Teknologi

5 Telefon Murah Bawah RM200 Terbaik di Malaysia 2026

Jika nak beli smartphone murah terbaik untuk anak, pastikan smartphone murah dan berkualiti. Jadi jom lihat jenama smartphone yang harga murah dari kami.


Editor · Updated 24 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

5 Telefon Murah Bawah RM200 Terbaik di Malaysia 2026

Jawapan ringkas: telefon pintar baharu di bawah RM200 memang terhad di Malaysia sekarang, jenama rasmi seperti Redmi atau POCO bermula sekitar RM230 ke atas. Antara lima pilihan dalam senarai ini, Oppo A3s (dari RM109, unit refurbished di Shopee Malaysia, semak 12 Ogos) dan Vivo Y93 (dari RM199, unit refurbished, semak 12 Ogos) yang paling mudah dijumpai bawah harga tersebut sekarang. Kalau nak telefon asas untuk panggilan dan mesej sahaja, Nokia 105 4G (dari RM37.50, unit baharu, semak 12 Ogos) ialah pilihan paling murah dan senang didapati. Nokia 130M (2023) dan Xiaomi Redmi 7A pula sukar dijumpai sebagai unit lengkap di Shopee ketika ini, jadi semak semula stok sebelum berpusing hati pada model tersebut.

Walaupun harga smartphone murah tapi kebanyakan smartphone ini mesra pengguna dan boleh dikatakan berkualiti. 

Kandungan

Paling penting smartphone murah terbaik ini ada yang dilengkapi dengan kamera, processor yang baik, ruang penyimpanan besar dan luas serta bateri tahan lama.

Walaupun banyak yang dari model lama, tapi sangat sesuai untuk korang yang sekadar nak telefon untuk penggunaan asas seperti buat panggilan dan balas mesej.

Sangat sesuai untuk anak yang duduk di asrama!

Jadi, jom lihat senarai di bawah antara pilihan smartphone murah dan berkualiti yang harga bawah RM200.


Senarai 5 Smartphone Murah Dan Berkualiti

Handphone bawah RM200 terbaik secara keseluruhan 1 daripada 5
Xiaomi Redmi 7A
Xiaomi
Dari RM245
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Paparan skrin terbaik
Selesa digunakan satu tangan
RAM yang kecil
2 lagi
Bateri tahan lama
Tiada NFC
  • Cipset: Qualcomm Snapdragon™ 439 (12 nm)
  • OS: Android 9.0 (Pie), MIUI 11
  • RAM: 2GB / 3GB
  • Storage: 32GB / 64GB
  • Paparan: 5.45 inci IPS LCD
  • Resolusi: 720 x 1440 (~295 ppi)
  • Bateri: 4000mAh
  • Kamera: 12MP (lebar), 5MP (swafoto)

Sebab menjadi pilihan utama:

Xiaomi Redmi 7A adalah pilihan yang sangat baik bagi mereka yang mencari telefon pintar bajet dengan ciri-ciri yang mencukupi untuk kegunaan harian.

Walaupun ia model lama, tetapi ia masih mempunyai ciri-ciri yang relevan dengan masa kini seperti penggunaan cipset Snapdragon dan juga ciri keselamatan Face Unlock.

Ciri-ciri:

Dikuasakan dengan cip Qualcomm Snapdragon 439 dengan 4GB RAM dan 64GB storan, ia memberikan prestasi yang lancar untuk aplikasi asas, melayari internet dan media sosial.

Dengan paparan 5.45 inci IPS LCD, Redmi 7A memberikan visual yang cukup jelas dengan resolusi 720 x 1440 piksel.

Bateri 4000mAh yang boleh bertahan sepanjang hari memberikan pengguna kebebasan untuk terus berhubung tanpa risau kehabisan kuasa.

Kamera belakang 12MP atau 13MP (bergantung pada model) menghasilkan gambar yang cukup memuaskan, manakala kamera depan 5MP cukup untuk swafoto.

Telefon ini juga mempunyai Face Unlock untuk meningkatkan keselamatan.

Dengan harga yang sangat berpatutan di bawah RM200, Xiaomi Redmi 7A adalah pilihan terbaik secara keseluruhan untuk pengguna yang mencari telefon murah dengan prestasi yang memadai.

Review:

"Harga murah dan telefon berfungsi dengan baik. Phone tak lag sangat dan boleh ambil gambar cantik. Sangat puas hati beli untuk anak, walaupun ni telefon model lama."

Nokia 130
Smartphone murah tahan lasak 2 daripada 5
Nokia 130M (2023)
Nokia
Dari RM80
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Harga murah bawah RM100
Speaker kuat
Tidak ada kamera
3 lagi
Dual SIM
Bateri tahan lama
Tiada Wi-Fi atau Bluetooth
  • Cipset: N/A
  • OS: N/A
  • RAM: 4MB
  • Storage: 4MB
  • Paparan: 2.4 inci TFT LCD
  • Resolusi: 240 x 320 piksel (~167 ppi)
  • Bateri: 1450 mAh
  • Kamera: N/A

Nokia 130M 2023 adalah telefon pintar murah yang tahan lasak, sesuai untuk mereka yang mencari peranti asas yang boleh digunakan tanpa khuatir tentang kerosakan akibat cuaca atau jatuh terhentak.

Dilengkapi dengan paparan 2.4 inci TFT LCD, telefon ini menyediakan visual yang cukup jelas dan terang untuk penggunaan harian.

Dengan RAM 4MB dan storan dalaman 4MB, ia menawarkan pengalaman pengguna yang cukup baik untuk telefon asas, dengan sokongan kad microSDHC untuk memperluaskan storan dalaman.

Bateri Li-Ion 1450 mAh yang boleh dicabut membolehkan penggunaan sepanjang hari tanpa masalah.

Beratnya hanya 98.2g menjadikannya ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Dengan ketahanan lasak dan reka bentuk yang mudah, Nokia 130M 2023 sesuai untuk pengguna yang memerlukan telefon tahan lasak untuk kegunaan harian seperti menghantar mesej dan mendengar radio.

Walaupun tidak mempunyai ciri-ciri canggih seperti Wi-Fi atau Bluetooth, telefon ini cukup untuk keperluan asas, termasuk membuat panggilan dan mendengar radio dengan antena terbina di dalamnya.

Ia adalah pilihan yang sangat berpatutan bagi mereka yang ingin telefon tahan lasak dengan fungsi asas.

Vivo Y93
Smartphone murah dengan storage besar 3 daripada 5
Vivo Y93
Vivo
Dari RM260
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Pemprosesan yang baik
Ringan untuk dibawa
Kamera kurang memuaskan
  • Chipset: Mediatek MT6762 Helio P22 (12 nm)
  • OS: Android 8.1 (Oreo), Funtouch 4.5
  • RAM: 6GB
  • Storage: 128GB
  • Saiz Skrin: 6.22 inci
  • Resolusi: 720 x 1520
  • Bateri: 4030 mAh
  • Kamera: 13MP (utama), 2MP (kedalaman) 8MP (swafoto)

Vivo Y93 merupakan sebuah smartphone murah yang lengkap dengan storage besar.

Chipset yang digunakan agak berkualiti iaitu Snapdragon 439 yang akan memastikan phone berfungsi dengan baik.

Saiz RAM juga agak besar bagi sebuah phone murah, iaitu sebanyak 6GB, manakala saiz storan yang ditawarkan adalah sebanyak 128GB. 

Jika saiz storan tidak mencukupi, anda boleh menambah kad micro SD sehingga 256 GB.

Pada bahagian kamera, terdapat dua lensa kamera pada bahagian belakang (13MP + 2MP) dan satu lensa swafoto (8MP). 

Bagaimanapun, kualiti kamera phone ini dikatakan kurang memuaskan. 

Ketahanan bateri phone ini juga tidak menjadi masalah dengan adanya bateri sebesar 4030 mAh. 

Secara keseluruhan, Vivo Y93 mempunyai spek yang baik bagi sebuah telefon murah dan juga dilengkapi RAM besar.

Smartphone murah dengan spek terbaik 4 daripada 5
Oppo A3s
Dari RM39.80
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Prestasi memuaskan untuk harian
Paparan cukup baik untuk harganya
Kamera kurang canggih
1 lagi
Mudah digunakan untuk aplikasi asas
  • Cipset: Qualcomm Snapdragon 450 (14 nm)
  • OS: Android 8.1 (Oreo), ColorOS 5.1
  • RAM: 2GB / 3GB
  • Storage: 32GB / 64GB
  • Paparan: 6.2 inci IPS LCD
  • Resolusi: 720 x 1520 (~271 ppi)
  • Bateri: 4230mAh
  • Kamera: 13MP (lebar), 2MP (kedalaman), 8MP (swafoto)

Oppo A3s adalah pilihan telefon pintar murah dengan spek terbaik bagi pengguna yang mencari prestasi baik pada harga yang berpatutan.

Dikuasakan Qualcomm Snapdragon 450 dengan RAM 3GB dan storan 32GB, Oppo A3s menawarkan prestasi yang cukup lancar untuk penggunaan harian, seperti melayari web, menggunakan aplikasi media sosial dan menonton video.

Paparan 6.2 inci IPS LCD dengan resolusi 720 x 1520 piksel memberikan pengalaman tontonan yang baik, walaupun bukan pada tahap terbaik.

Bahagian kamera, Oppo A3s dilengkapi dengan kamera belakang dwi-lensa 13MP + 2MP yang mampu menghasilkan gambar yang cukup jelas dalam keadaan cahaya yang baik.

Kamera depan 8MP pula cukup untuk swafoto yang memadai.

Bateri 4230mAh memberikan ketahanan sepanjang hari, memastikan pengguna dapat terus menggunakan telefon tanpa perlu risau kehabisan bateri.

Telefon ini beroperasi dengan Android 8.1 (Oreo) dan ColorOS 5.1, yang memberikan antara muka yang kemas dan mudah digunakan.

Dengan harga yang berpatutan, Oppo A3s adalah pilihan terbaik untuk mereka yang mencari telefon murah dengan spesifikasi yang memuaskan.

Nokia 105 4G - 2021
Smartphone murah untuk orang tua 5 daripada 5
Nokia 105 4G
Dari RM189
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Rekabentuk ringkas
Mudah digunakan
Tidak boleh muat turun aplikasi terkini
3 lagi
Ada sambungan ke rangkaian 4G
Boleh layari internet
Audio jelas dan kuat
  • Cipset: Unisoc T107 CPU
  • OS: S30+
  • RAM: 128MB
  • Storage: 48MB (micro SD sehingga 32GB)
  • Paparan: 1.8 inci 
  • Resolusi: 1120 x 160 pixels, 111 ppi.
  • Bateri: 1450mAh
  • Kamera: Tiada

Nokia 105 4G 2023 adalah telefon mudah alih bajet yang ideal untuk pengguna yang hanya memerlukan ciri asas, seperti panggilan dan mesej, tanpa fungsi terlalu rumit.

Dengan paparan 1.8 inci dan sokongan 4G, telefon ini membolehkan sambungan pantas dan jelas walaupun dalam saiz kompak.

Dikuasakan bateri 1450 mAh yang boleh ditanggalkan, telefon ini dapat bertahan lebih lama dengan sekali cas.

Beratnya hanya 70g, menjadikannya ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Ciri tambahan termasuk sokongan Dual SIM, FM Radio dan jaminan selama 1 tahun dari Nokia Malaysia.

Dengan harga yang berpatutan, Nokia 105 4G 2023 adalah pilihan terbaik untuk mereka yang memerlukan telefon mudah dengan keupayaan 4G pada harga yang sangat murah.


Berbaloi Atau Tak Beli Telefon Murah?

Persoalan sama ada berbaloi ataupun tidak untuk membeli telefon pintar yang murah terletak pada tujuan penggunaan anda dan juga bajet.

Tidak dinafikan, smartphone bajet kini mudah untuk dimiliki dan terdapat pelbagai model dipasaran.

Bagaimanapun, yang mana satu yang paling sesuai untuk anda gunakan.

Murah memang murah, tapi pastikan ianya tetap mempunyai kualiti yang baik agar pembelian anda berbaloi.

  • Lihat Review Sebelum Beli

Antara yang boleh anda lakukan adalah dengan melihat dahulu review tentang telefon yang ingin anda beli itu sebelum buat pembelian.

Walaupun anda tidak dapat memegang handphone tersebut, tetapi anda tetap boleh melihat dan mengetahui bagaimana prestasi handphone itu. 

  • Bandingkan Harga Untuk Elak Ditipu

Sekarang memang banyak kes penipuan melibatkan pembelian telefon pintar, jadi amat penting untuk anda tahu harga telefon pintar tersebut di pasaran dan bandingkan dengan harga yang anda perolehi.

Sekiranya hanya satu kedai sahaja yang menjual pada harga murah, maka berhati-hati kerana mungkin bukan kedai sebenar.

  • Fahami Keperluan Penggunaan Anda

Smartphone murah bawah RM200 kebanyakannya hanya memiliki fungsi yang diperlukan oleh sebuah telefon.

Jika anda mahukan telefon pintar yang mampu mengambil gambar berkualiti tinggi dan mahu sentiasa lancar semasa bermain game, mungkin anda memerlukan bajet yang lebih besar dari RM200.

Jadi, jika anda sememangnya cukup dengan handphone yang hanya memiliki 1GB atau 2GB RAM, storan dalaman yang kecil, dan juga tidak memerlukan ketahanan bateri yang luar biasa, maka telefon pintar murah ini pasti menjadi pilihan anda.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation