Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

PKP 3.0 Ni, Jom Belajar Bancuh 5 Jenis Kopi Ala-Ala Kafe Fancy!

Pernah terfikir tak dari mana datangnya resepi kopi ni?

Minuman kopi mula diperkenalkan oleh orang Rom dan Yunani seawal abad ke-13 dan sejak itu, minuman kopi mula berkembang dalam pelbagai cara bancuhan bagi memenuhi kehendak penggemar kafein. Antaranya Latte, Cappuccino, Macchiato dan Mocha.

Jadi, topik kopi bukan satu perkara asing untuk dibincangkan sebab semua orang tahu kewujudan minuman kopi sehingga terdapat satu kenyataan mengatakan, lebih 400 biji cawan kopi telah dinikmati setiap tahun sekaligus menunjukkan minuman kafein ini diminati ramai.

mulai
RM49.40
Semak Kopi-O 434 Muar (100 uncang x 2 balang) harga dibawah:

Kopi 434 Muar sangat popular di kawasan Muar jadi tak salah kalau dari luar kawasan Muar mencuba untuk tahu apa yang istimewanya kopi 434 ini.

Jangan risau, kopi 434 ini boleh dibancuh bersama gula putih, gula perang, susu pekat atau susu cair. Ikut citarasa masing-masing.

Bersedia dulu - ini bahan basic untuk kopi kegemaran anda

mulai
RM30.00
Semak Mister Coffee Espresso Classic harga dibawah:

Mister Coffee jenis Klasik Espresso menyediakan kopi yang sudah siap dikisar halus jadi tak perlu guna mesin kopi untuk hancurkan biji kopi.

mulai
RM8.30
Semak Van Houten Cocoa Powder harga dibawah:
mulai
RM7.00
Semak MARIGOLD HL Low Fat Milk (1L) harga dibawah:
add_circle Mengandungi 9 vitamin penting & asid folik
add_circle Rendah lemak & laktosa
add_circle Kekalkan tulang yang kuat dan cegah osteoporosis
remove_circle Rasa yang tawar

Apa perbezaan semua jenis bancuhan kopi ini?

Secara mudahnya, perbezaan minuman ini adalah campuran kopi-o atau kopi espresso yang dicampur bersama bahan asas seperti koko, susu, coklat, ais, gula, vanila, dan sebagainya. Proses bancuhan minuman ini pula digunakan menggunakan mesin kopi.

Tapi, sekarang kitaorang nak ajar korang semua bancuh kopi ala-ala dekat kafe fancy gitchew tanpa menggunakan mesin kopi. Nak tahu bagaimana? Jom kita selongkar!

Mocha

Seperti kita tahu, rasa Mocha adalah campuran coklat pekat dan kopi espresso dimana pengiraan ratio adalah; 2/5 kopi espresso, 2/5 coklat, 1/5 susu stim.

Bagi membuatkan minuman Mocha lebih fancy jika meletakkan hiasan krim putar, marshmallow dan kepingan coklat bahagian atas Mocha. Umph~ Sedapnya! Tengoklah resepi Mocha Ais dari Instagram Khairul Amin. Nanti cuba okay?

Cappuccino 

Bayangkan saja kopi susu yang mempunyai extra buih susu di atasnya, itulah Cappuccino dan ratio untuk bancuhan minuman ini; 1/3 kopi espresso, 1/3 susu stim, 1/3 buih susu.

Selalunya, barista akan menggunakan mesin tekanan air untuk mendapatkan buih susu yang cantik dan banyak tapi boleh juga guna cara lain tanpa menggunakan mesin bancuh kopi. Jom tengok video bawah ni. 

Latte

Seterusnya ratio bancuhan minuman Latte pula; 1/6 kopi espresso, 4/6 susu stim, 1/6 berbuih susu kerana campuran kopi pekat dan susu. Jadi, bahasa mudahnya, kopi susu.

Mungkin ada di antara kita memikirkan Cappuccino dan Latte adalah minuman yang sama tapi berbeza kerana Latte seakan-akan kopi susu. Susu dan kopi dibancuh bersama dan tiada buih pada bahagian atas kopi. Buat penggemar kopi, pasti ada tahu perbezaan kedua jenis kopi ini.

Macchiato

Minuman Macchiato pula berbeza dengan bancuhan kopi yang lain kerana susu yang stim dan susu lemak dicampur dengan kopi espresso yang sedikit, sebab itulah anda akan nampak kesan kopi seakan bertompok di gelas.

Jadi, dari situlah Macchiato diberi nama kerana macchia, bermaksud ‘kesan’ dalam bahasa Itali. Sekarang kopi Macchiato diperkenalkan dengan pelbagai perisa tambahan, ada yang berperisa karamel, vanila malah coklat. 

Americano

Paling mudah dan paling senang diantara banyak-banyak jenis bancuhan kopi ini kerana Americano hanyalah campuran dari kopi espresso dengan air panas. 

Dalam kata lain, kopi-o! Tapi, bagi yang tidak sukakan Americano pekat, mungkin boleh tambah sedikit air suam dan jika ingin minum Americano sejuk-sejuk, tambah je ais batu okay?

Mudah sajakan? Bosan-bosan dekat rumah, cubalah buat kopi dan rasa sendiri apa perbezaan semua jenis kopi ni. Mana tahu, lepas PKP 3.0 dah boleh buka kedai kopi sendiri.

mulai
RM30.00
Semak Mister Coffee Espresso Classic harga dibawah:

Mister Coffee jenis Klasik Espresso menyediakan kopi yang sudah siap dikisar halus jadi tak perlu guna mesin kopi untuk hancurkan biji kopi.

End of Article