Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
SK-II Facial Treatment Essence
SK-II

SK-II Facial Treatment Essence

SK-II

SK-II Facial Treatment Essence

Ringkasan

Jika difikirkan balik, rumit sebenarnya nak lakukan rutin 10 langkah mencuci muka setiap hari. Lebih-lebih lagi mereka yang sibuk bekerja.

Sebab itulah SK-II signature PITERA™ Essence diwujudkan dan telah menjadi salah satu produk paling laris mereka.

Turut dikenali sebagai Miracle Water, SK-II PITERA Essence mampu menyuburkan, mengimbangi serta mengembalikan hidrasi pada wajah. Sememangnya pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa yang panjang.

Keseluruhan:

Rahsia formulasi SK-II PITERA™ Essence adalah ia mengandungi lebih daripada 90% PITERA™, bahan eksklusif SK-II yang terhasil semula jadi. 

PITERA™ dihasilkan melalui proses penapaian yis yang unik dan mengandungi lebih daripada 50 mikro nutrien seperti vitamin, minerals, amino asid dan asid organik.

Kesemua bahan ini dapat menjadikan kulit kelihatan cantik dan sihat secara semula jadi.

Lagipun kulit kita mempunyai Natural Moisturizing Factors (NMF) yang melindungi lapisan kulit dari kotoran luar. 

Malah lapisan ini juga dapat mengelakkan kulit daripada kering.

Bahan PITERA™ sama seperti NMF dimana mampu menembusi lapisan kulit dengan mudah serta.

Kelebihan lain PITERA™ ini adalah membantu mengimbangi kitaran pembaharuan kulit  serta menjadikan kulit lebih sihat.

Hasilnya, kulit wajah akan menjadi lebih bersinar seperti kristal!

Butiran terperinci & perkara penting:

  • Lebih 90% PITERA™, bio-bahan semulajadi yang mengandungi lebih 50 mikro nutrien (vitamin, mineral, amino asid dan asid organik).
  • Mengekalkan fungsi semula jadi kulit dan melindungi kulit daripada kering.
  • Menyerap ke dasar kulit dengan lebih pantas untuk hidrasi dan kelegaan pada kulit.
  • Berfungsi untuk memberi kesegaran pada kulit supaya wajah tampak lebih bersinar.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit.

Testimoni:

Berpandukan testimoni yang telah digunakan oleh beberapa pengguna, kebanyakannya berpuas hati dengan hasil SK-II PITERA Essence.

Apa yang mereka katakan, jenama ini sangat bagus dalam memberi hidrasi pada kulit dan mampu menyerap ke dalam kulit dengan cepat, hasilnya kulit menjadi lembab.

Malah, ada juga yang mengatakan essence ini merupakan bahan penjagaan muka yang ajaib kerana selepas pakai, kulit terasa awet muda dan kelihatan berseri.

Articles

36 Skincare ‘Must-Have’ Tahun Ini Untuk Kulit Tampil Anggun Dan Menawan
Kecantikan
,
Penjagaan Kulit
,