Sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri, Nespresso memperkenalkan kempen istimewa ‘Unforgettable Taste’ yang menampilkan koleksi kopi edisi terhad, set hadiah eksklusif, dan tawaran menarik bagi meraikan detik istimewa bersama keluarga dan rakan-rakan.

nespresso pink 1

Sorotan utama kempen ini ialah pelancaran Nespresso Vertuo Pop Candy Pink, sebuah mesin kopi berteknologi Centrifusion™ yang mampu menyediakan kopi berkualiti yang setaraf dengan barista hanya dengan satu sentuhan butang.

Dengan harga RM899, rekaannya yang anggun dan moden pasti menarik perhatian peminat kopi seperti anda.

Selain itu, Nespresso turut memperkenalkan tiga ciptaan kopi eksklusif untuk menyemarakkan lagi musim perayaan:

  • Vertuo Barista Creations White Chocolate Strawberry (RM5.00/kapsul) – Gabungan kopi Arabica 100% dari Brazil dan Colombia dengan rasa manis coklat putih dan nota strawberi segar.

nespresso pink 2
  • Original Arpeggio Extra (RM3.30/kapsul) – Kopi Arabica dengan tekstur berkrim dan nota koko mendalam, mengandungi 60% lebih kafein bagi memberi tenaga sepanjang hari.

nespresso pink 3
  • Stormio Go (RM5.00/kapsul) – Kopi beraroma mantap dari Nicaragua dan Guatemala dengan rasa bijirin, rempah, dan kayu yang kaya.

Sebagai pelengkap musim perayaan tahun ini, Nespresso turut menawarkan set hadiah eksklusif seperti:

  • Set Hadiah Ikonik Original (RM188.50) – Mengandungi Touch Travel Mug edisi terhad dan kapsul Arpeggio serta Arpeggio Extra.

  • Set Hadiah Vertuo Candy Pink (RM207.50) – Menampilkan Terracotta Travel Mug dan kapsul White Chocolate Strawberry serta Colombia.

nespresso pink 4

Koleksi istimewa ini boleh didapati bermula 17 Februari 2025 untuk tempoh terhad, secara dalam talian dan di butik Nespresso.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web rasmi Nespresso atau melalui media sosial rasmi Nespresso Malaysia.

nespresso pink 5

Dengan tawaran eksklusif ini, Nespresso berusaha menjadikan Ramadan dan Raya lebih bermakna dengan pengalaman kopi yang unik dan berkualiti tinggi.

Nespresso Vertuo Pop Vibe Limited Edition Coffee Machine Candy Pink
Nespresso
Nespresso Vertuo Pop Vibe Limited Edition Coffee Machine Candy Pink
From
RM899.00
Check Nespresso Vertuo Pop Vibe Limited Edition Coffee Machine Candy Pink price below: