Perkakas Rumah

12 Mesin Kopi Terbaik di Malaysia 2026 (Manual/ Automatik)

12 mesin kopi terbaik Malaysia, manual & automatik: PerySmith RT2000 RM279, Nespresso Lattissima RM2,060, Breville RM3,609. Disemak 4 Okt 2026.


Editor · Updated 4 Oct 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

12 Mesin Kopi Terbaik di Malaysia 2026 (Manual/ Automatik)
Mesin kopi terbaik keseluruhanPerySmith 20BAR Espresso Coffee Machine Retro Series RT2000
RM279Lihat harga di Lazada

Jawapan ringkas: pilihan terbaik keseluruhan untuk mesin kopi di Malaysia ialah PerySmith 20BAR Espresso Coffee Machine Retro Series RT2000, RM279 di Shopee Malaysia (harga disemak 4 Oktober 2026), sesuai untuk kegunaan rumah harian kerana ia boleh guna kapsul espresso atau biji kopi kisar sendiri. Jika anda lebih kerap bekerja dari rumah atau pejabat dan mahu sesuatu yang automatik sepenuhnya, Nespresso Lattissima Touch F521 (RM2,060) adalah pilihan lebih pantas; untuk perniagaan kecil atau cafe, Breville BES870 Barista Express (RM3,609) bertaraf lebih komersial. Senarai penuh 11 mesin, manual dan automatik, ada di bawah.

Peminat kopi tentunya merasakan perlu untuk ada mesin kopi untuk buat kopi yang enak di rumah.

Kandungan

Kalau beli di kedai, tentu memakan belanja bulanan yang tinggi, jadinya lebih jimat untuk ada mesin coffee sendiri.

Tidak kira mesin kopi seperti yang digunakan barista, atau mesin kopi nescafe yang biasa, setiap mesin ada kelebihan tersendiri.

Seperti mesin kopi espresso yang boleh menghasilkan kopi latte atau cappuccino yang enak, atau mesin kopi yang menggunakan kapsul kopi Starbucks.

Kebiasaannya untuk yang mahu buat kopi dengan pantas dan tidak terlalu teknikal, boleh beli mesin coffee maker yang biasa.

Untuk yang mahukan lebih rasa kopi dan suka eksperimen dalam penghasilan kopi, boleh dapatkan mesin coffee barista.

Tidak kira apa kecenderungan anda, mesin buat kopi semestinya berbaloi untuk dimiliki jika anda merupakan seorang peminum kopi tegar.

Jom lihat senarai mesin bancuh kopi dengan harga mesin kopi mengikut cita rasa dan keperluan anda.


Jenis Kopi di Malaysia Dan Mana Yang Terbaik?

Terdapat pelbagai spesies biji kopi di dunia dan sering menjadi pilihan pengusaha kedai kopi, antaranya kopi jenis Arabika, Robusta, Liberica dan Excelsa.

Seperti yang umum tahu, biji kopi yang terbaik adalah jenis Arabika kerana ia ditanam di kawasan altitude tinggi dan juga tanahnya yang subur dapat menghasilkan kopi yang lebih baik.

Jom lihat apa kata Expert kami mengenai jenis kopi yang terbaik untuk anda minum atau bagi peminat kopi.

Expert avatar
Founder Blek Coffee Company

Azzam Yusoff

Jenis kopi yang biasa digunakan di seluruh dunia adalah Arabika kerana kopinya yang berkualiti dan mampu menghasilkan nota rasa yang pelbagai.

Contohnya, di Amerika Tengah biji kopi jenis ini akan menghasilkan rasa yang ke arah chocolatey, manakala di Afrika ia menghasilkan rasa yang ke arah floral fruity.

Di Asia pula, kebanyakkan rasa akan ke aras earthy atau seperti rasa tanah yang sedikit kuat.

Sama juga macam jenis kopi Robusta yang menghasilkan rasa yang kuat atau harsh.

Di Malaysia juga terdapat tanaman kopi Arabica yang ditanam di Sabah dan juga di Janda Baik, dan kopi yang dari Sabah dikenali juga dengan nama Sabarica.

Sementara itu, kopi jenis Robusta adalah yang paling banyak ditanam di Malaysia, seperti yang kita tahu biji kopi yang banyak menghasilkan kopi kampung.

Biasanya kopi kampung guna biji kopi jenis Robusta dan ia terkenal dengan rasa pahit atau harsh.

Sebab itu untuk kopi kampung biasanya biji kopi itu dibakar, panggang dan akan campur dengan majerin dan juga gula sebelum minum. 

Terbaru sekarang ini yang semakin naik adalah kopi jenis Liberica yang kini banyak ditanam di Peserai dan Batu Pahat (Johor), dan juga di Sik (Kedah).

Jadi kesimpulannya, kopi terbaik di Malaysia semestinya Arabica kerana seperti yang dinyatakan tadi kualitinya yang sangat baik, dapat menghasilkan nota-nota rasa yang pelbagai dan mempunyai kafein yang rendah berbanding dengan jenis Robusta.

Begitulah pendapat dari Expert kami mengenai kopi terbaik di Malaysia atau di dunia, dan walaupun Robusta lebih banyak di tanam di Malaysia, kopi jenis Arabika tetaplah yang terbaik.


Apa Beza Kopi Manual Dan Automatik?

Sebelum membuat pembelian mesin kopi, tentu anda nak tahu apa beza kopi manual dan juga automatik, dan adakah ia beri kesan kepada rasa kopi yang kita hasilkan.

Expert avatar
Founder Blek Coffee Company

Azzam Yusoff

Kopi manual lebih kepada penggunaan tools seperti V60, Aeropress, French Press, dan lain-lain tools pembuatan kopi yang tidak menggunakan mesin. 

Mesin automatik atau kebiasaannya dikenali sebagai mesin espresso terbahagi kepada banyak jenis.

Pertama adalah mesin manual yang tidak mempunyai butang dan basically On dan Off sendiri.

Kemudian kita ada jenis semi auto di nama ia merupakan mesin yang ada banyak butang yang kita boleh set seperti set suhu air, set masa, set PID, dan mesin ini banyak digunakan di cafe-cafe.

Kita juga ada mesin automatik sepenuhnya di mana ia datang bersama dengan grinder, jadi cuma perlu tekan sahaja dan ia akan hasilkan jenis kopi yang kita nak.

Kopi yang dihasilkan guna alatan manual akan menghasilkan rasa yang lebih clean, clarity dan beraroma, di mana kita tidak letakkan tekanan kepada kisaran kopi tersebut.

Untuk mesin automatik, rasanya akan lebih kuat kerana mesin automatik biasanya akan letakkan tekanan yang tinggi dan menghasilkan pati kopi yang kuat dan juga mempunyai creamer.

Jadi rasanya memang agak kuat dan kita boleh menghasilkan kopi yang bersusu seperti Latte dan tidak bersusu seperti Americano.

Untuk kopi yang dihasilkan secara manual, biasanya ia diminum tanpa susu kerana kopi ini akan menghasilkan rasa-rasa yang clean, clarity dan aroma, jadi jika ditambah susu ia akan menghilangkan rasa-rasa tersebut.

Dari segi acidity, kopi filter atau manual sememangnya menghasilkan kopi dengan acidity yang tinggi kerana profile roasting kopi ini tidak sama dengan kopi mesin espresso.

Roasting kopi manual biasanya menggunakan light roast, light to medium, dan medium roast.

Manakala kopi mesin espresso biasa menggunakan medium roast, medium to dark, dan dark.

Kesimpulannya, kalau nak rasa yang lebih clean dan clarity, atau nak main dengan aroma dan pelbagai rasa yang kita boleh dapat, boleh hasilkan kopi cara manual atau handbrew.

Dan jika mahukan kopi yang mempunyai rasa kuat dan untuk dijadikan kopi latte, cappucino dan sebagainya, boleh pilih mesin kopi automatik.

Jelas sekali kedua-duanya mempunyai perbezaan yang sangat ketara dari segi alatan dan cara pembuatan, dan juga sehingga ia menghasilkan rasa yang berbeza walaupun menggunakan biji kopi yang sama.


Panduan Pilih Mesin Kopi: Manual Atau Automatik?

Sebelum tengok senarai, ini empat perkara sebenar yang patut tentukan pilihan anda, bukan sekadar jenama atau rupa mesin.

Kekerapan Minum Kopi Setiap Hari

Kalau anda minum lebih dari dua cawan sehari atau seisi rumah minum kopi pada waktu berbeza, mesin automatik atau kapsul (macam Nespresso) jimat masa kerana satu butang sahaja. Kalau sekadar sekali-sekala atau untuk weekend, mesin manual seperti ROK Presso sudah cukup dan lebih murah untuk dimiliki.

Belanjawan Dan Jenis Kopi Yang Dikehendaki

Mesin manual bermula dari bawah RM100 (seperti Khind CM1215), sesuai untuk kopi serbuk atau kapsul mudah. Mesin espresso semi-auto bermula sekitar RM250 hingga RM700, sementara mesin automatik sepenuhnya dengan grinder terbina dalam (De’Longhi, Breville) bermula RM2,500 ke atas. Kalau bajet terhad tapi nak rasa espresso sebenar, semi-auto adalah titik tengah yang lebih berpatutan.

Ruang Dapur Dan Penyelenggaraan

Mesin automatik sepenuhnya lebih besar dan perlu dibersihkan secara berkala (descale, tukar filter air), manakala mesin manual atau kapsul lebih kecil dan senang disimpan di ruang dapur yang terhad. Kalau anda tidak suka mencuci banyak bahagian mesin, pilih mesin kapsul atau automatik dengan fungsi self-clean.

Kegunaan Rumah, Pejabat Atau Perniagaan

Untuk kegunaan rumah biasa, mesin kapsul atau semi-auto domestik sudah memadai. Untuk pejabat kecil yang perlu lebih pantas, mesin automatik penuh seperti Nespresso Lattissima lebih sesuai. Jika niat untuk mula perniagaan kopi kecil-kecilan atau cafe, mesin semi komersial seperti Gemilai atau Petrus lebih tahan lasak untuk kegunaan berulang sepanjang hari.


Tips Pilih Mesin Kopi

Untuk anda yang minum kopi setiap hari, pastikan mesin bancuh kopi yang dipilih mempunyai kapasiti yang besar dan mudah digunakan, serta mudah dicuci.

Kalau anda masih ragu-ragu nak pilih mesin kopi yang mana, lihat dulu apa pandangan Expert kami mengenai ini.

Expert avatar
Founder Blek Coffee Company

Azzam Yusoff

Bagi saya kena tengok kepada tujuan dan penggunaan. Ada dua kategori, yang pertama adalah kategori homebrew dan kedua adalah komersial untuk berniaga.

Untuk kegunaan di rumah perlu lihat juga samada kita nak yang easy to use dan mudah untuk jaga atau kita mahukan yang setaraf dengan mesin komersial di kedai kopi.

Kalau kita sekadar dan mudah untuk kita maintain mesin tu, mudah untuk brew kopi, boleh je pilih mesin fully auto.

Kini, dengan teknologi yang ada pada mesin kopi automatik sepenuhnya, ia sudah mampu menghasilkan kopi yang bagus.

Mungkin ia tidak sebagus kopi komersial punya standard, tapi ia mudah untuk dijaga, dicuci dan mudah untuk menghasilkan kopi.

Tapi kalau anda mahukan kopi bertaraf komersial untuk dihasilkan secara homebrew, boleh pilih mesin separa manual yang tidak datang bersama dengan grinder.

Harganya sedikit mahal, tapi sangat berbaloi buat penggemar kopi yang nak kopi mereka bertaraf komersial.

Anda boleh pilih mesin yang mampu menghasilkan 9 bar pressure, boleh menghasilkan minimum steam 1 ke 1.5 bar pressure, dan mempunyai komersial spek portafilter 58mm.

Tidak ada adjustable PID pun tak mengapa sebab suhu standard oleh kilang adalah 92 darjah celcius.

Ciri-ciri ini pun dah boleh menghasilkan kopi yang setara dengan kopi-kopi komersial atau specialty. 

Bagaimanapun, mesin jenis ini agak renyah sebab anda perlu cuci grinder, dan nak cuci mesin pun bukan mudah, jadi penjagaan long term dia pun agak susah sikit.

Jika anda mahu beli mesin komersial, saya tak cadangkan untuk beli yang fully auto dan siap sekali dengan grinder. Lebih baik beli grinder secara berasingan.

Cumanya perlu cari brand yang baik, tak kisah jenama dari Italy atau China.

Kalau bajet rendah, boleh mula dengan komersial China sebab ia masih mempunyai kualitinya yang baik cuma jangka hayatnya tidak tahan lama.

Dan kalau ada bajet yang banyak, boleh beli mesin komersial Italy ataupun eropah yang lain sebab jangka hayat yang lebih lama seperti jenama Lambrusco, Chimney Italy, La Cimbali dan lain-lain.


Senarai 12 Mesin Kopi Terbaik

*PERHATIAN: Jenama mesin kopi yang disenaraikan di bawah bukan dari cadangan Azzam Yusoff.*

Terbaik untuk Peminat Nespresso: Nespresso Vertuo Pop [Mango Yellow]

Menang kerana satu butang sahaja dan saiz yang kecil serta ringan, berkat teknologi Centrifusion yang hasilkan kopi konsisten setiap kali. Kelemahannya tangki air hanya 560ml, jadi perlu kerap diisi semula jika seisi rumah minum kopi sepanjang hari.

Nespresso Vertuo Pop Coffee Machine
Mesin kopi Nespresso 1 daripada 11
Nespresso Vertuo Pop [Mango Yellow]
Nespresso
Dari RM899
Mudah digunakan
Menggunakan teknologi Centrifusion
Tangki air kecil (560 ml)
2 lagi
Ada fungsi penjimatan tenaga
Saiz kecil dan ringan

Mesin kopi Nespresso Vertuo Pop ini mempunyai dimensi sebesar 136 X 426 X 250 mm dengan berat sebanyak 3.5 kg.

Ia hadir bersama dengan tangki air yang boleh menampung air sebanyak 560 ml, dan juga ruang pembuangan kapsul yang boleh memuatkan 8 kapsul espresso atau 5 kapsul espresso mug.

Mesin kopi ini boleh hasilkan empat saiz cawan yang berbeza:-

  • Mug: 230 ml, satu mug kopi boleh dipadankan dengan susu segar.
  • Gran Lungo: 150 ml, sesuai untuk kopi long black.
  • Double Espresso: 80 ml, double-shot-espresso yang pantas.
  • Espresso: 40 ml, secawan espresso klasik.

Disebabkan saiznya yang kecil dan juga ringan untuk diangkat, ia mudah untuk diletakkan di mana-mana ruang, sama ada di rumah atau pejabat.

Apa yang menarik tentang mesin kopi ini adalah dengan menekan satu butang sahaja anda akan dapat hasilkan rasa kopi yang konsisten setiap pagi.

Untuk tahu lebih lagi mengenai mesin kopi Nespresso Vertuo Pop ini, anda boleh baca review jujur kami di sini.

Price
RM899

Terbaik Keseluruhan: PerySmith 20BAR Espresso Coffee Machine Retro Series RT2000

Menang kerana boleh bancuh dua cawan serentak dalam masa 60 saat dan harganya paling berpatutan dalam kategori mesin espresso, sesuai untuk kegunaan harian seisi keluarga. Lebih baik elak jika anda mahukan waranti lebih panjang daripada 12 bulan.

PerySmith 20BAR Espresso Coffee Machine Retro Series RT2000
Mesin kopi terbaik keseluruhan 2 daripada 11
PerySmith 20BAR Espresso Coffee Machine Retro Series RT2000
Dari RM279
Boleh buat 2 cawan kopi sekaligus
Panaskan air dalam masa 60 saat
Tempoh waranti hanya 12 bulan
2 lagi
Kapasiti tangki air 1.5L
Harga mampu milik

Sebab menjadi pilihan utama:

Mesin kopi espresso PerySmith ini membolehkan anda membancuh kopi dengan dua cara, iaitu kapsul espresso dan kopi menggunakan biji kopi yang telah dikisar. 

Ciri-ciri:

Direka dengan pam elektromagnetik 20 bar yang membolehkan kopi anda diekstrak dengan baik, jadi kopi yang dihasilkan mengeluarkan aroma kafein yang harum serta rasa kopi pekat dan kaw. 

Hanya 9 saat diperlukan untuk buat kopi dengan mesin espresso PerySmith ini, bagus bukan? 

Tangki airnya pula boleh ditanggalkan agar mudah untuk dibersihkan. 

Nak buat latte art pun boleh dengan mesin kopi ini kerana anda boleh steam susu seperti mesin espresso mahal lain. 

Tak perlu risau tentang kerosakan kerana telah mendapat pengesahan SIRIM. 

Review:

“Sesuai untuk peminat kopi, boleh buat kopi sendiri di rumah dengan harga murah, tak perlu lagi beli kopi di kafe. Siap ada foam maker. Sesuai untuk yang baru nak belajar latte art.”

Price
RM279

Terbaik untuk Rumah: Khind CM1215 CLassic Stainless Steel Coffee Maker

Menang pada kapasiti 1.5 liter untuk 12 cawan sekaligus dan harga paling murah dalam senarai ini, sesuai untuk rumah yang kerap ada tetamu. Elakkan jika anda mahu rasa espresso sebenar, ia hanya untuk kopi serbuk atau filter biasa, bukan kapsul.

Khind CM1215 CLassic Stainless Steel Coffee Maker
Mesin kopi untuk rumah 3 daripada 11
Khind CM1215 CLassic Stainless Steel Coffee Maker
Khind
Dari RM65.27
Kapasiti yang sangat besar (1.5L)
Harga yang amat murah
Tiada fungsi pemanasan
5 lagi
Boleh buat 12 cawan kopi sekaligus
Bakul penapis boleh dibasuh & ditanggal
Anti titisan
Jaminan hanya 1 tahun
Tidak boleh guna kopi kapsul

Mesin coffee maker Khind ini antara mesin yang paling mudah digunakan dan paling murah di Malaysia. 

Hanya perlu isi air di bekas disediakan, letak serbuk kopi dalam penapis dan tekan sahaja butang untuk buat kopi. 

Dilengkapi dengan paparan digital, fungsi masa dan keep warm yang membolehkan anda programkan sendiri. 

Paling selamat diletakkan di dapur rumah anda kerana ia mempunyai ciri keselamatan di mana mesin bancuh kopi ini akan auto off jika tidak digunakan selepas 40 minit. 

Fungsi timer pula membolehkan anda pilih masa kopi siap dibancuh, contohnya kopi anda akan dibancuh secara automatik pada pukul 6.45 pagi sebelum bertolak ke pejabat.

Price
RM65.27

Terbaik Mesin Manual Mudah Alih: ROK Presso GC PRO Espresso Maker Manual Espresso Coffee Machine

Menang kerana tidak perlukan elektrik langsung dan dibuat daripada aluminium kalis karat, jadi sesuai dibawa berkhemah atau bekerja jauh dari rumah. Harganya lebih mahal daripada mesin automatik entry-level, jadi hanya berbaloi jika mobiliti itu keutamaan anda.

ROK Presso GC PRO Espresso Maker Manual Espresso Coffee Machine
Mesin kopi manual 4 daripada 11
ROK Presso GC PRO Espresso Maker Manual Espresso Coffee Machine
Dari RM649.90
Diperbuat dari aluminium kalis karat
Tidak perlu menggunakan elektrik
Harga sangat mahal
1 lagi
Sesuai dibawa berkhemah

Mahu nikmati secangkir kopi espresso enak ketika berkhemah atau berkelah di dalam hutan?

Mesin kopi manual dari ROK Presso ini memang untuk anda kerana ia mudah dibawa ke mana-mana. 

Cara nak buat kopi dengan mesin ini mudah, hanya perlu tekan guna tangan di bahagian lengan berkembarnya. 

Nak tekan guna sebelah tangan pun boleh namun tekan guna kedua-dua belah tangan lebih stabil. 

Memang mudah digunakan namun jika anda baru nak belajar guna mesin kopi tangan ini, perlu ingat bahawa rasa kopi yang dihasilkan mungkin tidak menjadi seperti yang diinginkan. 

Ini kerana mesin ini memerlukan anda memiliki kemahiran buat kopi yang bagus.

Mesin bancuh kopi ini turut hadir dengan portafilter, sudu kopi atau tamper, O-Ring dan splitter.

Price
RM649.90

Ekstra: Pengisar Terbaik untuk Pembuatan Susu Kocak dan Minuman Sejuk

Terbaik untuk Pejabat: Nespresso Lattissima Touch Coffee Machine Black F521-ME-BK-NE

Menang pada kepantasan dan saiz kompak untuk kaunter pejabat kecil, dengan jag susu yang mudah ditanggal untuk dicuci. Harganya antara paling mahal dalam kategori kapsul dan tangki air hanya 0.9 liter, jadi perlu kerap diisi semula jika ramai pekerja.

Nespresso Lattissima Touch Coffee Machine Black F521-ME-BK-NE
Mesin kopi untuk office 5 daripada 11
Nespresso Lattissima Touch Coffee Machine Black F521-ME-BK-NE
Dari RM2,060
Jag susu boleh ditanggalkan & dibasuh
Kapsul kopi boleh dikitar semula
Harga terlalu mahal
3 lagi
Mudah digunakan
Saiz kompak
Kapasiti tangki air hanya 0.9L

Tak perlu bazirkan masa bereksperimen untuk dapatkan kopi sedap kerana mesin kopi kapsul dengan berat hanya 4.5kg ini membolehkan anda membuat kopi sepantas 25 saat sahaja.

Sesuai digunakan di pejabat kerana ia boleh buat 6 jenis kopi iaitu espresso, lungo, capuccino, latte berkrim, latte machiato dan buih susu hangat dengan 1 butang sahaja. 

Ia direka dengan tekanan 19 bar di mana kuasanya lebih dari cukup untuk menembusi kapsul dan memberikan aroma kopi yang cukup harum meskipun mesin jenis automatik. 

Selamat digunakan kerana dilengkapi ciri auto power off apabila tidak digunakan.

Pelbagai jenis kapsul original Nespresso boleh digunakan dengan mesin kopi Nescafe ini.

Price
RM2,060

Terbaik untuk Ruang Kecil: Smeg - ECF01 Espresso Coffee Machine/Coffee Maker

Menang pada rupa retro yang padat dan boleh steam susu sendiri, dengan jaminan 24 bulan, tempoh waranti paling lama dalam senarai ini. Harganya tinggi untuk saiznya, jadi lebih sesuai untuk yang mengutamakan gaya berbanding kapasiti besar.

Smeg - ECF01 Espresso Coffee MachineCoffee Maker
Mesin kopi compact 6 daripada 11
Smeg - ECF01 Espresso Coffee Machine/Coffee Maker
Dari RM3,585
Boleh steam susu
Pam tekanan 15 bar
Harga terlalu mahal
3 lagi
Tempoh jaminan 24 bulan
Tangki air berkapasiti 1L boleh ditanggalkan
Sesuai dengan ground coffee & paper pods

Meskipun mahal, namun mesin espresso dari Itali ini terbaik untuk buat kopi latte, cappuccino dan flat white yang berkrim dan pekat. 

Dilengkapi dengan ciri single coffee dan double coffee jika anda mahu buat dua cawan kopi serentak. 

Ia menggunakan sistem pemanasan thermoblock dan suhu kopi sama ada rendah, sederhana atau tinggi juga boleh dipilih mengikut selera anda.  

Sesuai untuk anda yang mahukan mesin kopi espresso yang bersaiz kompak, jadi ia tidak akan memakan ruang yang banyak apabila diletakkan di atas kabinet dapur. 

Rekaannya yang retro dan estetik juga membolehkan anda menjadikan mesin ini sebagai hiasan walaupun ketika tidak digunakan.

Price
RM3,585

Terbaik untuk Perniagaan Kecil: Gemilai CRM3200 Espresso Machine

Menang sebagai pilihan paling berpatutan untuk mula perniagaan kopi kecil-kecilan kerana sudah boleh steam susu dan buat latte tanpa kos mesin komersial penuh. Masih agak mahal berbanding mesin rumah biasa, jadi kurang berbaloi jika sekadar untuk minum sendiri.

Gemilai CRM3200 Espresso Machine
Mesin kopi untuk perniagaan 7 daripada 11
Gemilai CRM3200 Espresso Machine
Dari RM2,760
Untuk kegunaan bisnes & kopi rumah
Mesin kopi semi automatik
Harga agak mahal
2 lagi
Boleh steam susu
Boleh buat latte

Untuk anda yang baru nak mulakan perniagaan kopi kecil-kecilan, kami syorkan untuk dapatkan mesin espresso Gemilai ini kerana harga mesin kopi barista ini tidak semahal mesin komersial bersaiz besar lain. 

Bahagian hadapan mesin ini terdapat butang dan paparan yang mudah difahami, jadi ia mudah digunakan untuk semua walaupun anda baru sahaja jadi barista. 

Bukan sahaja boleh mengekstrak kopi, malah mesin kopi ini turut mempunyai fungsi pembuih susu dengan paip pengukus komersial 4 lubang untuk mudahkan anda buat latte art pada kopi pelanggan. 

Mesin ini mudah dibersihkan kerana tangki air dan dulang sisa airnya boleh ditanggalkan.

Bahagian atas mesin kopi pula boleh digunakan untuk letak cawan.

Price
RM2,760

Terbaik Automatik Penuh: De'Longhi Magnifica S Fully Automatic Coffee Machine - ECAM22.110.SB

Menang kerana ada grinder terbina dalam dan boleh buat dua cawan espresso serentak, jadi tekan satu butang sahaja setiap pagi. Harganya tinggi dan bekas air 1.8L perlu kerap dicuci untuk elak kerak, jadi pastikan anda sanggup buat penyelenggaraan berkala.

De'Longhi Magnifica S Fully Automatic Coffee Machine - ECAM22.110.SB
Mesin kopi automatik 8 daripada 11
De'Longhi Magnifica S Fully Automatic Coffee Machine - ECAM22.110.SB
Dari RM2,620
Boleh buat 2 cawan espresso serentak
Boleh pilih saiz kisaran biji kopi
Harga mahal
3 lagi
Dilengkapi grinder biji kopi
Kapasiti bekas air 1.8L
Pam tekanan 15 bar

Tak perlu membazir beli kopi di kafe, bancuh saja kopi setiap pagi di rumah atau pejabat dengan mesin kopi automatik penuh ini. 

Mesin kopi De’Longhi mempunyai milk frother (pembuih susu), jadi kopi susu seperti latte, cappuccino dan flat white dapat dibuat tanpa masalah. 

Paling menarik, ia lengkap dengan fungsi kuantiti kopi dan anda boleh pilih aroma kopi yang ingin dihasilkan. 

Turut dilengkapi dengan 4 resepi kopi seperti Espresso, Espresso Lungo, air panas dan steam.

Price
RM2,620

Terbaik Bertaraf Cafe: Breville BES870 Barista Express Espresso Machine

Menang pada rekaan paling kukuh dalam senarai ini dengan portafilter 54mm dan grinder terbina dalam, cukup untuk hasilkan latte art bertaraf kafe. Ini pilihan paling mahal selepas mesin komersial, jadi hanya berbaloi jika anda benar-benar kerap minum espresso.

Breville BES870 Barista Express Espresso Machine
Mesin kopi untuk cafe 9 daripada 11
Breville BES870 Barista Express Espresso Machine
Dari RM3,609
Rekaan mesin kukuh
Kapasiti tangki air 2L
Harga terlalu mahal
2 lagi
Boleh buat latte art
Mempunyai coffee grinder & portafilter 54mm

Teringin nak tuang susu ke dalam cawan espresso macam yang sering dibuat oleh barista di kafe-kafe? Kopi machine Breville ini patut jadi pilihan anda. 

Ini kerana mesin coffee barista ini mempunyai muncung pembuih susu (milk frother) yang sesuai untuk latte art. 

Ia juga membolehkan anda kisar sendiri biji kopi mengikut dos dan saiz kisaran yang diinginkan sesuai selera. 

Selain itu, mesin kopi barista Breville ini mempunyai bean hopper 250g  untuk simpan biji kopi sebelum ia dikisar, sekali gus kesegaran biji kopi dapat dikekalkan dan tidak mudah lemau. 

Mesin ini boleh juga digunakan untuk perniagaan kafe kecil-kecilan anda.

Price
RM3,609

Terbaik untuk Pemula: Russell Taylors 19 Bar Espresso Coffee Machine Retro Style Coffee Maker EM-20

Menang pada harga paling rendah untuk mesin espresso bergaya retro dengan termometer terbina dalam, memudahkan pemula belajar suhu steam yang betul. Ia tidak boleh guna kapsul kopi, jadi tidak sesuai jika anda mahu pilihan pantas tanpa kisar biji kopi sendiri.

Russell Taylors 19 Bar Espresso Coffee Machine Retro Style Coffee Maker EM-20
Mesin kopi untuk beginner 10 daripada 11
Russell Taylors 19 Bar Espresso Coffee Machine Retro Style Coffee Maker EM-20
Dari RM349.99
Saiz kompak
Rekaan retro & unik
Tidak boleh digunakan dengan kopi kapsul
3 lagi
Kapasiti tangki air 1.8L
Mempunyai built in thermometer
Portafilter mudah dibersihkan

Mahukan mesin buat kopi yang mempunyai steam yang kuat untuk kegunaan home cafe anda? 

Dengan mesin coffee Russel Taylors ini, cappuccino dan mocha dapat dibuat dengan mudah di rumah. 

Menggunakan pam 19 bar bertekanan tinggi yang mampu menghasilkan espresso pekat dengan lapisan krim yang tebal. 

Batang steam susunya yang diperbuat daripada stainless steel boleh dilaraskan, sesuai untuk pemula yang baru belajar buat latte art.

Ia akan mengeluarkan wap yang cukup kuat untuk menghasilkan buih susu yang berkrim dan tebal untuk cappuccino atau macchiato yang menepati citarasa anda. 

Tangki air dan drip tray mesin ini boleh ditanggalkan dan dibersihkan dengan mudah.

Price
RM349.99

Terbaik untuk Komersial: Petrus PE3833 Commercial Semi-automatic Espresso Machine

Menang pada tekanan steam paling kuat dan badan keluli tahan karat dalam senarai ini, dibina untuk kegunaan berulang sepanjang hari di kafe. Harganya mahal untuk kegunaan rumah biasa, jadi lebih berbaloi untuk perniagaan yang perlu mesin tahan lasak.

Petrus PE3833 Commercial Semi-automatic Espresso Machine
Mesin kopi profesional 11 daripada 11
Petrus PE3833 Commercial Semi-automatic Espresso Machine
Dari RM719.10
Steam yang lebih kuat
Batang steam tebal 10mm
Mahal
3 lagi
Kawalan suhu pintar 2 dalam 1
Tekanan dilepaskan secara automatik
Mesin diperbuat dari stainless steel, lebih stabil

Mesin kopi semi automatik untuk kegunaan komersial dan rumah ini memiliki tekanan 15 bar iaitu tekanan ideal untuk mengekstrak biji kopi sehingga mengeluarkan aroma espresso yang kuat.

Turut mempunyai portafilter bersaiz 58mm agar dapat menghasilkan ekstrak espresso seperti barista profesional di kafe. 

Kapasiti tangki airnya pula cukup besar, 1.8L sesuai untuk anda yang mahu mesin kopi seperti yang digunakan di kafe-kafe. 

Anda juga akan mendapat aksesori seperti single/double basket dan tamper plastik. 

Price
RM719.10

Bagaimana Kami Pilih Senarai Ini

Kami semak harga dan status stok setiap mesin kopi di atas terus dari Shopee Malaysia pada 4 Oktober 2026. Pemilihan merangkumi mesin manual dan automatik dengan belanjawan berbeza (dari bawah RM100 hingga lebih RM3,500), supaya senarai ini relevan sama ada untuk kegunaan rumah harian, pejabat kecil, atau perniagaan kopi. Kami tidak menerima bayaran daripada mana-mana jenama untuk kemasukan dalam senarai ini; pautan beli adalah pautan affiliate dan kami mungkin memperoleh komisen tanpa menjejaskan harga yang anda bayar.

Selain mesin kopi, perkakas dapur lain yang selalu dicari bersama termasuk air fryer terbaik dan periuk nasi terbaik untuk melengkapkan dapur rumah anda.


Kebaikan dan Keburukan Minum Kopi 

Kopi memang banyak khasiatnya untuk kesihatan. Antaranya, kopi boleh meningkatkan tahap fokus anda ketika bekerja atau belajar. 

Selain itu, pengambilan kafein juga  boleh meningkatkan tenaga anda terutamanya jika pekerjaan anda memerlukan banyak pergerakan fizikal. 

Ia juga boleh menghilangkan rasa mengantuk dan minum kopi memang membantu untuk lebih fokus dan tidak lesu ketika pemanduan jauh. 

Namun, kafein dari kopi juga boleh menyebabkan kesan yang negatif kepada badan anda. 

Ini kerana ia boleh menyebabkan anda rasa gelisah, berdebar dan insomnia atau sukar tidur.

Lebih teruk lagi, kafein boleh menyebabkan jantung anda berdegup dengan lebih kencang daripada biasa.

Manakala untuk ibu mengandung pula, pengambilan kopi yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan ketika hamil. 

Jadi, amalkan pengambilan kopi secara bersederhana.

editor avatar
Penyunting

Tentang Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

Expert avatar
Pakar
Founder Blek Coffee Company

Azzam Yusoff chevron_right

Merupakan seorang peguam ketika beliau menceburi bidang perkopian pada empat tahun yang lepas. Selepas mendapati bahawa bidang kop ...

Lagi daripada ProductNation