Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
ciri galaxy ai 1

Tiga Ciri-ciri Galaxy AI Paling Digemari Pada Samsung Galaxy Z Flip6

Kenapa perlu guna telefon pintar biasa kalau boleh guna yang lipat punya?

Telefon lipat kini kembali dengan penuh bergaya: Samsung Galaxy Z Flip6 hadir bersama Galaxy AI, direka untuk memudahkan hidup anda dan menjadikannya lebih versatil. 

Sama ada anda peminat fotografi, pekerja profesional yang sibuk, atau pengembara, Galaxy Z Flip6 menawarkan fungsi dan ciri-ciri yang memenuhi keperluan unik anda! 

Jom kita lihat apakah tiga ciri utama Galaxy AI yang akan membuatkan anda jatuh hati pada Galaxy Z Flip6 ini!


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Suggested Replies

Suggested Replies pada Samsung Galaxy Z Flip6 ini menyediakan cadangan balasan pantas dan bersesuaian dengan konteks, terus pada FlexWindow dengan menganalisis mesej terkini anda. 

Dengan ciri ini, anda boleh membalas mesej dengan pantas dan tidak kedengaran seperti ‘out of context’ tanpa perlu membuka telefon anda!

Cara Menggunakannya:

  1. Menerima notifikasi mesej melalui FlexWindow anda.
  2. Lihat cadangan balasan pantas yang dijana oleh AI.
  3. Pilih cadangan yang paling sesuai untuk anda membalas, dan mesej dihantar serta-merta!

Suggested Replies bukan hanya menjimatkan masa, malah ia juga mampu ‘belajar’ daripada mesej balas harian anda untuk menyediakan cadangan yang lebih sesuai dengan diri anda dari semasa ke semasa. 

Tambahan lagi, ia berintegrasi dengan lancar bersama pelbagai aplikasi pemesejan, memastikan pengalaman yang lancar dan konsisten di seluruh platform​.


Photo Assist (Bantuan Foto)

Photo Assist atau Bantuan Foto tidak hanya memiliki satu fungsi sahaja; ia sebenarnya merangkumi pelbagai ciri penyuntingan foto yang dikuasakan oleh Galaxy AI.

Ciri ini membolehkan anda menyunting gambar menjadi karya agung yang menakjubkan hanya dengan menggunakan jari anda.

Tidak perlu aplikasi pihak ketiga, mahupun aplikasi suntingan gambar berbayar lain, semuanya tersedia dalam Bantuan Foto.

Ciri kegemaran kami di sini pastinya Portrait Studio, di mana anda boleh menukar potret anda kepada pelbagai gaya termasuk kartun, watercolor, dan lakaran. 

Imej yang dihasilkan oleh Galaxy AI sungguh menakjubkan!

Selain itu, terdapat juga ciri-ciri berikut:

  • Generative Edit: Laraskan sudut gambar anda, alihkan, buang, atau ubah saiz individu dan objek, serta isikan sebarang ruang kosong dengan lancar. Ciri ini dikuasakan oleh AI canggih yang mengenali dan mencadangkan suntingan terbaik untuk foto anda.
  • Instant Slow-mo: Cipta dan kongsi klip gerak perlahan dengan pantas daripada video sedia ada tanpa proses suntingan yang rumit. Ciri ini menganalisis video anda untuk mencari detik terbaik untuk gerak perlahan dan secara automatik.
  • Sketch to Image: Tukarkan lakaran anda kepada imej realistik dengan hanya satu sentuhan. Sesuai untuk artis dan individu kreatif yang ingin menghidupkan idea mereka dengan cepat.

Cara Menggunakannya:

  1. Buka galeri foto anda dan pilih foto untuk disunting.
  2. Gunakan Generative Edit untuk melaraskan atau mengubah suai foto mengikut keperluan.
  3. Guna gaya Portrait Studio untuk memberikan potret anda sentuhan yang unik.
  4. Untuk video, pilih Instant Slow-mo untuk mencipta klip gerak perlahan dengan pantas.
  5. Lukis idea anda, dan biarkan ciri Sketch to Image menghidupkan idea anda.

Interpreter (Penterjemah)

Akhir sekali, ciri Penterjemah pada Galaxy Z Flip6 adalah ciri yang paling berguna untuk orang yang suka travel dan melancong ke luar negara.

Dengan keupayaan terjemahan masa nyata, ciri ini menjadi penyelamat untuk berkomunikasi dengan orang asing dan tiada lagi halangan bahasa semasa melancong!

Memang benar, Penterjemah bukanlah ciri baru, kerana ia diperkenalkan pada siri Galaxy S24 pada Januari lalu. 

Walaubagaimanapun, untuk digunakan pada Galaxy Z Flip6, anda boleh menggunakannya dalam Dual Screen Mode yang menyediakan terjemahan bersemuka melalui FlexWindow. 

Ia memaparkan terjemahan pada kedua-dua skrin supaya anda dan orang yang anda ingin berinteraksi itu mendapat terjemahan secara serentak!

Dan jika anda memadankan Galaxy Z Flip6 anda dengan Galaxy Buds3 Pro yang baru, anda boleh menggunakan Penterjemah dalam Listening Mode, memberikan anda terjemahan audio secara masa nyata!

Cara Menggunakannya:

  1. Buka aplikasi Penterjemah dan pilih mod yang anda perlukan.
  2. Gunakan Dual Screen Mode untuk interaksi secara bersemuka.
  3. Dipadankan dengan siri Galaxy Buds3, aktifkan Listening Mode untuk pembentangan atau kuliah.

Ciri Penterjemah menggunakan algoritma AI canggih dari Samsung untuk menyediakan terjemahan yang tepat dan relevan secara kontekstual. 

Paling penting, ia juga berfungsi secara luar talian, jadi anda tidak perlu risau tentang sambungan data atau internet untuk berkomunikasi semasa anda berada di luar!


Dengan semua ciri Galaxy AI yang berguna dan menyeronokkan ini, Samsung Galaxy Z Flip6 boleh menjadi pembantu AI peribadi anda yang membantu dalam proses komunikasi, kreativiti, dan produktiviti dengan cara baru yang lebih menarik.

Manfaatkan ciri-ciri ini dan lihat bagaimana ia boleh mengubah kehidupan harian anda!

End of Article