Sebiji jerawat sahaja yang muncul di wajah mampu mencacatkan penampilan.Maka, penjagaan yang lebih sempurna perlu dilakukan untuk membendung jerawat merebak ke seluruh wajah. Jerawat muncul pada kulit wajah adalah disebabkan oleh hormon stres yang terjadi pada tubuh anda. Hormon stres ini akan menghasilkan kelenjar minyak berlebihan dan menyumbat liang pori. Bukan hanya hormon stres sahaja, malahan PMS (Pre-Menstrual Syndrome) juga menjadi salah satu sebabnya. Cara-cara untuk mengatasi jerawat dengan berkesan adalah meminum air kosong seperti yang disyorkan oleh pakar kesihatan dan menyapu krim jerawat bersesuaian.

Kini dipasaran terdapat pelbagai jenis krim yang boleh mencegah serta merawat jerawat dan kesannya. Ianya boleh didapati dalam pelbagai jenis iaitu dalam bentuk krim losyen dan gel. Produk penjagaan kulit untuk jerawat yang baik adalah produk yang diformulasi dengan bahan-bahan semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Ikuti senarai dibawah untuk mengetahui kebaikan krim jerawat ini;

1. OXY 5 Acne Pimple Medication

Krim jerawat dari farmasi - menghalang penghasilan minyak pada kulit wajah
Harga mulai RM9.81
Watsons Malaysia RM9.81

Krim jerawat dari jenama Oxy ini mengandungi 5% Benzoyl Peroxide yang berfungsi untuk membunuh bakteria dalam jerawat pada kulit serta liang pori dengan pantas dan berkesan. Krim ini juga dapat menyeimbangkan minyak semulajadi yang berlebihan pada wajah dengan membantu  mencegah pertumbuhan jerawat. Bebas daripada bahan kimia merbahaya dan tidak mengandungi haruman. 

Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat yang masih boleh dicegah dengan perawatan sempurna.

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. SKIN & LAB Dr. Spot Clear Don't Touch Trouble Spot (15ml)

Sesuai untuk kulit kering, krim ini memberi lembapan sepanjang hari
Harga mulai RM19.90
Hermo Malaysia RM19.90

Krim jerawat dari SKIN & LAB ini berfungsi untuk mencegah dan mengawal jerawat serta sebum daripada terhasil secara berlebihan pada kulit wajah. Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering dan mengalami masalah jerawat, krim ini diekstrak dengan 5 tumbuhan semulajadi yang tidak akan menyebabkan iritasi pada kulit wajah. 

Krim ini bertindak dengan cepat pada cela akibat jerawat juga membantu mengurangkan kemerahan. Ianya juga mampu untuk menghalang kekeringan pada kulit dan meningkatkan kadar penyerapan kelembapan.

3. AIKEN Tea Tree Oil Pimple Cream

Krim jerawat terbaik untuk kulit sensitif – daripada bahan semulajadi
Harga mulai RM10.50
Watsons Malaysia RM10.50

Krim dari Aiken ini mengandungi minyak Tea Tree (Melaleuca alternifolia) untuk membantu melindungi kulit dari jerawat secara semula jadi tanpa mengelupaskannya seperti krim jerawat lain. Krim bebas minyak ini amat sesuai untuk jenis kulit yang berminyak dan sensitif. 

Dirumus khas untuk menyembuhkan kulit jerawat serta menghilangkan minyak berlebihan, mengawal kesan sinar (matte effect) dan menapis liang pori dari tersumbat. Tekstur krim ini mampu untuk menembusi jauh ke dalam lapisan kulit agar kelihatan lebih jelas dengan kemasan matte.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. Himalaya Acne & Pimple cream

Krim jerawat sesuai untuk kegunaan kulit wajah kaum lelaki
Harga mulai RM26.50
Shopee Malaysia RM26.50

Buntu mencari krim jerawat yang sesuai untuk lelaki? Nah, produk krim jerawat dari Himalaya ini ada jawapannya. Krim ini bukan sahaja dapat menghapuskan kesan jerawat, malahan menyembuhkan serta mencegah masalah kulit bermasalah. Dengan mengandungi Silk cotton tree, sifat astringen dan penyejuk yang terdapat dalam krim ini berfungsi untuk mengawal kadar pertumbuhan jerawat di masa hadapan. 

Diperkaya dengan Aloevera dan five-leaved Chaste Tree yang bertindak untuk menyembuhkan dan melembutkan kulit serta mengurangkan keradangan.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. CLINELLE Blemish Clear (15ml)

Terbaik untuk kulit remaja, boleh digunakan semasa menjalani aktiviti luar
Harga mulai RM23.13
Watsons Malaysia RM23.13

Salah satu kesan terjadinya jerawat adalah akibat pendedahan kerap kulit wajah dibawah pancaran sinar matahari. Krim anti-cela ini yang bertindak untuk memyembuhkan kulit akibat jerawat secara berkesan, tidak menjadikannya iritasi. Dengan mengandungi agen pembersih yang berkuasa untuk mengawal pengeluaran sebum yang berlebihan dan mengalakkan peredaran mikro untuk pembaharuan sel. 

Ekstrak botani semulajadi yang terdapat dalam krim ini membantu merangsang penyembuhan dan pembaharuan sel-sel kulit. Pro Vitamin B5 dan asid Salicylic membantu memelihara kulit dari pertumbuhan jerawat dan cela. Sesuai untuk remaja yang mempunyai masalah kulit jerawat yang teruk.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. DR. MURAD Outsmart Blemish Clarifying Treatment (50ml)

Krim jerawat untuk si kulit berminyak
Harga mulai RM245.10
Hermo Malaysia RM245.10

Krim jerawat bertekstur gel sangat ringan ini, diuji secara klinikal dan terbukti mampu mengurangkan jerawat secara keseluruhan dalam hanya masa 1 minggu. Kandungan asid Salicylic dalam krim ini digabungkan dengan pelbagai jenis asid dan glycolic dalam teknologi penta-acid untuk membersihkan kulit dari bakteria. 

Terkenal dengan perawatan kulit terbaik, krim dari produk Dr. Murad ini dapat memininumkan masalah jerawat, mengurangkan penghasilan minyak dan sebum berlebihan serta bintik hitam di samping melindungi kulit wajah anda dari kekeringan dan bermasalah.

7. HIRUSCAR Anti Acne Spot Gel

Krim untuk menghilangkan kesan parut jerawat dengan baik
Harga mulai RM25.30
Hermo Malaysia RM25.30

Gel lutsinar krim jerawat ini dapat menyelesaikan masalah kulit jerawat dalam beberapa kali sapuan. Ia mengandungi asid Salicylic untuk memulihkan kulit dari masalah jerawat dan membantu mencegah kadar pertumbuhan jerawat, mengecutkan saiz jerawat dan memperbaiki masalah kulit dengan cepat tanpa membuatkan kulit wajah terasa pedih. 

MPS mengekalkan kelembapan kulit dengan tambahan Vitamin C, ia membantu mencegah jerawat serta kesannya. Diperkaya dengan ekstrak semula jadi untuk mengurangkan keradangan, kemerahan dan kesakitan pada kesan jerawat.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

8. SENDAYU TINGGI Acne Cream

Krim jerawat terbaik untuk dipakai pada waktu malam
Harga mulai RM33.50
Shopee Malaysia RM33.50

Produk krim jerawat dari brand lokal, Sendayu Tinggi ini dapat merawat liang pori dan menyeimbangkan minyak semulajadi pada wajah. Krim jerawat ini dirumus khas dengan pelbagai bahan semulajadi terbaik seperti ekstrak pegaga, timun, Chamomile, daun Saponaria, daun Camellia, likuoris, lidah buaya, Mulberi, Rosemary, dan minyak Lavender untuk merawat jerawat.

Krim ini dapat mengurangkan kemerahan, radang kulit, menggalak pertumbuhan semula kulit serta memutihkannya.Gunakan pada waktu malam untuk mendapatkan hasil lebih berkesan.

9. COSMODERM Tea Tree Oil Anti Blemish (10ml)

Krim yang sesuai untuk merawat pertumbuhan jerawat di badan
Harga mulai RM12.90
Shopee Malaysia RM12.90

Krim perawatan dari Cosmoderm ini sangat terkenal di kalangan pengguna yang mempunyai kulit bermasalah seperti jerawat dan parut. Ianya dapat mengurangkan jerawat, blackheads dan whiteheads sekaligus tanpa menyebabkan kulit anda menjadi kemerahan. Dengan formula unik daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan, krim ini dapat menghapuskan kesan jerawat dalam masa yang singkat. 

Sapukannya setiap hari untuk mendapatkan hasil kulit lebih pantas dan gunakan pada waktu malam sebelum tidur. Tidak sesuai untuk kulit sensitif kerana bahan kandungannya mungkin akan menyebabkan radang kulit dan menjadi lebih bermasalah.  

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang E_Emeyra

The best of me is yet to come.. <3

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!