Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Air Fryer Berkerak? 7 Langkah Ini Dapat Jadikan Kelihatan Seperti Baru Beli

Malangnya, tak ramai yang ambil tahu cara selepas menggunakan Air Fryer.

Era 2000 di mana hidup kita mula dipenuhi dengan teknologi termasuklah alatan perkakas dapur. Kini yang sedang hangat adalah Air Fryer atau penggoreng kering yang digunakan sebagai satu alternatif mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Hebat bukan?

Malangnya, tak ramai yang ambil tahu cara selepas menggunakan Air Fryer, kerana ramai yang beranggapan bila masak tanpa minyak, perkakas tersebut tidak ada kotoran. Salah sebenarnya!

Perkara yang perlu buat lepas guna air fryer

Sudah semestinya mencuci bahagian dalam yang berpunca daripada sisa makanan. Siapa guna air fryer tapi tak pernah cuci berbulan-bulan lamanya, pergi tengok bahagian dalam air fryer korang sekarang, kotor ke tak?

Sebenarnya, setiap kali selepas menggunakan penggoreng kering, terus basuh bakul, dulang, dan kuali dengan sabun dan air suam. Bahagian dalam pula, lap menggunakan tisu basah dan selepas kering, pasangkan semula.

mulai
RM9.50
Semak Dettol Anti-Bacterial Wet Wipes harga dibawah:

Tisu Dettol bukan saja digunakan untuk tangan selepas dan sebelum makan, malah, tisu basah Dettol Anti-Bacterial ini juga boleh digunakan untuk lap permukaan kotor untuk menghilangkan germ yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar

Macam mana nak cuci air fryer?

Basuh air fryer bukan seperti basuh perkakas dapur yang lain. Ada langkah yang perlu diikut. Apa yang anda perlu sediakan sebelum mencuci air fryer adalah…

  1. Span tidak kasar atau kain microfiber.
  2. Sabun pinggan mangkuk
  3. Serbuk penaik baking soda.
  4. Berus gosok lembut.
  5. Kain microfiber bersih dan kering.
mulai
RM8.90
Semak ANEKA Anti-Bacterial Microfiber Cloth harga dibawah:

Kain mikrofiber anti-bakteria jenama Aneka ini boleh digunakan sebanyak 300 kali serta serapan air pada fabrik sangat baik kerana fabrik yang digunakan sangat berkualiti tinggi]

Selain itu, fabrik mikrofiber ini memang dikhaskan untuk menanggalkan 99 peratus germ dan bakteria tanpa menggunakan cecair pembasmi kuman jadi amat sesuai untuk digunakan lap permukaan kotoran degil hanya dengan air atau sabun biasa.

Langkah mencuci air fryer

  1. Jika baru usai menggoreng, pastikan cabut plug utama dan biarkan air fryer sejuk lebih kurang 30 minit.
  2. Tanggalkan bakul dan kuali, kemudian basuh dengan air sabun panas. Sekiranya mana-mana bahagian ini terdapat sisa makan terbakar dan melekat bahagian bakul atau kuali,  rendam dalam air sabun panas terlebih dahulu sekurang-kurangnya 10 minit sebelum menggosok dengan span yang tidak kasar. 
  3. Sementara itu, gunakan kain microfiber lembap atau span yang tidak kasar bersama air sabun panas untuk lap bahagian dalam air fryer. Pastikan kain lembap yang bersih.
  4. Sekiranya terdapat sisa-sisa panggang yang telah keras, tidak perlu rendam air fryer tapi sembur air biasa yang sudah di campur dengan serbuk penaik baking soda.
  5. Gosokkan bahagian tersebut dengan pemberus lembut dan lap dengan kain mikrofiber atau span lembut.
  6. Seterusnya, gunakan gunakan kain mikrofiber yang bersabun, lap dengan tisu basah dan lap dengan kain kering.
  7. Pastikan semua bahagian yang boleh ditanggalkan dan unit utama sudah kering sepenuhnya sebelum memasang semula.

Lepas ni jangan lupa cuci lepas guna air fryer ye! Jaga kebersihan walaupun makanan dimasak tanpa minyak.

Russell Taylors Air Fryer AF-24 Large 3.8L
mulai
RM179.00
Semak Russell Taylors Air Fryer AF-24 Large 3.8L harga dibawah:

Kelebihan air fryer jenama Russell jenis AF-24 adalah mempercepatkan proses masak, tidak mempunyai gris, tidak mudah kotor dengan sisa makanan dan mempunyai 3.8 liter kapasiti.

Selain itu, pengguna Russell Taylors Air Fryer AF-24 ini juga boleh mengawal suhu panas antara 80°C sehingga 200°C dengan masa memasak yang tepat. Paling penting, bekas dalam mudah untuk dibasuh kerana bercirikan non-stick pan

Artikel Berkaitan 

End of Article