Teknologi

8 Kad SD MicroSD Terbaik di Malaysia 2026

Senarai 8 kad SD microSD terbaik di Malaysia, disemak 28 Sep 2026. SanDisk Ultra dari RM13 - banding kapasiti, kelajuan & harga sebelum beli.


Editor · Updated 30 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

8 Kad SD MicroSD Terbaik di Malaysia 2026
Terbaik Untuk CCTVKINGSTON MicroSD
RM6See price at Shopee

Jawapan ringkas: RM13, SANDISK Ultra MicroSD (harga disemak 28 Sep 2026) ialah kad SD terbaik keseluruhan di Malaysia, dengan kapasiti sehingga 400GB untuk rakaman video 4K. Untuk gaming, Silicon Power High Speed MicroSD (dari RM29) direka khusus untuk peranti permainan, manakala Lexar High Performance (dari RM109) terbaik untuk pengguna GoPro yang mahukan kelajuan UHS-I.

Yang perlu diketahui: kad microSD bajet seperti KINGSTON MicroSD (RM6) cukup untuk rakaman video HD dan simpanan foto harian, tetapi tidak sesuai untuk rakaman 4K berterusan berkelajuan tinggi seperti SANDISK Ultra atau LEXAR High Performance dalam senarai ini.

Kandungan

Kadangkala bila terlalu asyik mengambil gambar, pasti akan terlebih ‘muatan’ memori yang sedia ada di dalam bajet anda. Terutamanya buat kaki selfie. Sayang pula hendak menghapus memori lama untuk memberi laluan buat yang baru.

Nah, apa kata dapatkan ruang penyimpanan memori tambahan untuk kamera atau telefon pintar, anda perlu mendapatkan kad microSD yang terbaik. Dalam memilih kad microSD yang terbaik, anda perlu mendapatkan yang mempunyai speed pemindahan tinggi serta ruang penyimpanan besar. Ini untuk mengelakkan anda ‘terpaksa’ membeli yang baru jika tidak cukup.

Hari ini, terdapat banyak peranti yang menggunakan kad memori kecil ini, dari telefon dan kamera, ke komputer riba serta gaming. Jom ikuti senarai kad SD terbaik di pasaran masa kini;

Terbaik Untuk CCTV & Kamera: KINGSTON MicroSD

Terbaik Untuk CCTV 1 daripada 8
KINGSTON MicroSD
Partnership with
Dari RM6
Class 10, 8x lebih laju dari microSD biasa
Kalis air, haba, kejutan dan x-ray
Tiada rating kelajuan UHS rasmi dinyatakan
1 lagi
Kapasiti sehingga 128GB

Kad memori ini direka khas untuk video. Ianya dikenali sebagai kad Class 10 dimana videonya boleh mencapai resolusi full HD dan 3D. Proses merekod dan membacanya juga adalah 8 kali lebih laju dari kad memori microSD yang biasa. Tambahan pula, kad memori ini kalis air, haba, kejutan, gegaran serta x-ray. Memorinya boleh mencapai sehingga 128GB. 

Price
RM6

Terbaik Untuk Android: REMAX Memory MicroSD

Terbaik Untuk Android 2 daripada 8
REMAX Memory MicroSD
Partnership with
Dari RM12.90
Ketahanan sehingga 10,000 kitaran penggunaan
Sesuai untuk dashcam kereta
Jenama kurang dikenali berbanding SanDisk atau Kingston
1 lagi
Kelajuan pemindahan data tinggi

Remax adalah jenama yang agak baru dalam dunia teknologi namun prestasi kad memorinya amat bagus dan sesuai digunakan untuk smartphone serta peranti dengan sistem Android (OS). Jenis memori pada kad microSD ini adalah SDHC dan transmisi kelajuan pemindahan datanya juga tinggi. 

Kad memori ini mempunyai ketahanan sehingga boleh digunakan sebanyak 10,000 kitaran. Ianya juga sesuai digunakan untuk dashcam kereta. Berguna untuk menyimpan memori lebih banyak.

Price
RM12.90

Terbaik Untuk Smartphone: TOSHIBA MicroSD UHS-I U1 Class 10 M203

Terbaik Untuk Smartphone 3 daripada 8
TOSHIBA MicroSD UHS-I U1 Class 10 M203
Partnership with
Dari RM13.50
Kapasiti sehingga 256GB
Kalis air dan hentakan
Tiada sokongan rasmi untuk rakaman 4K
1 lagi
Menyokong rakaman video Full HD

Kapasiti memorinya boleh mencapai 256GB, ianya amat sesuai untuk smartphone anda. Sama ada anda pengguna Oppo mahupun Samsung, kad memori yang kalis air dan hentakan ini boleh memberikan anda jaminan agar anda tidak akan kehabisan ruang penyimpanan memori. Plus point, kad memori ini menyokong rakaman video full HD.

Buat kaki selfie, kad microSD ini memang sesuai untuk anda. 

Price
RM13.50

Terbaik Untuk GoPro: LEXAR High Performance MicroSD

Terbaik Untuk GoPro 4 daripada 8
LEXAR High Performance MicroSD
Partnership with
Dari RM109
Teknologi UHS-I untuk rakaman 4K
Popular dalam kalangan pengguna GoPro
Harga lebih tinggi berbanding kad microSD lain dalam senarai
1 lagi
Fast Video Capture untuk aktiviti ekstrem

Dengan menggunakan teknologi UHS-I, kad memori microSD ini menjadi pilihan nombor satu buat pengguna GoPro kerana ianya boleh menampung rakaman video 4K, full HD dan juga 3D. Ianya mampu menyimpan lebih daripada 36 jam rakaman, 67,600 gambar atau 58,100 buah lagu. 

Selain daripada mempunyai kelajuan pemindahan yang pantas, ianya juga mempunyai Fast Video Capture. Bagi yang gemar melakukan aktiviti luar (outdoor), ekstrim dan travelling, kad microSD ini memang terbaik untuk anda. 

Price
RM109

Terbaik Untuk Gaming: SILICON Power High Speed MicroSD

Terbaik Untuk Gaming 5 daripada 8
SILICON Power High Speed MicroSD
Partnership with
Dari RM29
Direka khas untuk peranti gaming
Pemindahan data pantas tanpa lag
Kurang sesuai untuk rakaman video 4K berbanding kad khusus kamera
1 lagi
Tahan digunakan jangka masa panjang

Buat si kaki gamers jika konsol game anda memerlukan memori tambahan, kad memori daripada Silicon Power ini adalah jawapannya. Ianya dicipta khas untuk kegunaan dengan peranti game, memudahkan anda memuat turun lebih banyak game tanpa lagging atau kehabisan ruang penyimpanan. 

Proses pemindahannya juga tidak memakan masa yang lama. Kad memori ini tahan digunakan dalam tempoh masa yang panjang.

Price
RM29

Terbaik Untuk Laptop: TRANSCEND Ultimate MicroSD

Terbaik Untuk Laptop 6 daripada 8
TRANSCEND Ultimate MicroSD
Partnership with
Dari RM10
Kapasiti sehingga 256GB
Transfer speed 60MB/saat
Tiada penilaian ketahanan kalis air/kejutan dinyatakan
1 lagi
Sesuai tambah storan laptop tanpa hard disk luaran

Jika anda bercadang untuk menambah kapasiti memori buat laptop anda, pilihlah Transcend kerana kapasitinya boleh mencapai sebanyak 256GB. Anda tidak perlu lagi membawa hard disk yang besar kemana-mana. Mempunyai transfer speed 60MB/saat, ianya memastikan laptop anda tidak lagging sewaktu melakukan pemindahan. 

Price
RM10

Terbaik Untuk Kelajuan: SAMSUNG MicroSD

Pemindahan Terpantas 7 daripada 8
SAMSUNG MicroSD
Partnership with
Dari RM42.50
Pindah video 3GB dalam 38 saat
Kalis air, habuk, gegaran dan x-ray
Harga lebih tinggi berbanding kad kapasiti sama dari jenama lain
1 lagi
Jenama global dipercayai

Jenama Samsung adalah jenama yang tidak asing lagi dalam dunia gajet. Prestasi kad memori microSD ini juga tidak kurang hebatnya. Ianya boleh memindahkan video sebesar 3GB ke laptop anda hanya dalam masa 38 saat. Ciri lainnya setanding dengan nama-nama besar dalam dunia kad microSD adalah seperti kalis 4 sekawan (air, habuk, gegaran dan x-ray), kapasiti memori yang besar serta kualiti fail yang tiptop.

Price
RM42.50

Terbaik Untuk Drone: SANDISK Ultra MicroSD

Terbaik Untuk Drone 8 daripada 8
SANDISK Ultra MicroSD
Partnership with
Dari RM13
Kapasiti sehingga 400GB
Sesuai untuk rakaman video 4K dan Full HD
Model asas, bukan varian Extreme berkelajuan lebih tinggi
1 lagi
Popular dalam kalangan pengguna drone

Buat penggemar drone, sudah pasti target utama adalah untuk merakam video yang berkualiti tinggi. Video yang berkualiti selalunya akan memerlukan ruang memori yang besar. Dengan menggunakan kad memori microSD Sandisk, kapasiti bukan lagi satu masalah kerana memorinya boleh mencapai sehingga 400GB. 

Dengan kapasiti sebesar itu, video 4K, full HD sudah terjamin kualitinya. Anda boleh mengambil gambar atau merakam video sebanyak mana pun.

Price
RM13

Bagaimana Kami Pilih Senarai Ini

Kami menyemak harga terkini setiap kad microSD terus daripada penyenaraian Shopee Malaysia, membandingkan kapasiti storan, kelajuan pemindahan data dan ketahanan fizikal (kalis air, habuk, kejutan) sebelum menentukan senarai ini. Kad dengan jenama tidak dikenali atau tiada waranti jelas digugurkan daripada senarai.

Soalan Lazim

Kelajuan (speed class) apa yang perlu saya pilih untuk kad SD?

Untuk rakaman video 4K atau gaming, pilih kad dengan gred U3 atau V30 ke atas seperti Silicon Power High Speed, kerana kelajuan tulis yang rendah menyebabkan video terputus-putus atau permainan lag semasa memuat data. Untuk storan biasa telefon atau gambar sahaja, gred U1/Class 10 seperti SanDisk Ultra sudah memadai.

Kad SD palsu popular di Shopee dan Lazada, bagaimana elak beli yang tiruan?

Beli hanya daripada kedai rasmi jenama (SanDisk Official Store, Kingston Malaysia) atau penjual dengan rekod jualan tinggi dan ulasan sah, bukan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran. Kad SD tiruan biasa menunjukkan kapasiti storan yang salah dalam sistem komputer walaupun label luar kelihatan tulen.

Kad microSD 400GB pada harga RM13 macam mana boleh semurah itu?

Harga RM13 yang disebut adalah untuk kapasiti storan paling rendah dalam siri produk itu, bukan model 400GB. Harga naik mengikut kapasiti storan; semak jadual perbandingan penuh dalam artikel ini untuk harga sebenar setiap saiz storan sebelum membeli.

Kad SD untuk drone dan kamera CCTV perlukan spesifikasi berbeza daripada kad biasa?

Drone dan kamera CCTV merakam berterusan dalam jangka masa panjang, jadi perlukan kad dengan gred "endurance"/tahan lasak seperti SanDisk High Endurance atau Kingston yang direka khas untuk penulisan berulang tanpa cepat rosak. Kad SD biasa untuk telefon atau kamera gambar tidak direka untuk beban penulisan berterusan ini dan mudah gagal dalam masa singkat.

Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation