Kopi merupakan minuman paling banyak diminum di serata dunia malah sekitar 2020/2021, lebih dari 166 juta beg kopi (60kg) telah diminum oleh peminat kopi.
Jadi tidak hairanlah apabila ramai yang sedang mencari mesin kopi terbaik untuk rumah sendiri bagi memenuhi keinginan harian.
Tapi terdapat pelbagai jenama mesin kopi terbaik di luar sana yang mempunyai fungsi berlainan antara satu sama lain.
Berikut merupakan perincian beberapa jenama mesin kopi murah tapi bagus yang boleh menjadi panduan untuk anda ketika membeli.
Senarai 10 Mesin Kopi Terbaik Bawah RM500
Table of Contents

Sebab Menjadi Pilihan Utama;
“Mesin kopi bersaiz kecil ini mempunyai tekanan 19 bar dan kapsul oleh Nespresso juga sangat bagus, tak perlu bereksperimen untuk dapatkan kopi yang sedap”
Ciri-ciri;
Essenza Mini adalah sebuah mesin kopi bersaiz kompak yang masih mengekalkan rasa aromatik kopi yang dibancuh.
Mesin ini didatangi dengan tekanan 19 bar, yang akan memberikan kuasa yang mencukupi untuk menembusi filem kapsul dan memberikan aroma kopi yang berbeza.
Terdapat pelbagai jenis kapsul original Nespresso yang boleh digunakan dengan mesin ini.
Setiap kapsul telah direka khas bagi memastikan tekanan air mengalir sama rata semasa proses perahan.
Essenza Mini juga dilengkapi dengan fungsi pemanasan sepantas 25 saat sahaja.
Mesin ini juga akan padam secara automatik selepas 9 minit tidak digunakan.
Review;
“Memang senang letak dekat dapur, kopi pun sedap walaupun mesin ni kecil je”

Mesin kopi BS BOSS ini lengkap dengan fungsi air panas, ekstrak, dan juga steam.
Terdapat juga tanda aras air, fungsi anti-titisan, dan coaster anti-gelincir bagi memastikan proses bancuhan berjalan dengan lancar.
Mesin ini mampu mengekstrak kopi pada tekanan 20 bar di mana ianya akan menghasilkan lapisan gris kopi yang tebal untuk dapatkan aroma tulen kopi espresso!
Selain itu, proses ekstrak mesin ini hanya mengambil masa 20 saat sahaja kerana boiler besi yang cepat panas dan menaikkan suhu air dengan serta merta.
Visual thermometer di hadapan mesin ini akan membantu anda dalam memastikan suhu optimal bagi setiap proses bancuhan kopi yang menepati cita rasa anda.

Pada harga serendah RM100, Khind mengeluarkan mesin kopi model CM1215 dan menjadikn antara mesin kopi termurah di Malaysia.
Mesin ini dilengkapi dengan paparan digital, timer, dan juga delay start yang anda boleh program sendiri.
Mesin ini juga akan off secara automatik apabila tidak digunakan selama 45 minit.
Proses bancuhan juga agak mudah di mana anda perlu isi air, letak serbuk kopi dalam filter dan tekan sahaja butang power.
Khind CM1215 mempunyai kapasiti 1.5L yang boleh mengisi 12 cawan kopi pada satu masa.
Memang sangat sesuai untuk minuman kopi seharian dan seisi keluarga.

Kitchenaid Cold Brew sangat sesuai untuk mereka yang suka minum kopi sejuk kerana mesin ini dapat menjadikan tekstur kopi anda rasa lebih lembut dan tidak terlalu pahit.
Menariknya, mesin ini mempunyai 60% kurang asid berbanding mesin lain. Jadi anda boleh memilih antara 3 profil rasa untuk kopi kegemaran anda iaitu:
- Bold
- Full-bodied
- Smooth & balanced
Mesin ini sangat mudah digunakan. Masukkan saja serbuk kopi dalam stepper, isi air, dan letakkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 12 jam.
Kopi yang telah dibancuh boleh bertahan selama 2 minggu di dalam peti sejuk dan hanya perlu dicampur dengan air atau susu untuk dinikmati.

Giselle Espresso merupakan mesin kopi yang sangat ringan dan mudah digunakan.
Manual yang disediakan juga mudah untuk difahamkan jadi sangat sesuai untuk mereka yang baru berjinak dengan proses bancuhan kopi.
Mesin ini mempunyai tiub stim untuk membancuh kopi cappucino! Aksesori mesin kopi seperti drip tray, filter, dan holder mesin ini boleh dibuka, dibasuh, dan digunakan semula.
Disebabkan mesin ini bersaiz agak besar, mesin ini mempunyai sistem keselamatan pelepasan tekanan automatik bagi mengelakkan mesin menjadi terlalu panas dan mengalami tekanan yang tinggi.
Namun begitu, Giselle Espresso tidak boleh menggunakan serbuk kopi yang terlalu tebal kerana tahap tekanan bar yang sangat rendah.

Petrus PE3320 mempunyai rekaan retro dan menggunakan material plastik, kecuali pada batang stim yang menggunakan besi tahan karat.
Memiliki tekanan 20 bar, memang sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Bekas air yang disediakan pula mampu menampung sehingga 4 bancuhan espresso tapi hanya boleh menggunakan serbuk kopi sahaja kerana mesin ini tidak dilengkapi dengan grinder.
Disebabkan mesin ini semi-automatik, jadi anda perlu menutup sendiri mesin ini apabila selesai membancuh kopi.

Cafflano Klassic merupakan salah satu mesin kopi mudah alih yang pertama di dunia.
Selain itu, merupakan mesin kopi all-in-one yang mana mempunyai pelbagai fungsi seperti mesin kopi sebenar.
Mesin ini mempunyai grinder, bekas drip, filter, dan juga tumbler. Apa yang anda perlukan hanyalah biji kopi dan air panas sahaja.
Kalau anda merupakan seorang yang sentiasa travel dan inginkan dos kafein pada bila-bila masa, Cafflano Klassic merupakan pilihan optimal untuk anda.

Untuk anda yang ingin jimat elektrik, Konka KCF ini pilihan yang tepat kerana kuasa maksimum mesin ini hanyalah 450W saja berbanding mesin kopi yang lain.
Proses pengekstrakan wap pula boleh dilakukan di bawah 5 minit untuk membancuh kopi yang anda inginkan.
Namun disebabkan saiz dan kapasiti air yang agak kecil, tidak sesuai untuk digunakan sebagai mesin kopi untuk kuantiti yang banyak.
Tapi kalau untuk mereka yang tinggal bersendirian, memang tak ada masalah untuk gunakan Konka KCF ni kerana sekali bancuh cukup untuk 1-2 cawan saja.

Terdapat pelbagai jenis tatapan untuk Hamilton Beach.
Antaranya, tatapan regular, mesin ini akan membancuh kopi titisan biasa manakala tatapan bold pula akan memberikan kisaran yang lebih halus dan rasa yang lebih pekat.
Mesin ini menggunakan dua proses penapis bagi memastikan ketulan kecil dari kisaran biji kopi tidak masuk ke dalam cawan.
Disebabkan material binaannya adalah besi tahan karat, proses pembersihan juga sangat mudah dan bekas titisan, penapis, bakul kisaran juga boleh ditanggalkan dalam masa 30 saat sahaja.
Bentuk mesin yang meninggi, juga tidak makan banyak ruang dapur anda. Memang sesuai untuk mereka yang mempunyai ruang yang terhad.

Pada harga yang rendah, mesin kopi ini mempunyai fungsi pengukus atau pembuih susu dan juga sistem kawalan suhu dwi.
Binaan yang digunakan adalah plastik (polypropylene) menjadikan mesin ini sangat ringan dan mudah dibersihkan.
Manakala, komponen utama seperti paip stim dandang, dan saluran air diperbuat dari besi tahan karat.
Pada bahagian hadapan mesin ini pula mempunyai paparan dan butang yang mudah difahami walaupun mereka yang baru berjinak dalam dunia bancuhan kopi.
Fungsi keselamatan juga bagus kerana mempunyai perlindungan terlalu panas & perlindungan injap pelepas tekanan.
Adakah Berbaloi Beli Mesin Kopi Sendiri?
Bergantung kepada apa yang anda cari dalam minuman kopi.
Ada yang inginkan kadar kafein tertentu, ada yang ingin mencari keunikan rasa pada jenis biji kopi dan ada juga yang ingin sewa mesin kopi untuk bisnes sendiri.
Jadi, kebanyakan perkara di atas boleh didapati di kafe-kafe yang menjual kopi pada harga RM7 hingga RM15 untuk satu cawan.
Jika anda seorang penggemar kopi, kos membeli dan membancuh kopi sendiri adalah lebih menjimatkan dalam jangka masa panjang.
Begitu juga untuk mereka yang ingin menyewa mesin kopi.
Kesimpulannya bergantung pada berapa banyak kuantiti kopi yang anda ambil dalam seharian.
Apa pun, jom lihat bagaimana membuat Latte menggunakan mesin kopi.
Tip Pilih Mesin Kopi Murah & Berkualiti
Untuk mereka yang minum sepanjang hari, pastikan mesin bancuh kopi yang dipilih mempunyai kapasiti yang besar dan mampu memancuh 4-10 cawan dalam satu masa.
Material binaan juga memainkan peranan penting kerana binaan plastik selalunya menghasilkan bunyi yang bising dan boleh memberikan rasa plastik dalam kopi.
Mesin kopi yang murah juga selalunya bersaiz kecil dan ringan berbanding mesin kopi komersial.
Dan kalau boleh pastikan mesin tersebut ada ciri keselamatan seperti sistem tutup automatik dan pastikan mesin tersebut mudah untuk dibersihkan.