Product in this article

Tahukah anda bahawa pentingnya krim pelindung matahari ataupun sunscreen adalah untuk menjaga kesihatan dan juga penampilan kulit anda secara menyeluruh. Memakai pelindung matahari setiap hari adalah paling penting dalam rutin penjagaan kulit dan tanpa pelindung matahari, anda merisikokan kulit kepada sinaran UV. Ini akan menyebabkan kulit menjadi sensitif, menipis, tona tidak sekata dan juga mengelupas malahan berisiko mendapat kanser kulit juga amat tinggi. 

Usah risau! Krim pelindung matahari amat mudah untuk didapati di mana-mana farmasi dan drugstore seperti Watsons. Dengan formula terkini, sunscreen zaman sekarang tidak lagi meninggalkan kesan lekit dan membuatkan wajah ‘ashy’ atau berbelang ketika memakainya. Mari kita lihat sunscreen yang mana akan mendapat perhatian anda.

1. BIORE UV Perfect Milk SPF50+ PA+++ (40ml)

Sunscreen bebas lekit yang murah dan berkualiti bagus

Harga mulai RM27.16

Sunscreen murah ini amat sesuai jika anda mempunyai kulit berminyak dan inginkan efek wajah kemasan matte serta mengembalikan tona kulit sekata. Formulanya jenis cecair dan ringan, menyerap dengan pantas ke dalam kulit. Anda perlu membersih dengan pembersih solekan kerana sifatnya yang kalis air dan juga tahan terhadap peluh. 

Sunscreen ini tidak akan meninggalkan sisa putih pada wajah dan amat sesuai digunakan tanpa solekan kerana ianya membuatkan wajah anda halus seperti memakai bedak. Sesuai dijadikan sebagai asas solekan kerana sifatnya yang matte akan membuatkan solekan anda tidak tampak bercapuk dan ‘cakey’.

2. WATSONS Aqua UV Sun Protection Facial Gel SPF50++++ (50ml)

Sunscreen yang kekal melembap, sesuai untuk kulit kombinasi

Harga mulai RM25.58

Jika anda mempunyai kulit kombinasi, cubalah pelindung matahari ini. Teksturnya yang bersifat gel ringan dan nipis mudah menyerap dan tidak meninggalkan lekitan juga mempunyai efek penyejuk. Diperkaya dengan asid Hyaluronik dan ekstrak buah Raspberi, gel pelindung matahari ini akan membantu melembap dan menghidrat wajah. 

Amat sesuai juga untuk kulit sensitif kerana teksturnya bebas minyak dan bebas pewangi. Tidak membuatkan kulit wajah teriritasi atau merengsa.

3. YADAH Oh My Sun Slush SPF50+ PA+++ (50ml)

Sunscreen jenama Korea dengan kemasan matte

Harga mulai RM43.00

shopping_cart Watsons Malaysia RM45.50 shopping_cart Hermo Malaysia RM43.00

Sesetengah produk sunscreen memberikan warna kulit kelabu tetapi tidak pelindung matahari yang popular daripada Korea ini. Amat sesuai digunakan jika anda tidak mahu mengenakan solekan, dan ingin menggayakan wajah bare face. Formula sunscreen ini amat ringan dan melembap yang akan membantu melembutkan kulit anda. 

Sunscreen ini juga amat sesuai dengan kulit berminyak kerana kemasannya yang matte dan juga bebas minyak akan membendung minyak dari kulit anda daripada berlebihan. Sunscreen ini juga tidak kalis air,terbaik digunakan untuk Muslim yang ingin berwuduk selepas memakainya.

4. HADA LABO Air Aqua UV Fresh SPF50 PA+++

Sunscreen terbaik untuk kulit berminyak dengan berformula kawalan minyak

Harga mulai RM54.90

Pelindung matahari yang berinovatif baru ini dirumus dengan 5 sistem pertahanan UV untuk spektrum lebih luas dan perlindungan terhadap UVA dan UVB. Selain melindungi kulit daripada matahari, krim ini juga bebas minyak dan anti-penuaan yang membantu menjaga keanjalan kulit serta menggalakkan pertumbuhan kolagen supaya wajah sentiasa bermaya dan anjal. 

Sifatnya anti-glycation pula membantu mengurangkan penampilan garisan halus, kedutan dan mengekalkan keanjalan kulit. Bukan itu sahaja, produk ini juga membekalkan Resveratol, Vitamin C dan asid Hyaluronik untuk kebaikan pencerahan dan hidrasi.

5. SUNPLAY Skin Aqua Tone Up Skin UV Spray SPF50+ PA++++

Sunscreen jenis spray untuk kulit muka dan badan

Harga mulai RM43.10

Jika anda inginkan kesan segera, cubalah sunscreen jenis spray ini. Hanya semburkan sahaja dibahagian kulit yang terdedah pada matahari tanpa perlu mengoleskannya. Mudah bukan? Teksturnya ringan dan berair membuatkan sunscreen ini mudah untuk diserap ke dalam lapisan kulit. Sunscreen ini bersifat fizikal. Anda perlu menggunakan pembersih muka, sabun ataupun makeup remover untuk menanggalkannya dengan bersih. 

Disebabkan sunscreen ini bersifat fizikal, bermakna ianya selamat untuk digunakan ketika berenang di lautan dan bahan yang terkandung di dalam sunscreen ini tidak membahayakan kulit wajah.

6. CUREL UV Protection Face Milk SPF30 PA++

Sunblock terbaik dengan SPF30 untuk kebaikan kulit sensitif

Harga mulai RM51.44

Bagi yang mempunyai kulit yang sensitif, anda mungkin harus mencuba memakai sunscreen mengandungi kadar SPF rendah kerana SPF tinggi akan menyebabkan kulit kegatalan. Dengan produk ini, bukan sahaja ianya melindungi kulit sensitif anda daripada cahaya matahari, malah melindung wajah dengan pelembap yang mengandungi Ceramide dan ekstrak Eucalyptus untuk melindungi kulit daripada kekeringan. 

Dengan Zinc Oxide sebagai penapis UV, ianya boleh digunakan ketika bersantai di pantai. Formulanya yang bebas warna, pewangi dan alkohol menjadikan ianya sunscreen terbaik untuk kulit sensitif.

7. ANESSA Essence UV Sunscreen Mild Milk SPF35 PA+++ (20ml)

Sunblock lembut untuk kulit berjerawat dan sensitif

Harga mulai RM59.31

shopping_cart Watsons Malaysia RM59.35 shopping_cart Shopee Malaysia RM59.31

Jika anda mempunyai jerawat, sesetengah sunscreen boleh menyebabkan iritasi kepada jerawat yang ada. Cubalah Anessa Essence UV Sunscreen Mild Milk ini kerana ianya dirumus khas buat kulit sensitif dan berjerawat supaya tidak merengsa. Formula lembutnya bebas paraben, pewarna, pewangi dan alkohol. Sunscreen ini juga amat sesuai untuk bayi, ianya sangat selamat dan tidak membahayakan kulit bayi yang masih lembut. 

Tidak seperti sunscreen yang lain, krim ini mempunyai fungsi tahan geseran. Krim ini akan tetap menempel diatas kulit ketika berpeluh atau anda menggosok kulit dibahagian sunscreen tersebut.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!