Tahu tak, nak beli smartphone baru bukan sekadar melihat pada kamera, CPU, ruangan memori atau sistem audio semata-mata tapi bateri juga.
Kebanyakan kita terlepas pandang komponen yang penting dalam smartphone iaitu bateri.
Kelebihan memiliki smartphone dengan kapasiti bateri yang besar bukan sahaja boleh guna telefon lebih lama tapi tak perlu risau tentang masa untuk mengecas.
Untuk membantu anda membuat pilihan yang bijak, kami senaraikan smartphone bateri besar dan sesuai dengan penggunaan harian atau bekerja.
Samsung Galaxy Unpacked: Daftar Untuk Dapatkan e-Baucar RM200!

Senarai 16 Smartphone Bateri Besar Paling Tahan Lama
Table of Contents

- CPU: Apple A15 Bionic
- OS: iOS 15, boleh naik taraf ke iOS 15.3
- RAM: 4GB
- Storan dalaman: 128GB, 256GB, 512GB
- Saiz Skrin: 6.1-inch
- Resolusi: 1170 x 2532 piksel
- Bateri: 3240 mAh
- Kamera: 12 MP (lebar) 12 MP (ultra-lebar) 12 MP (depan)
Sebab menjadi pilihan utama:
iPhone 13 hadir dengan penambahbaikan kapasiti bateri.
Ciri-ciri:
Model ini mampu bertahan lebih lama berbanding model iPhone sebelum dan mampu memainkan balik video sehingga 19 jam.
Dari segi cipset, A15 Bionic dapat meningkatkan pemprosesan iPhone 13 menjadikan smartphone lebih seronok digunakan.
Bahagian paparan skrin, anda akan mendapat satu paparan yang terbaik kerana ia dilengkapi dengan paparan Super Retina XDR bersaiz 6.1 inci.
Untuk kamera pula, dilengkapi dengan sistem kamera dual yang canggih dan paling terbaik untuk fotografi.
Ciri-ciri tambahan lain yang menyeronokkan adalah seperti MagSafe dan juga pengecasan pantas.
Review:
"Best sebab cepat caj pastu bateri sehari boleh tahan. Puas hati nak bergambar"

- CPU : Octa-core (4x2.7 GHz Mongoose M3 & 4x1.8 GHz Cortex-A55) – EMEA
- Grafik : Mali-G72 MP18 – EMEA
- Memori : 6GB RAM
- Storage : 128GB
- Skrin : 6.4”
- Berat : 201gm
Smartphone Samsung adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia gadget.
Kali ini, smartphone Samsung ini menawarkan skrin super AMOLED untuk penggunanya.
Ianya memberikan anda visual yang terang dan terperinci. Bateri smartphone ini juga telah di optimumkan untuk anda si kaki gamers.

- CPU : Octa-core (4x2.1 GHz Cortex-A73 & 4x2.0 GHz Cortex-A53)
- Grafik : Mali-G72 MP3
- Memori : 6GB RAM
- Storage : 128GB
- Skrin : 6.53”
- Berat : 190gm
Ready dan rakam dengan smartphone Oppo ini!
Gambar dan video anda pasti tampak seolah-olah dirakam menggunakan kamera DSLR.
Mempunyai dual kamera beresolusi 48MP pasti akan memberikan effect video setanding videografer pro!
Selain itu, smartphone ini mempunyai kamera selfie pop-up dengan resolusi 16MP. Selfie dan video game on point! Fancy, bukan?

- CPU : Octa-core 2.0 GHz Cortex-A53
- Grafik : PowerVR GE8320
- Memori : 3GB RAM
- Storage : 32GB
- Skrin : 6.1”
- Berat : 166gm
Smartphone Realme C2 ini dilengkapi bateri 4000mah. Ianya sesuai untuk kegunaan anak-anak kerana harganya yang murah tetapi masih mempunyai ciri asas sesebuah smartphone.
Skrinnya yang besar pasti memberi pengalaman bermain game atau menonton movie yang seronok dan menarik.
Mempunyai dual kamera belakang, smartphone ini mempunyai design yang sangat unik iaitu berbentuk diamond cut.

- CPU : Octa-core (4 x 1.8 GHz Kryo 250 gold & 4 x 1.8 GHz Kryo 250 silver)
- Grafik : Adreno 506
- Memori : 3GB RAM
- Storage : 32GB
- Skrin : 6.26”
- Berat : 180gm
Dengan harga yang murah, anda masih boleh memiliki smartphone yang berkualiti.
Ianya lengkap dengan bateri 4000mAh, smartphone ini mempunyai skrin HD+ Immersive Dot Drop. Dikuasai Snapdragon 632, smartphone ini memberi anda prestasi yang tinggi tanpa menggunakan banyak kuasa bateri.
Tambahan pula, pada harga sebegini, anda boleh memiliki smartphone dengan dual kamera.

- CPU : Octa-core (4 x 2.4 GHz Cortex-A73 & 4 x 1.8 GHz Cortex-A53)
- Grafik : Mali-G71 MP8
- Memori : 6GB RAM
- Storage : 64GB
- Skrin : 5.7”
- Berat : 184gm
Ciri bateri fast charging semakin mendapat nama dalam industri smartphone hari ini. Ini kerana kebanyakan smartphone memerlukan masa yang lama untuk caj penuh.
Honor 8 Pro sudah menggunakan teknologi ini jadi anda tidak perlu menunggu lama untuk mengecas smartphone anda.
Baterinya boleh tahan sehingga 504 jam dalam mod standby pada satu pengecasan penuh.
Menarik, bukan? Anda boleh bermain game, menonton Netflix atau Youtube, tiada lagi masalah kehabisan bateri.

- CPU : Octa-core (2 x 2.0 GHz Cortex A75 & 6 x 1.7 GHz Cortex A55)
- Grafik : Mali-G52 A55
- Memori : 6GB RAM
- Storage : 128GB
- Skrin : 6.38”
- Berat : 179gm
Untuk bateri sebesar 4500mAh, anda boleh dapatkan Vivo S1.
Dilengkapi Halo FullBiew Display, anda boleh nikmati hiburan tanpa batasan.
Bukan itu sahaja, kamera depan smartphone ini antara yang terbaik dengan 32MP.
Kini, anda boleh selfie tanpa risau kehabisan bateri. Rasai prestasinya lebih lancar dengan unit pemprosesan octa core.

- CPU : Octa-core (1 x 2.84 GHz Kryo 485 & 3 x 2.42 GHz Kryo 485 & 4 x 1.78 GHz Kryo 485)
- Grafik : Adreno 640
- Memori : 6GB RAM
- Storage : 128GB
- Skrin : 6.67”
- Berat : 206gm
Ada bajet lebih sikit? Dapatkan ini. Smartphone ini dilengkapi 3 kamera belakang dan skrin seluas 6.67 inci.
Ianya mempunyai Fluid AMOLED touch screen serta sistem fingerprint unlock atas skrin.
Smartphone canggih ini dikuasai dengan bateri 4000mAh.
Skrinnya yang luas dan besar ini, memudahkan anda untuk menonton movie atau bergaming.
Bagi anda yang tidak kisah berbelanja lebih, smartphone ini tidak akan mengecewakan.

- CPU : Octa-core (2 x 2.6 GHz Cortex A76)
- Grafik : Mali-G76 MP10
- Memori : 8GB RAM
- Storage : 256GB
- Skrin : 6.47”
- Berat : 192gm
Dapatkan smartphone Huawei ini yang menjanjikan kualiti terbaik bagi smartphone serba canggih dan kalis air.
Smartphone ini lengkap dengan ciri-ciri yang terbaik sesebuah smartphone.
Selain itu, ia dilindungi IP68 iaitu kalis air dan habuk. Jadi anda tak perlu risau jika smartphone anda terkena air.

- CPU: Exynos 2100 / Snapdragon 888
- OS: Android 11
- RAM: 12GB, 16GB
- Storage: 128GB, 256GB, 512GB
- Saiz Skrin: 6.8-inch
- Resolusi: 1440 x 3200
- Bateri: 5,000mAh
- Kamera: 108MP + 10MP + 10MP + 12MP (belakang) & 40MP (depan)
Samsung Galaxy S21 Ultra menawarkan kamera berkualiti tinggi dengan 108MP, 10MP, 10MP dan 12MP.
Manakala, untuk kamera belakang dan 40MP kamera depan.
Bagi saiz bateri berkapasiti 500 mAh tentunya dapat bertahan sepanjang hari tanpa perlu risau bateri habis.
Chipset dan resolusi skrin yang di lengkapkan pada fon ini pasti melancarkan lagi pengalaman anda menggunakan telefon ini.
Bagaimanapun, masalah utama bagi fon ini mungkin pada harganya yang agak mahal.
Tapi bagi anda yang ada bajet lebih, ini mungkin menjadi smartphone bateri besar untuk anda.
Apa yang menarik, untuk smartphone dari Samsung ini ia juga merupakan sebuah smartphone yang kalis air.
Anda tidak perlu risau sekiranya telefon ini terjatuh ke dalam air.

- Chipset: Snapdragon 665
- OS: Android 10
- RAM: 6GB, 8GB
- Storage: 128GB
- Saiz Skrin: 6.53-inch
- Resolusi: 1080 x 2400
- Bateri: 5000 mAh
- Kamera: quad-camera (13MP + 8MP + 2MP + 2MP) + 16MP (swafoto)
Vivo Y50 dijalankan dengan Android 10 dan Funtouch yang pasti akan melancarkan lagi sistem penggunaan anda pada smartphone.
Selain itu, ia memiliki bateri berkapasiti 5000 mAh yang pasti dapat menemani anda sepanjang hari.
Telefon ini juga menggunakan 4 kamera yang disusun memanjang disamping pengimbas cap jari yang berfungsi dengan lancar.
Selain itu, ianya juga dikuasakan dengan chip Snapdragon 665 yang pasti tidak memberi masalah sekiranya anda ingin menggunakannya secara berat.
Ada juga slot memori untuk tambah ruang memori di dalam smartphone ini.

- Chipset: Helio G35
- OS: Android 10, boleh naik taraf ke Android 11, Realme UI 2.0
- RAM: 3GB, 4GB
- Storan dalaman: 32GB, 64GB
- Saiz Skrin: 6.5-inch
- Resolusi: 720 x 1560
- Bateri: 6000 mAh
- Kamera: 13MP + 2MP + 2MP, 5MP (swafoto)
Realme C12 dibina menggunakan ciri-ciri utama smartphone gaming. Ia dilengkapi cipset gaming Helio G35, Octa-core 12nm processor A53 sehingga kadar 2.3GHz turut mempunyai GE8320 GPU (Graphic Processing Unit).
Selain itu, Realme C12 hadir dengan saiz skrin 6.5 inci dengan IPS LCD panel dan juga corning glass protection bagi melindungi skrin handphone.
Resolusinya pula pada 720 x 1560. Dari segi paparan skrin, anda pasti akan berpuas hati dengan kualitinya yang mampu memberikan paparan jelas dan tajam semasa bermain game.
Apa yang menarik, bagi telefon ini ia dijana dengan bateri sebesar 6000 mAh yang mampu bertahan lama semasa bermain game.
Jadi anda tidak perlu risau kehabisan bateri dengan cepat. Harga bagi smartphone gaming terbaik ini juga tidak terlalu mahal, dan anda akan dapat sebuah telefon baru yang berkualiti.

- Chipset: Snapdragon 662
- OS: Android 10, MIUI 12
- RAM: 4GB/6GB
- Storage: 64GB, 128GB
- Saiz Skrin: 6.53 inches
- Resolusi: 1080 x 2340 pixels
- Bateri: 6000 mAh
- Kamera: 48 MP (lebar) 2MP (makro) 2MP (kedalaman) 8MP (swafoto)
Poco M3 mempunyai kelebaran skrin 6.53 inci dengan full HD+ dan paparan LCD. Resolusi pada skrin adalah sebanyak 2340x1080 piksel dengan 60Hz kadar penyegaran. Untuk yang suka aktiviti lasak, smartphone ini turut disertakan dengan Gorilla Glass 3.
Smartphone bateri besar ini dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 662, dan RAM yang ditawarkan adalah sehingga 6GB.
Manakala storan dalaman sehingga 128GB. Bagaimanapun, storan boleh ditambah menerusi slot microSD sehingga 512GB.
Apa yang menarik tentang Poco M3, selain dilengkapi dengan bateri dengan kapasiti 6000 mAh tapi mampu melakukan pengecasan pantas.
Bagaimanapun, dari segi kualiti kamera ia dikatakan kurang memberi kepuasan.

- Chipset: Powerful Octa-core Processor
- OS: Android 11, Realme Go UI
- RAM: 2GB, 4GB
- Storage: 32GB, 64GB
- Saiz Skrin: 6.5 inches
- Resolusi: 720 x 1600 pixels
- Bateri: 5000 mAh
- Kamera: 8MP (depan) 5MP (swafoto)
Smartphone ini hadir dengan variasi RAM 2GB dan juga 4GB, serta storan dalaman sehingga 64GB.
Storan dalaman yang ditawarkan agak kecil, tetapi anda masih boleh menambah storan menerusi slot microSD yang disediakan.
Untuk kamera pula, ia turut disertakan dengan feature Portrait Mode, AI Beauty, HDR, Face-Recognition, dan juga Filter. Bagi anda yang gemar mengambil gambar dan juga swafoto, tentu merasakan feature ini berguna.
Disamping lengkap dengan bateri berkapasiti besar, untuk menjalankan aktiviti seperti photography seharian tidak menjadi masalah.
Dan paling penting, anda dapat memiliki sebuah smartphone bateri besar 2021 dengan harga yang sangat murah dan berpatutan.

- Chipset: MediaTek Helio G25
- OS: Android 10 (Go edition), XOS 7
- RAM: 2GB, 4GB
- Storage: 32GB, 64GB
- Saiz Skrin: 6.82 inches
- Resolusi: 720 x 1640 pixels
- Bateri: 6000 mAh
- Kamera: 13 MP (depan) 8 MP (swafoto)
Infinix Hot Play 10 mempunyai paparan HD+ 6.82 inci dengan resolusi 720×1640 piksel. Cukup jelas untuk menonton video atau movie di telefon.
Telefon pintar ini dikuasakan oleh pemproses octa-core MediaTek Helio G35, dan ditawarkan dengan RAM sehingga 4GB RAM dan storan dalaman sehingga 64GB.
Smartphone ini disokong oleh bateri 6000mAh dengan sokongan pengecasan 10W melalui port mikro-USB.
Proses mengecas juga dalam tempoh yang singkat, hasilnya anda mampu menggunakan phone ini sepanjang hari.
Selain itu, Infinix Hot Play 10 juga mampu memberikan standby time lebih dari 55 hari, mampu memainkan video sehingga 23jam, dan juga memainkan muzik sehingga 44jam.
Malah, masa bercakap di telefon juga mampu bertahan sehingga 53 jam.
Dengan harga yang murah, anda mampu memiliki sebuah smartphone bateri besar paling tahan lama.

- Chipset: MediaTek Helio G88
- OS: Android 11, MIUI 12.5
- RAM: 4GB, 6GB
- Storage: 64GB, 128GB
- Saiz Skrin: 6.5 inches
- Resolusi: 1080 x 2400 pixels
- Bateri: 5000 mAh
- Kamera: 50 MP (lebar) 8 MP (ultra-lebar) 2 MP (makro) 2 MP (kedalaman) 8 MP (swafoto)
Redmi 10 hadir dengan paparan LCD IPS Full HD+, saiz skrin sebenar 6.5 inci dengan resolusi 2400 x 1080 piksel.
Selain itu, paparan skrin telefon ini berupaya melakukan 90Hz kadar penyegaran.
Pada bahagian skrin turut mendapat perlindungan Corning Gorilla Glass 3.
Smartphone ini dikuasakan dengan pemproses MediaTek Helio G88 dan GPU Mali G52.
RAM yang ditawarkan pula adalah sehingga 6GB dan storan dalaman sehingga 128GB.
Terdapat juga slot kad microSD untuk lebih banyak storan dalam telefon.
Untuk kamera, tentunya mampu mengambil gambar dengan kualiti yang baik kerana dilengkapi dengan sistem quad kamera pada bahagian belakang dengan LED flash.
Selanjutnya, pada bahagian hadapan, telefon ini dilengkapi kamera swafoto 8-megapiksel.
Kamera depan dan belakang yang sangat baik untuk mendapatkan gambar yang cantik.
Berapa Tahun Bateri Smartphone Boleh Bertahan?
Mungkin dulu kita susah nak cari smartphone yang mempunyai ketahanan bateri yang tinggi. Sebab itu aksesori seperti power bank wajib kita bawa ketika lakukan aktiviti di luar.
Namun kini bateri berketahanan lama sudah menjadi salah satu ciri penting bagi kebanyakan smartphone di pasaran.
Jika sebelum ini kebanyakkan smartphone mempunyai kapasiti bateri bawah 3000 mAh dan hanya mampu bertahan sehingga ke petang, tapi kini tidak lagi.
Banyak smartphone di pasaran yang menawarkan kapasiti bateri sehingga 5000 mAh dan ianya mampu bertahan lebih daripada sehari dan mampu sehingga 2 hari.
Itu antara ketahanan minimum bagi bateri berkapasiti besar.
Dari segi jangka hayat bateri, ia bergantung kepada penggunaan kita dan cara kita mengecas smartphone tersebut. Jangka hayat bateri smartphone yang dijaga dengan baik boleh mencecah sehingga 5 tahun ke atas.
Jika sering digunakan secara berat seperti bermain game dan ditambah lagi digunakan semasa sedang mengecas, jangka hayat bateri smartphone tersebut mungkin akan merosot sehingga 20% dalam tempoh setahun.
Sekiranya prestasi bateri smartphone anda sudah merosot, anda akan dapat melihat perbezaannya seperti ia tidak lagi mampu bertahan lama ketika bermain game.
Buat pengguna iPhone, anda dapat melihat penurunan kapasiti bateri smartphone anda pada tetapan battery health.
Sekiranya anda melihat prestasi telefon pintar anda sudah menurun, boleh tukar sahaja bateri baru untuk kembalikan semula prestasinya.
Tanda-Tanda Bateri Smartphone Rosak
Selepas membeli sebuah smartphone baru, tentu kita mahu menjaganya sebaik mungkin. Antara komponen yang sering diberi perhatian dari segi penjagaan adalah bateri. Memang ramai yang sakit hati bila bateri phone cepat habis, bateri kong atau bateri phone tidak dapat dicas.
Untuk anda yang tertanya-tanya apakah tanda-tanda bateri phone sudah rosak, di sini kami kongsikan kepada anda tanda-tandanya.
Bagi pengguna Android mahupun iPhone, kesemua tanda-tanda ini adalah sama sahaja.
-
Bateri telefon cepat habis dan panas
Ini mungkin terjadi kepada ramai orang bila penggunaan telefon tidak lagi seperti baru beli dahulu. Kalau sebelum ini telefon boleh bertahan sepanjang hari tanpa dicas, tapi kini tak sampai separuh hari telefon anda dah nak habis.
Selain itu, perhatikan juga suhu telefon anda semasa bermain phone. Jika semasa bermain phone ianya cepat panas, maknanya telefon anda ada masalah bateri overheat. Lagi-lagi semasa bermain game, rasa panas di telefon seperti rasa nak meletup.
Cara untuk kurangkan overheat, anda kena kerap clear aplikasi supaya bateri sentiasa stabil.
-
Telefon mati sebelum bateri kosong
Pernah tak anda mengalami masalah di mana telefon anda mati semasa bateri anda belum berada pada kosong lagi? Ataupun mati walaupun bateri masih banyak. Bila dihidupkan semula, phone anda mengeluarkan logo “battery low”.
Jika ia sering terjadi kepada telefon anda, maka sudah pasti bateri anda bermasalah dan perlu diganti baharu.
Lebih parah, jika tidak mahu bateri turun mendadak, anda terpaksa menggunakan powerbank ke mana sahaja anda pergi.
-
Bateri telefon kembung
Ini merupakan petanda yang sangat jelas bahawa anda perlu menukar bateri smartphone anda dengan segera.
Jika dibiarkan ia akan memberi kesan buruk kepada telefon anda dan boleh merosakkan skrin.
Kebanyakkan telefon sekarang menggunakan built-in bateri.
Jadi bila bateri kembung, ruang tempat bateri akan menjadi penuh sehingga ia menolak bahagian skrin. Secara tak langsung, skrin akan tercabut atau pecah.
Anda boleh lihat tanda lain bateri rosak menerusi video ringkas dibawah.
Artikel Berkaitan
- 7 Pengecas Tanpa Wayar Supaya Smartphone Anda Tidak Kehabisan Bateri
- Tiada Lagi Bateri 'Kong', 10 Power Bank Terbaik Jenama Pineng
- 10 Smartphone Android Terbaik Tahun
- 9 Smartphone Bawah RM1500 Terbaik & Berkualiti
- 9 Smartphone Terbaik & Terbaru Tahun Ini
- 8 Smartphone Xiaomi Terbaik & Murah 2023 (Bawah RM1000)
- 11 Action Kamera Terbaik di Malaysia 2023 - Review & Jenama