Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Selamatkan ‘Wallet’ Anda Dengan 10 Makeup Remover Daripada Drugstore Ini!

Murah dan berkualiti!

Makeup remover ialah satu produk penjagaan wajah yang penting dan harus dimiliki terutamanya jika anda seseorang yang memakai makeup setiap hari. Pasti pening untuk memilih makeup remover yang terbaik buat kulit anda. Nah, produk daripada drugstore banyak yang berkualiti. Lagi-lagi produk penjagaan muka dan pada harga yang berpatutan pula tu. 

Bolehkah air menghilangkan kesan solekan?

Jawapan yang ringkasnya ialah tidak. Air tidak mengandungi bahan ‘pelincir’ atau dipanggil surfaktan yang dapat menyerap ke dalam lapisan solekan dan boleh menanggalkan lapisan solekan. Lain pula dengan micellar water iaitu satu jenis surfaktan ringan mengandungi bahan kimia dipanggil micelles yang akan membantu menyerap ke lapisan solekan dan menanggalkan solekan.

Ayuh lihat senarai makeup remover sesuai untuk semua jenis kulit dari drugstore;

10 Makeup Remover Dari Drugstore Pilihan Ramai di Malaysia

Makeup remover yang paling murah dan sesuai untuk remaja
Garnier
Semak Garnier Micellar Cleansing Water (125ml) harga dibawah:

Siapa saja tak kenal dengan micellar water daripada Garnier ini. Dengan mengandungi bahan yang dipanggil micelles yang amat berkesan menghapus kesan solekan dan minyak dengan formula penyerapan dalam yang akan menanggalkan segala kesan solekan, minyak dan kotoran supaya kulit kekal bersih!

Makeup remover jenis wipes yang lembut pada kulit wajah
Nivea
Semak Nivea Micellar Skin Breath Makeup Remover Wipes (20pcs) harga dibawah:

Makeup wipes ini jenis yang lembut dan permukaan tisu basahnya tidak kasar membuatkan wipes ini amat sesuai untuk sensitif. Bukan itu sahaja, wipes ini diperbuat daripada micellar water yang akan membantu menanggalkan makeup kalis air. Wipes ini juga dapat menanggalkan dan menyedut segala kotoran dari dalam pori dan akan membantu kulit anda bernafas.

Makeup remover untuk kulit berminyak – halang penghasilan sebum berlebihan
Safi
Semak Safi Micellar Water – Neem (200ml) harga dibawah:

Micellar water ini amat sesuai sekali dengan kulit berminyak kerana ianya berhasil untuk menyerap dan menanggalkan solekan dan sekaligus menghapuskan lebihan minyak yang berada diatas kulit anda. Dengan khasiat ekstrak daun Neem, makeup remover daripada Safi ini juga akan menghapuskan bakteria dan mengawal minyak. Amat sesuai juga untuk kulit berjerawat.

Makeup remover sesuai untuk menghalang pertumbuhan jerawat
Aiken
Semak Aiken Tea Tree Oil Facial Cleanser + Makeup Remover (150ml) harga dibawah:

Minyak Tea Tree amat popular sekali sebagai pembasmi jerawat. Jika anda ingin mengelakkan kulit ada daripada breakout disebabkan pemakaian solekan dengan kerap, pencuci makeup daripada Aiken yang diperbuat oleh minyak Tea Tree ini amat sesuai untuk anda.

Dengan bahan anti bakteria yang semulajadi, ianya juga mampu mengeringkan jerawat dan mengawal pengeluaran minyak pada kulit.

Makeup remover jenis minyak untuk bersihkan makeup degil
Biore
Semak Biore Makeup Remover Cleansing Oil harga dibawah:

Makeup remover ini mempunyai formula yang boleh digunakan ke atas kulit kering atau basah. Disebabkan ianya diperbuat oleh minyak, makeup remover ini mampu menanggalkan solekan kalis air termasuk mascara. Makeup remover jenis minyak sebegini amat sesuai untuk kulit yang kering dan tidak akan menyebabkan liang pori anda tersumbat.

Makeup remover mengekalkan lembapan untuk kulit kering
Simple
Semak Simple Water Boost Micellar Cleansing Water (400ml) harga dibawah:

Walaupun makeup remover jenis micellar water amat terkenal untuk anda yang mempunyai jenis kulit berminyak. Namun, micellar water daripada Simple ini mengandungi bahan melembap yang akan membantu kulit kusam, kasar dan melindungi garis halus yang terhasil daripada dehidrasi. 

Partikelnya menyerap jauh ke dalam kulit untuk ‘plump’ kan kulit yang kering. Formulanya amat sesuai untuk kulit sensitif dan bermasalah.

Makeup remover yang sesuai untuk ibu hamil – tidak jejaskan kandungan
Bifesta
Semak Bifesta Cleansing Lotion Sensitive (300ml) harga dibawah:

Para wanita yang sedang hamil, anda pasti sedar bahawa ada beberapa jenis bahan produk penjagaan wajah yang harus dihindari kerana akan membahayakan kandungan anda. Bahan yang harus dielak ialah Vitamin A, Retinol, asid Salicylic, Glycolic, minyak essential dan kesemua bahan pencerah. 

Makeup remover dari Bifesta ini selamat untuk para ibu yang sedang hamil kerana ianya bebas daripada kesemua bahan tersebut. Tidak akan menjejaskan kulit atau menyebabkan iritasi pada wajah anda.

Makeup remover kalis air – tanggal makeup dengan sempurna
Neutrogena
Semak Neutrogena Deep Clean Eye & Lip Makeup Remover harga dibawah:

Pencuci makeup Neutrogena ini diformulasi bebas minyak, sesuai untuk semua jenis kulit. Walaubagaimanapun, produk ini amat bagus sekali untuk mencuci solekan kalis air yang degil seperti lipstick matte dan maskara kalis air. 

Amat sesuai jika anda mempunyai kulit berminyak dan tidak mahu menggunakan produk yang mengandungi minyak.

Makeup remover untuk kulit jenis kombinasi cenderung berminyak
Collagen By WS
Semak Collagen By WS Micellar Cleansing Water (300ml) harga dibawah:

Jika anda mempunyai kulit jensi kombinasi anda boleh menggunakan apa sahaj jenis makeup remover. Namun pastikan ianya tidak menyumbat pori kerana kebanyakan kulit jenis kombinasi mempunyai T-Zon yang berminyak.

Jadi, cubalah micellar water daripada jenama Watsons ini kerana micellar water ini bersifat menghidrat. Kebaikan kolagennya juga akan membantu kulit wajah tambah berseri dan menghalang penuaan pramatang.

Makeup remover untuk kulit sensitif
Bio Essence
Semak Bio Essence Bio-Water Sensitive Ph Jelly Makeup Remover (200ml) harga dibawah:

Kulit yang sensitif selalunya kerana kadar pH kulit tidak seimbang yang menjadikannya iritasi dan merengsa. Jadi dengan menggunakan makeup remover yang membantu mengimbangi kadar pH di dalam kulit, kulit anda akan bebas sensitif dan kemerahan. Bukan itu sahaja, makeup remover yang bertekstur gel ini akan menenangkan kulit yang sedang kemerahan dan kepedihan.

End of Article