Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Krim jerawat terbaik

19 Krim & Ubat Jerawat Terbaik di Malaysia 2024

Rawat kulit berjerawat dengan krim yang bersesuaian

Masalah jerawat timbul apabila terdapat kotoran tertinggal dalam lubang liang pori bersama minyak dan sel kulit mati sehingga terdapat bintik atau benjolan pada permukaan kulit.

Jerawat juga dikategori kepada dua jenis iaitu jerawat tanpa keradangan seperti bintik hitam dan bintik putih atau jerawat berserta keradangan kulit dan mengandungi nanah dalam benjolan tersebut.

Bagi mengatasi kedua-dua masalah ini, penggunaan ubat parut jerawat terbaik atau krim muka untuk jerawat adalah langkah yang betul.

Jadi jom kita lihat ubat jerawat paling berkesan dan krim hilangkan parut jerawat untuk atasi masalah kulit ini.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 19 Ubat Jerawat Paling Berkesan

Krim jerawat terbaik secara keseluruhan
Nixoderm Ointment
From
RM9.45
Check Nixoderm Ointment price below:
add_circle Mengurangkan kegatalan kulit
add_circle Bagus untuk merawat ruam
add_circle Mudah disapu pada kulit
add_circle Harga murah
remove_circle Bekas mudah kotor
remove_circle Kurang sesuai kulit ektra sensitif

Sebab menjadi pilihan utama:

Krim jerawat Nixoderm ini bukan saja berkesan untuk mengecutkan jerawat sahaja tapi sangat bagus untuk membuang blackheads dan kurap kulit, dan sesuai dijadikan sebagai krim untuk jerawat pasir.

Ciri-ciri:

Mengandungi Benzoic Acid yang mempunyai fungsi anti kulat dan Salicylic Acid yang terbaik untuk mengurangkan jerawat. 

Ubat jerawat paling berkesan ini sesuai digunakan untuk mengurangkan masalah gatal kaki, kulit eczema dan kurap kulit kepala. 

Ini kerana kandungan bahan sulfur dalam krim ini merupakan anti kulat, anti septik dan parasitisid yang lembut.  

Cara penggunaannya mudah, anda perlu sapu di kawasan yang bermasalah selama 7 hari dan berhenti guna selama 3 hari berturut-turut.  

Kemudian, sambung semula guna krim ini selama 7 hari berikutnya dan berhenti apabila jerawat sudah tiada. 

Review:

"Awal-awal pakai memang pedih sikit, tapi lama-lama okay. Jerawat memang cepat kecut. Jerawat kecil dan berpasir pun berkesan. Lepas pakai, muka yang dulu breakout pun makin okay."

Krim jerawat untuk lelaki
Himalaya Herbals Acne & Pimple cream
Himalaya Herbals
Krim pelembab terbaik atasi masalah berjerawat
From
RM26.50
Check Himalaya Herbals Acne & Pimple cream price below:
add_circle Melembutkan kulit
add_circle Bebas paraben
add_circle Tidak diuji terhadap haiwan
add_circle Kurangkan keradangan kulit
remove_circle Harga mahal

Dengan krim jerawat Himalaya ini, tiada lagi masalah jerawat besar pada wajah sehingga menyebabkan ramai kurang keyakinan diri. 

Produk yang telah diuji secara dermatologi ini bukan hanya dapat mengawal jerawat, malah boleh mengurangkan jerawat daripada muncul semula pada wajah. 

Ini kerana krim jerawat ini mengandungi bahan-bahan yang boleh melegakan jerawat seperti Silk Cotton Tree, Barbados Aloe dan Five-leaved Chaste Tree

Krim jerawat Himalaya Herbals Acne & Pimple cream ini juga bebas Paraben menjadikannya sesuai untuk kulit sensitif yang berjerawat. 

Krim jerawat badan
OXY 5 Acne Pimple Medication
OXY
From
RM20.90
Check OXY 5 Acne Pimple Medication price below:
add_circle Mengecutkan jerawat
add_circle Benzoyl peroxide membunuh bakteria
add_circle Memudarkan parut hitam akibat jerawat
add_circle Tidak membuatkan liang pori tersumbat
remove_circle Rasa sedikit pedih pada kulit

Ubat jerawat Oxy ini mengandungi 5% Benzoyl Peroxide yang bagus untuk mengecutkan semua saiz jerawat.

Benzoyl juga dapat menghilangkan jerawat dan membunuh bakteria selepas guna beberapa hari.

Sangat mudah guna krim ini, anda hanya perlu sapu di kawasan berjerawat seperti wajah dan badan. 

Tekstur krim ini sangat lembut menjadikan mudah menyerap jauh ke dalam pori untuk menghalang pembentukan jerawat baru. 

Disebabkan ciri krim ini bebas alkohol jadi sesuai untuk kulit jenis normal, berminyak, kombinasi dan kering.

Krim jerawat Aiken
Aiken Tea Tree Oil Pimple Cream
Aiken
From
RM10.50
Check Aiken Tea Tree Oil Pimple Cream price below:
add_circle Anti bakteria
add_circle Bebas alkohol
add_circle Mampu mengecilkan pori
add_circle Menyerap jauh ke dalam kulit
add_circle Menyingkirkan lebihan minyak
remove_circle Keberkesanan bergantung pada jenis kulit

Produk Aiken terkenal dengan kualiti sabunnya kerana mengandungi minyak Tea Tree atau nama saintifiknya Melaleuca Alternifolia.

Bahan ini dapat melindungi kulit daripada jerawat tanpa menyebabkan wajah mengelupas. 

Memang sesuai digunakan pada wajah yang cenderung tumbuh jerawat dan berminyak.

Sebaiknya anda boleh sapu krim ini dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. 

Jangan risau, krim jerawat ini juga sesuai digunakan oleh mereka yang miliki kulit muka sensitif kerana kandungannya bebas paraben, pewangi, pewarna dan minyak mineral.

Krim jerawat untuk kulit kering
Cosmoderm Tea Tree Oil Anti Blemish X-Press (10ml)
Cosmoderm
cosmoderm tea tree oil
From
RM13.92
Check Cosmoderm Tea Tree Oil Anti Blemish X-Press (10ml) price below:
add_circle Mengurangkan whiteheads
add_circle Jerawat kecut dalam masa semalaman
add_circle Ada vitamin E
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif

Produk jerawat Cosmoderm yang ini bukan sahaja boleh membantu mengurangkan jerawat yang muncul pada wajah tapi bagus untuk kurangkan blackheads

Paling penting, formulasi krim jerawat ini cepat berkesan dan tidak menyebabkan parut.

Ini kerana diperbuat daripada sumber tumbuh-tumbuhan seperti lemon, minyak Tea Tree dan Lavender. 

Bagus juga untuk melegakan kemerahan kulit akibat jerawat sebab bebas daripada Paraben, pewangi dan minyak mineral. 

Anda boleh sapukan krim ini pada mana-mana kawasan kulit yang bermasalah sebanyak 2 kali sehari.

Ubat jerawat benzoyl peroxide
Benzac AC 5 (15g)
Galderma
benzac
From
RM27.08
Check Benzac AC 5 (15g) price below:
add_circle Boleh digunakan pada wajah & badan
add_circle Merawat acne vulgaris
add_circle Membersihkan pori
add_circle Mengurangkan whiteheads & blackheads
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit masalah jerawat teruk

Ubat jerawat Benzac ini baik untuk kulit bermasalah seperti jerawat dan jeragat yang tidak terlalu teruk dan masih boleh dirawati dengan cepat. 

Bertindak sebagai multifungsi dan sesuai digunakan pada kawasan muka dan badan.

Kadar Benzoil Peroksida dalam krim ini dapat membunuh sehingga 94% bakteria jerawat selepas satu minggu penggunaan. 

Benzac AC juga membantu anda menghapuskan masalah kulit yang lain seperti bintik hitam, jeragat dan pigmentasi. 

Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, krim ini selamat digunakan oleh semua jenis kulit tidak kira bermasalah ataupun tidak.

Gunakan 2 -3 kali sehari dan aplikasikannya pada bahagian yang alami masalah seperti jerawat 

Krim jerawat untuk ibu hamil
NB Acne Scar Cream
NurFella Beauty
From
RM19.45
Check NB Acne Scar Cream price below:
add_circle Dapat mengawal penghasilan minyak
add_circle Dapat hapus bakteria pada kulit
add_circle Dapat pudarkan parut jerawat
add_circle Mengurangkan kulit gatal
remove_circle Bau seperti ubat
remove_circle Mempunyai kesan sampingan

Krim ini mengandungi bahan yang dapat memberi kesan positif pada beberapa masalah kulit seperti memudarkan dan menghilangkan parut dalam.

Selain itu, penggunaan yang konsisten akan mengecutkan jerawat, menghilangkan jeragat dan mengawal lebihan minyak pada kulit wajah.

Krim jerawat ini juga akan memastikan kulit kekal lembap, mengurangkan rasa gatal untuk masalah kulit alergik dan ekzema.

Menariknya lagi, dapat membunuh kuman yang melekat pada kulit.

Dengan adanya bahan antiseptik, krim ini dapat mengurangkan ruam dan jerawat. 

Krim jerawat Oxy
Oxy 10 Acne Pimple Treatment
Oxy 10 Acne Pimple Treatment
From
RM11.10
Check Oxy 10 Acne Pimple Treatment price below:
add_circle Membunuh bakteria penyebab jerawat
add_circle Mengeringkan minyak berlebihan
add_circle Membersihkan pori tersumbat
add_circle Harga murah
remove_circle Keberkesanan bergantung pada jenis kulit

Bajet terhad tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk anda miliki kulit cantik bebas jerawat dan keradangan kulit.

Anda boleh cuba guna produk Oxy murah yang khas untuk merawat jerawat degil ini. 

Mengandungi 10% Benzoyl Peroxide yang berkesan membunuh bakteria dan mampu meresap jauh ke dalam kulit untuk menghalang pertumbuhan jerawat baru pada wajah. 

Krim jerawat yang sesuai untuk remaja ini juga boleh disapu pada jerawat yang muncul pada leher dan wajah. 

Krim jerawat farmasi
T3 Pimple Gel Plus 15g
T3 Pimple Gel Plus 15g
From
RM13.38
Check T3 Pimple Gel Plus 15g price below:
add_circle Bersihkan pori tersumbat
add_circle Melawan bakteria penyebab jerawat
add_circle Ada Salicylic Acid
add_circle Tidak mengeringkan kulit
remove_circle Rasa sedikit pedih

Bagi yang mahukan ubat jerawat murah dan mudah didapati di farmasi, kami sarankan untuk cuba ubat jerawat T3 ini yang boleh mengecutkan jerawat degil. 

Selain itu, krim jerawat ini juga boleh mengurangkan kesan jerawat dan turut berkesan untuk mengawal penghasilan minyak kerana ada Niacinamide

Ekstrak kulit kayu Willow dan ekstrak herba Willow Kanada pula boleh membersihkan pori serta melegakan jerawat untuk kurangkan kemerahan. 

Manakala minyak Tea Tree semula jadi Australia dalam produk yang tidak melekit ini mengandungi bahan Antimicrobial semula jadi untuk kurangkan keradangan. 

Untuk kesan yang terbaik, anda digalakkan untuk guna 2 kali sehari lepas cuci muka.

Krim parut jerawat
HIRUSCAR Post Acne
HIRUSCAR Post Acne
From
RM28.97
Check HIRUSCAR Post Acne price below:
add_circle Cepat meresap dalam kulit
add_circle Halang pembentukan bintik gelap
add_circle Formulasi anti bakteria
remove_circle Harga mahal
remove_circle Tidak boleh dipakai pada kulit yang rosak

Bagi anda yang ingin memudarkan tompokan hitam bekas jerawat, produk Hiruscar Post Acne adalah pilihan yang tepat.

Ubat parut jerawat jenis ini sesuai untuk kulit berminyak dan cenderung naik jerawat. 

Mengandungi Vitamin B3, Allantoin dan MPS iaitu Mucopolysaccharide yang boleh mengurangkan parut jerawat. 

Penggunaan yang konsisten sekaligus boleh menghalang pembentukan parut jerawat baru.

Paling penting, anda boleh pakai solekan seperti biasa walaupun lepas guna produk ini.

Krim hilangkan parut jerawat ini juga tidak melekit dan boleh disapu pada kawasan bermasalah 2-3 kali sehari (pagi dan malam).

Krim gel jerawat Safi
SAFI Acne Solutions Corrective Spot Gel
SAFI Acne Solutions Corrective Spot Gel
From
RM17.51
Check SAFI Acne Solutions Corrective Spot Gel price below:
add_circle Merawat parut
add_circle Melegakan kerengsaan kulit
add_circle Boleh pakai 2-3 kali sehari
add_circle Kulit lebih cerah
remove_circle Kuantiti hanya 15g

SAFI Acne Solutions Corrective Spot Gel diformulasikan daripada AHA dan BHA yang menyingkirkan sel kulit mati.

Dalam masa yang sama, krim gel Safi mampu mengecilkan jerawat dan melawan bakteria penyebab jerawat. 

Selain itu, turut mengandungi Neem yang boleh mengurangkan parut, mengecutkan jerawat dengan cepat dan wajah kembali mulus. 

Boleh meresap jauh ke dalam liang pori untuk mengawal penghasilan sebum dan sekaligus mengeluarkan kekotoran yang menyebabkan pori kulit tersumbat. 

Krim malam untuk jerawat terbaik
Ileesh Face Cream (Night Cream)
ILEESH FACE CREAM (Night Cream)
From
RM25.00
Check Ileesh Face Cream (Night Cream) price below:
add_circle Parut pudar
add_circle Bebas merkuri
add_circle Tak melekit & berminyak
add_circle Mengekalkan kelembapan wajah
add_circle Kurangkan garis halus & kedutan
remove_circle Harga mahal

Jerawat nanah dan jeragat masih tidak hilang walaupun dah cuba banyak produk di pasaran?

Apa kata cuba krim jerawat Ileesh ini kerana formula bahan ini mampu mengembalikan kulit wajah yang sihat.

Kandungannya kaya dengan bahan antioksidan dan anti penuaan seperti vitamin C, E dan A yang boleh mengurangkan pigmentasi dan cerahkan kulit. 

Produk ini mengandungi ekstrak Chamomile, Saponary, Aloe Vera dan Glycerin ini boleh dipakai pada waktu malam sebelum tidur selepas cuci muka.

Tiada masalah sama ada nak sapu pada kawasan bermasalah sahaja atau pada keseluruhan wajah. 

Krim jerawat dan parut
AcneMinus Advanced Acne Spot Treatment Cream
AcneMinus Advanced Acne Spot Treatment Cream
From
RM128.00
Check AcneMinus Advanced Acne Spot Treatment Cream price below:
add_circle pH seimbang
add_circle Tidak merengsakan kulit
add_circle Mengurangkan keradangan
add_circle Mengawal pengeluaran sebum
add_circle Menghalang pembentukan parut jerawat
remove_circle Harga mahal

Krim AcneMinus ini diformulasikan khas yang inginkan produk yang boleh mengecutkan jerawat degil dalam masa 3-7 hari.

Dalam masa yang sama dapat mengurangkan parut kerana mengandungi zinc oxide.

Bahan ini juga boleh mengecilkan liang pori dan kurangkan jerawat. 

Sulfur dan minyak Tea Tree pula berkesan untuk melawan bakteria penyebab jerawat dan melegakan kulit sensitif. 

Sesuai digunakan pada kulit normal, berminyak, kombinasi dan berjerawat kerana mudah meresap ke dalam kulit dan tidak melekit. 

Krim ini lulus KKM dan bebas alkohol serta paraben menjadikannya selamat digunakan oleh anda yang miliki kulit sensitif. 

Krim hilangkan bekas jerawat
Derma Angel Intensive Gel
Derma Angel
Intensive Gel
From
RM24.50
Check Derma Angel Intensive Gel price below:
add_circle Berkesan menyelesaikan masalah jerawat
add_circle Tidak ada kesan sampingan
add_circle Tidak menyebabkan iritasi
remove_circle Rasa sedikit gatal pada kulit

Gel ini mengandungi Ceramide yang dapat menyerap ke dalam kulit sehingga ke akar jerawat untuk bantu bahan aktif anti-jerawat menyerap jauh ke dalam kulit.

Tambah pula dengan kandungan 2% Salicylic Acid dan 2% sulfur dimana kepekatan tertinggi yang dibenarkan dalam produk kosmetik yang mengandungi dadah.

Bahan ini berfungsi untuk melembutkan sel kulit mati dan mempercepatkan jerawat kering, mengecilkan lubang pori serta mengurangkan pertumbuhan jerawat baru.

Jadi, masalah satu jerawat hilang, jerawat lain pula muncul dapat diselesaikan dengan gel ini.

Bahan lain yang terkandung dalam gel ini adalah Vitamin C yang tinggi dapat melembutkan kulit yang kasar disebabkan jerawat serta memperbaiki tona kulit yang tidak sekata.

Lebih menarik lagi, reka bentuk pada hujung penutup gel ini adalah serong supaya proses sapuan gel lebih mudah.

Anda hanya picit gel untuk keluar ke muncung serong dan letakkan pada jerawat anda tanpa menggunakan jari. Mudah!

Krim jerawat untuk kulit berminyak
Rosa T Anti Acne Hydra Gel
Garden of Eden
Rosa T Anti Acne Hydra Gel
From
RM39.90
Check Rosa T Anti Acne Hydra Gel price below:
add_circle Mengawal pertumbuhan bakteria pada kulit wajah
add_circle Dapat melembapkan kulit wajah yang berjerawat
add_circle Mengandungi 8 jenis Asid Hyaluronik
add_circle Mengecilkan liang pori
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit kering

Gel pelembap ini mengandungi 95% tumbuhan semula jadi yang dapat memberi kulit kekal hidrasi selama 72 jam.

Tambah pula dengan nutrisi prebiotik yang terkandung dalam produk ini dapat menggalakkan pertumbuhan bakteria baik.

Campuran ini dapat mengurangkan pertumbuhan jerawat pada kulit wajah serta mengawal penghasilan minyak dan sebum.

Menarik lagi, dalam masa 15 minit Rosa T Anti Acne Hydra Gel dapat mengecilkan lubang pori.

Jadi, ciri ini dapat membantu mengurangkan masalah pori tersumbat sehingga menyebabkan jerawat.

Selain itu, produk ini mengandungi 8 jenis Asid Hyaluronik ditambah dengan water booster, Saccharide Isomerate (Pentavitin) yang bertindak sebagai Ultra-Hydration pada kulit.

Cara penggunaan mudah saja selepas cuci muka dan pakai toner, sapu sedikit Rosa T Anti Acne Hydra Gel pada seluruh muka sambil mengurut wajah supaya menyerap ke dalam kulit.

Jangan risau, produk ini telah diuji oleh dermatologis jadi sesuai untuk kulit kombinasi, berminyak, berjerawat dan sensitif.

Krim jerawat viral TikTok
E-Sol Gel Jerawat Pharmaclinic 10G
E-Sol
E-SOL GEL JERAWAT PHARMACLINIC 10G
From
RM30.00
Check E-Sol Gel Jerawat Pharmaclinic 10G price below:
add_circle Mengandungi Tretinoin
add_circle Mengecilkan jerawat
add_circle Mengurangkan kesan jerawat
remove_circle Pakai pada waktu malam sahaja

Penggunaan E-Sol Gel (Efasol Gel) 10g ini semakin tular di TikTok dan rata-rata pengguna memberikan ulasan yang baik.

Gel E-Sol ini bagus untuk mengecilkan jerawat dan mengurangkan iritasi dan kemerahan pada kulit.

Dengan penggunaan yang konsisten, anda juga boleh mengurangkan kesan parut jerawat lama dan tanpa mengeringkan kulit muka.

Krim jerawat ini mengandungi Tretinoin jadi anda disarankan untuk guna pada waktu malam sama seperti Retinol.

Ubat ini adalah untuk kegunaan luaran sahaja dan hanya boleh disapukan pada kulit yang bersih, kering dan tiada luka.

Untuk penggunaan yang berkesan dan selamat, anda disarankan sentiasa cuci tangan dengan bersih sebelum dan selepas menggunakan gel ini.

Anda boleh ambil sebanyak yang diperlukan dan urut lembut pada bahagian yang diperlukan untuk membantu penyerapan kulit dengan lebih mendalam.

Krim jerawat Tidact
Tidact acne gel
tidact acne gel
From
RM16.90
Check Tidact acne gel price below:
add_circle Cepatkan proses jerawat kecut & pudar
add_circle Mengurangkan kemerahan dan keradangan
add_circle Satu tiub tahan lama
remove_circle Basic skincare perlu kukuh

Antara krim anti jerawat yang paling berkesan dan cepat kecutkan jerawat.

Boleh hilangkan tiny bump, parut semakin pudar dan jerawat cepat kecut, tak kira ada mata atau tiada mata.

Jangan risau krim kecutkan jerawat ini sesuai untuk wanita hamil kerana bahan aktifnya Clindamycin Topical selamat untuk mereka.

Senang nak menyerap dan tidak memberikan iritasi pada kulit. Sapu je dekat bahagian jerawat sebelum tidur dan esoknya jerawat terus surut.

Namun, anda juga perlu jaga basic skincare kerana ubat jerawat ini akan keringkan kulit.

Krim jerawat untuk remaja
Y.O.U AcnePlus Spot Care X
Y.O.U AcnePlus Spot Care X
From
RM17.90
Check Y.O.U AcnePlus Spot Care X price below:
add_circle Mengurangkan tanda jerawat
add_circle Menenangkan kulit dan memudarkan bintik hitam
add_circle Sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi
add_circle Tak keringkan kulit / pedihkan muka
remove_circle Bau herba

Cream jerawat Y.O.U dalam tekstur light balm yang tidak berminyak, cepat menyerap dan formulanya melawan masalah berminyak dan jerawat.

Dirumus dengan 4D Centella dan 9X Herbs yang boleh menenangkan dan mengurangkan kemerahan.

Mengandungi Niacinamide membantu memudarkan bintik hitam yang disebabkan oleh jeragat.

Bahan lainnya iaitu Pionin membantu melawan bakteria penyebab jerawat dan mengurangkan breakout.

Dengan saiznya yang kecil, krim hilangkan jerawat ini mudah di bawa dalam beg.

Ubat jerawat Nixoderm
NIXODERM ACNE GEL 20ML
NIXODERM ACNE GEL 20ML
From
RM22.90
Check NIXODERM ACNE GEL 20ML price below:
add_circle Tiada triclosan, tiada paraben, tiada silikon
add_circle Memudarkan kesan/parut jerawat
add_circle Melawan tanda pertama jerawat
add_circle Menggalakkan pemulihan jerawat yang cepat
remove_circle Bau botani yang menyegarkan

Nixoderm Acne Gel dirumus khas dengan bahan-bahan yang membantu melawan jerawat seperti Salicylic Acid, Sulfur dan Tea Tree Oil.

Krim untuk jerawat yang mengelupas dan membuka pori-pori secara lembut, menghalang pertumbuhan bakteria dan mengurangkan pengeluaran sebum.

Ditambah lagi, ekstrak Portulaca dan Aloe Vera memberikan sifat menenangkan dan mengatasi ketidakselesaan kulit yang disebabkan oleh jerawat.

Campuran ini juga membantu menggalakkan pemulihan jerawat yang cepat dan memudarkan kesan/parut jerawat.

Sapukan sekurang-kurangnya dua kali sehari selepas membersihkan muka.


Apakah Rawatan Terbaik Untuk Jerawat? 

Antara punca kemunculan jerawat adalah disebabkan penjagaan kulit yang tidak betul, pemakanan yang tidak sihat, reaksi ubat, tekanan atau hormon tidak seimbang.

Jadi, terdapat beberapa cara untuk merawat jerawat, antaranya, mencuci muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit serta pemakaian krim jerawat.

Produk untuk merawat jerawat lazimnya mengandungi bahan seperti Benzoyl Peroxide, Glycolic Acid, Salicylic Acid dan Sulfur. 

Ini kerana Benzoyl Peroxide boleh mematikan bakteria yang menyebabkan jerawat manakala Salicylic Acid boleh membersihkan pori tersumbat. 

Anda juga boleh menonton video di bawah untuk penerangan rawatan terbaik untuk jerawat.


Bolehkah Jerawat Hilang Dengan Sendirinya?

Anda takut nak guna produk hilangkan jerawat sebab khuatir ia akan jadi makin teruk?

Tiada masalah jika tak mahu guna sebarang produk sebab jerawat lambat laun akan hilang dengan sendirinya. 

Namun, cara ini memakan masa yang agak lama tapi apa yang penting jangan sesekali memicit jerawat sebab boleh sebabkan parut dan kesan gelap. 


Apakah Penyebab Jerawat Di Wajah? Adakah Krim Berkesan Untuk Menghapuskannya?

Jerawat akan tumbuh apabila liang pori pada kulit menjadi tersumbat dengan minyak, bakteria, kekotoran dan sel kulit mati. 

Pre-Menstrual Syndrome (PMS), perubahan hormon, stres, penghasilan minyak (sebum) yang berlebihan dan pengambilan diet yang tidak sihat juga boleh menjadi penyebab terjadinya jerawat.

Tapi anda tidak perlu risau sebab krim jerawat berkesan untuk mengurangkan atau mengecutkan jerawat. 

Anda boleh tonton video di bawah cara menghapuskan jerawat pada wajah.


Artikel Berkaitan

End of Article