Nasi sememangnya merupakan makanan terpenting bagi masyarakat Asia dimana lebih kurang 20 peratus dari jumlah pengambilan kalori di seluruh dunia berpunca dari nasi. Ia sememangnya merupakan makanan ruji yang versatile dimana profil rasanya akan dipengaruhi oleh jenis lauk atau kuah yang datang bersamanya. Hal yang demikian menjadikan nasi hidangan yang boleh dihidangkan untuk pelbagai bangsa, agama dan budaya. Menarik, bukan?
Bagaimanakah periuk nasi berfungsi ?
Periuk nasi berfungsi dengan konsep yang lebih kurang sama dengan periuk-periuk biasa, cumanya, tidak seperti periuk biasa yang digunakan untuk memasak diatas api, periuk nasi mempunyai fungsi kawalan suhu untuk memastikan beras atau nasi anda tidak akan terlebih masak/hangit. Ia juga keebiasaannya dilengkapi dengan permukaan memasak yang kalis lekatan bagi memastikan nasi anda dapat dikaut sepenuhnya dan memudahkan proses cucian, Secara ringkasnya, rice cooker berfungsi dengan cara yang sama periuk biasa berfungs, cumanya ia telah dibina dengan tetapan yang sesuai untuk memasak nasi.
10 Periuk Nasi Mengikut Kehendak Anda
Table of Contents

Bagi anda yang gemar hiking atau travel, pastinya enak kan kalau anda dapat menikmati nasi yang empuk dan lazat sambil menikmati pemandangan dan suasana alam sekitar yang menyamankan. Sebab itu kami mahu cadangkan kepada anda periuk nasi keluara jenama terkenal dari jepun ini. Ia mempunyai kapasiti sebanyak 0.3L, dimana ianya agak kecil berbanding periuk nasi biasa, tetapi sesuailah untuk jumlah orang yang tidak terlalu banyak dan untuk pengembara-pengembara yang tidak memerlukan nasi yang terlalu banyak.
Ia juga mempunyai berat keseluruhan yang agak ringan berbanding periuk biasa, sekaligus membolehkan anda membawanya kemana-mana tanpa merasa lenguh dan letih. Dengan berat hanya sehingga 1.5kg dan dimensinya yang kompak, ia merupakan antara periuk yang sangat mudah dibawa kemana-mana dan membolehkan anda menyimpannya tanpa memakan ruang yang banyak.
Periuk nasi ini juga dilengkapi dengan sistem kuncian penutup bagi menjamin keselamatan ketika membawa atau menggunakan produk ini. Untuk membuka penutup periuk ini, anda perlu membuka klipnya terlebih dahulu. Ini dapat memastikan nasi anda tidak akan tertumpah dengan mudah sekiranya anda sedang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Kekurangan periuk nasi ini hanyalah pada kapasitinya yang kecil, dimana ia tidak sesuai untuk memasak bagi bilangan yang ramai, tetapi kalau setakat empat atau lima orang itu barangkali mencukupi sahaja.

Bagi pengguna yang mahukan periuk serba boleh untuk memasak bagi bilangan yang sederhana, kami cadangkan kepada anda periuk keluaran panasonic ini. Ia mempunyai kapasiti sehingga 1.8L yang sesuai untuk memasak nasi bagi jumlah bilangan yang sederhana.
Periuk ini juga dilengkapi dengan fungsi steaming dimana anda boleh menghasilkan nasi kukus, ataupun, anda boleh memasak nasi secara biasa dan dalam masa yang sama kukus bahan kukusan, sekaligus menjimatkan masa anda. Dengan adanya fungsi steam ini, anda tidak perlu bersusah-payah membeli periuk pengukus yang lain sekaligus menjimatkan wang.
Periuk ini juga mempunyai steam vent dan lid dalaman yang boleh ditanggalkan, sekaligus memudahkan proses pencucian dan pembersihan periuk. Pembersihan periuk yang baik sangat penting dalam membasmi pembiakan kuman atau bakteria dan menjamin periuk anda dapat bertahan dalam jangkamasa yang lama.
Cumanya dari segi rekabentuk pula, sesetengah pengguna mengatakan yang periuk nasi ini mempunyai rekabentuk yang kurang menarik dan simple, tetapi bagi pengguna yang lebih mementingkan fungsi dan ketahanan produk, hal ini tidak akan menjadi masalah.
Ekstra: Nikmati Makanan yang Lebih Sihat dengan 7 Air Fryer Murah Ini

Untuk anda yang mahukan periuk nasi yang dapat memudahan proses memasak anda, kami mencadangkan kepada anda periuk nasi automatik keluaran jenama terkenal Tefal ini. Ia mempunyai pilihan masakan yang automatik dimana anda boleh memilih dari 8 jenis tetapan masakan, antaranya memasak nasi putih, nasi perang, bubur/sup, slow cook/stew, steam, quick cooking, reheat & keep warm.
Dengan fungsi automatik yang pelbagai, anda dapat menjimatkan masa dan tenaga anda dari keperluan untuk memantau masakan anda, dimana anda hanya perlu isikan nasi dan air secuupnya, kemudian biarkan sahaja periuk anda berkerja untuk anda.
Walaupun ianya dilengkapi dengan fungsi automatik yang serba lengkap dan sebagainya, kapasiti periuk nasi ini masih setara dengan periuk yang lain dimana ianya mempunyai kapasiti sehingga 1.8L yang sesuai untuk memasak nasi bagi bilangan yang sederhana banyak. Hal ini menjadikan periuk iini bukan sahaja mudah digunakan, tetapi sangat efisien, sekaligus menjadikannya peneman yang baik untuk pengguna yang mementingkan kemudahan dan efisiensi.
Adapun kekurangan periuk ini hanyalah pada beratnya yang agak berat dari kebiasaan. Tapi kalau nak diikutkan bukannya selalu kita akan mengangkat periuk ini, letak sahaja di atas meja atau kabinet. Jadinya berat periuk ini tidak akan memberi kesan yang terlalu banyak pun kepada anda.

Masalah dengan kebanyakan periuk nasi ini kebanyakannya berkenaan pembentukan kerak yang kurang enak dimakan dan sukar untuk dicuci. Sebab itulah kami cadangkan kepada anda periuk nasi keluaran jenama terkenal Philips ini. Ia mempunyai periuk dalaman yang mempunyai salutan ‘kristal’ yang menghalang nasi dari melekat pada permukaan periuk.
Salutan tersebut juga dapat mengelakkan periuk dari tercalar dan rosak ketika cucian, sekaligus membolehkan anda mencuci periuk ini tanpa kerisauan. Cumanya, kalau anda gunakan berus besi, kemungkinan untuk permukaan periuk merosak dan tercalar adalah lebih tinggi.
Periuk ini juga mempunyai fungsi pemanasan 3D yang dapat mengalirkan haba dengan sekata sekaligus membolehkan nasi anda masak dalam jangkamasa yang cepat dan dengan pemasakan yang sekata. Ini sangat bagus dalam menjamin setiap butir nasi dimasak dengan sempurna dan sebaik-baiknya.
Periuk ini juga mempunyai kapasiti yang besar iaitu sehingga 2L, membolehkan anda memasak bagi bilangan yang sederhana ramai. Hal ni sangat penting bagi pengguna yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai supaya anda dapat memasak nasi dengan cepat dan dapat menjamin kepuasan ahli keluarga anda.
Periuk nasi ini akan memakan ruang sedikit, jadinya kalau dapur anda sempit atau berselerak, anda mungkin nak kemaskan sedikit atau berikan ruang sedikt kepada periuk ini.

Keselematan pengguna sememangnya merupakan faktor yang maat penting dalam memilih perkakasan rumah. Dengan periuk nasi keluaran jenama Cuckoo ini anda dapat menghela nafas lega dengan fungsi-fungsi keselamaan yang disediakan.
Ia dilengkapi dengan fungsi alarm sekiranya berlaku overheating ketika memasak, sekaligus membolehkan anda untuk matikan periuk sebelum berlakunya sebarang kerosakan pada periuk akibat kepanasan yang terlampau.
Sekiranya anda tidak sempat mematikannya, ia mempunyai thermal fuse bagi mengelakkan periuk tersebut dari mengalami kebakaran dimana apabila suhu periuk anda mencapai tahap abnormal, fius ini akan terputus sendiri sekaligus memberhentikan periuk anda dari pemanasan dan mengelak dari berlakunya kebakaran. Anda juga tidak perlu berbelanja membeli periuk ganti, sebaliknya hanya perlu repair bahagian yang tidak berfungsi dengan baik dan gantikan fius baru.
Bahagian permukaan dalam periuknya pula disaluti dengan material PTFE yang telah dikenalpasti sebagai salah satu material coating yang tidak merbahaya kepada kesihatan dan selamat digunakan. Bagi sesetengah periuk yang lama, material PFOA digunakan dimana ianya merbahaya untuk kesihatan dan boleh menghasilkan bahan bertoksik.
Namun begitu, pengguna perlu mengambilkira dari aspek kos kerana anda perlu berbelanja lebih sedikit untuk periuk nasi ini. Tetapi disebabkan sistem keselamatannya yang cemerlang, ketahanannya yang lama menjadikan ia sebagai sebuah ‘pelaburan’ yang sangat berbaloi untuk anda.

Untuk pengguna yang lebih mementingkan harga yang murah dan hanya mahukan penggunaan asas periuk nasi, kami cadangkan kepada anda periuk nasi keluaran Sharp ini dimana kapasitinya adalah pada takat sederhana iaitu 1L. Dengan kapasiti ini, anda boleh menjamu dari 5 ke 8 orang dalam sekali masakan pada jumlah maksima.
Periuk ini juga mempunyai periuk yang bersalut bahan kalis lekata, sekaligus menjadikannya setara dengan periuk-periuk mahal yang lain. Dengan coating tersebut, nasi yang dimasak akan kurang melekat pada permukaan periuk sekaligus memudahkan anda untuk basuh periuk tersebut setelah digunakan.
Ia juga dilengkapi dengan fungsi steam yang agak rare untuk periuk dengan harga dalam lingkungan ini. Kalau anda sekali-sekala hendak berubah selera nak makan nasi kukus pula, periuk ini ada untuk memuaskan keinginan anda.
Kekurangan periuk ini hanyalah pada rekabentuknya yang tampak agak lama atau usang, tetapi untuk anda yang tidak terlalu kisah tentang rupa, periuk nasi ini sedia berkhidmat untuk anda. Lagi satu kekurangannya hanyalah ia hanya menyediakan fungsi asas sesebuah rice cooker, iaitu memasak nasi secara biasa dan kukus, tetapi ini sebenarnya sudah mencukupi untuk penggunaan asas anda.

Kalau anda sedang mencari-cari periuk yang bersesuaian untuk memasak dalam jumlah yang banyak, apa kata anda cuba periuk nasi La Gourmet dari Amerika Syarikat ini. Ia mempunyai kapasiti yang sangat besar iaitu 2.8L dimana dengan kapasiti sebesar ini, anda mampu memasak nasi untuk bilangan sekitar 20 ke 30 orang bergantung kepada jemputan anda.
Dengan kapasitinya yang besar juga, anda boleh memasak nasi dalam jumlah yang banyak secara sekaligus, dimana hal ini dapat menjimatkan penggunaan elektrik anda. Kalau anda mengulangi proses memasak berkali-kali menggunakan periuk nasi biasa, tenaga elektrik yang digunakan akan menjadi lebih tinggi dari memasak sekali menggunakan periuk ini walaupun jumah nasi yang dimasak adalah sama.
Ia juga mempunyai fungsi steam yang membolehkan anda mengukus nasi sekiranya anda terasa seperti hendak mengubah selera sedikit. Fungsi steamnya juga membolehkan anda untuk memasak nasi dan dalam masa yang sama mengukus masakan lain pada bahagian atasnya. Ini dapat menjimatkan masa anda dan sekaligus memudahkan urusan anda.
Kekurangan periuk ini adalah pada bau yang terdapat padanya ketika awal-awal penggunaan dimana terdapat sebuah bau yang asing dan bau ini boleh melekat pada nasi anda apabila dimasak, tetapi setelah digunakan berkali-kali, bau tersebut akan mulai hilang. Periuknya pula diperbuat dari material yang senang calar, jadinya anda perlu berhati-hati ketika membasuhnya. Penggunaannya juga memerlukan anda untuk membaca manual yang disediakan kerana ia agak rumit tetapi setelah beberapa lama anda akan mulai terbiasa.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!