Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Alami Pengalaman Teknologi Terbaik Dengan 8 Peranti Pintar Xiaomi Dibawah RM1,000

Product in this article

Dunia kini menyaksikan jenama peranti pintar global yang berlumba-lumba mencipta pelbagai produk teknologi tinggi dengan bermacam ciri dan fungsi sesuai dengan peredaran zaman. Jenama berasal yang dari China ini terkenal di Malaysia iaitu Xiaomi,  telah menawan industri telefon pintar dengan menampilkan produk terkini  semakin mendapat tempat dihati pengguna. Tambahan, jenama Xiaomi juga telah mengembangkan variasi produk mereka dan turut menampilkan aksesori seperti jam pintar, kamera dan peranti kegunaan domestik.

Apa yang menarik, Xiaomi menawarkan produk dengan harga mampu milik yang membolehkan setiap lapisan masyarakat mendapat akses kepada teknologi terkini. Dapatkan telefon pintar jenama Xiaomi pada harga dibawah RM1,000 dengan seleksi produk yang telah kami senaraikan berikut.

Xiaomi Redmi 6A

RM 348
Xiaomi Redmi dengan RAM 2GB – murah dan terbaik serta berkualiti tinggi
1. Xiaomi Redmi 6A
Xiaomi Redmi dengan RAM 2GB – murah serta berkualiti tinggi
Updated on 12th August 2020

Sebuah seleksi mampu milik yang menampilkan pelbagai ciri moden terkini, Redmi 6A memiliki 2GB RAM dan kapasiti penyimpanan sehingga 16GB. Telefon pintar ini menggunakan ciri AI face unlock yang membolehkan akses melalui pengenalan wajah, pastinya memudahkan pengguna kerana ianya lebih privasi. Telefon pintar dengan rekaan nipis dan bergaya moden ini adalah pilihan yang simple dan mudah.

Xiaomi Mi 8 Lite

RM 899
Dengan fingerprint sensor dan ram besar, hanya dibawah RM 1000
2. Xiaomi Mi 8 Lite
Smartphone Xiaomi dengan fingerprint sensor & RAM besar
Updated on 12th August 2020

Khusus untuk yang memerlukan kapasiti besar, Mi 8 Lite ini menampilkan 6GB RAM dan ruang penyimpanan 64GB serta dilengkapi Snapdragon™ 660 Artificial Intelligence Engine, pastinya menjanjikan prestasi yang unggul dan lancar. Telefon ini juga turut memiliki ciri pintar akses melalui cap jari yang dapat memudahkan dan menjimatkan masa pengguna.

Didatangi dengan warna-warna gradien, menjadikan telefon pintar ini pilihan pengguna yang gemarkan rona moden sebegini.

Baca juga: Lengkapkan Hidup Anda Dengan 13 Smartphone Terbaik di Malaysia Tahun Ini

Xiaomi Redmi 5 Plus

RM 679
Xiaomi
3. Xiaomi Redmi 5 Plus
Xiaomi dengan Android Nougat - sesuai untuk game dan PUBG
Updated on 12th August 2020

Seleksi unggul dengan rekaan menawan serta menampilkan interface terkini jenis Android Nougat, Xiaomi Redmi 5 Plus adalah telefon pintar alaf baru yang memenuhi keperluan pengguna. Telefon ditampilkan dengan skrin paparan berukuran 5.99” serta processor jenis 14nm Snapdragon Octa-Core, kombinasi yang terbaik untuk pengalaman gaming yang lancar, semestinya menjadi pilihan yang ideal untuk anda, game mania!

Xiaomi Redmi Note 6 Pro

RM 549
Peranti sesuai untuk anda, si kaki selfie!
4. Xiaomi Redmi Note 6 Pro
Peranti sesuai untuk anda, si kaki selfie!
Updated on 12th August 2020

Ditampilkan dengan 3GB RAM dan ruang penyimpanan mencecah 32GB, telofon pintar dari rangkaian produk Redmi Note ini adalah istimewa buat penggemar selfie. Memiliki kamera bahagian belakang dengan resolusi 20MP + 2MP serta ditambah ciri AI Portrait Selfie, telefon pintar ini menghasilkan foto berdefinasi tinggi khusus untuk menyimpan 1001 kenangan anda bersama yang tersayang.

Xiaomi Mi A2

RM 669
5. Xiaomi Mi A2
Peranti Xiaomi terbaik untuk merakam vlog
Updated on 12th August 2020

Salah satu telefon dari rangkaian produk Mi, telefon pintar ini memiliki 4GB RAM dan ruang penyimpanan 64GB serta dilengkapi jenis Qualcomm® Snapdragon™ 660 AIE. Produk ini juga dilengkapi kamera yang unggul serta kelebihan merakam video terbaik mencapai resolusi 4K untuk video shooting. Xiaomi Mi A2 adalah sesuai untuk kegunaan rakaman VLOG dan menghasilkan karya video berkualiti tinggi.  

Dengan hanya satu peranti sahaja, anda tidak perlu menggunakan pelbagai alat perakam semasa melakukan rakaman.s Ringan dan tidak leceh! 

Xiaomi Redmi Note 5

RM 1199
Xiaomi dilengkapi RAM 4GB untuk fotografi
6. Xiaomi Redmi Note 5
Xiaomi dilengkapi RAM 4GB untuk fotografi
Updated on 12th August 2020

Telefon pintar Redmi Note 5 dilengkapi dua kamera dibahagian hadapan dengan resolusi 12MP + 5MP serta perincian pixel 1.4µm, seleksi terbaik untuk menghasilkan foto berkualiti tinggi. Ditambah pula dengan 4GB RAM dan ruang memori 64GB serta processor (unit pemprosesan) jenis Snapdragon 636 Octa-Core, anda kini boleh nikmati pengalaman fotografi yang unggul dengan penuh lancar.

Saiznya mungkin tidak sama seperti kamera biasa tetapi gambar yang diambil tetap berkualiti bagaikan diambil dengan kamera berlensa.

Xiaomi Mi A1

RM 750
Xiaomi Mi murah terbaik untuk kerja
7. Xiaomi Mi A1
Xiaomi Mi murah terbaik untuk kerja
Updated on 13th August 2020

Sebuah telefon pintar jenama Xiaomi yang dikuasai oleh Google, Mi A1 dilengkapi perisian Android One yang membolehkan pengguna menikmati kemudahan aplikasi Google. Dihasilkan sesuai untuk kegunaan kerja, telefon pintar ini ditampilkan dengan 4GB RAM dan memori penyimpanan 64GB serta processor jenis Octa-Core Snapdragon 625.

Lakukan kerja dengan lebih lancar, dimana sahaja pada bila-bila masa dengan Mi A1 dari Xiaomi.

Xiaomi Redmi 6

RM 319
Telefon pintar mesra pengguna – sesuai untuk kegunaan orang tua
8. Xiaomi Redmi 6
Telefon pintar mesra pengguna – sesuai untuk kegunaan orang tua
Updated on 18th May 2020

Warga emas juga tidak ketinggalan menikmati kemudahan teknologi terkini, dan Xiaomi Redmi 6 adalah pilihan sesuai untuk mereka. Dengan skrin berukuran 5.45” serta dilengkapi paparan penuh, pastinya tiada lagi kesukaran untuk mengakses telefon pintar. Ditambah ciri keselamatan fingerprint yang membolehkan pengguna membuka telefon dengan sentuhan jari untuk kemudahan dan menjimatkan masa.

Pilihlah telefon pintar yang mesra pengguna, sesuai untuk kegunaan warga emas kerana senang untuk diakses bagi menjawab panggilan dan mesej atau Whatsapp.

Baca juga: 10 Smartphone Terkini Dibawah RM500 Yang Mesra Pengguna

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article