Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

18 Moisturizer Terbaik untuk Kulit Kombinasi (2024)

Moisturizer amat penting, tak kira lelaki atau wanita.

Moisturizer atau pelembap merupakan satu keperluan harian yang perlu anda pakai pada wajah tidak kira lelaki atau wanita.

Ini untuk memastikan wajah kekal berseri, segar, anjal dan lembap.

Jangan risau, moisturizer sesuai untuk semua jenis kulit seperti kulit kombinasi, kulit kering atau kulit sensitif. 

Kini ada variasi pilihan jenis moisturizer bagus yang ada kandungan bahan yang elok untuk kulit di pasaran.

Ada sesetengah moisturizer boleh mencerahkan kulit, sekatakan semula tekstur kulit dan mengandungi SPF. 

Jadi jom kita lihat senarai pelembap untuk kulit kombinasi terbaik pelembap untuk kulit kombinasi terbaik.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 18 Moisturizer Untuk Kulit Kombinasi

Moisturizer untuk kulit kombinasi terbaik secara keseluruhan
SAFI Hydra Glow Glycerin Hyaluronic Acid Oil Free Gel Moisturiser
SAFI Hydra Glow Glycerin Hyaluronic Acid Oil Free Gel Moisturiser
From
RM14.42
Check SAFI Hydra Glow Glycerin Hyaluronic Acid Oil Free Gel Moisturiser price below:
add_circle 72 jam penghidratan pada kulit
add_circle Tidak menyumbatkan pori
add_circle Kulit muka bebas kilau
add_circle Halal
remove_circle Perlu guna set lengkap untuk hasil terbaik

Sebab menjadi pilihan utama:

Pelembap jenis gel dari SAFI ini pula bukan hanya sesuai untuk kulit normal, malah kulit kombinasi dan berminyak juga boleh guna tanpa masalah. 

Ciri-ciri:

Mengandungi Gliserin untuk mengekalkan kelembapan dan mengimbangi kulit berminyak agar tampak lebih lembap dan segar. 

Manakala kandungan Asid Hyaluronic pula akan bantu untuk meningkatkan keanjalan kulit anda dengan baik. 

Teksturnya yang ringan, bebas minyak dan cepat meresap ke dalam kulit memberikan kelembapan serta merta. 

Jika anda mempunyai masalah T-Zone, boleh cuba gunakan produk ini untuk seimbangkan semula kawasan kulit wajah.

Review:

"Best! Tekstur krim lembut dan mudah meresap, tak rasa melekit langsung tau."

Moisturizer untuk kulit kombinasi berjerawat
Aiken Tea Tree Oil Spot Away Moisturizer
Aiken
Aiken Tea Tree Oil Moisturiser
From
RM12.67
Check Aiken Tea Tree Oil Spot Away Moisturizer price below:
add_circle Sesuai untuk kulit berjerawat
add_circle Dapat mengawal minyak wajah
add_circle Bebas minyak
remove_circle Bukan untuk kulit kering & sensitif

Dengan kandungan minyak Tea Tree, pelembap ini mampu mencegah pertumbuhan jerawat. 

Bahan Asid Salisilik (BHA) pula mampu menyingkirkan sel-sel kulit mati, mengawal pengeluaran sebum sekaligus berkesan untuk menangani masalah kulit wajah berminyak. 

Selain cepat meresap dan tidak melekit untuk kegunaan harian, pelembap Aiken bebas bahan bahaya seperti Paraben, alkohol dan Propylene Glycol. 

Telah terbukti secara klinikal mampu mengekalkan kelembapan kulit hingga 72 jam.

Moisturizer untuk remaja kulit kombinasi
Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser 50ml
Cosmoderm
Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser 50ml
From
RM13.79
Check Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser 50ml price below:
add_circle Mengurangkan jerawat & parut
add_circle Mengawal penghasilan sebum berlebihan
add_circle Perlindungan matahari (UVA & UVB)
add_circle Bebas paraben & pewangi
remove_circle Lebih sesuai kulit berjerawat

Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturizer ini merupakan krim 2 dalam 1 dan sesuai untuk berkulit jerawat.

Maksudnya boleh bertindak sebagai pelembap dan primer yang sesuai dengan kulit kombinasi dan berminyak.

Moisturizer terbaik berasaskan air (water-based) ini ringan pada kulit dan kaya dengan Vitamin E.

Boleh dipakai pada wajah selepas cuci muka untuk wajah kelihatan cantik semula jadi atau sebagai asas mekap.  

Hydrating moisturizer untuk kulit kombinasi
Kiehl's Ultra Facial Oil-Free Gel Cream
Kiehl's
From
RM126.30
Check Kiehl's Ultra Facial Oil-Free Gel Cream price below:
add_circle Boleh sapu pada kulit setiap pagi & malam
add_circle Pantas meresap ke dalam kulit
add_circle Menghaluskan pori-pori
add_circle Menyegarkan kulit
remove_circle Harga mahal

Mahukan kulit bebas minyak selama 24 jam? Pelembap gel dari Kiehl’s ini memang patut anda cuba. 

Dengan bahan terbaik untuk kulit seperti Glycerin, Glasier Glikoprotein dan Asid Amino Mikron, moisturizer ini mampu mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit semula jadi.

Selain akan mengawal sebum agar kulit kurang berminyak, produk ini cepat meresap ke dalam kulit.

Moisturizer yang sesuai untuk kulit kombinasi dan berminyak ini juga tidak akan menyebabkan pori tersumbat. 

Diformulasikan tanpa Paraben, alkohol, pewangi dan minyak mineral menjadikannya sesuai untuk jenis kulit sensitif.

Moisturizer non-comedogenic untuk kulit kombinasi
Simple Hydrating Light Moisturiser (125ml)
Simple
Simple Hydrating Light Moisturiser (125ml)
From
RM15.50
Check Simple Hydrating Light Moisturiser (125ml) price below:
add_circle Tidak diuji ke atas haiwan
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
add_circle Bebas alkohol & wangian tiruan
add_circle Mengandungi Vitamin E dan B5
remove_circle Texture sedikit melekit

Produk ini mengandungi campuran bahan semula jadi seperti Borage Seed Oil yang diperkaya dengan Vitamin E dan B5.

Dengan bahan ini, produk pelembap ini mampu menjaga dan mengekalkan kelembapan kulit sehingga 12 jam.

Sangat sesuai untuk anda yang mengalami masalah kulit sensitif kerana tidak menyebabkan iritasi atau kemerahan kulit.  

Paling penting, produk ini tidak diuji ke atas haiwan dan bebas alkohol serta pewangi tiruan. 

Moisturizer untuk kulit kombinasi dan kusam
Hada Labo Hydrating Snow Dew
Hada Labo
Hada Labo Hydrating Snow Dew 50g
From
RM65.88
Check Hada Labo Hydrating Snow Dew price below:
add_circle Dapat kecilkan pori
add_circle Mengurangkan minyak wajah
add_circle Melembapkan kulit
remove_circle Harga mahal

Hada Labo Hydrating Snow Dew 50g merupakan pelembap dan krim wajah yang sesuai untuk kulit kombinasi.

Mempunyai tekstur sorbet yang akan cair masuk ke dalam lapisan kulit untuk kulit kelihatan segar serta-merta.

Kandungan utama dalam pelembap krim ini adalah Ceramide yang akan mengandungi nutrien lembapan.

Nutrien ini mampu menembusi terus ke lapisan kulit paling bawah untuk hasil kulit lebih anjal.

Kandungan seterusnya adalah bahan Lilac & Swiss Edelweiss Essences yang dapat membantu mengecilkan liang pori dan mengawal minyak yang terhasil.

Selain itu, penggunaan produk ini juga dapat mengurangkan iritasi dan melembapkan kulit wajah.

Jangan risau, moisturizer ini tiada bahan alkohol, pewangi, mineral oil, MIT dan Diglycol.

Cara penggunaanya, anda sapukan rata pada wajah sehari dua kali untuk serapan terus ke dalam kulit.

Moisturizer murah untuk kulit kombinasi
Wardah Lightening Day Gel Moisturizer
Wardah
Wardah Lightening Day Gel
From
RM15.39
Check Wardah Lightening Day Gel Moisturizer price below:
add_circle Sesuai untuk kulit berminyak & kombinasi
add_circle Mengandungi UVA/UVB filter
add_circle Telah diuji secara dermatologi
add_circle Mudah meresap ke dalam kulit
add_circle Bebas alkohol
remove_circle Lebih berkesan jika guna set lengkap Wardah

Jenama Wardah terkenal dengan set penjagaan yang murah dan berkualiti dari Indonesia.

Jadi, Wardah Lightening Day sesuai bagi mereka yang inginkan kulit segar, kurang berminyak dan sihat. 

Ini kerana mengandungi Niacinamide dan tekstur produk ini dalam tekstur gel jadi mudah menyerap dan menyejukkan kulit.

Bukan itu sahaja, masalah kulit kusam juga dapat dikurangkan kerana Niacinamide bertindak untuk memberikan kesan pencerahan pada wajah. 

Moisturizer korea terbaik untuk kulit kombinasi
Laneige Waterbank Blue Hyaluronic Cream
Laneige Waterbank Blue Hyaluronic Cream
From
RM180.00
Check Laneige Waterbank Blue Hyaluronic Cream price below:
add_circle Tidak melekit
add_circle Sesuai untuk kulit berminyak
add_circle Melegakan kemerahan kulit
add_circle Kulit kekal lembap hingga 48 jam
add_circle Tidak sebabkan pori tersumbat
remove_circle Harga mahal

Kalau ada bajet lebih, apa salahnya belanja diri sendiri dengan pelembap Laneige terbaik untuk kulit kombinasi, berminyak dan sensitif ini. 

Mengandungi Asid Hyaluronik biru yang akan melembapkan kulit wajah hingga ke lapisan dalam.

Moisturizer jenama Korea juga boleh menyejukkan wajah yang berjerawat.

Selain itu, ada Tocopherol yang bersifat antioksidan untuk melindungi kulit daripada radikal bebas seperti pencemaran, sinaran UV dan asap rokok. 

Boleh digunakan pada wajah setiap hari tanpa ragu sebab tidak mengandungi sebarang bahan bahaya seperti Paraben, bahan berasaskan haiwan dan pigmen sintetik. 

Moisturizer untuk kulit kombinasi sensitif
Neutrogena Hydro Boost Hyaluronic Acid Water Gel
Neutrogena
Neutrogena Hydro Boost Hyaluronic Acid Water Gel
From
RM58.72
Check Neutrogena Hydro Boost Hyaluronic Acid Water Gel price below:
add_circle Menguatkan lapisan perlindungan kulit
add_circle Cepat meresap ke dalam kulit
add_circle 5x lebih penghidratan
remove_circle Harga mahal

Pelembap Neutrogena Hyro Boost Water Gel telah terbukti secara klinikal mampu menghidratkan kulit dari dalam sehingga 72 jam. 

Diperkaya dengan Asid Hyaluronik, Asid Amino dan Glycerin yang akan memberikan kesan kulit tampak lebih anjal dan glowing daripada biasa. 

Jangan risau, moisturizer ini sesuai dipakai pada semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan kombinasi. 

Turut mengandungi Electrolytes untuk membantu penyerapan bahan lain dengan lebih baik ke dalam kulit.  

Anda boleh pakai 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. 

Moisturizer gel untuk kulit kombinasi
Bio Essence Bio-Treasure Jeju Water Hydrating All day Moisturising Gel
Bio-Essence Bio-Treasure Jeju Water Hydrating All day Moisturising Gel
From
RM38.90
Check Bio Essence Bio-Treasure Jeju Water Hydrating All day Moisturising Gel price below:
add_circle Mengandungi Glycerin
add_circle Boleh guna 2 kali sehari
add_circle Tidak terasa melekit pada kulit
add_circle Mengawal pengeluaran minyak pada wajah
remove_circle Kurang sesuai dengan kulit sensitif
remove_circle Mengandungi wangian

Pelembap yang diperkaya dengan air laut Jeju Korea ini mengandungi pelbagai kandungan mineral yang tinggi dan mujarab untuk memberikan anda kulit yang flawless.

Turut diperbuat dengan Bio-Energy Complex untuk membekalkan kelembapan pada kulit, barulah nampak sentiasa terhidrat. 

Moisturizer Bio-Essence sangat ideal digunakan untuk kita yang tinggal di cuaca panas dan sering berada di dalam ruang yang kering akibat penggunaan penghawa dingin. 

Anda boleh gunakan produk ini dua kali sehari dan paling best, moisturizer ini tidak melekit pada kulit!

Tekstur pelembap jenis gel sangat bagus untuk anda yang memiliki kulit kombinasi dan kulit kering.

Moisturizer cream untuk kulit kombinasi
Nanowhite Spot Correction Mattifying Moisturizer
Nano White Spot Correction Mattifying Moisturizer
From
RM59.90
Check Nanowhite Spot Correction Mattifying Moisturizer price below:
add_circle Bebas minyak
add_circle Mengecilkan pori
add_circle Menghilangkan jeragat
add_circle Boleh digunakan pada waktu siang & malam
add_circle Menyingkirkan sebum berlebihan
remove_circle Kurang sesuai untuk kulit sensitif

Moisturizer Nanowhite ini dapat membantu menghidratkan kulit serta membaiki wajah kusam pada waktu yang sama. 

Ini kerana produk ini mengandungi Niacinamide dan Arbutin untuk mencerahkan bintik hitam dan meratakan tona kulit yang tidak sekata.

Selain itu, produk ini turut berkesan untuk menghalang pembentukan Melanin serta mampu memudarkan parut jerawat. 

Untuk anda yang memiliki kulit kombinasi dan kulit berminyak, boleh cuba moisturizer yang bertekstur ringan, tidak melekit dan pantas meresap ke dalam kulit.

Moisturizer ini sangat bagus digunakan sebanyak dua kali sehari untuk kesan yang lebih optimum.

Moisturizer untuk kulit kombinasi dengan SPF
Cetaphil Daily Facial Moisturiser SPF15
Cetaphil Daily Facial Moisturiser SPF15
From
RM79.40
Check Cetaphil Daily Facial Moisturiser SPF15 price below:
add_circle Untuk semua jenis kulit
add_circle Tekstur ringan & tidak melekit
add_circle Mengandungi perlindungan SPF15
add_circle Boleh disapu pada wajah & leher
remove_circle Harga mahal

Pelembap yang boleh dipakai untuk kegunaan harian ini mampu menghidratkan kulit sambil melindunginya dari sinaran matahari UVA dan UVB yang bahaya.

Tidak perlu risau untuk menggunakan moisturizer Cetaphil pada kulit muka anda kerana produk ini bebas wangian, Paraben dan tidak mengandungi bahan dari haiwan. 

Paling penting, moisturizer Cetaphil tidak akan menyebabkan liang pori muka tersumbat dan tak akan merengsakan kulit kerana Non-Comedogenic. 

Produk ini boleh digunakan oleh semua jenis kulit dan mempunyai tekstur ringan serta tidak melekit akan mudahkan penggunaannya.

Moisturizer untuk kulit kombinasi dan mencerahkan
SKINTIFIC MSH Niacinamide Brightening Moisture Gel Glowing Moisturizer Fades Dark Spot Cream
SKINTIFIC Glowing Moisturizer Day & Night Cream Moisture Gel with MSH Niacinamide
From
RM75.00
Check SKINTIFIC MSH Niacinamide Brightening Moisture Gel Glowing Moisturizer Fades Dark Spot Cream price below:
add_circle Boleh dipakai waktu siang & malam
add_circle Melegakan kemerahan kulit
add_circle Formula bebas minyak
add_circle Cepat meresap
add_circle Tidak melekit
remove_circle Kuantiti sedikit

SKINTIFIC Glowing Moisturizer yang diperkaya dengan Alpha Arbutin ini mampu menyelesaikan masalah kulit kusam.

Ini kerana moisturizer ini akan bantu anda mencerahkan tona kulit dalam masa 14 hari sahaja!

Turut mengandungi MSH Niacinamide yang telah terbukti secara klinikal adalah 10 kali lebih berkesan dari Niacinamide biasa.

Bahan kandungan ini sangat bagus untuk mengurangkan masalah hiperpigmentasi dan jeragat.

Paling penting, produk ini tidak akan menyebabkan kerengsaan pada kulit. 

Selain itu, kaya juga dengan Glycerin yang membantu mengekalkan kelembapan kulit supaya kulit nampak sihat dan lebih anjal. 

Sesuai dengan semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan combination skin kerana pelembap bertekstur gel ini bebas dari alkohol, Paraben dan pewarna tiruan.

Moisturizer malam untuk kulit kombinasi
Clinique Dramatically Different Moisturizing Gel
Clinique Dramatically Different Moisturizing Gel
From
RM99.00
Check Clinique Dramatically Different Moisturizing Gel price below:
add_circle Formula bebas minyak
add_circle Cepat meresap ke dalam kulit
add_circle Tidak terasa berminyak selepas pakai
add_circle Telah menjalani ujian alahan
add_circle Tanpa bahan pewangi
remove_circle Harga mahal

Pelembap untuk kulit kombinasi ini telah diperbuat oleh ahli dermatologi untuk mengekalkan keseimbangan kelembapan untuk kulit berminyak. 

Turut mampu menghidratkan kulit agar wajah tampak lebih muda dan selesa sepanjang hari. 

Jadi kulit di kawasan T-zone yang mudah berminyak akan rasa lebih segar kerana tekstur moisturizer ini jenis gel. 

Produk ini juga telah menjalani ujian alahan, bebas pewangi dan terasa ringan ketika anda menyapunya pada kulit wajah. 

Selepas sapuan, anda tidak akan rasa melekit seperti sesetengah produk moisturizer jenis gel.

Moisturizer water based untuk kulit kombinasi
La Roche Posay Toleriane Dermallergo Fluid Moisturizer
La Roche Posay Toleriane Dermallergo Fluid Moisturizer
From
RM104.41
Check La Roche Posay Toleriane Dermallergo Fluid Moisturizer price below:
add_circle Tanpa Paraben, Lanolin & pewangi
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Tekstur ringan & segar
add_circle Mengandungi Glycerin
remove_circle Harga mahal

Walaupun mahal, produk La Roche Posay ini berbaloi kerana merupakan pelembap yang tidak berminyak dan terasa segar apabila disapukan pada kulit. 

Terutamanya pada kulit kombinasi dan cenderung berminyak, moisturizer ini pasti sesuai untuk anda! 

Cara penggunaannya pula sangat senang, selepas cuci muka, sapukan produk ini pada seluruh muka termasuklah di kawasan sekeliling mata dan leher. 

Boleh pakai dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. 

Menarik lagi, produk ini bebas Paraben, Lanolin dan pewangi menjadikannya selamat digunakan oleh anda yang miliki kulit sensitif.

Moisturizer untuk kulit kombinasi lelaki
COSRX Hydrium Moisture Power Enriched Cream
Cosrx
COSRX Hydrium Moisture Power Enriched Cream
From
RM86.09
Check COSRX Hydrium Moisture Power Enriched Cream price below:
add_circle Selamat untuk semua jenis kulit
add_circle Mengandungi Vitamin B5
add_circle Melindungi kulit dari pencemaran
remove_circle Harga sedikit mahal

COSRX Hydrium Moisture Power Enriched Cream merupakan krim pelembap yang dapat memastikan kulit anda lembut dan licin sepanjang hari. 

Diperkaya dengan Vitamin B5 (D-panthenol), krim ini bukan sahaja melembapkan tetapi juga meregenerasi dan menenangkan kulit, menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit. 

Sementara itu, sistem Water Blanket yang inovatif menggabungkan D-panthenol, propolis, dan ceramide untuk membentuk pelindung kelembapan, menghalang kehilangan air sambil mengimbangi tahap kelembapan dan minyak pada kulit. 

Ceramide bertindak melindungi kulit anda daripada pencemaran luar, manakala propolis memastikan kulit anda kekal lembap tanpa rasa berminyak. 

Walaupun dengan sifat pelembap yang kaya, krim ini mempunyai tekstur baldu yang meninggalkan kulit anda segar dan tidak berminyak, tanpa menyumbat liang atau menyebabkan jerawat.

Paling bagus, ia bebas dari paraben, sulfat, phthalates, dan pewarna tiruan, menjadikannya penyelesaian terbaik untuk kulit yang sihat dan terhidrat.

Moisturizer drugstore untuk kulit kombinasi
The Raw. Daily Ceramides Moisturiser
The Raw.
The Raw. Daily Ceramides Moisturiser
From
RM59.90
Check The Raw. Daily Ceramides Moisturiser price below:
add_circle Cepat meresap
add_circle Mengandungi minyak jojoba
add_circle Diperkaya dengan Hyaluronic Acid
add_circle Boleh dipakai oleh ibu hamil & menyusu
add_circle Melegakan iritasi kulit
remove_circle Harga agak mahal

The Raw. Daily Ceramides Moisturiser menampilkan formula canggih sistem Tindakan Triple yang unik, menggabungkan faktor pelembap semula jadi (NMF), squalane, asid hyaluronik, dan minyak jojoba untuk memberikan penghidratan yang optimum. 

Bahan-bahan hebat ini bertindak sebagai humektan, emolien, dan occludent, dengan berkesan mengurangkan kehilangan air transepidermal (TWL) dan menenangkan kulit kering atau kulit yang rengsa.

Diperkaya dengan lima jenis ceramides, asid lemak bebas, dan kolesterol, pelembap ini juga berfungsi secara harmoni untuk menguatkan lapisan perlindungan semula jadi kulit anda, memastikan perlindungan dan pengekalan kelembapan yang berpanjangan. 

Tekstur ringan dan mudah disapu meninggalkan kulit anda berasa lembut, anjal, dan terhidrat dengan selesa sepanjang hari. 

Sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif dan yang terdedah kepada ekzema.

Moisturizer untuk kulit kombinasi dan memutihkan
SKIN1004 Madagascar Centella Cream
SKIN1004
SKIN1004 Madagascar Centella Cream
From
RM39.00
Check SKIN1004 Madagascar Centella Cream price below:
add_circle Memutihkan kulit wajah
add_circle Tekstur tidak melekit
add_circle pH yang seimbang
remove_circle Boleh menyebabkan iritasi sesetengah kulit

SKIN1004 Madagascar Centella Cream menggabungkan manfaat pencerahan dan anti-kedutan dalam satu formula. 

Diperkaya dengan Centella Asiatica berkualiti tinggi dari Madagascar, krim ini memberikan penghidratan yang intensif sambil menguatkan lapisan perlindungan semula jadi kulit anda dengan 4 jenis ceramides berasaskan tumbuhan. 

Formula TECA (Titrated Extract of Centella Asiatica) memulihkan dan menguatkan lapisan pelindung kulit, membantu menenangkan iritasi dan kemerahan dengan cooling effect.

Diperakui menggunakan bahan organik oleh ECOCERT dan BCS, krim ini dibuat dengan bahan-bahan mesra kulit yang memenuhi piawaian EWG Green Grade, memastikan rawatan lembut yang berkesan untuk semua jenis kulit. 

Selain itu, tekstur lembut yang tidak melekit ini dapat diratakan dengan lancar pada kulit, memberikan kelembapan yang tahan lama tanpa kesan berminyak. 

Dengan pH yang sedikit berasid untuk menyesuaikan keseimbangan semula jadi kulit anda, krim ini sempurna untuk kegunaan harian, meninggalkan kulit anda terhidrat, cerah, dan bebas kedutan.


Bagaimanakah Cara Untuk Memilih Moisturizer Wajah Yang Sesuai Untuk Kulit Kombinasi?

Untuk mendapatkan kulit yang flawless dan tidak berjerawat, anda seharusnya menggunakan produk yang sesuai dengan jenis kulit muka. 

Anda miliki kulit jenis kombinasi iaitu berminyak di sesetengah kawasan seperti T-zone (dahi, hidung dan dagu) dan kering di kawasan pipi dan rahang?

Jom ikuti tips yang kami kongsikan ini untuk pilih pelembap yang sesuai:

  • Pilih moisturizer jenis Non-Comedogenic 
  • Pastikan pelembap diperbuat daripada oil-free formula agar tidak akan menyebabkan pori tersumbat 
  • Cari pelembap yang mengandungi bahan yang menghidratkan kulit seperti Aloe Vera, Asid Hyaluronik dan Ceramides 
  • Guna pelembap yang mempunyai tekstur yang lebih ringan iaitu jenis gel atau water-based  
  • Jika mahukan pelembap jenis krim juga, pastikan ia mempunyai tekstur yang ringan
  • Elakkan daripada memilih produk yang mengandungi wangian, Retinoids dan alkohol kerana boleh masalah kulit kering menjadi lebih teruk.
  • Jika anda ada bajet lebih, anda boleh guna 2 jenis moisturizer 

Untuk kawasan kulit kering, pilih pelembap yang mempunyai formula berkrim.

Manakala, untuk kawasan berminyak, boleh pilih moisturizer dengan formula ringan dan berasaskan air. 

Boleh tonton video berikut untuk tahu pelembap mana yang sesuai untuk kulit kita terutamanya kulit kombinasi. 


Apakah Cara Mengatasi Masalah Kulit Kombinasi Yang Susah Diuruskan?

Jangan ambil mudah tentang penjagaan kulit kombinasi kerana jika salah langkah, boleh menyebabkan masalah kulit jadi lebih teruk. 

Pertama sekali, gunakan pencuci muka yang lembut pada wajah dan pilih toner yang bebas alkohol. 

Kemudian, masukkan langkah exfoliate atau proses membuang sel-sel kulit mati dalam rutin kecantikan anda. 

Anda yang memiliki kulit jenis kombinasi juga diingatkan untuk tidak sesekali meninggalkan penggunaan pelembap. 

Manakala untuk serum pula, pilih yang mengandungi Hyaluronic Acid

Paling penting, elakkan daripada menyentuh muka anda kerana bakteria daripada tangan boleh berpindah ke kawasan wajah. 

Boleh cuba guna blotting paper atau kertas minyak muka untuk mengurangkan minyak pada wajah. 


Bahan Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Kombinasi

Apa sebenarnya bahan-bahan terbaik untuk dapatkan kelembapan kulit yang efektif dan berpanjangan?

Anda tentu tertanya-tanya soalan ini sebab ia penting untuk anda memilih produk pelembap muka yang terbaik untuk kulit jenis kombinasi.

Bahan-bahan terbaik untuk moisturizer bagi kulit kombinasi biasanya melibatkan keseimbangan antara kelembapan pada area kering dan mengawal minyak pada area berminyak. 

Berikut adalah beberapa bahan yang ideal untuk kulit kombinasi:

Hyaluronic Acid

Bahan ini sangat baik untuk memberikan hidrasi mendalam tanpa membuat kulit berminyak. Ia menarik kelembapan ke kulit, menjadikannya lembut dan terhidrasi.

Niacinamide (Vitamin B3)

Niacinamide membantu mengawal penghasilan minyak, mengurangkan pori-pori yang besar, dan memberikan warna kulit yang sekata. Ia juga menenangkan kulit yang sensitif dan iritasi.

Squalane

Squalane adalah emolien ringan yang meniru minyak semula jadi kulit, membantu melembapkan kawasan kering tanpa membuatkan pori-pori tersumbat atau membuat kulit terasa berat.

Ceramides

Ceramides membantu memperkuat lapisan pelindung kulit, menjaga kelembapan, dan melindungi dari iritasi. Ianya ideal untuk menjaga keseimbangan pada kulit kombinasi.

Aloe Vera

Aloe vera memiliki sifat menenangkan dan melembapkan tanpa membuat kulit berminyak. Ia sesuai untuk kawasan berminyak dan kering pada kulit kombinasi.

Salicylic Acid

Untuk kawasan yang cenderung berminyak dan berjerawat, salicylic acid membantu mengawal minyak dan mencegah pori-pori tersumbat, namun tetap lembut dan tidak terlalu mengeringkan kulit.

Kesimpulannya, memilih moisturizer dengan gabungan bahan-bahan ini dapat membantu menjaga keseimbangan kelembapan kulit jenis kombinasi, membuatnya terasa selesa dan terhidrasi sepanjang hari.


Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kulit Kombinasi

Kulit kombinasi merujuk kepada jenis kulit yang mempunyai ciri-ciri gabungan antara kulit kering dan kulit berminyak pada masa yang sama. 

Biasanya, kulit kombinasi ditandai dengan T-zone (dahi, hidung, dan dagu) yang lebih berminyak, disebabkan oleh kelenjar sebum yang lebih aktif di kawasan tersebut. 

Pada masa yang sama, kawasan pipi dan sekitar mata mungkin lebih kering atau normal, dengan kulit yang terasa lebih kasar atau mengalami kekeringan yang jelas.

Individu dengan kulit kombinasi sering menghadapi cabaran dalam memilih produk rawatan kulit kerana mereka perlu mencari keseimbangan antara menjaga kelembapan pada kawasan kering dan mengawal minyak pada kawasan berminyak. 

Rawatan yang tepat untuk kulit kombinasi biasanya melibatkan penggunaan produk yang lembut dan tidak terlalu berat, dengan fokus pada bahan-bahan yang dapat menyeimbangkan kelembapan dan kawalan minyak tanpa menyebabkan iritasi atau ketidakseimbangan kulit.


Artikel Berkaitan

End of Article