Jawapan ringkas: krim jerawat pilihan Editor kami ialah Nixoderm Ointment, RM 7.28 di Shopee Malaysia (harga disemak 9 September 2026). Ia sesuai untuk jerawat, kurap dan kegatalan kulit ringan. Produk ini adalah penjagaan kulit yang dijual bebas, bukan ubat preskripsi, jadi jika jerawat anda teruk, bernanah atau tidak kunjung reda selepas beberapa minggu, dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi.

Masalah jerawat timbul apabila terdapat kotoran tertinggal dalam lubang liang pori bersama minyak dan sel kulit mati sehingga terdapat bintik atau benjolan pada permukaan kulit.

Jerawat juga dikategori kepada dua jenis iaitu jerawat tanpa keradangan seperti bintik hitam dan bintik putih atau jerawat berserta keradangan kulit dan mengandungi nanah dalam benjolan tersebut.

Bagi mengatasi kedua-dua masalah ini, penggunaan ubat parut jerawat terbaik atau krim muka untuk jerawat adalah langkah yang betul.

Jadi jom kita lihat ubat jerawat paling berkesan dan krim hilangkan parut jerawat untuk atasi masalah kulit ini.


Senarai 19 Ubat Jerawat Paling Berkesan

Krim jerawat terbaik secara keseluruhan
Nixoderm Ointment
From
RM7.28
Check Nixoderm Ointment price below:
Mengurangkan kegatalan kulit
Bagus untuk merawat ruam
Mudah disapu pada kulit
Harga murah
Bekas mudah kotor
Kurang sesuai kulit ektra sensitif

Sebab menjadi pilihan utama:

Krim jerawat Nixoderm ini bukan saja berkesan untuk mengecutkan jerawat sahaja tapi sangat bagus untuk membuang blackheads dan kurap kulit, dan sesuai dijadikan sebagai krim untuk jerawat pasir.

Ciri-ciri:

Mengandungi Benzoic Acid yang mempunyai fungsi anti kulat dan Salicylic Acid yang terbaik untuk mengurangkan jerawat. 

Ubat jerawat paling berkesan ini sesuai digunakan untuk mengurangkan masalah gatal kaki, kulit eczema dan kurap kulit kepala. 

Ini kerana kandungan bahan sulfur dalam krim ini merupakan anti kulat, anti septik dan parasitisid yang lembut.  

Cara penggunaannya mudah, anda perlu sapu di kawasan yang bermasalah selama 7 hari dan berhenti guna selama 3 hari berturut-turut.  

Kemudian, sambung semula guna krim ini selama 7 hari berikutnya dan berhenti apabila jerawat sudah tiada. 

Review:

"Awal-awal pakai memang pedih sikit, tapi lama-lama okay. Jerawat memang cepat kecut. Jerawat kecil dan berpasir pun berkesan. Lepas pakai, muka yang dulu breakout pun makin okay."

Krim jerawat untuk lelaki
Himalaya Herbals Acne & Pimple cream
Himalaya Herbals
Krim pelembab terbaik atasi masalah berjerawat
From
RM26.50
Check Himalaya Herbals Acne & Pimple cream price below:
Melembutkan kulit
Bebas paraben
Tidak diuji terhadap haiwan
Kurangkan keradangan kulit
Harga mahal

Dengan krim jerawat Himalaya ini, tiada lagi masalah jerawat besar pada wajah sehingga menyebabkan ramai kurang keyakinan diri. 

Produk yang telah diuji secara dermatologi ini bukan hanya dapat mengawal jerawat, malah boleh mengurangkan jerawat daripada muncul semula pada wajah. 

Ini kerana krim jerawat ini mengandungi bahan-bahan yang boleh melegakan jerawat seperti Silk Cotton Tree, Barbados Aloe dan Five-leaved Chaste Tree

Krim jerawat Himalaya Herbals Acne & Pimple cream ini juga bebas Paraben menjadikannya sesuai untuk kulit sensitif yang berjerawat. 

Krim jerawat badan
OXY 5 Acne Pimple Medication
OXY
From
RM17.60
Check OXY 5 Acne Pimple Medication price below:
Mengecutkan jerawat
Benzoyl peroxide membunuh bakteria
Memudarkan parut hitam akibat jerawat
Tidak membuatkan liang pori tersumbat
Rasa sedikit pedih pada kulit

Ubat jerawat Oxy ini mengandungi 5% Benzoyl Peroxide yang bagus untuk mengecutkan semua saiz jerawat.

Benzoyl juga dapat menghilangkan jerawat dan membunuh bakteria selepas guna beberapa hari.

Sangat mudah guna krim ini, anda hanya perlu sapu di kawasan berjerawat seperti wajah dan badan. 

Tekstur krim ini sangat lembut menjadikan mudah menyerap jauh ke dalam pori untuk menghalang pembentukan jerawat baru. 

Disebabkan ciri krim ini bebas alkohol jadi sesuai untuk kulit jenis normal, berminyak, kombinasi dan kering.

Krim jerawat Aiken
Aiken Tea Tree Oil Pimple Cream
Aiken
From
RM10.50
Check Aiken Tea Tree Oil Pimple Cream price below:
Anti bakteria
Bebas alkohol
Mampu mengecilkan pori
Menyerap jauh ke dalam kulit
Menyingkirkan lebihan minyak
Keberkesanan bergantung pada jenis kulit

Produk Aiken terkenal dengan kualiti sabunnya kerana mengandungi minyak Tea Tree atau nama saintifiknya Melaleuca Alternifolia.

Bahan ini dapat melindungi kulit daripada jerawat tanpa menyebabkan wajah mengelupas. 

Memang sesuai digunakan pada wajah yang cenderung tumbuh jerawat dan berminyak.

Sebaiknya anda boleh sapu krim ini dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. 

Jangan risau, krim jerawat ini juga sesuai digunakan oleh mereka yang miliki kulit muka sensitif kerana kandungannya bebas paraben, pewangi, pewarna dan minyak mineral.

Krim jerawat untuk kulit kering
Cosmoderm Tea Tree Oil Anti Blemish X-Press (10ml)
Cosmoderm
cosmoderm tea tree oil
From
RM13.93
Check Cosmoderm Tea Tree Oil Anti Blemish X-Press (10ml) price below:
Mengurangkan whiteheads
Jerawat kecut dalam masa semalaman
Ada vitamin E
Sesuai untuk semua jenis kulit
Tidak sesuai untuk kulit sensitif

Produk jerawat Cosmoderm yang ini bukan sahaja boleh membantu mengurangkan jerawat yang muncul pada wajah tapi bagus untuk kurangkan blackheads

Paling penting, formulasi krim jerawat ini cepat berkesan dan tidak menyebabkan parut.

Ini kerana diperbuat daripada sumber tumbuh-tumbuhan seperti lemon, minyak Tea Tree dan Lavender. 

Bagus juga untuk melegakan kemerahan kulit akibat jerawat sebab bebas daripada Paraben, pewangi dan minyak mineral. 

Anda boleh sapukan krim ini pada mana-mana kawasan kulit yang bermasalah sebanyak 2 kali sehari.

Ubat jerawat benzoyl peroxide
Benzac AC 5 (15g)
Galderma
benzac
From
RM39.90
Check Benzac AC 5 (15g) price below:
Boleh digunakan pada wajah & badan
Merawat acne vulgaris
Membersihkan pori
Mengurangkan whiteheads & blackheads
Tidak sesuai untuk kulit masalah jerawat teruk

Ubat jerawat Benzac ini baik untuk kulit bermasalah seperti jerawat dan jeragat yang tidak terlalu teruk dan masih boleh dirawati dengan cepat. 

Bertindak sebagai multifungsi dan sesuai digunakan pada kawasan muka dan badan.

Kadar Benzoil Peroksida dalam krim ini dapat membunuh sehingga 94% bakteria jerawat selepas satu minggu penggunaan. 

Benzac AC juga membantu anda menghapuskan masalah kulit yang lain seperti bintik hitam, jeragat dan pigmentasi. 

Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, krim ini selamat digunakan oleh semua jenis kulit tidak kira bermasalah ataupun tidak.

Gunakan 2 -3 kali sehari dan aplikasikannya pada bahagian yang alami masalah seperti jerawat 

Krim jerawat untuk ibu hamil
NB Acne Scar Cream
NurFella Beauty
From
RM22.00
Check NB Acne Scar Cream price below:
Dapat mengawal penghasilan minyak
Dapat hapus bakteria pada kulit
Dapat pudarkan parut jerawat
Mengurangkan kulit gatal
Bau seperti ubat
Mempunyai kesan sampingan

Krim ini mengandungi bahan yang dapat memberi kesan positif pada beberapa masalah kulit seperti memudarkan dan menghilangkan parut dalam.

Selain itu, penggunaan yang konsisten akan mengecutkan jerawat, menghilangkan jeragat dan mengawal lebihan minyak pada kulit wajah.

Krim jerawat ini juga akan memastikan kulit kekal lembap, mengurangkan rasa gatal untuk masalah kulit alergik dan ekzema.

Menariknya lagi, dapat membunuh kuman yang melekat pada kulit.

Dengan adanya bahan antiseptik, krim ini dapat mengurangkan ruam dan jerawat. 

Krim jerawat Oxy
Oxy 10 Acne Pimple Treatment
Oxy 10 Acne Pimple Treatment
From
RM9.99
Check Oxy 10 Acne Pimple Treatment price below:
Membunuh bakteria penyebab jerawat
Mengeringkan minyak berlebihan
Membersihkan pori tersumbat
Harga murah
Keberkesanan bergantung pada jenis kulit

Bajet terhad tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk anda miliki kulit cantik bebas jerawat dan keradangan kulit.

Anda boleh cuba guna produk Oxy murah yang khas untuk merawat jerawat degil ini. 

Mengandungi 10% Benzoyl Peroxide yang berkesan membunuh bakteria dan mampu meresap jauh ke dalam kulit untuk menghalang pertumbuhan jerawat baru pada wajah. 

Krim jerawat yang sesuai untuk remaja ini juga boleh disapu pada jerawat yang muncul pada leher dan wajah. 

Krim jerawat farmasi
T3 Pimple Gel Plus 15g
T3 Pimple Gel Plus 15g
From
RM18.32
Check T3 Pimple Gel Plus 15g price below:
Bersihkan pori tersumbat
Melawan bakteria penyebab jerawat
Ada Salicylic Acid
Tidak mengeringkan kulit
Rasa sedikit pedih

Bagi yang mahukan ubat jerawat murah dan mudah didapati di farmasi, kami sarankan untuk cuba ubat jerawat T3 ini yang boleh mengecutkan jerawat degil. 

Selain itu, krim jerawat ini juga boleh mengurangkan kesan jerawat dan turut berkesan untuk mengawal penghasilan minyak kerana ada Niacinamide

Ekstrak kulit kayu Willow dan ekstrak herba Willow Kanada pula boleh membersihkan pori serta melegakan jerawat untuk kurangkan kemerahan. 

Manakala minyak Tea Tree semula jadi Australia dalam produk yang tidak melekit ini mengandungi bahan Antimicrobial semula jadi untuk kurangkan keradangan. 

Untuk kesan yang terbaik, anda digalakkan untuk guna 2 kali sehari lepas cuci muka.

Krim parut jerawat
HIRUSCAR Post Acne
HIRUSCAR Post Acne
From
RM37.45
Check HIRUSCAR Post Acne price below:
Cepat meresap dalam kulit
Halang pembentukan bintik gelap
Formulasi anti bakteria
Harga mahal
Tidak boleh dipakai pada kulit yang rosak

Bagi anda yang ingin memudarkan tompokan hitam bekas jerawat, produk Hiruscar Post Acne adalah pilihan yang tepat.

Ubat parut jerawat jenis ini sesuai untuk kulit berminyak dan cenderung naik jerawat. 

Mengandungi Vitamin B3, Allantoin dan MPS iaitu Mucopolysaccharide yang boleh mengurangkan parut jerawat. 

Penggunaan yang konsisten sekaligus boleh menghalang pembentukan parut jerawat baru.

Paling penting, anda boleh pakai solekan seperti biasa walaupun lepas guna produk ini.

Krim hilangkan parut jerawat ini juga tidak melekit dan boleh disapu pada kawasan bermasalah 2-3 kali sehari (pagi dan malam).

Krim gel jerawat Safi
SAFI Acne Solutions Corrective Spot Gel
SAFI Acne Solutions Corrective Spot Gel
From
RM68.00
Check SAFI Acne Solutions Corrective Spot Gel price below:
Merawat parut
Melegakan kerengsaan kulit
Boleh pakai 2-3 kali sehari
Kulit lebih cerah
Kuantiti hanya 15g

SAFI Acne Solutions Corrective Spot Gel diformulasikan daripada AHA dan BHA yang menyingkirkan sel kulit mati.

Dalam masa yang sama, krim gel Safi mampu mengecilkan jerawat dan melawan bakteria penyebab jerawat. 

Selain itu, turut mengandungi Neem yang boleh mengurangkan parut, mengecutkan jerawat dengan cepat dan wajah kembali mulus. 

Boleh meresap jauh ke dalam liang pori untuk mengawal penghasilan sebum dan sekaligus mengeluarkan kekotoran yang menyebabkan pori kulit tersumbat. 

Krim malam untuk jerawat terbaik
Ileesh Face Cream (Night Cream)
ILEESH FACE CREAM (Night Cream)
From
RM25.00
Check Ileesh Face Cream (Night Cream) price below:
Parut pudar
Bebas merkuri
Tak melekit & berminyak
Mengekalkan kelembapan wajah
Kurangkan garis halus & kedutan
Harga mahal

Jerawat nanah dan jeragat masih tidak hilang walaupun dah cuba banyak produk di pasaran?

Apa kata cuba krim jerawat Ileesh ini kerana formula bahan ini mampu mengembalikan kulit wajah yang sihat.

Kandungannya kaya dengan bahan antioksidan dan anti penuaan seperti vitamin C, E dan A yang boleh mengurangkan pigmentasi dan cerahkan kulit. 

Produk ini mengandungi ekstrak Chamomile, Saponary, Aloe Vera dan Glycerin ini boleh dipakai pada waktu malam sebelum tidur selepas cuci muka.

Tiada masalah sama ada nak sapu pada kawasan bermasalah sahaja atau pada keseluruhan wajah. 

Krim jerawat dan parut
AcneMinus Advanced Acne Spot Treatment Cream
AcneMinus Advanced Acne Spot Treatment Cream
From
RM128.00
Check AcneMinus Advanced Acne Spot Treatment Cream price below:
pH seimbang
Tidak merengsakan kulit
Mengurangkan keradangan
Mengawal pengeluaran sebum
Menghalang pembentukan parut jerawat
Harga mahal

Krim AcneMinus ini diformulasikan khas yang inginkan produk yang boleh mengecutkan jerawat degil dalam masa 3-7 hari.

Dalam masa yang sama dapat mengurangkan parut kerana mengandungi zinc oxide.

Bahan ini juga boleh mengecilkan liang pori dan kurangkan jerawat. 

Sulfur dan minyak Tea Tree pula berkesan untuk melawan bakteria penyebab jerawat dan melegakan kulit sensitif. 

Sesuai digunakan pada kulit normal, berminyak, kombinasi dan berjerawat kerana mudah meresap ke dalam kulit dan tidak melekit. 

Krim ini lulus KKM dan bebas alkohol serta paraben menjadikannya selamat digunakan oleh anda yang miliki kulit sensitif. 

Krim hilangkan bekas jerawat
Derma Angel Intensive Gel
Derma Angel
Intensive Gel
From
RM29.50
Check Derma Angel Intensive Gel price below:
Berkesan menyelesaikan masalah jerawat
Tidak ada kesan sampingan
Tidak menyebabkan iritasi
Rasa sedikit gatal pada kulit

Gel ini mengandungi Ceramide yang dapat menyerap ke dalam kulit sehingga ke akar jerawat untuk bantu bahan aktif anti-jerawat menyerap jauh ke dalam kulit.

Tambah pula dengan kandungan 2% Salicylic Acid dan 2% sulfur dimana kepekatan tertinggi yang dibenarkan dalam produk kosmetik yang mengandungi dadah.

Bahan ini berfungsi untuk melembutkan sel kulit mati dan mempercepatkan jerawat kering, mengecilkan lubang pori serta mengurangkan pertumbuhan jerawat baru.

Jadi, masalah satu jerawat hilang, jerawat lain pula muncul dapat diselesaikan dengan gel ini.

Bahan lain yang terkandung dalam gel ini adalah Vitamin C yang tinggi dapat melembutkan kulit yang kasar disebabkan jerawat serta memperbaiki tona kulit yang tidak sekata.

Lebih menarik lagi, reka bentuk pada hujung penutup gel ini adalah serong supaya proses sapuan gel lebih mudah.

Anda hanya picit gel untuk keluar ke muncung serong dan letakkan pada jerawat anda tanpa menggunakan jari. Mudah!

Krim jerawat untuk kulit berminyak
Rosa T Anti Acne Hydra Gel
Garden of Eden
Rosa T Anti Acne Hydra Gel
From
RM37.69
Check Rosa T Anti Acne Hydra Gel price below:
Mengawal pertumbuhan bakteria pada kulit wajah
Dapat melembapkan kulit wajah yang berjerawat
Mengandungi 8 jenis Asid Hyaluronik
Mengecilkan liang pori
Tidak sesuai untuk kulit kering

Gel pelembap ini mengandungi 95% tumbuhan semula jadi yang dapat memberi kulit kekal hidrasi selama 72 jam.

Tambah pula dengan nutrisi prebiotik yang terkandung dalam produk ini dapat menggalakkan pertumbuhan bakteria baik.

Campuran ini dapat mengurangkan pertumbuhan jerawat pada kulit wajah serta mengawal penghasilan minyak dan sebum.

Menarik lagi, dalam masa 15 minit Rosa T Anti Acne Hydra Gel dapat mengecilkan lubang pori.

Jadi, ciri ini dapat membantu mengurangkan masalah pori tersumbat sehingga menyebabkan jerawat.

Selain itu, produk ini mengandungi 8 jenis Asid Hyaluronik ditambah dengan water booster, Saccharide Isomerate (Pentavitin) yang bertindak sebagai Ultra-Hydration pada kulit.

Cara penggunaan mudah saja selepas cuci muka dan pakai toner, sapu sedikit Rosa T Anti Acne Hydra Gel pada seluruh muka sambil mengurut wajah supaya menyerap ke dalam kulit.

Jangan risau, produk ini telah diuji oleh dermatologis jadi sesuai untuk kulit kombinasi, berminyak, berjerawat dan sensitif.

Krim jerawat viral TikTok
E-Sol Gel Jerawat Pharmaclinic 10G
E-Sol
E-SOL GEL JERAWAT PHARMACLINIC 10G
From
RM30.00
Check E-Sol Gel Jerawat Pharmaclinic 10G price below:
Mengandungi Tretinoin
Mengecilkan jerawat
Mengurangkan kesan jerawat
Pakai pada waktu malam sahaja

Penggunaan E-Sol Gel (Efasol Gel) 10g ini semakin tular di TikTok dan rata-rata pengguna memberikan ulasan yang baik.

Gel E-Sol ini bagus untuk mengecilkan jerawat dan mengurangkan iritasi dan kemerahan pada kulit.

Dengan penggunaan yang konsisten, anda juga boleh mengurangkan kesan parut jerawat lama dan tanpa mengeringkan kulit muka.

Krim jerawat ini mengandungi Tretinoin jadi anda disarankan untuk guna pada waktu malam sama seperti Retinol.

Ubat ini adalah untuk kegunaan luaran sahaja dan hanya boleh disapukan pada kulit yang bersih, kering dan tiada luka.

Untuk penggunaan yang berkesan dan selamat, anda disarankan sentiasa cuci tangan dengan bersih sebelum dan selepas menggunakan gel ini.

Anda boleh ambil sebanyak yang diperlukan dan urut lembut pada bahagian yang diperlukan untuk membantu penyerapan kulit dengan lebih mendalam.

Krim jerawat Tidact
Tidact acne gel
tidact acne gel
From
RM16.90
Check Tidact acne gel price below:
Cepatkan proses jerawat kecut & pudar
Mengurangkan kemerahan dan keradangan
Satu tiub tahan lama
Basic skincare perlu kukuh

Antara krim anti jerawat yang paling berkesan dan cepat kecutkan jerawat.

Boleh hilangkan tiny bump, parut semakin pudar dan jerawat cepat kecut, tak kira ada mata atau tiada mata.

Jangan risau krim kecutkan jerawat ini sesuai untuk wanita hamil kerana bahan aktifnya Clindamycin Topical selamat untuk mereka.

Senang nak menyerap dan tidak memberikan iritasi pada kulit. Sapu je dekat bahagian jerawat sebelum tidur dan esoknya jerawat terus surut.

Namun, anda juga perlu jaga basic skincare kerana ubat jerawat ini akan keringkan kulit.

Krim jerawat untuk remaja
Y.O.U AcnePlus Spot Care X
Y.O.U AcnePlus Spot Care X
From
RM17.90
Check Y.O.U AcnePlus Spot Care X price below:
Mengurangkan tanda jerawat
Menenangkan kulit dan memudarkan bintik hitam
Sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi
Tak keringkan kulit / pedihkan muka
Bau herba

Cream jerawat Y.O.U dalam tekstur light balm yang tidak berminyak, cepat menyerap dan formulanya melawan masalah berminyak dan jerawat.

Dirumus dengan 4D Centella dan 9X Herbs yang boleh menenangkan dan mengurangkan kemerahan.

Mengandungi Niacinamide membantu memudarkan bintik hitam yang disebabkan oleh jeragat.

Bahan lainnya iaitu Pionin membantu melawan bakteria penyebab jerawat dan mengurangkan breakout.

Dengan saiznya yang kecil, krim hilangkan jerawat ini mudah di bawa dalam beg.

Ubat jerawat Nixoderm
NIXODERM ACNE GEL 20ML
NIXODERM ACNE GEL 20ML
From
RM15.49
Check NIXODERM ACNE GEL 20ML price below:
Tiada triclosan, tiada paraben, tiada silikon
Memudarkan kesan/parut jerawat
Melawan tanda pertama jerawat
Menggalakkan pemulihan jerawat yang cepat
Bau botani yang menyegarkan

Nixoderm Acne Gel dirumus khas dengan bahan-bahan yang membantu melawan jerawat seperti Salicylic Acid, Sulfur dan Tea Tree Oil.

Krim untuk jerawat yang mengelupas dan membuka pori-pori secara lembut, menghalang pertumbuhan bakteria dan mengurangkan pengeluaran sebum.

Ditambah lagi, ekstrak Portulaca dan Aloe Vera memberikan sifat menenangkan dan mengatasi ketidakselesaan kulit yang disebabkan oleh jerawat.

Campuran ini juga membantu menggalakkan pemulihan jerawat yang cepat dan memudarkan kesan/parut jerawat.

Sapukan sekurang-kurangnya dua kali sehari selepas membersihkan muka.


Apakah Rawatan Terbaik Untuk Jerawat? 

Antara punca kemunculan jerawat adalah disebabkan penjagaan kulit yang tidak betul, pemakanan yang tidak sihat, reaksi ubat, tekanan atau hormon tidak seimbang.

Jadi, terdapat beberapa cara untuk merawat jerawat, antaranya, mencuci muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit serta pemakaian krim jerawat.

Produk untuk merawat jerawat lazimnya mengandungi bahan seperti Benzoyl Peroxide, Glycolic Acid, Salicylic Acid dan Sulfur. 

Ini kerana Benzoyl Peroxide boleh mematikan bakteria yang menyebabkan jerawat manakala Salicylic Acid boleh membersihkan pori tersumbat. 

Anda juga boleh menonton video di bawah untuk penerangan rawatan terbaik untuk jerawat.


Bolehkah Jerawat Hilang Dengan Sendirinya?

Anda takut nak guna produk hilangkan jerawat sebab khuatir ia akan jadi makin teruk?

Tiada masalah jika tak mahu guna sebarang produk sebab jerawat lambat laun akan hilang dengan sendirinya. 

Namun, cara ini memakan masa yang agak lama tapi apa yang penting jangan sesekali memicit jerawat sebab boleh sebabkan parut dan kesan gelap. 


Apakah Penyebab Jerawat Di Wajah? Adakah Krim Berkesan Untuk Menghapuskannya?

Jerawat akan tumbuh apabila liang pori pada kulit menjadi tersumbat dengan minyak, bakteria, kekotoran dan sel kulit mati. 

Pre-Menstrual Syndrome (PMS), perubahan hormon, stres, penghasilan minyak (sebum) yang berlebihan dan pengambilan diet yang tidak sihat juga boleh menjadi penyebab terjadinya jerawat.

Tapi anda tidak perlu risau sebab krim jerawat berkesan untuk mengurangkan atau mengecutkan jerawat. 

Anda boleh tonton video di bawah cara menghapuskan jerawat pada wajah.


Soalan Lazim

Apakah ubat jerawat yang paling berkesan?

Ia bergantung pada jenis kulit dan tahap keterukan jerawat anda. Produk berasaskan Salicylic Acid atau Benzoyl Peroxide seperti Nixoderm Ointment dan Benzac AC adalah pilihan popular yang senang didapati di Malaysia, tetapi keberkesanan berbeza mengikut individu. Jerawat teruk atau berulang sebaiknya dirujuk kepada doktor kulit.

Apakah ubat doxycycline sesuai untuk jerawat?

Doxycycline ialah antibiotik oral preskripsi yang doktor kadangkala preskripsikan untuk jerawat teruk atau bernanah. Ia BUKAN produk jualan bebas dan tidak disenaraikan dalam panduan ini, kerana senarai kami fokus kepada krim dan gel yang boleh dibeli terus tanpa preskripsi. Dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan sebarang ubat preskripsi.

Apakah ubat jerawat yang terdapat di Watson?

Kebanyakan jenama dalam senarai ini seperti Nixoderm, T3 dan SAFI turut dijual di farmasi seperti Watsons dan Guardian. Harga di kedai fizikal mungkin berbeza sedikit daripada harga online yang kami senaraikan di sini.

Apakah ubat hilangkan parut jerawat yang boleh dibeli di farmasi?

Untuk parut jerawat khususnya (bukan jerawat aktif), produk seperti Hiruscar Post Acne dan NB Acne Scar Cream dalam senarai kami direka khas untuk memudarkan parut, dan kedua-duanya boleh didapati di farmasi tempatan.


Artikel Berkaitan