Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Tidak Payah Nak Starbucks - Mesin Kopi Terbaik Untuk Menikmati Kopi Enak Di Rumah

Di bawah adanya pilihan untuk sediap jenis bancuhan yang boleh anda fikirkan. Setiap pilihan pun adalah terbaik untuk categori mereka sendiri untuk tahun ini. Cuba jika tidak percaya!

Terbaik untuk mendapatkan rasa yang maksima pada harga rendah
Terbaik untuk mendapatkan rasa yang maksima pada harga rendah
Semak BLACK+DECKER 12-Cup Thermal Coffeemaker harga dibawah:

Anda mungkin tidak akan menyangka sudah berapa lama teko kopi itu telah berada di atas kaunter dapur anda lagi. Mesin pembancuh kopi dengan kuantiti sesuai untuk 12 cawan dari Black+Decker ini memiliki skrin digital yang boleh memberitahu anda sudah berapa lama kopi tersebut sudah dibuat oleh rakan serumah anda. Bukanlah ia penting kerana muncungnya telah dilindungi dari dimasuki udara untuk mengekalkan kesegaran selama berjam-jam.

Terbaik untuk Pour-Over Coffee di rumah
Terbaik untuk Pour-Over Coffee di rumah
Semak OXO On Barista Brain 9 Cup Coffee Maker harga dibawah:

OXO baru sahaja melibatkan diri dalam pembuatan mesin mudah dipasang (berlainan dengan kepakaran mereka dalam peralatan dapur manual) dan kami sangat obses dengannya. Mesin yang anggun ini meniru cara penuangan kopi tanpa perlu menghabiskan RM15 untuk satu cawan kopi ataupun menukar pakaian anda untuk mendapatkannya di luar. Hanya dengan menggunakan pemproses mikro, rasa yang dihasilkan sememangnya tiada bandingan.

Ekstra: Pengisar Terbaik untuk Pembuatan Susu Kocak dan Minuman Sejuk

Terbaik untuk mereka yang sibuk
Semak Keurig K575 Single Serve Programmable Coffee Maker harga dibawah:

Jika anda tinggal di rumah yang besar dan sibuk, mesin terbaru Keurig K575 adalah pilihan tepat untuk anda. Takungan airnya boleh menampung sehingga 10 cawan sebelum anda perlu mengisinya semula. Ia menerima pelbagai saiz cawan K pod yang berlainan dan muncungnya memiliki tenaga untuk mengawal pilihan dan juga membenarkan anda untuk memanaskan air biasa jika anda merupakan peminat teh! Sejujurnya ia adalah sejenis mesin yang ajaib.

Terbaik jika nak bancuh kopi dengan pantas
Terbaik jika nak bancuh kopi dengan pantas
Semak Bonavita BV1900TS 8-Cup Stainless Steel Coffee Maker harga dibawah:

Pembancuh kopi inilah yang sering diperkatakan oleh orang ramai dan selalu mendapat pujian konsisten dari pengulas Amazon dan CNET. Jangan rasa tertekan nak menghabiskan kopi anda sebelum ia menjadi sejuk, kerana adanya pemanas 1500-watt yang kuat dan efisyen yang boleh membantu anda untuk mengekalkan suhu bancuhan ideal 195 hingga 200 darjah selsius. Tambahan jika anda berani: terdapat pilihan mod pra-infusi yang dapat merendam bijian kopi panggang untuk membenarkan pengeluaran gas sebelum membancuh. Ini apa yang dipanggil win-win situation!

Terbaik untuk pelbagai bentuk bancuhan
Terbaik untuk pelbagai bentuk bancuhan
Semak Hamilton Beach BrewStation Summit Ultra 48465 harga dibawah:

Bancuhlah dengan cara yang anda ingini dengan mod empat jenis bancuhan, termasuk sederhana, agresif, berais ataupun kuantiti kecil. Hidangan secara satu tangan adalah mudah dengan dispensing bar mesin ini untuk mendapatkan bancuhan segera.

Terbaik untuk mesin pembancuh kopi paling anggun 
Terbaik untuk mesin pembancuh kopi paling anggun 
Semak KitchenAid 12-Cup Coffee Maker in Onyx Black harga dibawah:

Siapa yang tidak gemar pada peralatan KitchenAid? Anda hanya perlu tekan sekali untuk kopi yang sempurna setiap kali. Mesin ini dapat menjimatkan masa pagi anda dengan pemprograman 24 jam bancuhan sehingga 12 cawan kopi sederhana dan agresif. Tambahan pula, ciri-ciri pause and pour ini membolehkan anda berhentikan proses bancuhan tersebut seketika agar anda boleh mengambil secawan kopi dan teruskan rutin hidup anda.

Terbaik untuk kopi gaya barista di rumah
Terbaik untuk mendapatkan kopi gaya barista di rumah
Semak Ninja Coffee Bar Thermal Carafe System harga dibawah:

Apa saja yang tidak boleh dilakukan oleh mesin kopi ini? Nikmati hidangan kopi bebas pod atau dengan stail muncung panas atau kopi berais bila-bila masa je. Jika anda ingin  mencuba stail kopi yang berlainan, pilih yang mana sahaja. Pilih penyesuaian bancuhan seperti klasik, kaya, berais ataupun dengan pengkhususan tertentu. Jika anda ingin mengambil secawan kopi ke mana-mana, anda boleh memilih saiz cawan mudah alih. Senang kan? Lagi-lagi boleh menambah bahagian kopi kegemaran anda untuk setiap cawan: buih!

Terbaik untuk membuat kopi berais di rumah
Terbaik untuk membuat kopi berais di rumah
Semak Keurig K55 Coffee Maker in Black harga dibawah:

Kami masih menggemari mesin pembancuh kopi Keurig, terutamanya apabila ingin memulakan rutin pagi dengan menyediakan kopi berais dengan segera. Pilih saiz kopi yang sama seperti yang anda ingini, dari 6 hingga 10 aun menggunakan butang kawalan sekali tekan. Dulang titisan mudah alih datang dengan kemudahan apabila anda ingin meletakkan gelas lebih besar yang berisi ais di dalamnya. Model yang telah dikemaskini ini kelihatan hebat atas kaunter dapur dan pada harga yang berpatutan untuk membancuh kopi di rumah. Anda juga boleh gayakan dapur anda dengan membeli mesin pembancuh kopi ini dalam warna rhubarb red.

Terbaik untuk menjimatkan ruang kaunter
Terbaik untuk menjimatkan ruang kaunter
Semak Brew Express Programmable 10-Cup Recessed Coffee Maker harga dibawah:

Sesuai untuk peminat kopi yang ekstrem, pembancuh kopi tertutup ini bukan saja kelihatan hebat dalam keluli tahan karat malah ia juga kelihatan menarik bila digandingkan dengan punca air rumah menerusi peti ais atau bawah sinki, dan ia juga disambungkan dengan bekalan kuasa rumah anda. Secara asasnya, anda tidak perlu membazirkan masa lagi untuk mengukur jumlah air yang tepat seperti orang gua.

Terbaik untuk bancuhan selamat di bawah kaunter dapur
Terbaik untuk bancuhan selamat di bawah kaunter dapur
Semak DeLonghi DCF2212T 12-Cup Coffee Maker harga dibawah:

Tarik pemegang luarnya yang unik itu untuk akses mudah ke air dan penapis kopi. Mesin ini juga mempunyai penapis kekal yang boleh menapis walaupun butiran yang paling halus. Malah, ia memiliki pinggan pemanas yang tidak mudah melekat supaya boleh menjamin pembersihan segera.

Terbaik untuk Single-Serve and Go
Terbaik untuk Single-Serve and Go
Semak BELLA Dual Brew Single Serve Coffee Maker harga dibawah:

Pembancuh tunggal dan juga cawan mudah alih ini sesuai jika untuk mereka yang memerlukan java berkualiti di mana sahaja. Ia juga boleh digunakan dengan kapsul cawan k dan butiran kopi dalam bakul penapis guna semula. Pilihlah dari pelbagai saiz bancuhan termasuk 6-, 10-, atau 15-aun.

Terbaik untuk bancuhan mesra alam yang efisyen
Terbaik untuk bancuhan mesra alam yang efisyen
Semak Black & Decker Brew 'n Go Personal System harga dibawah:

Anda tidak perlu lagi membazirkan duit atas kertas pakai buang kerana mesin ini mempunyai integrasi penapis kekal. Lagipun, model ini mengandungi cawan keluli tahan karat 15 aun, yang menjadikannya sesuai untuk yang perlukan kopi sebelum ke mana-mana.

Terbaik untuk bancuhan yang fleksibel
Terbaik untuk bancuhan yang fleksibel
Semak Hamilton Beach Ensemble 12-Cup Coffee Maker harga dibawah:

Sesuai untuk penggemar kopi yang sibuk dalam urusan harian dan juga gemar menyediakan atau membancuh seteko kopi pada hujung minggu, pembancuh kopi ini membenarkan anda untuk pilih dari seteko penuh ataupun bancuhan untuk secawan tanpa perlu mengorbankan ruangan kaunter dapur. Mesin ini menggunakan K-cup untuk penyediaan untuk seorang dan tapak untuk seteko kopi penuh.

Terbaik untuk penggemar kopi sejuk
Terbaik untuk penggemar kopi sejuk
Semak Zojirushi EC-YGC120 Fresh Brew Plus 12-Cup harga dibawah:

Mesin pembancuh kopi Zojirushi ni membenarkan anda membancuh kopi panas dan sejuk untuk penggunaan segera, jadi anda tidak perlu menyejukkannya dalam peti ais semalaman. Pembancuh kopi ini didatangkan dengan lubang masuk istimewa supaya mudah dipenuhi dengan ais yang tinggal di dalam muncungnya. Mesin ini menyenaraikan pengukuran air spesifik untuk kopi ais yang akan menambah kadar air untuk bancuhan yang lebih padu. Anda boleh membancuh kopi secara normal namun ia akan ditapis melalui bekas ais, agar beberapa ais sahaja akan cair untuk mencipta secawan kopi yang seimbang tanpa mengorbankan rasanya.

Terbaik untuk bancuhan segera
Terbaik untuk bancuhan segera
Semak Keurig K10 Mini Plus Brewing System harga dibawah:

Anda hanya perlukan dua minit untuk membancuh kopi, coklat panas, teh ataupun minuman berais yang lazat apabila dengan mesin Keurig. Tambah air ke dalam bekas, pilih pod cawan K dan anda boleh terus teguk setelah siap.

Artikel Berkaitan

End of Article