai ramai serta memberi perlindungan maksima kepada telefon anda.

Sesuai untuk: iPhone 6, 6s, 6 plus

 

Casing yang dihiasi glitter bling-bling pasti memukau si pemilik iPhone
mulai
RM9.50
Semak ZYMELLO Liquid Glitter harga dibawah:

Mahukan kelainan? Casing ini mempunyai rekaan bergaya yang cukup cantik. Ia merupakan casing silikon yang mempunyai rekaan ranggi serta mempunyai ‘liquid glitter’ yang bergemerlapan.

Sesuai untuk: iPhone 6, 6s, 6 plus

Casing comel sesuai untuk dihadiahkan kepada remaja
mulai
RM12.76
Semak WE BARE BEARS Case harga dibawah:

Warna muda dengan rekaan comel serta dibuat oleh silikon menyebabkan casing ini kelihatan amat menawan. Bahannya yang dibuat daripada silikon bukan sahaja dapat memberi genggaman yang lebih baik malah ia turut memberikan perlindungan tambahan.

Sesuai untuk: iPhone 6 & 6 plus

Casing dilengkapi dengan tempered glass untuk perlindungan maksimum
mulai
RM21.50
Semak IPAKY 360 case harga dibawah:

Casing ini bukanlah casing biasa kerana ia turut dilengkapi dengan tempered glass yang memberi perlindungan tambahan kepada telefon anda. Ia juga merupakan sebuah casing yang melindungi semua permukaan telefon anda.

Sesuai untuk: iPhone 6 & 6s

Casing Gucci dengan rekaan menarik khas buat peminat jenama ini
mulai
RM32.00
Semak Gucci Bee harga dibawah:

Gucci merupakan jenama terkenal kerana rekaan produknya yang menarik dan moden. Rekaan casing ini memberi kepuasan kepada mereka yang meminati produk Gucci. Materialnya supreme canvas, menjadikan casing ini tampak ekslusif dengan embroidered bee di bahagian belakang.

Sesuai untuk: iPhone 6 & 6 plus

Casing anti-shock untuk perlindungan ekstra iPhone 6 anda
Otterbox
mulai
RM39.00
Semak Otterbox Defender harga dibawah:

Skrin retak adalah mimpi ngeri. Jadi bagi melindungi telefon anda, Otterbox Defender adalah yang terbaik dalam kelasnya. Ia mungkin agak mahal namun dilengkapi perlindungan yang mampu membuat anda tenang jika anda jenis yang ‘clumsy’.

Sesuai untuk: iPhone 6 & 6s

Casing silikon tahan lasak dan slim
Spigen
mulai
RM55.00
Semak SPIGEN Liquid Air Armor harga dibawah:

Silikon adalah bahan terbaik bagi casing telefon pintar kerana ianya bermaterial lembut dan selesa dipegang. Casing silikon ini memberi perlindungan yang secukupnya apabila jatuh. Bukan itu sahaja, casing ini juga nipis dan telefon anda tidak akan terasa berat apabila letakkannya ke dalam poket.

Sesuai untuk: iPhone 6 & 6s

 

Casing dilengkapi powerbank, terbaik untuk iPhone 6s plus
Baseus
mulai
RM199.00
Semak Baseus Powerbank Case Casing harga dibawah:

Wayar daripada powerbank boleh membuat anda berasa tidak selesa semasa menggunakan telefon. Casing ini adalah powerbank yang mampu membekalkan kuasa tanpa wayar tambahan. Kelemahan powerbank ini adalah ianya adalah sedikit berat daripada powerbank biasa.

Sesuai untuk: iPhone 6 & 6s

Artikel Berkaitan

End of Article