Dikenali sebagai Azee di media sosial, mula berkecimpung dalam dunia penciptaan kandungan semasa berusia 19 tahun dan sehingga kini. Bermula sebagai pencipta kandungan untuk topik gaming, beliau mula berhijrah ke ibu kota dan berjaya mengembangkan lagi sayap sebagai seorang pencipta kandungan untuk topik tech & gadget. Sekarang beliau lebih gemar berkongsikan tentang dunia tech & gadget kepada pengikutnya di TikTok (lebih 20 ribu pengikut) dan YouTube (lebih 24 ribu pengikut). Antara jenama smartphone yang pernah bekerjasama dengan beliau adalah seperti Xiaomi.