Air fryer atau penggoreng udara menjadi perkakas penting bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan atau mengamalkan gaya hidup sihat.
Malah, bukan bagi golongan ini saja tapi perkakas ‘must have’ yang ada di dapur.
Bagi yang masih lagi mencari-cari jenama air fryer terbaik dan selamat digunakan.
Jom lihat senarai berikut.
11 Air Fryer Terbaik Untuk Kegunaan Anda
Table of Contents

Sebab Menjadi Pilihan Utama;
Selain menggoreng tanpa minyak, air fryer ini boleh gril, panggang dan bakar semua makanan termasuk stik, seekor ayam dan kek.
Ciri-ciri;
Dengan penggunaan kuasa 1500W, alat memasak ini mampu masak fries dalam masa 15 minit sahaja.
Anda boleh pilih suhu dan masa yang anda inginkan sebelum mula memasak kerana boleh panaskan dari suhu serendah 80-200°C untuk hasil yang sempurna.
Tak perlu susah-susah sental kuali lagi dah sebab jenis non-stick. Makanan juga jadi lebih sihat kerana tak perlu guna minyak masak.
Lagi best, loceng akan berbunyi apabila makanan siap masak, jadi anda tak perlu tunggu lama-lama di dapur.
Review;
‘Air fryer sangat mudah nak guna lepastu ayam dan ikan pun masak dengan cepat dan sedap,’

Air fryer PerySmith ini wajib menjadi milik anda yang gemar memasak terutama lamb chop, kentang, ayam panggang, lobster atau ikan salmon.
Air fryer ini mampu membakar makanan dari suhu serendah 80°C hingga 200°C.
Produk dengan kapasiti 4.8 liter ini sesuai untuk yang sedang menjaga kesihatan kerana menggunakan teknologi ECOHEALTH.
Bakulnya pula direka dengan penapis yang akan mengasingkan minyak daripada makanan.
Jika terdapat kerosakan, anda tak perlu risau sebab dilengkapi jaminan selama 2 tahun.
Malah selamat digunakan kerana telah mendapat sijil pengesahan daripada SIRIM.
Paling penting, sangat mudah untuk dibersihkan kerana bahagian bakulnya boleh ditanggalkan.

Bagi anda yang inginkan air fryer jimat elektrik, produk Nakada ini memang terbaik sebab menggunakan kuasa 1100W.
Selain mudah dibersihkan, anda juga hanya perlu pusingkan knob untuk mengawal masa dan suhunya. Senang kan?
Jadi boleh digunakan untuk buat stik, bakar pizza, kek serta roti bersama keju kerana boleh masak makanan hingga suhu 230°C.
Dengan suhu tinggi ini, nak goreng keropok lekor dan ikan bilis pun tiada masalah.
Bahagian keselamatan agak bagus kerana pemegangnya jenis anti-haba yang tidak akan membahayakan tangan anda.
Terdapat juga ciri Open Pause Mode di mana air fryer akan secara automatik terhenti seketika jika penutupnya dibuka dan berfungsi semula selepas ditutup kembali.

Air fryer mini dengan kapasiti 3L ini sesuai untuk individu bujang, pelajar kolej atau pasangan yang baru berkahwin.
Bagaimanapun anda boleh masak pelbagai menu, antaranya ayam goreng, kentang, gril ikan dan udang serta bakar roti
Dengan berat 2.4kg, iar fryer ini menggunakan teknologi 360° Rapid Air di mana masak menggunakan minyak yang dikeluarkan dari makanan itu sendiri.
Haba juga akan mengelilingi makanan agar masak dengan sempurna dan rangup di luar.
Tambahan pula, ciri automatic power-off juga tersedia pada air fryer ini.
Sangat senang dikendalikan kerana boleh kawal suhu menggunakan tombol dan makanan juga boleh dikeluarkan bila-bila masa walaupun ketika sedang dimasak.

Dengan kuasa 1700W yang dimiliki air fryer ini, masa memasak anda akan jadi lebih mudah kerana mampu memasak sekitar 7-9 hidangan dengan lebih cepat.
Dengan suhu 65 – 200°C, anda boleh membakar pizza sebesar 10 inci.
Produk Russel Taylors turut dilengkapi dengan 8 program memasak yang telah diset.
Maknanya anda hanya perlu tekan butang untuk mula memasak.
Selain boleh goreng kentang, air fyer ini juga boleh masak kebab, stik, buah kering dan bakar kek.
Turut tersedia dengan fungsi mesin defrost untuk memudahkan tugas di dapur.
Lagi bagus, direka dengan lampu dan tingkap kaca di depannya, jadi anda boleh perhatikan proses memasak sekaligus elakkan makanan daripada hangit.

Nak guna air fryer tapi takut bil elektrik melambung? Jangan risau, air fryer Giselle boleh jimatkan penggunaan tenaga.
Kuasa digunakan air fryer ini 1000W berbanding jenama lain, 1500W.
Mempunyai fungsi 5 dalam 1 selain berfungsi sebagai air fryer kerana boleh jadi oven, microwave, gril daging dan buat BBQ.
Memang sesuai untuk yang suka makan stik sebab boleh masak daging dengan mudah.
Malah, mampu masak makanan lebih cepat berbanding oven biasa dengan suhu maksima 250°C.

Gemar makan burger dan kentang goreng? Dapatkan segera air fryer Khind ini untuk menikmati french fries dan nugget ayam yang rangup dan tidak berminyak.
Selain itu, dengan kapasiti 3L, air fryer ini boleh panggang ayam dan buat kek.
Jangan risau selamat digunakan kerana bakul menggorengnya ada gril yang diperbuat daripada stainless steel.
Turut dilengkapi dengan ciri Auto Shutdown jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini ketika sedang memasak.
Mudah untuk dikendalikan kerana terdapat paparan digital serta penyepit dan makanan tetap masak sempurna walaupun tidak diterbalikkan.

Usah khuatir jika anda mempuyai bajet yang terhad untuk miliki air fryer kerana air fryer ini berharga bawah RM200.
Walaupun murah, Samu Giken ini mampu masak ayam atau kentang goreng yang akan mengurangkan 80% lemak.
Jangan risau, makanan akan jadi lebih rangup di bahagian luar dengan pemanasan maksimum 200°c.
Malah, anda tak perlu lagi beli ketuhar yang berasingan sebab boleh panggang, gril daging serta bakar kek di dalam alat ini. Best kan?
Bahagian bakul grilnya pula jenis tidak melekat dan boleh dipisahkan agar mudah dicuci.
Sistem Advanced Heat Pulse untuk pengedaran udara panas pula akan memastikan makanan anda dimasak dengan cepat dan sekata walaupun tanpa minyak.

Air fryer Philips ini bagus untuk anda yang sentiasa sibuk kerana boleh digunakan untuk panaskan semula lauk lebihan semalam.
Selain itu, sesuai untuk gril ayam, bakar kek dan menggoreng makanan.
Jenama air fryer terbaik ini menggunakan teknologi Rapid Air untuk memasak makanan.
Maksudnya hidangan jadi lebih sedap dan sihat yang lembut di dalam dan masak dengan sempurna kerana tidak perlu guna minyak.
Paling penting, tidak mengeluarkan bunyi terlalu bising ketika sedang digunakan.
Kapasiti bakul 1.2kg dan kuali 6.2 liter memang sesuai untuk masak hingga 5 hidangan makanan.
Warnanya hitam menawan pula sesuai diletakkan di pelbagai jenis tema dapur.

Untuk yang gemar buat kek tapi belum ada bajet untuk beli ketuhar, kami sarankan untuk dapatkan air fryer terbaik Haier ini.
Lagipun air fryer ini mempunyai ciri dapat mengurangkan penggunaan minyak hingga 80%, jadi sesuai untuk yang ingin makan makanan sihat.
Selain itu, boleh digunakan untuk gril stik, goreng ikan, udang, kentang goreng dan panggang seekor ayam dengan kapasiti 4 liter.
Menariknya lagi, bakul menggorengnya tidak melekat dan boleh ditanggalkan supaya mudah untuk dibersihkan.
Turut dilengkapi dengan perlindungan overheat yang menjadikannya selamat digunakan.

Air fryer Primada ini bukan sahaja boleh menggoreng tanpa minyak, malah boleh panggang ayam putar, kebab, bakar kek dan piza, serta gril daging.
Boleh juga buat udang kukus, buah kering dan gajus panggang dengan kapasiti sebesar 14 liter.
Anda juga tak perlu risau rumah berbau setiap kali memasak sebab alat ini tak akan keluarkan asap.
Nutrisi makanan juga akan tidak akan hilang, jadi memang sihat dan selamat digunakan untuk seisi keluarga.
Turut mempunyai penutup yang boleh nampak dari luar yang membolehkan anda untuk meninjau proses memasak tanpa perlu buka air fryer.
Jangan risau terdapat tempoh jaminan 2 tahun.
Adakah Makanan Yang Disediakan Dengan Air Fryer Sihat Untuk Dimakan?
Makanan yang dimasak dalam air fyer selalunya lebih sihat dan kurang kalori berbanding digoreng biasa dalam kuali kerana tidak menggunakan minyak.
Memasak dengan air fryer juga dikatakan lebih sesuai untuk orang yang sedang berdiet.
Jom tonton video berikut untuk mengetahui lebih lanjut.
Tips Guna Air Fryer
Ada beberapa tips yang boleh anda amalkan untuk memaksimakan penggunaan air fryer di rumah. Antaranya
- Pastikan terdapat ruang sebanyak 5 inci di belakang air fryer untuk pengaliran udara.
- Panaskan (pre-heat) air fryer selama 2-3 minit sebelum masukkan makanan mengikut suhu yang diinginkan.
- Sebaiknya lapik makanan dengan baking paper atau aluminium foil agar tak akan melekat pada air fryer sekaligus lebih mudah untuk dikeluarkan dan dibersihkan.
- Boleh oleskan atau sembur sedikit minyak pada makanan agar ia lebih crispy dan tak melekat. Cuma, tips ini sesuai untuk makanan yang tak keluarkan minyak seperti sayuran.
- Jangan masukkan makanan seperti nugget atau kentang sehingga terlalu penuh di dalam bakul air fryer. Ini menyebabkan makanan tidak masak dengan rata.
- Sesetengah air fryer memerlukan anda untuk terbalikkan makanan agar kedua-dua belah masak dengan sempurna.
Akhir sekali, jika nak air fryer anda tahan lama, pastikan anda tidak membuat perkara ini. Jom tonton video berikut.