Telefon pintar merupakan alat teknologi yang sangat penting sekarang sebab boleh dikatakan semua urusan menggunakan smartphone.
Kini ada smartphone yang berharga bawah RM1500 dan boleh berfungsi sama seperti smartphone mahal yang lain.
Selain itu, smartphone juga kini dijadikan sebagai alat utama untuk gaming dan fotografi, jadi banyak juga phone yang sesuai untuk gaming dan phone camera cantik di pasaran.
Kini, dengan bajet yang rendah pun anda boleh beli phone bawah RM1,500 dari pelbagai model telefon, dan beli handphone secara ansuran pun boleh.
Ini apa kata Expert kami mengenai telefon bawah RM1,500.
Jadi bagi membantu anda mencari telefon terbaru, kami senaraikan beberapa phone terbaik bawah RM1,500 dan juga harga telefon Malaysia.

Penyunting
Tentang Hamka Rosli chevron_right

Pakar
Azee chevron_right
Table of Contents
Tips Memilih Telefon Terbaik Bawah RM1,500
Mungkin anda tak tahu macam mana nak pilih telefon midrange yang terbaik sebab memang banyak sangat pilihan di pasaran.
Kalau salah pilih, takut nanti kita akan menyesal beli dan rasa tak berbaloi buat pembelian tersebut.
Jom lihat apa kata Expert kami mengenai ini:

Azee
Pertama sekali kena tengok software atau perisian di dalamnya.
Itu antara benda yang paling penting tapi tak ramai yang perasan.
Sebabnya, bila software bermasalah, dia akan mengurangkan prestasi telefon tu.
Secara teknikalnya, software untuk bawah RM1,500 semuanya okay.
Perlu lihat pada berapa tahun kemas kini software yang diberikan, macam Xiaomi akan dapat 3 tahun kemas kini, manakala Infinix 2 tahun.
Jadi kalau nak pakai lama mestilah nak cari yang sekurang-kurangnya ada 3 tahun software update.
Lepas tu perlu lihat juga chipset, kamera, dan specs yang ditawarkan secara keseluruhan.
Dari situ kita boleh tahu sama ada telefon tu bagus ataupun tidak.
Tapi macam saya sendiri akan tengok pandangan dekat internet, tengok apa orang cakap seperti di Reddit atau Forum.
Dekat situ sekadar nak lihat model yang nak dibeli tu ada masalah ataupun tidak.
Bila anda dah tahu tips yang terbaik sebelum buat pembelian, barulah tak rasa rugi beli dan dapat buat pilihan yang tepat.
Apa Anda Akan Dapat Untuk Telefon Bawah RM1,500?
Dengan bajet RM1,500, sudah tentu anda mahukan sebuah telefon yang boleh dipercayai dan boleh pakai lama.
Tapi biasanya apa yang ditawarkan kepada pengguna untuk model telefon midrange ini?

Azee
Sebenarnya telefon bawah RM1,500 ni adalah range telefon paling popular, ramai golongan-golongan muda yang suka dengan telefon mid-range ni.
Tawaran pertama yang anda boleh dapat sekarang untuk telefon bawah RM1,500 yang berbaloi adalah sokongan rangkaian 5G.
Memang penting ciri ni sebab kalau tak ada 5G memang tak disarankan untuk beli, dan ia juga menjadikan telefon tu boleh pakai lama.
Kemudian chipset untuk telefon bawah RM1,500 juga banyak yang bagus-bagus.
Anda juga akan dapat kualiti paparan yang bagus untuk telefon bawah RM1,500.
Selain daripada itu adalah ciri tambahan kepada telefon mid-range sahaja, jadi untuk phone bawah RM1,500 anda boleh perhatikan tiga ciri utama ini.
Senarai 7 Smartphone Terbaik Bawah RM1,500
PERHATIAN: Jenama smartphone yang disenaraikan di bawah bukan dari cadangan Azee, kecuali dinyatakan.

- Chipset: Snapdragon 6 Gen 1
- OS: Android 14, Magic OS 8
- RAM: 8GB, 12GB
- Storage: 256GB, 512GB
- Saiz Skrin: 6.78-inch
- Resolusi: 1224 x 2700 pixels
- Bateri: 6600 mAh
- Kamera: 108MP (lebar) 5MP (ultra-lebar) 16MP (swafoto)
Sebab menjadi pilihan utama:
Telefon Honor X9C menjadi terbaik secara keseluruhan kerana ia menggabungkan prestasi yang hebat dengan reka bentuk premium.
Dengan harga yang berpatutan, ia menawarkan prestasi dan ciri-ciri yang menarik untuk semua pengguna.
Ciri-ciri:
Honor X9C hadir dengan paparan AMOLED 6.78 inci yang luas serta rekaan nipis dan ringan.
Dengan ketinggian 162.8mm dan berat sekitar 189g, ia menempatkan cip pemproses Snapdragon 6 Gen 1 yang cekap untuk kegunaan harian dan permainan ringan.
Sistem operasi MagicOS 8.0 berasaskan Android 14 menawarkan antara muka yang kemas serta sokongan mod kawalan satu tangan dan navigasi yang mudah.
Bahagian kameranya mengenakan lensa utama 108MP dan kamera sudut lebar 5MP, menyokong rakaman video 4K dan zum digital sehingga 10x.
Kamera hadapan pula 16MP dengan sokongan rakaman video HD penuh serta ciri-ciri AI untuk selfie.
Sesuai untuk pengguna yang gemar mengambil gambar beresolusi tinggi atau menghasilkan content.
Bateri 6600mAh jenis silikon-karbon dengan pengecasan pantas 66W memberikan ketahanan lama untuk penggunaan seharian.
Sokongan sambungan termasuk WiFi dwi-jalur, Bluetooth 5.1, NFC, GPS dan OTG menjadikannya serba lengkap.
Sensor seperti pengimbas cap jari, giroskop, kompas dan sensor cahaya menjadikannya peranti yang pintar dan responsif terhadap keperluan pengguna.
Review:
"Telefon ni mudah digunakan dan juga bateri tahan lama. Kualiti phone ni memang tak ada keraguan lagi, sama macam apa yang ditunjukkan dalam video. Sangat berpuas hati."

- Chipset: Mediatek Dimensity 8200 Ultimate
- OS: Android 14, XOS 14
- RAM: 8GB, 12GB
- Storage: 256GB
- Saiz Skrin: 6.78-inch
- Resolusi: 1080 x 2436 pixels
- Bateri: 5000 mAh
- Kamera: 108MP (lebar) 2MP (kedalaman) 2MP (makro) 32MP (swafoto)
Telefon Infinix GT 20 Pro ini memang sesuai buat kaki game di luar sana kerana reka bentuknya dengan tema gaming yang unik.
Reka bentuk futuristik ini lebih kurang sama dengan Infinix GT 10 Pro, tetapi dengan tambahan lampu LED yang dinamakan Mecha Loop, yang boleh diselaraskan dengan permainan atau notifikasi.
Selain itu, telefon gaming ini dilengkapi dengan cip Dimensity 8200 Ultimate 4nm yang memberikan prestasi pantas, serta RAM LPDDR4X 8GB dan storan UFS 3.1 256GB yang pantas.
Pengecasannya juga boleh dikategorikan sebagai laju dengan kuasa 45W, dan yang lebih menarik lagi, ia mempunyai fungsi Bypass Charging yang membolehkan power dihantar terus dari blok pengecas.
Untuk skrin pula, telefon ini dilengkapi dengan panel AMOLED 144Hz dan sistem operasi XOS 14 for GT yang bersih.
Bagaimanapun, telefon ini mempunyai kekurangannya juga iaitu ia tidak dilengkapi dengan kamera ultra-lebar.
Anda akan dapat lensa kamera lebar 108MP, dan 2 MP lensa makro dan kedalaman.

- Chipset: Exynos 1380
- OS: Android 14, One UI 6.1
- RAM: 6GB, 8GB, 12GB
- Storage: 128GB, 256GB
- Saiz Skrin: 6.6-inch
- Resolusi: 1080 x 2340 pixels
- Bateri: 5000 mAh
- Kamera: 50MP (lebar) 8MP (ultra-lebar) 5MP (makro) 13MP (swafoto)
Anda mahukan telefon dengan kualiti kamera yang boleh dipercayai? Dengan Samsung Galaxy A35, anda tidak akan kecewa.
Kini harga bawah RM1,500, telefon ini dilengkapi dengan cip Exynos 1380, RAM 8GB, dan storan 256GB.
Kelebihan utama telefon Samsung ini adalah jaminan kemas kini OS selama 4 tahun dan keselamatan selama 5 tahun.
Ia didatangkan dengan sistem operasi One UI 6.1 berasaskan Android 14.
Skrinnya adalah Super AMOLED 6.6-inci dengan kadar penyegaran 120Hz, memang puas untuk menonton video dan mendapatkan paparan yang lancar.
Bagaimanapun, pengecasan telefon ini disokong pada kadar 25W sahaja, jadi ia mungkin agak perlahan bagi sesetengah pengguna.
Namun, ia dilengkapi dengan kamera utama 50MP dan kamera ultra-lebar 8MP, cukup untuk keperluan fotografi asas.
Selain itu, telefon ini turut menawarkan ciri keselamatan menarik, iaitu Knox Vault.

- Chipset: Mediatek Dimensity 8400 Ultra (4 nm)
- OS: Android 15, HyperOS 2
- RAM: 8GB, 12GB
- Storan dalaman: 256GB, 512GB
- Saiz Skrin: 6.67 inci
- Resolusi: 1220 x 2712 piksel
- Bateri: 6000 mAh
- Kamera: 50MP (lebar) 8MP (ultra lebar) 20MP (swafoto)
Poco X7 Pro menggabungkan prestasi moden dengan reka bentuk yang praktikal, menjadikannya pilihan seimbang untuk korang yang nak ride malam minggu.
Dikuasakan cip Mediatek Dimensity 8400 Ultra (4nm), ia menawarkan prestasi cekap bersama RAM 8GB atau 12GB dan storan dalaman 256GB hingga 512GB.
Paparan AMOLED 6.67 inci dengan resolusi tinggi 1220 x 2712 memberikan pengalaman visual yang jelas dan terang, sesuai untuk menonton video dan bermain game.
Kamera belakang dilengkapi lensa utama 50MP dengan sokongan OIS untuk gambar lebih stabil dan cerah dalam cahaya rendah, serta lensa sudut lebar 8MP.
Peranti ini dijalankan menggunakan Android 15 dengan antara muka HyperOS 2 yang responsif dan terkini.
Dari segi sambungan, ia menyokong 5G, 4G LTE, WiFi, Bluetooth, NFC dan GPS menyediakan kemudahan penuh dalam penggunaan harian.
Bateri berkapasiti 6000mAh memberikan hayat penggunaan yang lama tanpa menambah saiz terlalu besar, dengan ketebalan hanya 8.3mm dan berat 195g.
Ditawarkan dalam beberapa pilihan warna menarik, Poco X7 Pro menyerlah dalam reka bentuk dan prestasi.

- Cipset: Mediatek Dimensity 7300 Ultra (4nm)
- OS: Android 14, HyperOS
- RAM: 12GB
- Storage: 256GB
- Paparan: AMOLED, 120Hz
- Resolusi: 1220 x 2712 piksel (~446 ppi)
- Bateri: 5110 mAh
- Kamera: 200MP (lebar), 8MP (ultra-lebar), 2MP (makro)
Redmi Note 14 Pro 5G adalah pilihan yang sangat baik untuk pengguna yang mencari telefon 5G bawah RM1500 dengan prestasi yang mengagumkan.
Dikuasakan dengan cip Mediatek Dimensity 7300 Ultra (4nm), telefon ini menawarkan kelajuan pemprosesan yang pantas dengan sokongan 12GB RAM dan 256GB ROM.
Paparan 6.67 inci AMOLED dengan resolusi tinggi 1220 x 2712 memberikan pengalaman visual yang jelas dan tajam, menjadikannya ideal untuk hiburan, gaming dan kerja harian.
Kamera belakang triple 200MP, 8MP ultra-lebar dan 2MP memberikan gambar yang berkualiti tinggi dengan pelbagai pilihan penggambaran.
Kamera depan 16MP pula memastikan swafoto yang terang dan jelas.
Bateri 5110 mAh menyokong penggunaan yang lebih lama dengan pengecasan pantas.
Dengan harga yang sangat berpatutan, Redmi Note 14 Pro 5G juga menyokong rangkaian 5G untuk kelajuan internet yang lebih pantas dan sokongan NFC, menjadikannya pilihan yang sangat bernilai bagi mereka yang mencari telefon dengan prestasi terbaik pada harga bawah RM1500.

- Cipset: Mediatek Dimensity 8200 Ultimate (4nm)
- OS: Android 14, XOS 14.5
- RAM: 12GB (Expand hingga 24GB)
- Storage: 256GB
- Paparan: AMOLED, 144Hz
- Resolusi: 1080 x 2400 piksel
- Bateri: 5000 mAh
- Kamera: 108MP (lebar), 50MP (ultra-lebar), 2MP (makro)
INFINIX Zero 40 5G adalah telefon dengan RAM besar yang sesuai untuk mereka yang mencari peranti berprestasi tinggi pada harga bawah RM1500.
Dikuasakan oleh Mediatek Dimensity 8200 Ultimate 5G dan dilengkapi dengan 12GB RAM yang boleh dipertingkatkan sehingga 24GB, telefon ini menawarkan pengalaman yang lancar untuk multitasking, gaming dan aplikasi berat.
Paparan 6.78 inci FHD+ Curved AMOLED dengan kadar segar semula 144Hz memastikan tontonan yang jelas dan responsif, sempurna untuk hiburan dan gaming.
Untuk penggambaran, telefon ini dilengkapi dengan kamera utama 108MP dengan OIS dan lensa ultra-lebar 50MP, serta kamera depan 50MP yang menghasilkan swafoto berkualiti tinggi.
Bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 45W memastikan telefon ini dapat bertahan sepanjang hari, sementara pengecasan tanpa wayar 20W memberi kemudahan tambahan.
Dijalankan dengan Android 14 dan XOS 14.5, INFINIX Zero 40 5G menawarkan sistem operasi yang stabil dan sokongan kemas kini hingga Android 16.
Ini menjadikan INFINIX Zero 40 5G pilihan terbaik bagi mereka yang mencari telefon dengan prestasi hebat, kamera luar biasa dan harga yang berpatutan.

- Cipset: Qualcomm SM6450 Snapdragon 6 Gen 1 (4nm)
- OS: Android 15, ColorOS 15
- RAM: 8GB
- Storage: 256GB
- Paparan: AMOLED, 120Hz
- Resolusi: 1080 x 2400 piksel
- Bateri: 5800 mAh
- Kamera: 50MP (lebar), 8MP (ultra-lebar), 2MP (makro)
Oppo Reno 13 F 5G merupakan pilihan telefon pintar yang sesuai untuk golongan tua yang memerlukan peranti mudah digunakan dan mempunyai prestasi mantap.
Dikuasakan dengan cip Snapdragon 6 Gen 1 dan dilengkapi dengan 8GB RAM serta 256GB storan, telefon ini memastikan kelancaran dalam tugas harian seperti panggilan, melayari internet dan aplikasi lain tanpa lag.
Paparan 6.67 inci AMOLED dengan resolusi 1080 x 2400 piksel menawarkan visual yang terang dan jelas, memudahkan penggunaan untuk mereka yang mempunyai penglihatan kurang jelas.
Kamera utama 50MP memastikan pengambilan gambar yang tajam, sementara kamera ultra-lebar 8MP memudahkan mereka untuk merakam gambar pemandangan luas dengan mudah.
Bateri 5800mAh memberikan jangka hayat bateri yang panjang, sesuai untuk penggunaan sepanjang hari tanpa perlu sering mengecas.
Dengan sistem operasi Android 15 dan ColorOS 15, telefon ini dilengkapi dengan ciri-ciri mesra pengguna dan kemudahan akses seperti antaramuka yang mudah difahami.
Oppo Reno 13 F juga menyokong 5G, memberikan kelajuan internet yang lebih cepat dan lancar.
Dengan harga yang berpatutan, ia merupakan pilihan terbaik untuk mereka yang mencari telefon pintar yang cekap dan mudah digunakan.
Jenama Smartphone Terkenal Di Malaysia
Sememangnya sudah menjadi lumrah untuk orang Malaysia memiliki smartphone dari jenama yang dikenali ramai.
Antara sebabnya adalah kerana mahu mengikuti trend terkini dan tidak mahu rasa ketinggalan.
Namun apakah jenama paling ramai dibeli di Malaysia sehingga menjadikan jenama tersebut popular dalam kalangan pengguna?
Mungkin ada yang akan kata iPhone daripada Apple merupakan jenama paling terkenal.
Mengikut pemerhatian, iPhone boleh dikatakan sebuah smartphone yang popular dan dikenali oleh semua orang di Malaysia.
Tapi data menunjukkan jenama Apple bukanlah smartphone yang paling banyak dibeli di Malaysia.
Selain itu, smartphone jenama lain juga banyak menawarkan features, kualiti kamera dan kuasa pemprosesan, serta reka bentuk telefon yang terbaik.
Jadi, jika anda tidak pasti nak beli jenama telefon yang mana satu, boleh lah pilih salah satu model dari jenama terkenal di Malaysia ini.
Apa pun jom tonton video di bawah untuk mengetahui cara pilih smartphone terbaik.
Artikel Berkaitan
- Smartphone Android Terbaik
- Smartphone Murah Bawah RM500
- Smartphone Terbaik Untuk Kaki Gamers
- Smartphone Murah Untuk PUBG
- Smartphone Samsung Terbaik
- Smartphone Kalis Air Terbaik
- Handphone Gaming Terbaik 2025
- Handphone Murah Bawah RM300 Terbaik & Berkualiti
- Handphone Murah Bawah RM400 Terbaik
Azee
Sejujurnya, kalau bajet RM1,500 atau atas daripada tu anda boleh dapatkan telefon yang bagus, jadi tak perlukan pun telefon flagship.
Kalau bawah RM1,000 tu mungkin sesuai untuk budak-budak, dan dia tak tahan lama sangat.
Tapi kalau tanya saya, lebih baik beli beli yang mahal sikit untuk pakai lama daripada beli yang murah tapi boleh pakai sekejap je.
Bagi saya, it’s ok to spend more on a smartphone rather than spend less and regret it later.