Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

12 Dapur Gas Terbaik Malaysia 2023 (Jenama & Harga Terkini)

Dapur gas pun main peranan penting bila memasak.

Ruangan dapur yang cantik menjadi idaman setiap suri rumah lebih-lebih jenis dapur gas digunakan untuk menaikkan semangat mood memasak.

Terdapat pelbagai rekaan, jenis pembakaran, kadar haba dan dari yang kelihatan rekaan sederhana sehinggalah yang mempunyai estetik moden.

Tapi apa yang menjadi masalah, bagaimana memilih jenama dapur gas terbaik dan sesuai untuk kegunaan harian anda? 

Jadi, dalam artikel kali ini kami senaraikan dapur gas terbaik yang berbeza kelebihan dan penggunaannya.


Senarai 12 Dapur Gas Terbaik di Malaysia

Dapur gas built in terbaik
Riino
Semak Riino Tempered Glass Built-In Gas Cooker (ND2F) harga dibawah:
add_circle 2 pembakar - hidangan lebih cepat dimasak
add_circle Rekaan seramik tahan calar
add_circle Mudah untuk dibersihkan
remove_circle Lebih berat dari dapur gas biasa

Sebab menjadi pilihan utama;

“Jika anda mencari dapur jenis built-in, kami mengesyorkan dapur brand Riino yang mempunyai saiz sederhana lengkap dengan dua tempat memasak.”

Ciri-ciri; 

Dapur jenis tempered glass ini cukup sesuai untuk peminat gaya dapur moden. 

Saiz luar iaitu bahagian kaca mempunyai ukuran 74cm x 43cm x 8cm, manakala pada bahagian dalam 64cm x 34cm. 

Jika anda membeli dapur jenis ini, pastikan anda dapat ruang ukuran yang tepat pada table top atau meja kabinet supaya tiada masalah untuk installation

Anda juga boleh mengawal api memasak dengan tiga pilihan api untuk masakan yang sekata dan cepat masak. 

Dapur ini memiliki dua burner yang berbeza;

  • Sebelah kanan nyalaan api yang besar dan kuat. 
  • Sebelah kiri lebih kepada nyalaan api yang sekata (infrared) untuk menyesuaikan pelbagai teknik masakan.  

Design:

Direka dengan kaca keras yang tahan retak dan tidak mudah calar. 

Bahagian knob pemetik api pula dipasang pada bahagian atas yang lengkap bersama fungsi keselamatan

Selain itu, lubang gas pada dapur ini berbentuk vientiane untuk memastikan tiada kebocoran gas pada paip atau paip gas tertanggal. 

Dapur dari Riino ini menitikberatkan keselamatan, kerana pihak mereka menambah lagi satu fungsi iaitu kawalan pada bahagian damper

Adjustable damper ini melaraskan ratio udara tujuan pembakaran. 

Kapasiti terma haba yang dibebaskan juga tinggi iaitu 4.5kW, iaitu sangat sesuai untuk masakan menumis dan terbaik dalam penjimatan gas.

Review;

Senang cuci minyak yang terpercik pada area permukaan dapur dan kelihatan elegan. 

Portable gas stove terbaik
Golden Fuji
Dapur kecil terbaik
Semak Golden Fuji Portable Gas Stove (GF8000) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk berkelah
add_circle Terbaik dibawa semasa travelling
add_circle Bersaiz kompak dan portable
remove_circle Menggunakan gas butane

Dapur masak ini bersaiz kecil, ringan dan mudah dibawa kemana sahaja. 

Sangat sesuai digunakan ketika berkelah atau camping

Ciri-ciri:

Dapur ini menggunakan gas butane tapi sama seperti dapur gas yang lain.

Cara untuk menghidupkannya hanya menggunakan pemetik api yang tersedia.

Walaupun menggunakan gas butane, dapur ini dapat memasak makanan lebih lama.

Penggunaan gas tidak terlalu banyak, 160g saja dengan pemanasan secara efisien 55.64%.

Apa yang best, dapur ini tidak perlu memikul tong gas bersaiz besar untuk dibawa bersama ketika melakukan aktiviti berkelah.

Sesuai dengan semua portable gas, jadi senang nak dapatkan portable gas yang dijual dari kedai.

Jangan risau, anda boleh boleh masak dua jam tanpa henti walau hanya guna portable gas.

Kegunaan lain dapur ini, anda boleh jadikan sebagai dapur simpanan atau back-up jika dapur utama anda rosak. Bijak bukan?

Design:

Dapur gas ini mudah untuk disimpan kerana tidak memerlukan ruang yang luas. 

Ini kerana dapur gas ini bersaiz kecil dan ringan.

Rekaan dapur gas ini sesuai untuk apa jenis peralatan memasak dan sesuai diletakkan diatas dapur sama ada pan grill atau kuali.

Anda tidak disyorkan menggunakan periuk, perkakas yang berat atau memasak dengan banyak. 

Bukan apa, gusar jika dapur tidak dapat menampung beban. 

Review:

“Terbaik! Pembelian dapur gas yang berbaloi untuk berkelah,”

Dapur gas murah dan berkualiti
Milux
Dapur gas terbaik yang murah
Semak Milux Gas Stove YS-3030B harga dibawah:
add_circle Lengkap dengan 2 burner
add_circle Pencucuh secara automatik
add_circle Direka dengan besi enamel tahan karat
remove_circle Tidak sesuai untuk ruang dapur terhad

Harga yang ditawarkan cukup murah dan menjimatkan, terutama pada pasangan yang baru memulakan hidup sendiri. 

Tidak mengapa dapur murah, asalkan kualiti terjamin dan masakan menjadi.

Ciri-ciri:

Dapur memasak mempunyai dua pembakar menggunakan pencucuh automatik.

Bahagian pembakar direka dengan besi enamel bagi memastikan kedudukan periuk stabil dan kukuh ketika memasak.

Jangan risau, lubang api telah diset untuk pemanasan makanan sekata. 

Setiap pembelian dapur gas dari Milux ini disertakan dengan jaminan penggunaan selama satu tahun. 

Jadi, anda tidak perlu khuatir tentang risiko kerosakan. 

Design:

Bersaiz sederhana dengan ukuran 71.00cm x 38.50cm x 11.00cm sesuai untuk ruang dapur rumah yang tidak terlalu besar. 

Bahagian pembakar direka dengan besi enamel untuk memastikan kedudukan periuk stabil dan kukuh ketika memasak.

Malah, dilengkapi dengan dua tempat pembakar (burner) bagi memudahkan untuk memasak lebih dari satu hidangan dalam satu masa.

Bahagian pembakar direka dengan besi enamel untuk memastikan kedudukan periuk stabil dan kukuh ketika memasak.

Keluasan setiap burner adalah 10cm, jadi anda boleh masak menggunakan periuk besar dan berat. 

Review:

“Hadiahkan dekat kawan yang baru kahwin, dia kata function sebab boleh guna hari-hari untuk masak,”

Dapur outdoor terbaik
Semak Butterfly LPG Gas Iron Stove – Auto (BGC-30A) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kegunaan perniagaan
add_circle Jamin selamat untuk digunakan
add_circle Satu pembakar dengan pencucuh automatik
remove_circle Lebih berat

Dapur dari jenama Butterfly model BGC-30A antara yang menjadi pilihan jika masak kenduri atau acara rumah terbuka khususnya.

Harga yang dijual pula sangat berpatutan dengan kualiti produk yang tahan lama. 

Ciri-ciri:

Ini kerana mampu memuatkan saiz periuk besar dan berat untuk kuantiti masakan yang banyak.

Dapur gas ini menggunakan gas tekanan rendah bagi penggunaan gas yang optimum walaupun digunakan dalam masa yang panjang.

Lingkaran api biru pada setiap lubang mengeluarkan pemanasan api yang sekata sekaligus dapat mengimbangi haba. 

Ingin kami ingatkan, penggunaan dapur ini kurang sesuai untuk masakan harian seperti menggunakan kuali atau periuk yang kecil.

Dengan tujahan lingkaran api yang besar dan kuat memang khas untuk masak kuantiti lauk-pauk dalam kuantiti yang banyak.

Jangan risau, pembeli diberikan jaminan produk selama satu tahun jika resit masih disimpan.

Pastikan, bawa dapur beserta resit jika berlaku sebarang kerosakan dan hubungi penjual untuk penukaran alat ganti. 

Design:

Saiz penunu pembakar 530mm x 285mm x 110mm, memang sesuai untuk memasak menggunakan perkakasan yang besar dan berat. 

Rekaan dapur Butterfly ini sangat teguh dan kukuh sekaligus rasa selamat untuk tidak berlaku apa-apa risiko luar jangkaan.

Review:

“Bukan sekadar memasak untuk kenduri, dapur ini juga sesuai untuk aktiviti memasak diluar atau peniaga gerai makan,”

Dapur gas kaca/tempered glass terbaik
Morgan
Dapur gas yang tahan lama
Semak Morgan Glass Gas Stove (MGS-8312G) harga dibawah:
add_circle Rekaan tempered glass tahan lasak
add_circle Trivet besi enamel memastikan periuk lebih stabil
add_circle Hidangan dimasak lebih ringkas dan cepat
remove_circle Reka bentuk yang tidak sesuai untuk ruang dapur terhad

Jika anda lihat, penunu dapur ini dilekatkan bersama agar memudahkan proses membersih. 

Jangan risau, anda boleh membersih gelung trivet ini dengan mudah. 

Hanya basuh guna air suam dan kotoran yang melekat akan tanggal tanpa perlu menyental. 

Ciri-ciri:

Dapur ini menggunakan sistem pembakar api tiga cincin untuk proses memasak lebih cepat. 

Tambah pula, jumlah lubang dan diameter lingkaran tungku dari dapur jenama Morgan ini agak besar.

Walaupun dapur ini menggunakan tempered glass tapi jangan risau, anda boleh letak kuali atau periuk yang berat atau besar kerana tidak mudah pecah dan retak. 

Lagipun jenama Morgan memastikan tempered glass dapur dapat menahan segala impak hentakan dan haba. 

Menariknya lagi, kaca yang digunakan mudah untuk proses mengelap kotoran.

Apa yang paling penting kelihatan cantik dan elegan walaupun harga yang murah. 

Design:

Ukuran dapur dari Morgan MGS-8312G ini 72mm x 380mm x 102mm.

Dapur gas kaca ini diperbuat daripada keluli tahan karat yang berkualiti dan tahan lasak. 

Sekaligus menjadikan antara dapur gas tempered glass yang terbaik. 

Bahagian pembakarnya terdiri daripada trivet besi enamel untuk memastikan kedudukan periuk stabil dan lebih kukuh.

Review:

“Nyalaan api besar dan kuat, sangat berpuas hati dengan harga,”

Dapur gas stainless steel terbaik
Semak Rinnai Cooker Gas Hob – Stainless Steel (RB-713N-S) harga dibawah:
add_circle Jenama terbaik dari Jepun
add_circle Pencucuh bateri boleh memasak dengan cepat
add_circle Mudah untuk dikendali
add_circle Mudah dibersihkan
remove_circle Tidak mempunyai penghadang cincin penunu

Dapur dari jenama terkenal Jepun ini merupakan dapur gas terkini.

Setanding dengan harga yang ditawarkan kerana dapur gas Rinnai Cooker Gas Hob ini diperbuat dari besi keluli tahan karat.

Ciri-ciri:

Jangan risau, ketahanan besi yang digunakan sangat diyakini. Anda boleh letak periuk atau kuali yang berat.

Paling penting mudah dibersihkan kerana dapur gas ini tidak mempunyai banyak corak dan permukaan yang licin.

Selepas memasak anda boleh lap dengan kain bersih tanpa risau haba panas pada dapur. 

Cuma agak berbahaya kerana bahagian keliling cincin penunu tidak mempunyai penghadang yang kukuh. Perlu lebih berhati-hati.

Selain itu, dapur ini mempunyai pencucuh bateri untuk kegunaan yang lebih selamat serta mudah digantikan apabila perlu.

Tapi anda perlu sentiasa rajin menukar bateri 6 bulan sekali kalau tidak satu hal pula kena hidupkan dapur guna pemetik api. 

Tambah pula, dapur gas ini mempunyai dua penunu memasak dengan cincin pendua yang sesuai untuk pelbagai jenis bentuk saiz pan dan periuk.

Jadi, kepada yang ingin memasak menggunakan kuali, pastikan mempunyai dengan cast iron wok stand. 

Walaupun harganya lebih tinggi berbanding dapur lain, tapi telah terjual sebanyak 300 unit di Shopee. 

Bahagian nyalaan lingkaran api sangat bagus kerana dilengkapi dengan semi double ring bagi memastikan api panas dengan sekata.

Manakala, kekuatan tujahan api sehingga 3.7KW sudah cukup untuk masak atau menghangatkan semula makanan.

Bagi anda yang tidak mempunyai lubang kabinet untuk bentuk dapur built-in sebegini, jangan khuatir kerana ada jalan penyelesaian.

Dapur model Rinnai dilengkapi dengan kaki getah bagi pengguna dapur table-top. Jadi anda boleh letakkan dapur mengikut sudut yang sesuai. 

Design:

Ukuran saiz dapur ini 77cm x 45.2cm x 7.2cm tidak terlalu besar sesuai untuk dapur built-in dan table top. 

Sangat cantik untuk berada di ruang wet kitchen kerana mempunyai reka bentuk yang estetik dan berkualiti tinggi.

Review:

“Sangat berpuas hati dengan rekaan dapur tahan lasak dan nyalaan api yang kuat. Malah, mudah dibersihkan,”

Semak RIINO Infrared Gas Stove Tempered Glass Top Gas Cooker - 702i harga dibawah:
add_circle Penunu dapur jenis infrared
add_circle Jimat gas
add_circle Disertakan tiub paip (tebal 1cm)
add_circle Cincin penunu anti-gelincir
remove_circle Saiz berat

Dapur jenis infrared antara dapur gas yang disyorkan jika ingin mencari dapur jimat gas.

Ciri-ciri:

Dapur ini seolah-oleh dapur elektrik dengan nyalaan api yang sekata, kuat dan efisien. 

Sekaligus menjadikan kelebihan masa memasak lebih singkat dan lebih selamat kerana tidak mempunyai sebarang percikan api untuk dihidupkan. 

Pemanasan haba amat tinggi dengan 4.6kW tapi selamat untuk anak-anak remaja yang ingin masuk ke dapur. 

Malah, tidak ada masalah kalau nak masak rendang, rebus ketupat sebab boleh mengurangkan masa memasak. 

Ciri lain yang menarik perhatian ialah cincin penunu tahan berat dan tidak mudah berkarat.

Manakala, bahan permukaan dapur diperbuat dari tempered glass.

Jangan risau, dapur infrared ini sudah mendapat pemantauan piawaian dari SIRIM dan Suruhanjaya Tenaga. 

Jadi, setiap unit dapur mempunyai jaminan sehingga dua tahun kecuali tempered glass. 

Malah, anda akan menerima jaminan produk sehingga dua tahun dari Riino. 

Design:

Saiz bagi dapur ini 67cm x 37cm x 9cm dengan berat 3 kilogram. 

Menariknya, dapur gas ini kalis air, anti-wind serta melindungi bontot perkakas dapur dari kehitaman. 

Review:

“Walaupun harga murah tapi mmg kuat cumanya pemetik agak ketat,”

Cornell CGS-G122 Glass Stove Double Burner
Semak Cornell CGS-G122 Glass Stove Double Burner harga dibawah:
add_circle Jaminan 1 tahun dari Cornell Malaysia
add_circle Penutup penunu jenis tembaga
add_circle Jenis tempered glass
add_circle Harga murah

Ciri-ciri:

Bahagian penutup penunu menggunakan jenis tembaga bagi memastikan makanan dimasak dengan sekata.

Sekaligus memberi kesan kawalan api yang perlahan tapi haba yang kuat.

Ciri ini juga membantu mengelakkan dari cincin penunu cepat rosak atau mudah terbakar. 

Anda juga beroleh jaminan produk satu tahun dari Cornell Malaysia! 

Design:

Walaupun direka dengan tempered glass tahan lasak dan tebal sehingga 7mm. 

Sudah tentu, ia sesuai untuk pelbagai masakan harian samada didapur rumah, gerai makan dan studio masakan anda. 

Saiz penunu agak besar 120mm x 120mm sudah pasti membolehkan anda memasak hidangan besar dan mampu menampung berat periuk yang berat. 

Kalau anda ingin hadiahkan kepada ibu dikampung, kami cadangkan anda beli dapur Cornell ini. 

Review:

Teruja dengan reka bentuk dapur kaca yang cantik, kukuh dan boleh dikatakan pembelian dapur gas yang berbaloi dengan harga RM200 ni,”

Pensonic Single Burner Gas Cooker (PGC-1001S)
Semak Pensonic Single Burner Gas Cooker (PGC-1001S) harga dibawah:
add_circle Keluli besi tahan karat
add_circle Harga murah
add_circle Ringan, mudah alih
add_circle Trivet tahan lama
add_circle Jaminan satu tahun
remove_circle Tidak boleh guna gas portable

Dapur gas ringkas dengan satu penunu sesuai untuk mereka berstatus bujang atau yang gemar memasak hidangan yang ringkas. 

Malah, boleh juga dijadikan sebagai dapur simpanan jika dapur gas rosak.

Ciri-ciri:

Walaupun kelihatan simple tapi badan dapur ini diperbuat dari besi tahan karat.

Permukaannya sangat mudah dibersihkan serta tahan panas jika memasak dalam tempoh yang lama sebagai contoh rebusan daging atau sup. 

Malangnya, tidak boleh dijadikan dapur untuk masakan kenduri kerana ia tidak mampu memberi kepanasan yang menyeluruh.

Dapur gas ini juga tidak kuat untuk menampung perkakasan yang lebar dan berat. 

Anda boleh mengawal nyalaan api dengan butang knob mudah laras dengan fungsi pilihan api malap, sederhana dan besar.

Jumlah lubang lingkaran penunu yang sederhana sesuai untuk memanaskan kuantiti masakan yang sedikit. 

Jangan risau, dapur gas single dari Panasonic ini telah mendapat kelulusan dari SIRIM dan paling penting turut ada jaminan produk untuk satu tahun penggunaan.

Namun begitu anda jangan keliru, dapur single Pensonic ini menggunakan gas dari tong dan  tidak boleh disambungkan dengan gas portable. 

Design: 

Saiz dapur gas kecil ini mempunyai ukuran 275mm x 370mm x 85mm.

Berat 1.5 kilogram, sangat mudahkan dibawa kemana sahaja.

Review:

"Walaupun kecik tapi okaylah untuk bujang,"

Semak Midea MGS-T211G 4.7kW Portable Tabletop Gas Cooking Stove harga dibawah:
add_circle Rekaan yang cantik dan moden
add_circle Jenis tempered glass tahan lasak
add_circle Jaminan 1 tahun
add_circle Jimat 20% gas
remove_circle Tidak sesuai untuk built-in

Bagi yang inginkan dapur dapur built- boleh dapatkan model Midea ini. 

Ini kerana antara dapur gas yang paling cantik untuk diletakkan diatas table top dapur atau ruang dapur basah.

Ciri-ciri:

Apa yang menariknya butang knob terletak pada bahagian sisi bawah supaya tidak menganggu kerja memasak.

Sekaligus dapat mengelakkan dari knob kotor dari percikan minyak dan makanan. 

Jangan risau, butang knob diberi sentuhan keselamatan ‘child lock’.

Bukan itu sahaja, dapur ini memiliki ciri pemanasan yang efisien bagi memastikan penjimatan 20% gas ketika memasak. 

Kualiti api juga baik dengan nyalaan yang besar dan api warna biru. 

Bayangkan dengan kuasa hangat 4.7kW pada dua-dua burner sudah tentu mempercepatkan masa memasak anda. 

Disamping dengan lingkaran api straight fire yang sangat elok dengan kepelbagaian masakan orang Malaysia. 

Malah ketahanan dapur dapat dilihat dari segi lima rangka sokongan cincin dapur bertujuan memudahkan anda memasak dalam apa jua perkakas samada periuk, kuali atau pan. 

Biarpun tempered glass tahan lasak, tapi pengguna diberi jaminan seumur hidup untuk kerosakan retakan (natural crack). 

Hati-hati, dapur ini tidak sesuai untuk built-in kerana ingat butang laras api berada di bahagian bawah bukan atas. 

Design:

Saiz yang sederhana berukuran 460mm x 810mm x 185mm dan berat sekitar 8.68 kilogram antara aspek yang baik untuk sebuah dapur. 

Review: 

“Suka dengan rekaan dapur dua penunu dari Midea ini sebab tempered glass. Nampak moden,”

Milux Gas Cooker With Grill Plate MSS-2500G
Semak Milux Gas Cooker With Grill Plate MSS-2500G harga dibawah:
add_circle Mempunyai jaminan selama 1 tahun
add_circle Lengkap dengan pemanggang
add_circle Disediakan dulang perangkap kotoran
remove_circle Saiz agak berat

Menarik tentang dapur dari jenama Milux ini bukan sekadar dengan saiz yang besar tapi dilengkapi bersama tempat pemanggang pada bahagian tengah dapur. 

Nah, ini menyenangkan untuk buat menu masakan diet. 

Ciri-ciri:

Ini merupakan ciri terbaru untuk dapur gas dan sudah tentu memudahkan anda untuk memanggang apa jua hidangan tanpa menggunakan ketuhar.

Model ini turut didatangi dengan alat grill seperti dulang perangkap kotoran dan alat penarik khas. 

Bahagian memanggang pun siap dengan platter grill.  Tapi, nasihat kami, sebelum memanggang pastikan alas dengan daun pisang.

Sama seperti dapur gas yang lain, dapur gas ini mempunyai dua penunu dapur dan auto ignition (petikan api secara normal). 

Anda juga boleh adjust nyalaan api mengikut kesesuaian dengan bukaan api beehive yang setara. 

Lagi satu jika anda masak dengan periuk yang agak lebar, kemungkinan akan menganggu atau menutup ruang pemanggang di bahagian tengah. 

Design:

Dimensi ukuran dapur ini sudah memadai iaitu 765mm x 420mm x 145mm.

Berat 4.86 kilogram, memang selamat untuk diletakkan atas table top, meja makan atau kabinet. 

Saiz penunu 100mm x 100mm cukup sesuai untuk aktiviti memasak menggunakan kuali dan periuk dari saiz sederhana dan besar. 

Review:

“Melekat bila kita panggang so kena guna alas baru tak melekat tapi dapur ini antara produk yang berbaloi untuk dimiliki pada harga yang cukup rendah,”

Semak HITEC Free Standing Gas Cooker – Ideal Gas Cooktop HTB-S224FS harga dibawah:
add_circle Mempunyai kabinet / rak penyimpanan
add_circle Keluli besi tahan karat
add_circle Boil-dry protection
add_circle Daya kecekapan haba yang tinggi
add_circle Senang dipasang
add_circle Jimat gas
remove_circle Harga agak mahal

Jika anda merupakan peniaga atau penjaja makanan kecil-kecilan, pastikan anda mempunyai dapur memasak mudah alih, ringan dan tahan lasak seperti dapur Hitec ini. 

Ciri-ciri:

Dapur ini mudah untuk anda, tidak perlu membeli dapur dan meja memasak secara berasingan. 

Senang untuk anda menyimpan perkakas dan bahan memasak yang lain dibahagian bawah dapur. Dengan ruang serta keluasan yang cukup memuaskan. 

Walaupun mudah alih dan ringan, dapur industri jenama Hitec ini menggunakan kualiti ketahanan besi tahan karat serta tahan panas yang menjamin keselamatan pengguna. 

Penunu dapur pula mempunyai nyalaan api 3.9kW dari lapan jet burner yang pasti dapat menjimatkan gas.

Sangat sesuai untuk masakan panas atau goreng, pelanggan pun tidak perlu tunggu lama. 

Bagi pemasangan dapur pula sangat mudah, ringkas dan komponen dapur yang tidak berat. 

Malah, anda yang ingin jimat ruang atau tidak mempunyai kabinet atau table top di rumah pun boleh gantikan dengan dapur ini. 

Design:

Rekaan dapur ini sempurna dengan ruang penyimpanan dua tingkat sekaligus menjadikan sebagai meja atau rak menyimpan dapur.

Ketinggian dapur ini 760mm, diikuti dengan lebar 550mm dan panjang 775mm. Memang merupakan rekaan engornomik.

Material dapur stainless steel membuatkan anda mudah mencuci dan tidak meninggalkan kesan kotoran yang ketara. 

Review:

“Penjaja yang bergerak dengan van atau meniaga bawah khemah sangat disyorkan mendapatkan dapur Hitec.”


9 Tip Beli Dapur Gas

Dapur gas tetap menjadi pilihan pengguna dapur kita semua. 

Bukan apa, dapur gas menjadikan kerja memasak kita lebih cepat lagipun mudah dijaga, murah dan selesa digunakan. 

Malah para chef terkenal di dunia pun masih menggunakan dapur gas. 

Buat anda yang pertama kali nak membeli dapur gas, kami kongsikan beberapa aspek penting untuk di titik berat. 

Mungkin point kami berikan ini serba sedikit sebanyak membantu anda membuat pilihan;

  • Tujuan kegunaan

Semak dahulu tujuan anda ingin membeli dapur samada untuk di rumah, kegunaan untuk berniaga, kuantiti masakan serta bajet. 

Terutama bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan makanan, wajar mendapatkan dapur gas atau tungku yang bersesuaian. 

Bukan apa, dapat mengelakkan dapur cepat rosak, jimatkan kos dan paling penting selamat untuk aktiviti memasak.

Jadi pastikan beli dapur yang selesa dan sesuai dengan tujuan aktiviti anda. 

Sebagai contoh, untuk berkhemah guna dapur portable jangan bawa pula dapur gas rumah. 

  • Saiz dan Ukuran

Bagi anda yang ingin mendapatkan dapur jenis built-in atau diletakkan diatas table top.

Sebaiknya lakukan ukuran yang tepat bagi memastikan ruang dapur kelihatan kemas.

Untuk pengetahuan anda, secara purata, kebanyakan dapur gas mempunyai kelebaran antara 30 hingga 36 inci.

Begitu juga dengan berat dapur, kebiasaanya berat sesebuah dapur tidak melebihi dari 8 kilogram.

Apa pun bergantung pada jenis dapur samada stainless steel atau kaca.

Tapi, pastikan kabinet, meja atau table top anda juga kukuh untuk saiz dan berat dapur. 

  • Jumlah penunu/tungku

Bergantung pada kegunaan individu. Kebiasaannya dapur dilengkapi dengan dua penunu.

Tapi ada juga dapur yang tersedia tiga hingga empat penunu dengan tempat pemanggang.

Tidak dilupakan juga dengan penunu yang dilengkapi sistem infrared. Iaitu penunu tanpa nyalaan api tapi lebih kepada haba. 

Kadar kuasa haba yang paling bagus untuk sesebuah dapur gas ialah 4.0kW. 

Begitu juga dengan jenis bukaan api (fire hole). Terdapat tiga jenis fire hole;

  1. Straight fire.
  2. Lateral fire.
  3. Rotary fire. 

Fungsi rotary fire lebih efisien dan sesuai untuk masakan jenis menumis. 

Manakala pemanasan lateral fire agak rendah dan straight fire hole adalah yang biasa terdapat pada dapur. 

  • Kualiti tungku

Seeloknya pilih tungku yang diperbuat dari tembaga sebab mudah diselenggara dan dibersihkan terutamanya bila tungku tersumbat.

Malah tungku tembaga tidak mudah berkarat. Namun pun begitu, tungku jenis tembaga sukar dijumpai kini.

Jadi sebagai alternatif anda boleh pilih tungku dari jenis material tahan karat dan padu.

Pengagihan haba pula bergantung pada saiz dan jumlah lubang tungku. 

  • Jenis permukaan dapur 

Anda boleh memilih dapur dari jenis stainless steel atau tempered glass

Kedua-duanya mempunyai kelebihan sendiri dan tawaran harga yang berpatutan. 

Dapur tempered glass sinonim dengan dapur built-in serta mudah dibersihkan. 

Namun begitu, hati-hati tidak semua dapur tempered glass yang dijual bermutu tinggi. 

Ada banyak berlaku kerosakan akibat dapur tidak tahan panas. 

Lebih lagi jika anda suka letakkan periuk panas pada dapur tempered glass. Ia boleh mengakibatkan dapur kaca pecah dan retak. 

Manakala dapur dari stainless steel sesuai untuk mereka yang bajet sederhana tetapi masih memberi kualiti yang tahan lama. 

Menariknya dapur stainless steel ia mudah dibersihkan dan tidak meninggalkan kesan karat. 

Bagi dapur jenis iron pula, biasanya dilabel sebagai dapur tanpa badan untuk tujuan masakan menggunakan perkakasan yang besar. 

Apa jua jenis permukaan dapur yang anda pilih, sebaiknya memerlukan penjagaan yang rapi dan berkala. 

  • Hos dan regulator

Lakukan pemeriksaan pada hos sambungan gas pada tong gas.

Sebaiknya pilih regulator dan gelung hos yang telah mendapat kelulusan dari SIRIM. 

Pengesahan dari SIRIM bukan sahaja melindungi dan menjaga keselamatan anda.

Malah, merupakan pelepasan kualiti sesebuah produk. 

Ingin kami ingatkan, sentiasa periksa hos getah saluran supaya tidak berlaku kebocoran gas. 

  • Jenis pencucuhan

Terdapat dua jenis dapur gas, samada pencucuhan konvensional (conventional standing pilot) atau pencucuhan elektrik moden

Sistem pencucuhan konvensional  memberikan aliran gas yang berterusan untuk memastikan pembakar tetap menyala. 

Kekurangan pencucuhan seperti ini ia menyebabkan lebih banyak tenaga dihabiskan daripada yang sepatutnya diperlukan.

Sebaliknya, pencucuhan elektrik menggunakan arus elektrik (bateri) yang dihidupkan pada permulaan kitaran pemanasan dan tidak perlu terus berjalan.

Oleh itu, pencucuhan elektrik menjimatkan lebih banyak bahan bakar tetapi sedikit mahal. 

  • Alat tambahan pada dapur

Ada juga dapur yang dilengkapi bersama ketuhar pembakar.

Konsep begini sesuai kepada mereka yang gemar dengan masakan panggang atau membakar. 

Dengan adanya dapur ini anda tidak perlu table top atau kabinet kerana dapur biasanya berada diatas dan ketuhar pada bahagian bawah. 

  • Kelebihan

Lihat juga pada kelebihan yang ada pada setiap jenama dapur pilihan anda. 

Pastikan pilih dapur yang dapat menjimatkan gas, rekaan penunu yang selamat, mudah dipasang dan paling penting mendapat pengiktirafan dari SIRIM. 

Jangan lupa sijil jaminan pada setiap produk bagi boleh menukar atau mendapat alat ganti dengan percuma. 

Setiap syarat jaminan berbeza-beza mengikut model dan jenama pengilang dapur. 

  • Jenama

Pilih jenama dapur gas yang menjanjikan keselamatan dan boleh bertahan lama. 

Elakkan pilih harga yang murah dan pada akhirnya memberi kesan yang bahaya kepada dapur dan rumah anda. 

Dapur gas dengan harga yang berpatutan supaya lebih berkualti di samping menjamin keselesaan anda masak dengan penuh keyakinan tanpa bimbang dengan sebarang kerosakan.

Bukan itu sahaja, memudahkan anda untuk melakukan kerja pembaikan atau pemulihan dapur pada masa akan datang. 

Kerja mencari alat ganti lebih senang seperti saiz tungku, knob baru dan sebagainya. 


Cara Membersih Dapur Gas

Masalah dapur tersumbat, melekit dan penuh dengan kesan minyak dan air membuatkan rasa ingin tukar kepada dapur yang baru sahaja. 

Jangan begitu, kerana dapur gas sebenarnya antara alat dapur yang paling tahan lama dan tahan lasak jika ia diselenggara dengan baik dan secara berkala. 

Terdapat pelbagai cara untuk anda servis dapur gas rumah anda dengan sendiri.

Ada yang membeli produk mencucu khas tapi kami sediakan cara membersih dapur gas dengan mudah dan tanpa perlu keluar bajet besar! 

Anda boleh membersihkan dapur dengan bahan yang sedia ada dirumah. 

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Serbuk baking soda
  2. Cuka
  3. Tisu dapur
  4. Kain 
  5. Berus
  6. Botol penyembur

Cara-cara:

  1. Lap terlebih dahulu bahagian sisa kotoran dengan kain supaya dapat meninggalkan kesan kotoran degil pada permukaan dapur. 
  2. Masukkan air cuka kedalam botol penyembur bagi memudahkan proses membersih. 
  3. Semburkan air cuka pada seluruh permukaan dapur dengan sekata.
  4. Letakkan tisu pada dapur, sembur cuka dan ulangi langkah ini sekurang-kurang dua hingga tiga lapis.
  5. Biarkan selama 30 minit sehingga tisu menyerap segala kotoran yang berbaki.
  6. Seterusnya, anda boleh tanggalkan tisu tadi dengan menarik kotoran yang tertanggal.
  7. Setelah itu, taburkan serbuk baking soda pula pada seluruh dapur dan sembur dengan air cuka. 
  8. Anda boleh berus bahagian sudut dapur yang kotor. Pastikan guna berus (berus gigi lama) atau span yang lembut untuk tidak meninggalkan kesan calar pada dapur.
  9. Sental sehingga segala kotoran seperti daki minyak lama hilang.
  10. Setelah berpuas hati, anda boleh lap dapur anda dengan kain bersih. 
  11. Tunggu dapur kering baru boleh letakkan semula tungku dapur.

Hasilnya dapur kelihatan berkilat seperti seolah-olah yang baru. 

Bagaimana pula untuk bahagian tungku dapur? 

Biasanya dapur ini cepat hitam dan kotor kerana antara paling dekat terkena api. 

Apa yang anda boleh lakukan ialah guna bahan yang sama cuma anda perlu cara yang rebus tungku dengan air panas bersama campuran serbuk soda bikarbonat dan cuka.

Kemudian gosok tungku sehingga bersih. Senang bukan?

Untuk kekalkan dapur bersih dan cantik, sebaiknya terus membersih selepas menggunakannya atau amalkan pembersihan seminggu sekali.

Bukan sahaja memberi ruang dapur yang bersih tapi dapat menjaga aspek kebersihan makanan terutamanya. 

Jika anda ingin mendapatkan servis membaiki dapur gas yang tersumbat dan sebagainya boleh ikuti senarai perkhidmatan melalui link ini


Apa itu Dapur Infrared?

Kini ramai yang telah beralih arah kepada dapur infrared atau dapur infra merah. 

Ini kerana merupakan satu pilihan terbaru untuk peminat alatan dapur. 

Dapur infrared merupakan inovatif terbaru bagi menjimatkan gas dan meningkatkan lagi aspek keselamatan untuk pengguna dapur

Tapi sebenarnya sama sahaja dengan dapur yang biasa, apa yang membezakannya ialah penunu dapur dialas atau diletakkan gelung besi burner infrared. 

Gelung infrared pula diperbuat daripada lampu halogen dan logam atau gegelung yang menjana haba.

Sinaran (radiation) infrared kemudian memindahkan haba ke gelung yang membolehkan anda memasak di atasnya.

Hasilnya api lebih sekata, tiada sambaran api atau mengakibatkan penunu boleh tersumbat. 

Anda boleh lihat video dibawah.

Sistem dapur infrared lebih efisien iaitu menukarkan nyalaan api kepada haba yang kuat dengan kadar penjimatan gas sehingga 15%.

Sekaligus menjadikan waktu memasak juga jadi lebih singkat dan masa untuk memanas pula tidak perlu tunggu lama.

Jadi, selepas ini masakan berkuah seperti sup atau rebusan boleh dipendekkan.

Gelombang haba yang sekata pada dapur infrared membolehkan masakan masak dengan lebih baik sebagai contoh steak daging.

Ini kerana ia membenarkan haba naik secara berperingkat bukannya terus dari nyalaan api.

Jadi tiada bahagian periuk atau pan anda sejuk atau sebaliknya (terlebih panas). 

Ya, anda boleh direct memanggang terus atas dapur infrared. 

Selain itu, apa yang anda boleh bayangkan ialah anda memasak seolah-olah menggunakan haba seperti microwave. 

Jangan risau, gelombang infrared ini tidak berbahaya kepada kesihatan.

Aspek keselamatan juga dipertingkatkan kerana ia mengelakkan dari sambaran api dan kalis rintangan angin. 

Jika berlaku tumpahan air atau minyak penunu, percikan api atau asap dapat dielakkan.

Buat yang mengimpikan dapur seperti top-chef iaitu dapur elektrik atau induction stove tapi tiada bajet. Boleh jadikan dapur infrared sebagai alternatif. 

Malah dapur infrared lebih kos rendah dan boleh digunakan dengan pelbagai perkakas dapur seperti aluminum, pots, pans, stainless steel, chinaware, glassware, earthenware dan banyak lagi. 

Berbanding dengan dapur induction yang banyak pantang larang. 

Ada yang berpendapat dapur infrared kurang sesuai dengan masakan menumis atau goreng (stir-fry). 

Ini kerana nyalaan api terus lebih baik dan mempercepatkan proses menumis atau pecah minyak. 

Tapi anda harus ingat, kini dapur infrared lebih moden dengan tahap pemanasan sehingga 4.0kW hingga 4.7kW. 

Setanding dengan dapur konvensional yang biasa dan tidak menggunakan pelepasan gas yang tinggi. 

Bagaimanapun, dapur infrared agak lambat untuk turun suhu dan bahagian pada dapur boleh kekal panas.

Jika tidak berhati-hati boleh melecur jadi, nasihat kami, sentiasa waspada dan elakkan memasak bersama anak kecil. 

Akhir sekali jika jaminan ketahanan dapur infrared mempunyai jangka hayat yang lebih tinggi berbanding dapur induction (elektrik) dan boleh kekal servis sehingga 10 tahun lama. 

Jika anda inginkan dapur infrared dan dapur tungku yang biasa, terdapat beberapa jenama yang memperkenalkan dengan dua jenis penunu ini dalam atas dapur yang sama. 

Sebagai contoh Riino Tempered Glass Built-In Gas Cooker (ND2F) yang kami tampilkan di bahagian pilihan editor. 

Anda boleh dapatkan dapur infrared di kedai alat perkakasan rumah atau elektrik. 

Lebih mudah hanya melalui penjual atas talian seperti di Shopee atau Lazada yang telah kami cadangkan diatas. 

Harga dapur infrared tidak mahal, anda boleh dapat dari bajet serendah RM150. Tepuk dada, tanya selera. 


Apa Kelebihan Dapur Infrared

Ternyata dapur infrared sudah menjadi pilihan ramai. Antara kelebihan yang boleh anda terima apabila memiliki dapur ini ialah;

  • Penjimatan gas dan masa

Tidak disangkal lagi pengubahan api kepada haba menjadikan dapur infrared membantu pengguna mengurangkan kos gas dan masa memasak. 

Tidak sampai 30 saat, dapur infrared boleh mencapai tahap kepanasan sehingga 900 darjah celcius. 

Ternyata ini merupakan satu kelebihan lagi-lagi untuk masakan memanggang. Tak perlu tunggu lama. 

Kadar tenaga terma pada dapur infrared 69% dan sekurang-kurang 37% masa memasak dapat ditinggalkan. 

Siapa yang tak nak jimat duit gas kan? 

  • Tidak merbahaya

Pernah tak ada terkena lecur akibat sambaran api pada penunu dapur?

Kini tidak lagi dengan dapur infrared. Ia bebas api, rintangan angin dan asap serta sebarang dari percikan sambaran api. 

Begitu juga bahang haba ketika berada dekat dengan dapur kerana mampu mengurangkan kesan haba panas ketika memasak. 

Anda boleh berwaspada dengan tahap kepanasan dapur dengan warna penunu infrared yang berubah warna dari biru kepada merah.  

  • Tidak mahal

Ramai yang menganggap dapur infrared dijual pada harga yang tinggi. 

Kini dengan kepelbagaian teknologi dan bahan bermutu, anda boleh dapatkan dapur infrared pada kos tidak kurang dari RM150. 

Tapi, bergantung pada jenama, rekaan,  jenis material dan jenama dapur gas. 

  • Tidak merosakkan perkakas memasak

Menyampah bila tengok kesan hitam pada bawah periuk dan kuali kan? 

Itu semua akibat panahan api yang dari penunu dapur yang lama.

 Nyalaan api yang terus pada perkakas memasak menyebabkan kerosakan seperti kesan terbakar. 

Tidak pada dapur infrared, ia mengurangkan risiko kuali atau periuk kehitaman. 

Memang sesuai dengan apa jua jenis material perkakas memasak anda tidak kira samada dari besi, kaca, aluminium dan pelbagai lagi. 

  • Mesra alam

Kelebihan yang tidak disangka tentang dapur infrared ia mengurangkan 0.002% karbon monoksida dan 0.0015% nitrik oksida yang beracun. 

Ini merupakan hasil pembakaran sepenuhnya pada gas. 

Kesan asap atau jelaga api juga kurang sehingga 90%. 

Bukan sahaja mesra pada alam pada juga selamat pada pengguna. 

  • Masakan lebih tahan lama dan sedap

Kelebihan pemanasan haba yang sekata menjadikan masakan jadi tahan lebih lama dan menjaga moisture dalam makanan. 

Apa jua gaya masakan yang anda mahu boleh terus dimasak atas dapur infrared seperti memanggang sayuran, bakar belacan dan sebagainya. 


Artikel Berkaitan

End of Article