Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

11 Senarai Buffet Ramadhan di Shah Alam (Terkini 2023)

Tukar suasana berbuka puasa anda di tempat yang lebih eksklusif.

Macam biasa bila tiba bulan Ramadhan, ramai yang menantikan pakej bufet untuk berbuka puasa yang disediakan doleh hotel.

Bukan apa, suasana berbuka puasa di hotel lain sebenarnya. Lagipun dengar kata, bufet selalunya menghidangkan makanan sedap.

Masa inilah berbelanja lebih sikit untuk isi perut. Tapi, dekat mana bufet Ramadhan yang menarik untuk bawa insan tersayang?

Berikut merupakan 10 tempat berbuka puasa di Shah Alam yang menawarkan menu buffet Ramadhan yang menarik.

Jangan risau, senarai kami sediakan ni ada pelbagai harga daripada paling murah sehingga harga yang ‘special’.


Senarai Buffet Ramadhan Di Shah Alam

acapella hotel 2023
Semak Acapella Hotel harga dibawah:

Selain pelbagai pilihan makanan, ambil peluang untuk menikmati photobooth sekumpulan, sudut mainan bagi mereka dengan kanak-kanak dan juga kemudahan surau yang luas dan selesa. 

Tempah sekarang bersama Acappella Suite Hotel, Shah Alam.

  • 27 Mac - 20 April 2023
  • RM 95 (Dewasa)
  • RM 65 (Kanak-kanak)

Tapi jika membuat tempahan awal, anda boleh dapat harga lebih murah iaitu RM80 untuk dewasan dan RM50 untuk kanak-kanak.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi di talian 0350398888.

Shah Alam Convention  Centre
Semak Selera Orang Kita Ramadan Buffet 2023 at Shah Alam Convention Centre harga dibawah:

SACC kembali menawarkan promosi istimewa Bufet Ramadan 2023 dengan bertemakan Cita Rasa Muhibbah.

Chef Eksekutif, Chef, Rizal Nahar membawakan hidangan kompilasi masyarakat majmuk Malaysia dengan  gabungan lebih daripada 100 sajian menarik dari dapur SACC.

Antara hidangan istimewa adalah Daging Bakar Masak Lemak, Ayam Tikka Masala, Ikan Stim Ala Nyonya, Kambing vindaloo, Sotong Goreng Cili Kering, Fried Carrot Cake, Apam Lenggang dan semestinya KAMBING KEBULI!!

Dengan harga yang ditawarkan sudah pasti membuat anda rambang mata memilih makanan.

Bagi yang ingin merasai pengalaman berbuka di SACC, segeralah membuat tempahan

  • 23 Mac sehingga 19 April 2023.
  • RM 98.00+ (Dewasa)
  • RM 58.00+ (Kanak kanak)

Untuk membuat tempahan dan mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi: 03-5511 8858 atau  013 – 2502858.

Semak Buffet Ramadhan Mai Steamboat & Grill Zada Cafe @ Denai Alam Shah Alam harga dibawah:

Mai Steamboat & Grill Zada Cafe @ Denai Alam Shah Alam kali ini menggabungkan hidangan melayu dan barat.

Antara makanan yang disediakan adalah kerabu mangga, sup ayam, lamb grill, spagethi, patato wedges, kentang goreng dan banyak lagi.

Menariknya lagi, buffet nanti terdapat 50 hidangan dengan 7 stall makanan yang sudah tentu membuat anda terliur. 

Buffet di sini khas menawarkan harga yang sangat murah.

  • 25 mac April – 18 April 2023
  • RM 59.90 (Dewasa)
  • RM 29.90 (Kanak-kanak)
  • RM 45.90 (Warga emas)
  • Maklumat lanjut boleh hubungi: 01156929763
mardhiyyah hotel
Semak Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam harga dibawah:

Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam adalah pilihan tepat kerana menawarkan pelbagai juadah berbuka puasa yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bukan itu saja, Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam juga menyediakan makanan yang berkonsepkan Middle east juga.

Lagi menarik, harga yang ditawarkan berbaloi, hanya RM125 saja sehingga Ramadhan pertama.

  • 11 Jan 2023 - 19 Mac 2023
  • 6:30 petang - 10:00 malam
  • RM 155 (Dewasa)
  • RM 120 (Warga Emas)
  • RM 100 (Kanak kanak)

Untuk membuat tempahan boleh hubungi: 03-5511 8811.

Semak Iftar/Sahur Kota Anggerik @ Concorde Hotel Shah Alam harga dibawah:

Ingin merasai pengalaman berbuka dan bersahur di hotel 4 bintang dengan pelbagai menu buffet ramadhan yang pasti menjilat jari?

Concorde Hotel Shah Alam menawarkan buffet untuk waktu berbuka bersama keluarga dan kawan.

Bagi yang berminat boleh segera membuat tempahan awal kerana terdapat potongan 20% pada 3 hari pertama (23-25 Mac) dan juga 3 hari terakhir Ramadhan (19-21 April 2023)

  • 23 Mac – 21 April 2023
  • 6.30 petang - 10.30 malam
  • RM 140 (Dewasa)
  • RM 108 (Warga emas)
  • RM 70 (Kanak-kanak)
  • Melting Pot Cafe @ Lobby Level

Sebarang pertanyaan ataupun untuk membuat tempahan boleh hubungi: +603 5520 8000.

grand ammara
Semak Sajian Ala Kampung di Grand Ammara, Shah Alam harga dibawah:

Berbuka puasa dengan buffet ramadhan hotel Shah Alam dengan lebih 70 hidangan makanan sedap dan lazat ala kampung di Grand Ammara!

Anda akan disajikan dengan sajian ala kampung dengan harga yang murah dan mampu milik. 

  • 25 Mac - 19 April 2023
  • Dewasa : RM78
  • Kanak-kanak : RM48

Jika anda membuat tempahan awal sebelum 20 Mac 2023 ini, harga sedikit murah iaitu RM70.

Sebarang pertanyaan boleh segera hubungi: +60126744481.

Best Western i-City Shah Alam
iCity 2023
Semak Best Western i-City Shah Alam harga dibawah:

Berbuka dengan menu buffet ramadhan bertemakan Citarasa 4000 menu.

Semua menu ini daripada Thai, Indonesian, Indian, Chinese, Western, Arabic dan Malay.

  • 25 Mac - 20 April 2023
  • 6.30 petang - 10 malam
  • RM 128 (Dewasa)
  • RM 96 (Warga Negara @ kanak kanak)

Tapi jika anda membuat tempahan awal, anda boleh dapat potongan harga dengan membayar 109 sekepala sehingga 20 Mac ini.

Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat tempahan sila hubungi: +603 5521 9000 atau email ke [email protected]

geno hotel buffet 2023
Semak Buffet Ramadhan Extravaganza @ Geno Hotel harga dibawah:

Anda pasti tidak mahu melepaskan peluang berbuka puasa dengan buffet ramadhan di hotel Geno di Shah Alam! 

Terdapat pelbagai variasi pembuka selerea dan makanan sampingan ringan yang pasti sedap dan menyelerakan.

Tambah pula jika anda membuat tempahan awal sebelum 15 Mac ini, harga yang ditawarkan adalah Rm100 untuk seorang dan jika beli untuk 10 orang akan percuma 1 kepala.

  • 27 Mac - 20 April 2023
  • 6.30 petang - 9.30 malam.
  • RM 130 (Dewasa)
  • RM 100 (Warga Emas)
  • RM 80 (Kanak kanak)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-5033 6666 atau 012-5033 961.

Zai Sri Gemilang Shah Alam
zai gemilang 2023
Semak Zai Sri Gemilang Shah Alam harga dibawah:

Lebih dari 100 jenis menu seperti Kambing Bakar, Gulai Kawah, Nasi Arab Kambing &kuih muih, 15 jenis stall dan macam-macam lagi.

Anda boleh dapat harga tempahan awal sehingga 31 mac ini dengan harga RM70.

  • 26 Mac 2023 - 19 April 2023
  • 6.30 petang - 9.30 malam.
  • RM 88 (Dewasa)
  • RM 58 (Kanak kanak)

Bukan saja terdapat makanan tapi ada persembahan dari band dan artis. Berminat, boleh hubungi 0192284349.

citarasa serantau doubletree shah alam.jpeg
Semak Citarasa Serantau Ramadan Buffet - DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City harga dibawah:

Bazaar Citarasa Serantau DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City kini kembali dengan hidangan yang lebih menarik.

Kali ini akan ada live cooking station khas buat anda yang sukakan hidangan panas dan anda akan diiringi alunan lagu live band sambil anda nikmati juadah enak.

Antara makanan yang akan disajikan ialahSup Meletop Tulang Merah, Rojak Buah Pak Puaz, Ayam Golek, Kambing Golek, pasta dan banyak lagi.

Anda boleh mendapatkan tawaran early bird dengan harga RM148 sahaja sebelum 22 March.

  • 22 March - 21 April 2023
  • 0630 petang - 1030 malam
  • RM 178.00 dewasa 
  • RM 89.00 kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun
  • Hubungi: +603 5650 0200
hotel uitm buffet 23.jpeg
Semak Cita Rasa Berbuka @ Hotel UiTM Shah Alam harga dibawah:

Warga Shah Alam menikmati juadah berbuka puasa di Hotel UiTM Shah Alam sambil ditemani oleh The Siblings Band.

Harga yang tawarkan untuk early bird sangat menarik iaitu hanya RM80 sahaja. Rugi jika anda lepaskan peluang ini!

Tawaran harga untuk early bird kali ini hanya terhad untuk tarikh pembelian dari 27 Feb hingga 23 March 2023 sahaja.

Selain itu, Hotel UiTM Shah Alam juga menawarkan pakej penginapan, berbuka dan sahur dengan harga yang sangat lumayan.

Anda boleh bawa keluarga tersayang menikmati juadah buffet yang enak bersama-sama bulan Ramadhan tahun ini di Hotel UiTM.

  • 24 March - 19 April 2023
  • 6.30 pm - 9.30pm
  • RM 89.00 dewasa
  • RM 55 kanak-kanak berumur 6 – 11 tahun

Artickel Berkaitan 

End of Article