Topik penjagaan wajah agak luas untuk dibincangkan sebenarnya kerana lain orang lain jenis kulit dan juga keadaan kulit yang disebabkan oleh persekitaran atau pemakanan.
Disebabkan itu ada yang mencari serum muka yang bagus atau serum terbaik untuk digunakan secara harian.
Serum yang terbaik adalah salah satu produk kecantikan yang berkonsentrasi tinggi dan mengandungi ramuan aktif untuk menangani masalah kulit.
Cuma persoalan seterusnya, yang mana satu merupakan serum muka terbaik untuk kulit wajah anda? Mungkin ramai juga yang mahukan senarai serum drugstore terbaik atau serum terbaik di Watsons.
Jadi kami bantu anda senaraikan serum muka terbaik yang ada dijual di Watsons.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 15 Serum Watsons Terbaik
Sebab menjadi pilihan utama:
Serum ini memberi fokus untuk merawat jerawat dan pastikan kulit kelihatan sihat sepanjang hari.
Ciri-ciri:
Cosmoderm Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum serum gel ini berasaskan air dimana dapat mengawal pertumbuhan jerawat.
Malah mempunyai ekstrak buah bagi mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada wajah terutamanya di kawasan T-Zone (dahi, hidung, dagu).
Bahan digunakan adalah AHA, Lemon, Aloe Vera, Fruit Extract dan Tea Tree Oil untuk menjadikan kulit anda menggelupas.
Tapi jangan risau kerana proses ini membuang sel mati pada wajah sekaligus mengelakkan pori-pori tersumbat sehingga boleh menyebabkan kemunculan jerawat.
Perlu diingatkan, disebabkan produk ini mengandungi AHA, jadi kulit menjadi lebih sensitif terhadap sinar UV.
Apa yang anda harus lakukan adalah sapu sunblock jika menggunakan serum pada siang hari.
Tapi, jika terdapat keradangan, hentikan penggunaan produk ini.
Review:
"Teksturnya tak melekit dan masalah kulit berminyak pada bahagian T-Zone sangat membantu, masalah jerawat makin berkurang."
Serum Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Serum ini mengandungi Salicylic Acid.
Pihak FDA mengesahkan bahan ini dapat meningkatkan metabolisma kulit wajah, melembutkan dan mengelakkan jerawat timbul.
Terdapat 12 bahan utama seperti a-Arbutin, ekstrak minyak Tea Tree, Tranexamic Acid, Niacinamide dan lain-lain bagi membantu menyelesaikan masalah kulit wajah.
Antaranya mencerahkan kulit, mengurangkan kusam pada wajah, membersihkan kulit, menjadikan kulit segar dan lain-lain.
Jika anda tidak mempunyai masalah kulit berminyak atau berparut, anda tetap boleh menggunakan serum ini kerana direka sesuai untuk semua jenis kulit wajah.
Serum Olay ini bukan sahaja boleh menghaluskan tekstur kulit dan memberikan kelembapan, malah boleh mengurangkan garis-garis halus serta kedutan.
Diformulasi dengan Amino-Peptide Complex Advanced + Carob Fruit Extract yang membantu menyampaikan bahan anti-penuaan ke dalam kulit.
Hydra-firming Complex pula membantu mengekalkan keremajaan kulit, sementara Amino-peptide Complex Regenerist dalam kepekatan tertinggi memberikan hasil yang optimum.
Serum ini cepat meresap, diuji oleh dermatologis, dan tidak menyumbat pori.
Hasilnya, kulit nampak lebih cerah, berseri, dan lebih tegang selepas lima hari.
Cara penggunaan juga mudah, gunakan serum dan urut dengan lembut menggunakan hujung jari pada muka, dahi dan garis rahang, untuk memberi kesan yang lebih baik.
Serum keluaran jenama terkenal Safi ini mengandungi Nano Gold.
Dalam kandungan tersebut mempunyai antioksida dan anti-radang untuk memastikan sel kulit dalam keadaan sihat.
Malah, kandungan Safi Serum mengandungi Beetox iaitu hasil campuran madu asli, propolis dan bisa dari lebah.
Kandungan ini dapat mengurangkan kedutan, meningkatkan kadar pegeluaran kolagen, menyegarkan kulit, memperbaiki struktur kulit, mencerah dan meratakan tona kulit.
Sekaligus dapat menjadikan wajah anda kekal awet muda walaupun berusia sudah 40-an.
Selain itu, serum ini dapat membersihkan liang-liang pori serta dapat mengekalkan kelembapan kulit.
Jangan risau, Serum Safi Rania Gold sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis kombinasi kerana bersifat non-comedogenic.
Produk Natur E Scar Serum ini berfungsi untuk memperbaiki kulit wajah. Antaranya;
- Membantu memulihkan parut wajah.
- Mengurangkan wajah kelihatan kusam.
- Membantu merangsang pengeluaran kolagen.
Malah dengan kandungan anti oksidan dalam serum ini dapat melindungi sel kulit dari kotoran.
Bagi mereka yang mempunyai parut jerawat yang dalam tidak kira sudah lama atau baru, sangat sesuai guna serum ini.
Bukan saja untuk jerawat tapi parut pembedahan, bekas luka cacar air, keloid, kulit retak terutama bahagian tumit dan sunburn.
Serum ini juga sesuai untuk parut muka atau badan kerana boleh bertindak melembapkan dan mencerahkan kulit kerana mengandungi Vitamin E semula jadi.
Penggunaanya mudah saja, sapu 1-2 titisan kecil NATUR E Scar Serum ke kulit yang mempunyai parut, urut sehingga serum serap ke dalam kulit.
Untuk kesan yang lebih cepat, anda boleh amalkan pada waktu pagi dan malam.
Serum Pro-Acne daripada Eucerin ini dapat memberi hidrasi pada kulit serta dapat membantu menghilangkan jerawat dengan cepat.
Selain itu dapat memperbaiki struktur kulit dengan menyingkirkan sel kulit mati sekaligus dapat melembapkan permukaan kulit.
Untuk pengetahuan anda, jenama Eucerin antara jenama penjagaan kulit yang disyorkan oleh ahli pakar dermatologi.
Ini kerana bahannya dapat bertindak untuk mengembalikan kesihatan kulit dan menjadikan kulit yang lebih berseri.
Serum Eucerin ProAcne mengandungi 100% Natural Acid, bahan ini dapat menyerap ke lapisan kulit wajah untuk menghalang pembentukan jerawat.
Teksturnya cepat menyerap, tidak menyumbat liang pori, bebas paraben dan sangat lembut terutamanya pada kulit yang mudah rosak seperti sensitif.
Mengandungi Decandiol yang mempunyai kesan anti-bakteria, berkesan untuk membantu mencegah jerawat daripada tumbuh meliar.
Nutox Advanced Serum Concentrate memberi tumpuan kepada dua ciri utama, Actigenic +, dan B'Nest Collagen.
Dengan menggunakan kuasa makro alga dan ekstrak gentian India, Actigenic + dapat memberi pertumbuhan semula epidermis untuk kulit tampak lebih muda dan berseri.
Gunakan secara konsisten bagi mengurangkan kesan penuaan seperti garis halus, kedut, dan kekusaman.
Kulit anda akan memberi hasil yang memuaskan dalam masa hanya beberapa minggu sahaja.
Serum yang berkonsentrasi tinggi ini diformulasi dengan teknologi terbaru dan kesannya tahan lama.
Hasil kulit wajah anda akan tampil jelas hanya selepas 7 hari penggunaan secara konsisten.
Diperbuat daripada Actigenic+ dan mengandungi 2x ekstrak pati sarang burung untuk menghasilkan kolagen pada kulit.
Bahan aktif yang terdapat dalam serum ini pula ialah asid Hyaluronik untuk merawat dan membaikpulih kulit rosak.
Diperkaya dengan khasiat asid Hyaluronik yang terkenal dalam memberi hidrasi pada kulit wajah dalam jangka masa panjang.
Ditambahn pula dengan formulasi HyaluComplex berkonsenstrasi tinggi memang mampu mengekalkan kelembapan pada keseluruhan lapisan kulit.
Dengan rumusan dan kebaikan 5th Generation HyaluComplex, Active Year Extract, Ceramela dan Seamollient ini, hasil kulit wajah anda akan menjadi lembut dan anjal berpanjangan.
Serum ini mengandungi ekstrak Yuja (sitron) penuh dengan nutrisi dan kelembapan yang boleh menyuburkan dan melembapkan kulit.
Bukan sahaja membantu menghilangkan jeragat dan gelap, malah boleh membuatkan kulit anda menjadi lebih lembut dan segar.
Selain itu, serum ini mengandungi 12 jenis vitamin yang boleh menenangkan kulit sensitif.
Paling penting, serum ini bebas pewangi tiruan dan mengandungi ekstrak minyak kulit Yuja sebenar.
Tekstur serum yang ringan dan cepat menyerap tanpa membuatkan anda rasa melekit.
Serum ini mempunyai tekstur cecair yang ringan dan cepat menyerap ke dalam lapisan kulit kerana setiap titisan mengandungi 10x ganda advanced niacinamide.
Selain mencerahkan kulit dan mengurangkan parut jerawat, serum ini mempunyai teknologi perlindungan pendedahan cahaya biru.
Kulit anda akan terasa lembap dan kelihatan lebih cerah selepas penggunaan kali pertama!
Bagaimanapun, kami sarankan anda untuk lakukan petch test untuk elakkan iritasi kerana mungkin boleh menyebabkan jerawat kecil pada sesetengah orang.
Garnier Sakura serum ini adalah serum khas untuk mencerahkan kulit wajah anda.
Mengandungi Hyaluron sebanyak 30x ganda untuk memberikan kelembutan, mengurangkan kedutan dan sangat bagus untuk kulit kering.
Estrak Japanese Sakura ini yang akan menjadikan kulit wajah anda lebih cerah dan berseri tau.
Bukan itu sahaja kelebihannya, harga yang murah dan mampu memberikan kesan seawal 3 hari selepas penggunaan.
Macam mana nak cari, boleh cari di Watsons sahaja.
Jom cuba dan punyai kulit cerah dengan Garnier serum ini.
Nak miliki kulit yang lebih muda, berseri dan anjal? Guna sahaja Revitalift 1.5% Hyaluronic Acid Serum! Sangat sesuai untuk kulit sensitif.
Ini kerana mengandungi konsentrasi tertinggi asid hialuronik dan telah diuji oleh dermatologis.
Paling penting, produk ini tidak mengandungi pewangi, minyak mineral, atau paraben.
Bukan itu sahaja, serum ini boleh merawat masalah penuaan, kulit kusam, membantu menyamarkan garis halus dan merawat kulit dari dalam.
Serum ini dapat menyerap ke dalam kulit dengan cepat, memberikan hidrasi dan mengurangkan kedutan dengan cepat dalam masa hanya dua minggu.
Tekstur serum ini pekat kerana diperkaya dengan nutrien semula jadi bagi meningkatkan keserian pada wajah kulit yang mengalami masalah kusam dan tak berseri.
Dalam masa yang sama dapat menghidratkan kulit serta melambatkan penuaan, jadi wajah anda akan kelihatan lebih muda dari usia sebenar.
Kepekatan serum ini disebabkan kandungannya mengandungi asid lemak penting yang diperoleh daripada minyak evening primrose, minyak jojoba dan minyak biji anggur.
Jangan risau, bahan yang terkandung dalam serum ini sesuai untuk semua jenis kulit terutama kering dan kusam.
Tambah pula terdapat campuran bahan antioksidan Vitamin E semula jadi dan minyak biji anggur yang tinggi menjadikan kulit terlindung daripada radikal bebas yang berbahaya.
Secara tidak langsung, serum ini boleh dijadikan ubat ubagi mereka yang mempunyai jenis kulit sensitif dan mengalami masalah ekzema kerana mengandungi minyak evening primrose.
Selain itu, serum ini dapat bantu merangsang kolegen kulit wajah yang mana dapat menganjalkan kulit sekaligus merangsang pengeluaran kolagen.
Serum ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan berminyak akibat dehidrasi serta mengurangkan masalah kulit sangat kering, bersisik, pecah-pecah dan mengelupas.
Dengan Derma-Mimic Complex, serum Dr. Dermis menguatkan penghalang kulit dan memperbaiki kuit yang rosak. Ia mengaktifkan saluran air Aquaporin untuk intensive hydration dan mengunci molekul air untuk kulit yang lebih sihat.
Mengandungi Vitamin B5 yang bertindak sebagai pelembap semula jadi, melindungi kulit dari iritasi dan menjadikan kulit lebih terhidrat.
Vitamin B3 pula berfungsi sebagai antioksidan dan meningkatkan pertahanan kulit daripada radikal bebas yang merosakkan kulit, sekaligus mencegah kerosakan kulit dan kekeringan.
Malah, ia membantu mengurangkan pigmentasi dan melawan tanda-tanda penuaan, memberikan kulit wajah yang lebih sihat secara menyeluruh.
Tambahan lagi, mengandungi Asid Hialuronik dan Sodium Hyaluronate yang berkesan mengunci kelembapan serta menguatkan penghalang kulit.
Terbukti secara klinikal dapat mengurangkan kulit menggelupas, kekasaran kulit, menenangkan kulit, mengurangkan iritasi kulit dan membaiki kulit yang rosak.
Bila pakai waktu malam, keesokan paginya kulit anda akan rasa sangat lembut, parut jerawat berkurangan dan semakin pulih selepas menggunakan Dr Dermis.
Rumusan terbaru produk daripada Bio-Essence ini menggabungkan bahan pencerah dan pelembap dalam satu botol.
Malah kandungan ekstrak daripada Tanaka Tree Bark, bunga Camellia, Arbutin dan White Plus Complex berkesan dalam menghapus bintik gelap.
Selain itu dapat mengurangkan jeragat pada kulit sambil memberikan hidrasi pada kulit wajah kering dan kusam.
Produk ini juga dapat menghalang pembentukan bintik gelap, mengurangkan parut degil dan pembentukan ekstra melanin.
Jadi dapat beri semula keanjalan kulit serta mengembalikan seri wajah yang kusam dan kering.
Sesuai untuk kulit sensitif kerana bahan yang digunakan bersifat anti-iritasi.
Apa Fungsi Serum?
Serum merupakan penjagaan muka yang mempuyai tekstur larutan gel yang berwarna jernih, ringan dan bebas minyak.
Bahan yang terkandung dalam serum adalah sejumlah bahan aktif, retinol untuk kulit, berbagai vitamin dan antioksidan.
Ini menjadikan serum lebih mudah masuk ke dalam lapisan kulit dan bertindak lebih cepat berbanding pelembap.
Jadi, fungsi serum adalah untuk memperbaiki masalah kulit bahagian paling dalam dengan lebih spesifik.
Hasilnya wajah akan kelihatan lebih remaja, mencerahkan kulit, melembapkan, menghalang pembentukan jerawat, memperbaiki tekstur wajah dan banyak lagi.
Apa pun jom tonton video di bawah untuk mengetahui jenis serum terbaik untuk jenis kulit.
Cara Memilih Serum Terbaik
Kulit yang sihat dan cantik adalah dambaan semua orang tapi untuk mencapainya, anda memerlukan skincare yang tepat.
Salah satu penjagaan muka yang boleh digunakan ialah serum.
Berikut beberapa tips untuk membantu anda memilih serum untuk muka.
-
Jenis kulit
Sebelum memilih serum, ketahui dahulu jenis kulit anda.
Apakah kulit anda kering, berminyak, kombinasi, sensitif atau normal?
-
Bahan-bahan
Apa yang menjadikan serum sangat berkesan ialah kandungan bahan aktif yang terdapat di dalamnya.
Kebanyakan serum mengandungi bahan-bahan seperti asid hialuronik, retinol, Vitamin C, dan niacinamide yang sangat baik untuk kulit anda.
Ini kerana bahan ini boleh menghidratkan, meremajakan, mencerahkan dan menghilangkan kedutan pada kulit.
-
Jenis aplikator
Pastikan anda memeriksa jenis aplikator dengan teliti kerana jenis aplikator yang digunakan dengan serum boleh memberi kesan kepada keberkesanan dan kemudahan penggunaannya.
Terdapat pelbagai jenis aplikator yang tersedia seperti penitis atau pam.
Kami nasihatkan anda untuk memilih aplikator yang mesra pengguna dan tidak membawa kepada pembaziran serum.
Apa Kelebihan Dan Kekurangan Serum?
Salah satu kelebihan serum ialah membantu mengurangkan kedutan dan garis halus.
Serum juga mempunyai tekstur yang ringan dan lebih mudah meresap ke dalam kulit.
Dengan penggunaan serum yang betul, anda boleh meningkatkan kelembapan kulit dan kulit rasa lebih lembut serta licin.
Sebelum menggunakan serum, pastikan kulit anda dibersihkan dengan baik dan telah disapu toner.
Ini kerana untuk membantu serum meresap ke dalam kulit dengan cepat dan lebih berkesan.
Sapukan sedikit serum pada tapak tangan anda, dan urut perlahan-lahan pada muka dan leher anda, elakkan kawasan mata dan bibir.
Urut perlahan-lahan sehingga serum diserap sepenuhnya.
Untuk hasil yang optimum, gunakan serum dua kali sehari, sebelum menggunakan pelembap dan eakkan menggunakan jumlah serum yang berlebihan kerana boleh menyebabkan kulit berminyak atau berjerawat.
Tapi kekurangan utamanya ialah dari segi harga.
Serum muka biasanya lebih mahal daripada produk kecantikan lain seperti pencuci muka atau pelembap kerana mengandungi bahan-bahan aktif yang lebih berkesan dan berkualiti tinggi.
Serum muka juga hanya produk muka tambahan, jadi individu yang menggunakan serum masih memerlukan pelembap dan sunblock untuk melindungi kulit mereka daripada matahari dan radikal bebas.
Artikel Berkaitan
- 11 Krim & Produk Hilangkan Jeragat Terbaik & Berkesan 2024
- 8 Produk Mencerahkan Ketiak di Watson Malaysia 2024
- 10 Sunblock/Sunscreen Terbaik Untuk Kulit Berminyak 2024
- 12 Toner Terbaik untuk Jeragat di Malaysia 2024
- 10 Krim & Losyen Kaki Terbaik di Malaysia 2024 - Harga & Review
- 11 Skrub Muka Terbaik Drugstore (Watson) Malaysia 2024
- 7 Bengkung Terbaik di Malaysia 2024 (Untuk Berpantang, Kurus)
- 14 Suplemen Kolagen Terbaik Untuk Kulit di Malaysia 2024