Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
mini laptop malaysia

10 Laptop Saiz Kecil & Murah Bawah RM1500 Terbaik 2024

Saiz kecil dan mudah bawah kemana sahaja!

Laptop mini ada kelebihannya berbanding yang biasa, ia direka yang lebih kecil, ringan dan menjimatkan ruang.

Jika anda lebih banyak menghabiskan masa bekerja di luar berbanding di pejabat atau rumah, laptop mini direkomendasi relevan untuk kegunaan anda.

Tetapi laptop mini juga mempunyai kelemahan yang tersendiri. Ruang memori dan penyimpanan data tidak boleh terlalu berat atau banyak. Kadang ada juga yang tidak begitu kuat menyokong grafik terkini.

Jangan khuatir, team Productnation ada jumpa 9 laptop mini yang terbaru dan terbaik untuk dijadikan pilihan buat anda;


Penyunting

Isi Kandungan


10 Laptop Saiz Kecil & Murah Bawah RM1500 Terbaik 

Laptop ringan dan kecil
Dell Latitude 3160 6th Gen
DELL
Dell Latitude 3160 6th Gen
mulai
RM599.00
Semak Dell Latitude 3160 6th Gen harga dibawah:
add_circle Jangka hayat bateri yang panjang
add_circle Touchscreen
remove_circle Skrin yang agak kecil
  • OS: Window 10 Pro
  • Grafik: Intel HD GMA 400 Integrated Graphic
  • RAM: 4GB
  • Storage: 128 SDD
  • Skrin: 11.6 inch touchscreen
  • CPU: Intel Pentium N3710 Turbo Boost

Laptop yang dikuasakan dari processor Intel Pentium N3710 Turbo Boost ini sangat berguna bagi tenaga pengajar yang inginkan sesi pembelajaran yang lancar dan stabil. 

Walaupun menggunakan processor agak lama, tapi masih mampu memberikan prestasi yang memuaskan.

RAM yang diletakkan di dalam laptop ini adalah sebesar 4GB dan mampu diupgrade sehingga 8GB. 

Bagaimanapun, laptop ini sudah cukup lancar kerana ia menggunakan storage jenis SSD sebanyak 128GB dan masih lagi boleh diupgrade mengikut kesusaian.

Satu lagi, laptop ini mempunyai monitor dan paparan laptop seluas 11.6inch ini.

Ciri lain lagi, bahagian skrin mempunyai teknologi touchscreen jadi para pengajar tidak perlu mengalihkan pointer mouse ke hulu-hilir dalam skrin. Easy kan?

Laptop touchscreen kecil
Asus Chromebook Flip C214M
Asus
ASUS Chromebook Flip C214M
mulai
RM1,099.00
Semak Asus Chromebook Flip C214M harga dibawah:
add_circle Menggunakan Chrome OS
add_circle Penggunaan bateri yang jimat
remove_circle Speaker yang kurang memuaskan
  • OS: Chrome OS
  • Grafik: Intel UHD Graphic 600
  • RAM: 4GB 
  • Storage: 32GB 
  • Skrin: 11.6 inch
  • CPU: Intel Celeron N4020

Penggunaan Chrome OS semakin meluas kerana dapat menumpukan kepada penggunaan bekerja dan belajar. 

Jadi, laptop ini tidak memerlukan RAM yang besar malah penggunaannya dijamin sentiasa lancar dan hampir tiada masalah lagging.

Laptop ini menggunakan Intel Celeron N4020 serta RAM sebesar 4GB.

Skrin seluas 11.6’ namun apa yang membuatkannya special ialah jenis skrin yang digunakan adalah jenis touchscreen.

Bahagian graphic card pula digunakan dari Intel UHD Graphic 600 dimana membolehkan pengguna melihat paparan dengan lebih jelas dan terang.

Laptop kecil gaming
Lenovo Thinkpad X260
Lenovo
Lenovo Thinkpad X260
mulai
RM1,699.00
Semak Lenovo Thinkpad X260 harga dibawah:
add_circle Performance yang masih laju
add_circle Hardware senang untuk ditambah baik
remove_circle Agak berat
  • OS: Window 10 Home
  • Grafik: Intel UHD520
  • RAM: 8GB
  • Storage: 256 SDD
  • Skrin: 12.5 inch
  • CPU: Intel Core i5

Jenama yang tidak lekang dari telinga apabila ditanya laptop mana yang tahan lasak untuk digunakan beberapa tahun akan datang dengan bajet yang terhad. 

Laptop ini dilengkapi dengan Intel Core i5 ini sudah cukup untuk anda melakukan kerja secara smooth walaupun laptop ini agak lama sejak dikeluarkan.

Ditambah pula dengan 256GB SSD menjadikan laptop ini memberikan kelebihan dari segi performance.

Skrin seluas 12.5 inch agak kecil untuk laptop pada masa kini namun tidak menjadi masalah jika anda mengidamkan sesuatu yang mudah dibawa kemana-mana.

Ini kerana bateri pada laptop ini agak tahan lama berbanding laptop yang lain.

Graphic card yang terdapat pada laptop ini iaitu Intel UHD520 memberikan paparan 1080hp tanpa masalah lagging.

Jika anda mencari laptop yang tahan lama serta lasak dengan bajet yang terhad, laptop ini amat sesuai untuk anda. 

Laptop kecil untuk pelajar sekolah
JOI Book Classmate 10
JOI Book Classmate 10
mulai
RM1,180.00
Semak JOI Book Classmate 10 harga dibawah:
add_circle Tahan lasak
add_circle Jangka hayat bateri yang tahan lama
remove_circle Reka bentuk kurang menarik
  • OS: Window 10 Pro
  • Grafik: Intel UHD 600
  • RAM: 4GB 
  • Storage: 128GB eMMC Storage
  • Skrin: 11.6 inch
  • CPU: Intel Celeron N4020

Joi Book boleh dikatakan jenama baru di pasaran dalam mengeluarkan laptop yang mampu milik dan tahan lasak. 

Laptop ini disarankan untuk kegunaan sekolah kerana tahan lasak dengan fungsi water and dust resistance yang sesuai untuk digunakan dalam kalangan pelajar sekolah.

Dengan kuasa yang dibekalkan oleh Intel Celeron dan 4GB RAM ini tidak menunjukkan sebarang masalah ketika ingin melakukan kelas atas talian.

Skrin seluas 11.6inch dan graphic card Intel UHD 600 mampu memaparkan paparan yang jelas jadi tidak ada masalah untuk pelajar membaca nota pada paparan skrin. 

Storage seluas 128GB sudah cukup untuk menyimpan kerja yang ringan tanpa ada masalah lagging.

Laptop kecil murah
HP Chromebook X360
HP
Chromebook X360
mulai
RM1,499.00
Semak HP Chromebook X360 harga dibawah:
add_circle Boleh bertukar kepada Tablet
add_circle Jangka hayat bateri yang tahan lama
remove_circle Skrin yang agak malap
  • OS: Chrome
  • Grafik: Intel UHD 600
  • RAM: 4GB
  • Storage: 64GB eMMC
  • Skrin: 11.6 inch
  • CPU: Intel Celeron N4120

Laptop dari jenama HP kali ini mengeluarkan sedikit kelainan dalam laptop harga mampu milik.

Ini kerana OS yang digunakan bukanlah dari Window namun Chrome.

Segala Apps dalam peranti Android boleh dimuat turun ke dalam laptop ini dengan mudah.

Processor Intel Celeron N4120 yang terdapat dalam laptop ini tidak menunjukkan sebarang masalah dan lebih lancar berbanding laptop lain yang menggunakan processor yang sama.

Hal ini kerana OS yang digunakan tidak begitu berat dan merumitkan.

Skrin seluas 11.6 inch ini memberikan paparan jelas dan apa yang lebih menarik lagi skrin yang digunakan adalah skrin sentuh.

Tidak cukup dengan itu, bentuk fizikal laptop ini mampu berubah menjadi sebuah tablet.

Laptop ini digalakkan untuk mereka yang ingin melakukan kerja dimana-mana sahaja kerana kelebihan lebih ketara pada laptop ini adalah jangka hayat baterinya yang lama. 

Laptop kecil bateri tahan lama
Dell Chromebook
Dell
Dell Chromebook
mulai
RM448.00
Semak Dell Chromebook harga dibawah:
add_circle Lebih stabil dan panta
add_circle Jangka hayat bateri yang tahan lama
remove_circle Kurang fungsi ketika offline
  • OS: Chrome OS
  • Grafik: Intel HD Graphic
  • RAM: 2GB 
  • Storage: 16GB SDD
  • Skrin: 11.6 inch
  • CPU: Intel Celeron

Selepas HP, Dell juga tidak ketinggalan untuk mengeluarkan laptop yang menggunakan Operating System Chrome. 

Laptop yang mempunyai harga mampu milik sangat sesuai untuk digunakan oleh pelajar sekolah yang melakukan kelas atas talian. 

Walaupun laptop ini kurang berfungsi ketika anda offline atau tidak menyambung ke mana-mana wifi di sekitar, namun masih lagi mengekalkan performance yang lancar.

Skrin seluas 11.6inch serta Intel HD Graphic yang terdapat dalam laptop ini menunjukkan skrin yang jelas dan tidak menyukarkan anda untuk membaca.

Laptop kecil murah bawah RM500
Dell Chromebook 11
Dell
Dell Chromebook 11
mulai
RM421.88
Semak Dell Chromebook 11 harga dibawah:
add_circle Jangka hayat bateri yang panjang
add_circle Saiz yang compact
remove_circle Agak tebal bagi laptop 11.6 inch
  • OS: Chrome OS
  • Grafik: Intel Integrated HD Graphic
  • RAM:16GB
  • Storage: 32GB
  • Skrin: 11.6 inch
  • CPU: Intel Celeron Dual Core

Laptop yang beroperasi menggunakan Chrome Operating System (OS) ini bertujuan untuk membantu para pengguna untuk menyiapkan tugasan dengan  lancar. 

Processor yang digunakan ialah Intel Celeron Dual Core yang memberikan prestasi yang baik semasa menggunakan laptop ini untuk jangka masa yang lama.

Paparan skrin seluas 11.6 inch cukup untuk pengguna membawa laptop ini kemana-mana kerana saiznya yang compact

Graphic card yang dipasang dalam laptop ini ialah Intel Integrated HD Graphic.

Resolusinya mampu mencapai setinggi 1366x768. Nak stream Netflix lepas penat bekerja atau belajar? No problem lah. 

Selain itu, bateri yang tahan lama setelah dicas penuh ini boleh digunakan hampir 10 jam mengikut penggunaan.

RAM yang dipasang dalam laptop ini sebesar 16GB sudah cukup untuk melancarkan kerja dan sesi pembelajaran.

Laptop kecil refurbished
Dell Latitude E5440
Dell
Dell Latitude E5440
mulai
RM1,200.00
Semak Dell Latitude E5440 harga dibawah:
add_circle Menggunakan processor yang laju
add_circle Penggunaan bateri yang jimat
remove_circle Reka bentuk yang lama
  • OS: Window 8.1
  • Grafik: Intel HD Graphic
  • RAM: 8GB 
  • Storage: 500GB HDD
  • Skrin: 14 inch LCD
  • CPU: Intel Core i5

Laptop ini menggunakan processor Intel Core i5 yang dapat memberikan kelancaran ketika menggunakannya tanpa ada sebarang masalah lagging walaupun dalam masa yang lama. 

Memori RAM sebesar 8GB ini menambahkan lagi kelancaran laptop ini serta membolehkan pengguna membuat pelbagai perkara dalam satu masa. 

Ruang simpanan sebesar 500GB ini pula cukup untuk pengguna menyimpan pelbagai jenis fail atau data penting di dalam laptop.

Skrin seluas 14’ merupakan skrin jenis LCD sekaligus menjadikan paparan pada skrin laptop akan terlihat lebih cantik berbanding laptop lain.

Laptop kecil dengan detachable keyboard
Lenovo Ideapad Miix D330
Lenovo
mulai
RM1,099.00
Semak Lenovo Ideapad Miix D330 harga dibawah:
  • OS: Window 8.1
  • Grafik: Intel HD Graphic
  • RAM: 8GB 
  • Storage: 500GB HDD
  • Skrin: 14 inch LCD
  • CPU: Intel N4000

Jika anda ingin memberi hiburan buat si kecil semasa travelling atau keluar bersantai bersama keluarga, bawa bersama laptop mini daripada Lenovo ini.

Sesuai untuk kegunaan si kecil kerana boleh berfungsi samada seperti tablet atau laptop biasa. 

Manakala sistem bahagian operasi laptop ini Windows 10 yang memudahkan anda melakukan kerja dimana-mana sahaja.

Bersaiz kompak dan ringan, anda boleh meletakkannya di dalam beg tangan tanpa terasa ‘berat’.

Laptop kecil dengan spek tinggi
Lenovo Thinkpad X130E
Lenovo
LENOVO THINKPAD X130E
mulai
RM558.00
Semak Lenovo Thinkpad X130E harga dibawah:
add_circle Processor yang laju
add_circle Jangka hayat bateri yang panjang
remove_circle Agak tebal
  • OS: Window 10 Pro
  • Grafik: AMD Radeon HD 6310M
  • RAM:4GB
  • Storage: 128GB SSD
  • Skrin: 11.6 inch
  • CPU: AMD Vision E-300

Laptop kali ini sedikit berbeza kerana laptop ini menggunakan processor dari AMD Vision E-300 yang kita tahu antara pengeluar processor yang terbaik seperti Intel. Processor ini juga menjadi pilihan bagi pereka grafik diluar sana.

Graphic card yang digunakan pula ialah dari syarikat sama dengan processor iaitu AMD. Graphic card ini menyokong bukan sahaja kerja yang berat malah pengguna juga boleh bermain game yang ringan seperti CSGO atau Dota.

Skrin seluas 11.6 inch HD ini memudahkan lagi pengguna jika pengguna ialah seorang yang sentiasa bergerak kemana-mana. 

Reka bentuk laptop ini agak lama namun spesifikasi laptop ini seakan baru sahaja dikeluarkan ke pasaran. Sangat berbaloi jika anda ingin memilikinya. 


Tips Beli Laptop Saiz Kecil

Sebenarnya sama sahaja nak beli laptop kecil atau besar,

Tapi, komponen utama yang perlu anda lihat ialah dari segi prestasi dan kadar penggunaan yang bersesuaian untuk anda.

Sebelum kita lihat checklist, jom tonton video ringkas tips beli laptop dahulu.

Joim lihat checklist tips beli laptop saiz kecil pula. 

  • Saiz

Biasanya laptop saiz mini ialah 11-13 inci iaitu bercirikan untuk mudah disimpan, dibawa kemana sahaja dan senang dipegang.

  • Resolusi skrin

Jangan terpedaya dengan nama 'mini', anda masih boleh dapatkan laptop kecil dengan resolusi skrin yang baik. Sebaiknya lihat dahulu spefikasi resolusi atau mencuba terus dibilik pameran laptop. Tak kira laptop saiz besar atau kecil, faktor resolusi yang baik memudahkan kerja dan tidak menyakitkan mata.

  • Processor 

Sama seperti laptop biasa, processor yang baik akan melancarkan penggunaan laptop. Pilih laptop dengan processor terbaru seperti intel Core i5 atau i7. 

  • Port sambungan

Jangan lupa tentang sambungan wayar seperti USB. Kebiasaannya laptop mini dilengkapi dua port USB dan jadilah pengguna yang bijak memilih laptop mempunyai port USB 3.1 berbanding port USB 2 untuk penghantaran fail data yang pantas. 

  • Ketahanan bateri  

Jangan terkejut ya, laptop kecil kuat menggunakan bateri kerana pergerakan processor yang banyak.

Beli sistem laptop mini yang kurang menggunakan tenaga votage. 


Artikel Berkaitan

End of Article