Inilah senarai telefon dan harga handphone murah berharga bawah RM400 khas untuk anda yang mahukan telefon bajet berkualiti.
Telefon pintar merupakan salah satu alat komunikasi yang sangat penting dalam kehidupan seharian dan telah menjadi peranti yang beyond for everything.
Kebanyakan orang dewasa atau pertengahan umur, mereka akan memilih telefon pintar yang lebih canggih atau telephone terbaru.
Tapi untuk kanak-kanak dan warga emas memadai sekadar telefon untuk berhubung atau alat hiburan sementara seperti smartphone paling murah atau smartphone murah kamera cantik.
Pasti smartphone tahan lasak atau smartphone murah 5G menjadi pilihan, tidak perlu sampai harga ribuan ringgit.
Jika anda mencari harga handphone murah bawah rm400, jom lihat senarai jenama HP murah di Malaysia dan terbaru ini.
Ada juga smartphone tahan lasak dan murah serta smartphone jenama yang dipercayai.

Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 9 Smartphone Murah Bawah RM400 Terbaik

- Cipset: UNISOC T612 (Octa-core)
- OS: Android 14, realme UI
- RAM: 12GB (4GB + 8GB Dinamik)
- Storage: 64GB
- Paparan: 6.74-inci HD+, 90Hz Eye Comfort Display
- Resolusi: 1600 x 720 piksel
- Bateri: 5000 mAh
- Kamera: 8 MP (belakang), 5 MP (swafoto)
Sebab menjadi pilihan utama:
realme Note 60x sememangnya handphone murah bawah RM400 yang menjadi pilihan utama kerana memiliki skrin yang lancar, bateri besar yang tahan lama, dan cipset UNISOC T612 yang cukup baik untuk tugasan harian serta gaming ringan.
Ciri-ciri:
Selain sebagai handphone murah terbaik secara keseluruhan, realme Note 60x adalah antara pilihan menarik jika anda sedang mencari phone murah dengan bateri tahan lama.
Dilengkapi bateri sebesar 5000mAh, telefon ini mampu bertahan sepanjang hari walaupun dengan penggunaan aktif seperti melayari media sosial, streaming video ataupun bermain game secara santai.
Ditambah lagi dengan paparan besar bersaiz 6.74 inci HD+ serta kadar segar semula 90Hz, anda pasti puas ketika menonton video atau bermain permainan kasual.
Telefon ini dijana oleh cipset UNISOC T612 Octa-Core bersama RAM 12GB (4GB fizikal + 8GB dinamik) yang menjamin kelancaran multitasking tanpa masalah lag yang ketara.
Ruang simpanan 64GB turut disediakan, selain slot tambahan kad microSD untuk menambah lagi ruang storan.
Rekaan telefon ini juga sangat mesra pengguna dengan saiz yang ringan, hanya 187g, membuatkan ia mudah dibawa ke mana-mana.
Kamera 8MP di belakang dan kamera depan 5MP cukup untuk keperluan asas fotografi harian.
Jika anda mahukan telefon bajet terbaik secara keseluruhan tetapi pentingkan ketahanan bateri, realme Note 60x memang pilihan bijak.
Review:
"Dah dua minggu guna realme Note 60x ni, memang puas hati sangat. Skrin besar dengan refresh rate 90Hz buat scrolling TikTok jadi smooth. Bateri tahan sampai sehari, main game santai-santai pun tak ada masalah. Dengan harga bawah RM400, memang berbaloi sangat beli telefon ni."

- Cipset: Unisoc T606 (12 nm)
- OS: Android 12, XOS 10.6
- RAM: 4GB
- Storage: 128GB
- Paparan: 6.56-inch
- Resolusi: 720 x 1612
- Bateri: 5000 mAh
- Kamera: 13MP (lebar) 0.08MP (depth) 8MP (swafoto)
Infinix Hot 30i dikuasakan oleh cip Unisoc T606 dan GPU ARM Mali-G57 MP1, mampu melakukan kerja multitask dengan baik dan tanpa lagging.
Untuk bahagian kamera, telefon jenama Infinix ini dilengkapi kamera belakang 13MP bersama dengan teknologi AI.
Pada kamera hadapan, handphone murah dengan audio terbaik dilengkapi dengan kamera 8MP dan turut hadir dengan pelbagai mod landskap.
Telefon pintar ini mempunyai RAM sebesar 4GB dan storan dalam sebanyak 128GB menjadikannya cukup untuk menyimpan sebarang aplikasi kegemaran anda.
Untuk saiz paparan pula, anda dapat menikmati paparan seluas 6.56 inci dan nisbah screen-to-body mencapai 90%.
Ciri ini akan berikan kepuasan kepada anda semasa menonton video YouTube bersama dengan audionya yang kuat.
Bateri telefon pintar murah ini pula sebesar 5000 mAh dan dikatakan mampu tahan sepanjang hari.

- Cipset: MediaTek Helio G25
- OS: Android 12 (Go edition)
- RAM: 2GB
- Storage: 32GB
- Paparan: 6.5 inci
- Bateri: 5000 mAh
- Kamera: 8MP (utama) 5MP (swafoto)
Inilah telefon Android murah yang berkualiti dan berbaloi untuk anda beli kerana ia menggunakan sistem operasi Android 12 (Go edition) yang terkini.
Dengan saiz skrin 6.5 inci, anda tidak akan terasa seperti memiliki telefon kecil, malah akan berasa puas melayan video-video YouTube atau menonton Netflix.
Saiz bateri juga agak besar, dengan 5000 mAh yang akan memberi kelebihan semasa berada di luar kerana bateri lambat habis.
Bagaimanapun, kualiti kamera mungkin kurang memuaskan dengan 8MP pada kamera utama dan 5MP pada kamera hadapan.
Saiz RAM juga agak kecil, namun dengan pemprosesan MediaTek Helio G25, telefon ini pasti memastikan aplikasi dapat dibuka dengan lancar.

- Cipset: Unicos T612
- OS: Funtouch OS 14.0
- RAM: 4GB
- Storage: 128GB
- Paparan: 6.56-inch
- Bateri: 5000 mAh
- Kamera: Belakang (13 MP + 0.08 MP), depan (5 MP)
Vivo Y03T merupakan sebuah telefon pintar mesra bajet yang menggabungkan reka bentuk moden dengan ciri praktikal.
Tersedia dalam warna Space Black dan Gem Green, ia menampilkan paparan LED 6.56 inci dengan resolusi 1612 x 720, memberikan visual yang tajam pada 269 PPI.
Dikuasakan dengan pemproses Unicos T612 dan dijalankan dengan sistem operasi Funtouch OS 14.0, berdasarkan Android 14, Vivo Y03T menawarkan prestasi yang lancar dengan 4GB RAM dan storan 128GB yang boleh ditambah hingga 1TB.
Dengan bateri berkapasiti 5000mAh, ia menjadikan telefon ini tahan lama, dengan pengecasan 15W.
Sementara itu, kamera belakang terdiri daripada sensor utama 13 MP dan sensor kedalaman 0.08 MP, manakala kamera hadapan 5 MP sesuai untuk swafoto.
Walaupun ringan dengan berat 185g dan kalis air IP54, telefon ini tidak mempunyai pengimbas cap jari tetapi menggantikannya dengan sokongan dual SIM, sambungan 4G LTE, dan sensor penting.
Sesuai untuk anda yang mahukan telefon murah dengan storan dalaman yang besar.

- Cipset: Qualcomm® Snapdragon® 6s 4G Gen1
- OS: Android 14, ColorOS 14
- RAM: 4GB
- Storage: 64GB
- Paparan: 6.67-inch
- Bateri: 5100 mAh
- Kamera: Belakang (8 MP + Auxiliary lens), depan (5 MP)
Oppo A3x direka untuk pengguna yang mencari sebuah telefon bajet yang cekap dan mempunyai prestasi memuaskan untuk gaming.
Dilengkapi dengan paparan HD+ 6.67 inci (1604 x 720) dan kadar segar semula 90Hz yang lancar, ia memastikan visual yang jelas dan navigasi yang lancar.
Dikuasakan dengan pemproses Qualcomm® Snapdragon® 6s 4G Gen1 dan sistem operasi ColorOS 14.0, peranti ini menawarkan multitugas yang lancar dengan 4GB RAM dan storan 64GB yang boleh ditambah.
Selain itu, keupayaan dwi SIM memberikan anda pilihan tambahan, manakala kamera belakang 8MP dan kamera hadapan 5MP mampu menangkap gambar dan video berkualiti.
Biarpun murah, Oppo A3x tetap hadir dengan IP54 yang tahan percikan air atau sekiranya air tertumpas ke atasnya.
Baterinya yang besar 5100mAh dipadankan dengan pengecasan pantas 45W SUPERVOOC memastikan penggunaan tahan lama, membolehkan anda bermain telefon sepanjang hari.
Ia turut dilengkapi sensor penting seperti sensor geomagnetik, sensor cahaya persekitaran, sensor jarak, dan pecutan yang meningkatkan pengalaman pengguna keseluruhan.
Dilengkapi dengan Bluetooth 5.0, port USB Type-C, dan bicu fon telinga 3.5mm, Oppo A3x menyediakan semua keperluan untuk penggunaan telefon pintar moden pada harga yang sangat murah.

- Cipset: MediaTek Helio G81
- OS: Android (XOS)
- RAM: 3GB (+3GB RAM Tambahan)
- Storage: 64GB
- Paparan: 6.7 inci LCD, Punch Hole, 90Hz
- Resolusi: HD+
- Bateri: 5000mAh (USB Type-C)
- Kamera: 13 MP + AI (utama)
Infinix Smart 9 menawarkan ciri-ciri hebat untuk penggunaan harian dan ia merupakan telefon pintar yang sesuai dengan orang tua.
Ia hadir dengan skrin LCD 6.7 inci dengan reka bentuk punch-hole, memberikan pengalaman tontonan yang mengasyikkan.
Kadar segar semula 90Hz pula memastikan visual yang lebih lancar dan tidak lag semasa scroll media sosial.
Dikuasakan oleh pemproses Mediatek Helio G81, telefon ini memberikan prestasi yang cekap, manakala RAM 3GB dan storan 64GB menyediakan ruang yang mencukupi untuk aplikasi dan fail.
Tetapan kamera belakang termasuk lensa utama 13MP dengan fotografi AI mampu merakam imej yang jelas dengan warna yang terang.
Sementara itu, pengimbas cap jari yang dipasang pada sisi telefon memastikan akses cepat dan selamat kepada peranti anda.
Kualiti audio dipertingkatkan dengan super volume 200% dengan pemprosesan DTS, memberikan bunyi yang kuat dan jelas.
Dengan bateri 5000mAh dan pengecasan Type-C, Infinix Smart 9 menawarkan hayat bateri yang tahan lama, memastikan anda dapat menggunakan telefon sepanjang hari.

- Cipset: Unisoc T615 (12 nm)
- OS: Android 14 (Go edition), HIOS 14
- RAM: 6GB
- Storage: 128GB
- Paparan: 6.67-inch
- Bateri: 5000 mAh
- Kamera: Belakang (13 MP Dual Flash), depan (8 MP + AI)
Tecno Spark Go 1 menawarkan prestasi mengagumkan pada harga yang berpatutan.
Telefon ini dilengkapi dengan 6GB RAM (3GB fizikal + 3GB maya) dan storan dalaman 128GB, ia mampu menjalankan multitugas yang lancar dan ruang yang mencukupi untuk aplikasi serta media.
Paparan Full HD 6.67 inci dengan kadar segar semula 120Hz memastikan visual yang menakjubkan dan prestasi yang lancar, manakala sistem pembesar suara berkembar memberikan anda pengalaman audio terbaik.
Baterinya berkapasiti 5000mAh memastikan penggunaan yang tahan lama dan pengecasan Super 10W memastikan pengecasan semula yang pantas dan cekap.
Bahagian kamera pula, pada bahagian belakang dilengkapi lensa 13MP dengan dwi-flash, manakala kamera hadapan AI 8MP dilengkapi dengan flash dwi-tona, sesuai untuk swafoto yang terang walaupun dalam cahaya rendah.
Dengan Wi-Fi 2.4/5GHz, Bluetooth 5.0, sambungan 4G LTE dan sokongan dua SIM Nano, Tecno Spark Go 1 memastikan anda kekal berhubung di mana-mana sahaja.
a juga menyokong kad SD untuk storan tambahan dan mempunyai port USB Type-C.

- Cipset: Unisoc T7200 Octa-Core
- OS: Android, MyOS
- RAM: 6GB + 6GB Dynamic RAM
- Storage: 128GB
- Paparan: 6.9-inch HD+, 120Hz
- Resolusi: 1640 x 720 piksel
- Bateri: 6000 mAh
- Kamera: 50MP (utama), 2MP, AI Camera (belakang), 8MP (swafoto)
Nubia V70 Max 4G adalah pilihan terbaik kalau anda sedang mencari phone gaming murah bawah RM400 yang berkualiti tinggi.
Dengan skrin besar 6.9 inci HD+ dan kadar segar semula 120Hz, pengalaman gaming anda pasti lebih lancar dan menyeronokkan.
Cip Unisoc T7200 octa-core memastikan prestasi yang stabil untuk kebanyakan game popular hari ini.
Selain itu, dengan RAM 6GB dan tambahan 6GB Dynamic RAM serta storan 128GB, anda boleh menyimpan banyak game dan aplikasi tanpa risau lag.
Bateri besar 6000mAh dengan pengecasan pantas 22.5W menjamin telefon anda bertahan sepanjang hari, malah hingga sesi gaming berpanjangan.
Telefon ini juga sangat tahan lasak dengan ketahanan jatuh sehingga 1.5 meter serta perlindungan IP54 kalis debu dan percikan air.
Kamera belakang 50MP AI Triple Camera dan kamera swafoto 8MP membolehkan anda mengambil gambar jelas untuk dikongsi di media sosial.
Tambahan lagi dengan NFC, Bluetooth 5.2, dan sokongan VoLTE, Nubia V70 Max 4G ini sememangnya pilihan hebat untuk anda yang perlukan telefon gaming bajet dengan spesifikasi mantap.

- Cipset: UNISOC T725 (Octa-core, 12nm)
- OS: Android 15 (GO Edition)
- RAM: 4GB (+4GB RAM Tambahan)
- Storage: 64GB, 128GB
- Paparan: 6.88 inci HD+, Dot Drop, 120Hz
- Resolusi: 1640 x 720 piksel
- Bateri: 5200 mAh (15W Fast Charging)
- Kamera: 32 MP (utama), 8 MP (swafoto)
Kalau anda sedang mencari telefon murah tapi berkualiti, Xiaomi Redmi A5 memang patut masuk dalam shortlist anda.
Telefon ini hadir dengan skrin Dot Drop sebesar 6.88 inci yang menawarkan kadar segar semula 120Hz serta dilengkapi ciri perlindungan mata dari TÜV, menjadikannya pilihan terbaik untuk tontonan video atau bermain game dengan selesa tanpa menyakitkan mata.
Dengan cipset UNISOC T725 Octa-Core serta pilihan RAM sehingga 8GB (dengan memori tambahan), prestasi Redmi A5 cukup mantap untuk tugas harian, melayari media sosial atau gaming ringan tanpa lag ketara.
Bateri berkapasiti besar 5200mAh pula memastikan telefon ini mampu bertahan lama sepanjang hari, lengkap dengan pengecasan pantas 15W menerusi port USB-C.
Kamera utama 32MP memastikan gambar yang diambil cukup jelas, manakala kamera swafoto 8MP mencukupi untuk kegunaan harian.
Pendek kata, Xiaomi Redmi A5 adalah antara telefon pintar terbaik dalam kelas bajet yang menawarkan ciri-ciri premium pada harga mesra poket.
Tips Pilih & Beli Smartphone Murah
-
Kenal pasti tujuan beli telefon
Telefon murah bawah RM400 biasanya sesuai untuk kegunaan asas seperti WhatsApp atau panggilan sahaja. -
Tentukan spesifikasi penting
Pilih spesifikasi mengikut keperluan anda seperti kapasiti bateri, RAM, storan, atau kamera. -
Baca ulasan dan review
Lakukan kajian terlebih dahulu di YouTube atau blog sebelum membuat pembelian. -
Semak harga pasaran
Pastikan harga yang ditawarkan adalah munasabah untuk elakkan penipuan atau scam. -
Pastikan ada jaminan
Walaupun murah, pastikan telefon tersebut mempunyai jaminan yang sah untuk kemudahan anda kelak.
Patut ke Anda Beli Telefon Refurbished?
Bergantung pada bajet dan tujuan penggunaan anda.
Telefon refurbished sesuai untuk bajet terhad tetapi pastikan ada warranty.
Jika mahu penggunaan lebih lama, disarankan beli telefon baru.
Perbezaan Handphone Murah Dengan Handphone Flagship
Telefon cepat panas disebabkan penggunaan berlebihan seperti gaming, penggunaan data tinggi, pengecasan pantas sambil digunakan, atau isu perkakasan dan persekitaran yang panas.
Elak guna telefon semasa mengecas dan pastikan aplikasi tidak berjalan secara berlebihan di latar belakang.
Artikel Berkaitan
- 9 Smartphone Murah Bawah RM300 Terbaik & Berkualiti 2025
- 9 Smartphone Murah Bawah RM500 Terbaik 2025
- 9 Smartphone Bawah RM1500 Terbaik & Berkualiti 2025
- 10 Smartphone Android Terbaik Tahun 2025
- 9 Smartphone Terbaik & Terbaru Tahun Ini 2025
- 8 Smartphone Samsung Terbaik & Terbaru 2025
- 5 Smartphone Vivo Terbaik 2025 - Harga & Review
- 8 Smartphone Xiaomi Terbaik & Murah 2025 (Bawah RM1000)