Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
putihkan ketiak

7 Produk Mencerahkan Ketiak di Watson Malaysia 2024

Jangan malu dan segan, guna saja produk ini untuk cerahkannya semula!

Bahagian pelipat seperti celah ketiak, peha dan leher antara bahagian badan yang jarang diberikan penjagaan yang baik.

Ramai daripada kita mempunyai masalah di bahagian pelipat tapi malu dan tak tahu cara yang baik untuk merawatnya terutama sekali bahagian celah ketiak. 

Masalah kulit celah ketiak gelap boleh berpunca kerana salah pemilihan sabun, deodorant, pewangi, losyen badan dan lain-lain.

Dan, tahukah anda yang mencukur, mencabut bulu ketiak juga merupakan salah satu punca celah ketiak gelap? 

Anda jangan risau dan malu, masalah ini boleh diselesaikan dengan menggunakan produk hilangkan ketiak hitam.

Tapi apakah jenama produk putihkan ketiak yang berkesan? Di mana boleh dapatkannya?

Jom kita lihat senarai produk putihkan ketiak di Watsons.


Bagaimana Cara Pilih Produk Putihkan Ketiak?

Ramai yang masih mencari produk terbaik untuk cerahkan semula bahagian celah ketiak untuk dapatkan penampilan yang lebih yakin.

Tapi bagaimana nak cari produk putihkan ketiak yang berkesan?

Berikut beberapa tips mudah tentang cara memilih produk putihkan ketiak.

  • Bahan yang digunakan

Sebelum menggunakan sesuatu produk cerahkan ketiak, pastikan anda membaca label untuk mengetahui bahan-bahannya. 

Kandungan SPF boleh membantu melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang merosakkan kulit.

Selain itu, dapatkan produk yang mengandungi bahan-bahan seperti arbutin atau vitamin C.

Bahan-bahan ini membantu mencerahkan kulit anda dan memperbaiki tekstur kulit.

  • Sesuai dengan jenis kulit anda

Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza, jadi penting untuk memilih produk yang sesuai dengan jenis kulit anda.

Jika anda mempunyai kulit sensitif, sebaiknya pilih produk yang direka khusus untuk kulit sensitif bagi mengelakkan sebarang reaksi alahan.

  • Mudah digunakan

Pastikan produk putihkan ketiak yang anda pilih mudah digunakan, selesa untuk digunakan dan boleh dibawa ke mana-mana. 

Jadi, anda akan rasa seronok untuk merawat dan akan menggunakannya secara konsisten.

Pilih produk yang mempunyai aplikator yang mudah digunakan seperti dalam bentuk roll on.

  • Pilih produk dengan kandungan pelembap

Produk yang mengandungi bahan-bahan yang melembapkan kulit dapat menjaga kelembapan kulit anda dan mencegah kulit menjadi kering atau gatal.


Apa Kelebihan Dan Kekurangan Produk Putihkan Ketiak?

Antara kelebihan utama produk untuk putihkan ketiak ialah ia dapat membantu menghilangkan warna gelap ketiak dan memberikan rasa yakin kepada pengguna.

Selain itu, produk ini boleh membantu mengurangkan bau ketiak dan memberikan rasa sejuk serta segar pada ketiak.

Produk ini juga mudah didapati di pasaran dengan pelbagai jenis dan harga.

Kebanyakan produk untuk putihkan ketiak juga mudah digunakan di rumah dan tidak memerlukan rawatan mahal di pusat kecantikan.

Namun, penggunaan produk untuk memutihkan ketiak terlalu kerap atau dengan bahan yang terlalu kuat boleh menyebabkan kulit kering dan melecur.

Oleh itu, sebelum menggunakan produk ini, pastikan ia sesuai dengan jenis kulit kita dan ikut arahan penggunaan dengan betul.

Tambah lagi, produk untuk putihkan ketiak juga tidak memberikan hasil yang kekal dan kulit kita akan kembali kepada warna asal jika kita berhenti menggunakan produk ini.

Jadi, cara yang terbaik untuk mendapatkan kulit ketiak yang lebih cerah dan bersih secara kekal ialah dengan memperbaiki gaya hidup dan amalkan pemakanan yang seimbang.


Senarai 7 Produk Untuk Putihkan Ketiak Anda

Produk putihkan ketiak di watson terbaik secara keseluruhan
Vaseline
Vaseline Brightening Gel Fresh Radiant Rice Water
mulai
RM13.90
Semak Vaseline Brightening Gel Fresh Radiant Rice Water harga dibawah:
add_circle 10x mencerahkan
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Mempunyai Niacinamide
add_circle Diformulasikan dari Jelly
add_circle 100% asli dari rice water
remove_circle Mudah kehabisan stok

Sebab menjadi pilihan utama:

Vaseline Gel Water Rice boleh guna untuk seluruh badan termasuk muka.

Ciri-ciri:

Vaseline merupakan salah satu pengeluar produk pencerah yang paling terkenal dan memang terbukti berkesanannya. 

Gel pencerah yang diformulasi dari rice water asli ini menjadikan kulit kekal lembap dan sihat. 

Memiliki tekstur yang ringin, licin dan tidak berminyak menjadikan penyerapan yang sangat pantas. 

Jangan risau, boleh disapu pada bahagian celah ketiak untuk memutihkan tapi pastikan pakai sebelum deodorant. 

Paling best, bila pakai anda dapat rasa sejuk pada kulit tanpa menjadikan bahagian ketiak melekit.

Pencerahan yang di janjikan sehingga 10x ganda dari losyen biasa dan untuk hasil lebih cepat, pakai 2 kali sehari selama sebulan. 

Review:

‘Tekstur yang ringan dan tidak melekit menjadikan pilihan tepat lepastu bau wangi yang lembut pada kulit dan rasa sejuk buat kita jadi lebih selesa.’

Produk cerahkan ketiak yang hitam
Vaseline
Vaseline Bright Repair Deodorant Roll on Ultra
mulai
RM10.50
Semak Vaseline Bright Repair Deodorant Roll on Ultra harga dibawah:
add_circle Terdapat kolegen booster dalam deodorant
add_circle Dapat membaiki lapisan kulit
remove_circle Mungkin tidak sesuai untuk sesetengah kulit sensitif

Nak pakai deodorant untuk hilangkan bau tapi nak yang mencerahkan, anda patut cuba deodorant dari Vaseline.

Deodorant ini diperkaya dengan Collagen booster yang membaiki kulit bahagian dalam. 

Manakala vitamin B3 akan bekerja untuk memperbaiki lapisan luar dengan menjadikan kulit lebih licin dan mencerahkan. 

Niacinamide serta Gluta yang ada dalam deodorant Vaseline membantu mencerahkan kulit dengan lebih berkesan di lipatan ketiak.

NATURALS BY WATSONS Coffee Sugar Body Scrub
mulai
RM23.71
Semak NATURALS BY WATSONS Coffee Sugar Body Scrub harga dibawah:
add_circle Baik untuk kulit
add_circle Diperkaya dengan Vitamin B3
add_circle Melembutkan kulit
add_circle Mencerahkan kulit
remove_circle Tidak meberikan kesan cerah seperti yang di beritahu

Scrub dan kopi merupakan perkara tidak asing kerana kopi membantu mengurangkan kesan selulit pada badan dan bagus untuk anti radang. 

Bukan sahaja menjadikan kulit sihat dengan membuang daki, kopi juga mampu menghalang kesan penuan.

Walaupun tekstur scrub ini sedikit kasar tapi boleh digunakan pada bahagian kulit yang sedikit nipis dan tak akan menyakiti kulit badan anda.

Kulit menjadi lebih lembut dimana formulasi tersebut datang dari sucrose dan glycerin yang dapat memperbaiki kulit yang rosak akibat sinaran UV. 

Jom dapatkan scrub terbaik ini di Watsons. 

Rosken Skin Repair Whitening Firming Cream
mulai
RM34.80
Semak Rosken Skin Repair Whitening Firming Cream harga dibawah:
add_circle Mencerahkan tona kulit
add_circle Bagus juga untuk celah peha
add_circle Menghilangkan parut halus
remove_circle Stok terhad dalam pasaran

Ramai antara kita tidak tahu, sebenarnya lotion badan yang dirumuskan untuk mencerahkan ini boleh mencerahkan lipatan kulit ketiak.

Ini kerana losyen Rosken mempunyai bahan Hydroquinone bahan kimia yang membantu mencerahkan tona kulit. 

Malah terdapat juga rumusan WHITENYL-FIRMEX11 - beserta vitamin E dan Q10 yang dapat menghilangkan kusam dan parut halus.

Cara pemakain mudah saja, sapu pada lapisan kulit yang mengalami masalah kulit gelap pada setiap hari sebaiknya sebelum tidur.

Scrub mencerahkan ketiak
I’m From Fig Scrub Mask
mulai
RM38.00
Semak I’m From Fig Scrub Mask harga dibawah:
add_circle Buah ara segar
add_circle Bebas paraben
add_circle Tiada silicon
add_circle Bebas Sulfate-free
add_circle Menggunakan brown sugar
remove_circle Harga yang agak mahal

Buah ara dari ladang di Korea yang digunakan dalam scrub ini dipilih agar kualitinya terbaik, menggunakan formula serbuk buah ara dan gabungan brown sugar.

Hasilnya, secara lembut menyingkirkan sel kulit mati dan kulit lebih bersih tanpa kotoran lagi pada badan.

Double peeling bermaksud, kesan enzyme dari buah ara akan membuang sel kulit mati, dan brown sugar pula akan menyingkirkan saki baki kotoran dan sel kulit mati tersebut. 

Secara umumnya, pastinya ramai yang tahu brown sugar ini merupakan sumber pelembap asli yang akan memberikan kesan glowing pada kulit 

Aiken Vita-C Bright Moisturiser 40g
mulai
RM14.37
Semak Aiken Vita-C Bright Moisturiser 40g harga dibawah:
add_circle Natural vitamin C dari Jepun
add_circle Tea tree Oil dari Australia
add_circle Bebas paraben
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
remove_circle Tiada kandungan SPF

Pernah terfikir nak pakai moisturiser dekat ketiak anda? Mesti tak, tapi sebenarnya boleh sahaja. 

Tak jadi masalah, kali ni Aiken moisturiser yang diperkaya dengan vita-c bright terbukti mampu untuk memcerahkan bahagian kulit dan membaiki tona kulit agar lebih sekata. 

Bila nak apply pada bahagian celah ketika, tekstur bahan itu sangat memainkan peranan dimana anda disaran memilih tekstur gel seperti moisturiser ini. 

Kadar penyerapan adalah lebih pantas dan tidak membuatkan kulit terasa melekit. 

Jerawat juga akan berkurangan, masalah kulit gelap juga selesai. Selamat mencuba!

Deodorant memutihkan ketiak
ALIA Brightening Deodorant 50ml
mulai
RM7.43
Semak ALIA Brightening Deodorant 50ml harga dibawah:
add_circle Harga yang murah
add_circle Rumusan Habbatus Sauda
add_circle Ekstrak Mulberry dari Korea
add_circle Bebas paraben dan juga alkohol
remove_circle Tidak terlalu berkesan

Penjagaan kulit pada bahagian ketiak sebenarnya bermula dari deodorant yang anda pakai sama ada memberi kesan kulit menjadi gelap atau tidak.

Jadi, produk jenama ALIA ini mengandungi bahan ekstrak Mulberry dari Korea yang berkualiti yang tidak akan memberi kesan gelap pada celahan kulit.

Ekstrak tersebut juga gabungan Vitamin C, B5 akan menjadikan kulit lembab serta mengelakkan kulit menjadi gelap. 

Kulit sensitif juga tiada masalah menggunakan deodarant ini kerana bahannya bebas paraben dan alkohol.


Cara Terbaik Untuk Putihkan Ketiak

Siapa yang tak inginkan ketiak yang cerah dan bersih? 

Jadi, penjagaan kulit di bahagin tersebut haruslah dijaga rapi. 

Langkah penting ialah anda perlu kurangkan penggunaan shaver atau pisau cukur kerana ia akan menyebabkan geseran kasar pada kulit atau lebih teruk melukakan kulit. 

Kesan daripada perbuatan ini, kulit akan menjadi menjadi gelap dan iritasi. 

Jalan penyelesaiannya, cuba tukar menggunakan wax atau cabut bulu ketiak anda menggunakan alat yang betul. 

Seterusnya, pilih deodorant yang dirumuskan khas bagi mencerahkan kulit ketiak anda. 

Anda juga boleh cuba guna losyen pencerah pada bahagian ketiak. Anda jangan rasa malu untuk gunakannya!

Jika rajin, anda boleh skrub bahagian celah ketiak sehari sekali semasa mandi untuk lembutkan semula kulit ketiak anda.

Semoga bermanfaat!


Artikel Berkaitan

End of Article