Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
bengkung

10 Bengkung Terbaik di Malaysia 2024 (Moden & Tradition)

Tahu tak, setiap satu bengkung setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza?

Pemakaian bengkung perut digunakan apabila seorang wanita sedang menjalani proses berpantang atau ingin kelihatan kempis pada bahagian perut.

Tapi kini tidak lagi apabila bengkung sudah upgrade dengan pelbagai jenis bengkung dimana setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza.

Tambah pula salah seorang influencer media sosial, Sajat mengetengahkan pemakaian bengkus supaya pinggang kelihatan kemas dan ramping persis anak dara.

Jadi kami senaraikan jenama bengkung terbaik untuk anda pilih supaya penampilan kelihatan cantik.


Senarai 10 Jenama Bengkung Terbaik

Bengkung terbaik untuk kempiskan perut
Tanamera Post Natal Binder
mulai
RM76.50
Semak Tanamera Post Natal Binder harga dibawah:
add_circle Mudah dikendalikan
add_circle Jenis kain tak panas
add_circle Boleh laras
add_circle Selesa
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Jenama Tanamera sangat terkenal dengan barangan berpantang moden jadi salah satu barang pantang yang mereka sediakan adalah bengkung.

Ciri-ciri:

Bengkung bersalin jenama dari Tanamera direka bentuk tradisional dimana dapat memberi sokongan pada bahagian sekeliling tubuh 360°.

Walaupun bentuknya seperti bengkung tradisional tapi anda tidak perlu mengikat dengan ketat kerana terdapat klip pada bahagian bawah cuma perlu tarik tali untuk ketatkan saja.

Fabrik bengkung ini dipebuat daripada kapas lembut yang tidak diluntur menjadikan si ibu rasa selesa walaupun berjam-jam lamanya pakai.

Jangan risau, pemakaian bengkung mudah dipakai dan jika nak rasa lebih selesa sebaiknya bahagian bawah pakai pakaian yang longgar.

Tempoh yang disyorkan untuk pakai bengkung ini adalah selama 40 hari sekurang-kurangnya 12 jam sehari untuk hasil yang terbaik.

Jika anda pakai 24 jam sepanjang tempoh berpantang, anda akan dapat lihat hasil yang maksimum.

Review:

“Setakat ni pakai memang okay, sangat selesa, menyesal beli satu,”

Mama's Choice Postpartum Adjustable Corset
mulai
RM59.90
Semak Mama's Choice Postpartum Adjustable Corset harga dibawah:
add_circle Selesa
add_circle Boleh adjust
add_circle Mengembalikan bentuk badan
add_circle Tidak menyebabkan sakit belakang
remove_circle Tidak sesuai untuk pakaian harian

Bengkung dari Mama’s Choice jenis adjustable corset ini diperbuat daripada 65% polyester dan 35% fabrik elastik.

Ini menjadikan anda tidak terasa panas dan boleh direnggangkan untuk membelit bahagian perut supaya dapat mengembalikan postur badan seperti asal.

Disebabkan mempunyai ciri boleh adjust, jadi bengkung ini sesuai untuk ibu yang bersalin c-zer kerana boleh adjust sarung bengkung jauh dari bahagian luka bedah.

Pada bahagian bengkung ini terdapat strap untuk bengkung anda lekap supaya dapat mengembalikan bentuk badan seperti sedia kala.

Terdapat dua pilihan warna iaitu nude dan hitam.

Shapee Belly Band Plus+
mulai
RM67.49
Semak Shapee Belly Band Plus+ harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk penyusuan
add_circle Terdapat 3 pilihan warna
add_circle Mengembalikan semula bentuk badan
remove_circle Tidak sesuai untuk cesarean

Jenama Shapee Belly Band Plus+ ini diperbuat daripada polyester, elastane, cotton dan mampu direnggangkan sehingga 27 cm panjangnya.

Bagaimanapun terdapat 3 saiz yang berbeza; M (32 inch – 37 inch), L (37 inch – 43 inch) dan XL (43 inch – 49 inch).

Kepada ibu yang menyusu badan, anda akan rasa selesa ketika menggunakan bengkung ini kerana bengkung ini akan ikut postur badan anda semasa menyusu.

Selain itu, dengan 3 strap pada bahagian pinggang, bengkung ini dapat bantu anda mengembalikan bentuk badan seperti sediakala.

Cuma perlu diingatkan, para ibu yang melahirkan anak melalui proses bedah, digalakkan pakai bengkung ini selepas luka sembuh.

Ingin diingatkan, cara basuh bengkung ini adalah dengan cara menyental dengan tangan menggunakan air sejuk dan tidak boleh menggunakan peluntur klorin atau mesin pengering.

Bengkung bersalin
Serimama Bengkung Berzap
mulai
RM65.00
Semak Serimama Bengkung Berzap harga dibawah:
add_circle Hanya pakai 3 saat
add_circle Mudah dikendalikan
add_circle Sesuai untuk ibu bersalin normal dan pembedahan
remove_circle Tidak boleh basuh dengan mesin

Bengkung Berzap 3 Saat dari Serimama ini direka khas untuk ibu menjalani berpantang dengan mudah.

Rekaan bengkung berzap ini sesuai untuk bersalin bedah dan normal kerana anda boleh adjust strap bengkung dari terkena luka bedah. 

Jika si ibu terpaksa melalui tempoh berpantang seorang diri, si ibu boleh membengkung sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain.

Ini kerana zap yang dipakai lebih mudah dan mempunyai ciri elastik untuk membalut bahagian perut dengan sendiri.

Paling penting, si ibu akan merasa selesa dalam keadaan duduk, baring dan berdiri kerana boleh adjust zap sendiri.

Terdapat 4 ukuran berbeza iaitu; M (38.5 X 20 inci), L (45 X 20 inci), XL (51 X 20 inci), XXL (57.5 X 20 inci).

Autumnz Post Partum Abdominal Binder
mulai
RM47.00
Semak Autumnz Post Partum Abdominal Binder harga dibawah:
add_circle Dapat mengembalikan bentuk asal badan
add_circle Mudah dikendalikan
remove_circle Kurang selesa untuk postur penyusuan

Autumnz Post-Partum Abdominal Binder direka dengan teliti untuk membantu membentuk semula perut anda kepada bentuk pra-kehamilan. 

Dengan rekaan jenis membalut menggunakan strap dan bersilang, menjadikan bengkung ini digelar sebagai ‘Bengkung Moden’.

Tapi, kelebihan sama saja dengan bengkung tradisional dimana dapat memudahkan proses pemulihan selepas hamil secara semula jadi.

Cuma apa yang membezakan adalah, proses memakai bengkung kelihatan lebih mudah berbanding tradisional.

Lagipun bengkung ini direka untuk membantu mengurangkan kesan tekanan yang tidak diingini serta meningkatkan keanjalan semula jadi kulit.

Jamu Jelita Bengkung Tradisi
mulai
RM29.00
Semak Jamu Jelita Bengkung Tradisi harga dibawah:
add_circle Murah
add_circle Mudah dicuci
add_circle Ikatan yang padat
add_circle Tidak mudah terbuka
add_circle Mengembalikan bentuk badan asal
remove_circle Memerlukan dua orang untuk mengikat bengkung

Bagi mereka yang sukakan barangan pantang tradisional boleh beli bengkung dari Jamu Jelita ni.

Anda pun tak perlu pening kepala nak pilih saiz kerana tali yang disediakan cukup panjang untuk mengikat bahagian pinggang dan perut untuk semua saiz.

Walaupun bengkung ini memerlukan dua orang untuk mengikat bengkung tapi berkesan untuk mengembalikan bentuk badan yang lama.

Ini kerana ikatan bengkung tali tidak mudah longgar berbanding jenis strap dimana kemungkinan besar lekapan strap boleh terbuka.

Jangan risau, mudah dicuci kerana jenis kain biasa jadi lepas tempoh berpantang, terus cuci dengan mesin basuh.

Bengkung pinggang
Vasia Bengkung Moden
mulai
RM26.00
Semak Vasia Bengkung Moden harga dibawah:
add_circle Mudah dikendalikan
add_circle Harga murah
add_circle Ringan
remove_circle Tidak membalut sehingga bawah punggung

Vasia bengkung sering digunakan untuk menyimpan lebihan lemak pada bahagian perut dan digunakan semasa proses berpantang.

Kelebihan bengkung dari jenama Vasia ini anda boleh pakai walaupun selepas tempoh berpantang untuk kelihatan ramping.

Lagipun bengkung ini dapat memberi sokongan badan terutama pada tulang belakang dan meningkatkan keanjalan pada bahagian perut.

Jangan risau, mudah digunakan dimana tidak perlu diikat pada setiap bahagian dan paling penting si ibu selesa dan tidak memeri.

Bagi mereka yang menyusukan anak, bengkung ini merupakan pilihan yang tepat kerana anda tetap selesa menyusukan si kecil walaupun memakai bengkung ini.

bengkung sajat
mulai
RM88.99
Semak Lets Bengkung Terbaru By NurSajat harga dibawah:
add_circle Fabrik sangat selesa dan sejuk
add_circle Sesuai untuk lelaki dan wanita
add_circle Boleh dipakai melebihi 8 jam
add_circle Boleh menyokong tulang belakang
add_circle Sesuai untuk wanita yang sedang berpantang
remove_circle Tidak sesuai basuh mesin

Bagi mereka yang mencari bengkung yang lebih mantap, selesa dan mempunyai grip yang lebih baik, anda perlu dapatkan bengkung terbaru dari Sajat.

Bengkung ini dilengkapi dengan banyak tulang infrared yang membantu memecahkan lemak dan diperbuat daripada kain 'burn fabric' yang selesa dipakai serta menyejukkan.

Selain itu, bengkung ini mudah dicuci (hand wash) dan boleh dipakai melebihi 8 jam sehari. Ia juga boleh menyokong tulang belakang serta mengempiskan perut anda. 

Sesuai untuk wanita yang sedang berpantang dan juga mereka yang aktif di gimnasium atau melakukan aktiviti lasak. 

Dengan harga yang mampu milik, bengkuang Sajat ini akan mencantikkan lagi postur badan anda! 

bengkung razowa
mulai
RM80.00
Semak ADEMI Bengkung 3 Saat Razowa harga dibawah:
add_circle Mudah dipakai
add_circle Mudah ke tandas
add_circle Sesuai untuk bersalin normal atau caesar
remove_circle Kain keras & mudah bergulung

Bengkung 3 Saat Razowa adalah pilihan yang sangat baik kerana ia boleh dipakai tanpa bantuan, menjimatkan masa, dan sangat selesa dipakai. 

Ia juga memudahkan urusan pergi ke tandas dan sesuai untuk ibu yang melahirkan secara normal atau melalui pembedahan Caesar. 

Bengkung ini turut tersedia dalam pelbagai saiz, termasuk Free Size untuk S-L, Plus Size untuk XL-XXL, dan Extra Size untuk 3XL - 4XL, membolehkan ibu memilih saiz yang sesuai dengan pakaian. 

Dengan langkah pemakaian yang mudah, bengkung ini membantu para ibu yang ingin merapatkan dan mengembalikan bentuk badan mereka selepas bersalin.

bengkung
mulai
RM32.90
Semak Plus Size Back Posture Corrector Baju Tulang Belakang harga dibawah:
add_circle Membantu memperbetulkan postur badan
add_circle Sesuai untuk semua saiz
add_circle Rekaan ergonomik
remove_circle Penggunaan hanya 3 jam

Anda sering mengalami masalah sakit belakang dan mempunyai postur badan yang bongkok seperti orang tua?

Jangan risau, bengkung ini dapat  bantu anda menegakkan badan sekaligus mengurangkan timbul masalah sakit belakang.

Ini kerana bengkung ini dihasilkan oleh pereka pembetulan postur profesional bagu membantu individu yang sering mengalami sakit belakang, sakit pinggang dan leher.

Dalam masa yang sama, produk ini berfungsi sebagai langkah pencegahan untuk mencegah perkembangan bongkok biasa pada usia remaja. 

Maksudnya dapat membantu membetulkan kedudukan bahu dan belakang serta dilengkapi sepasang palang besi untuk memperkuat tulang belakang dan bahagian bawah. 

Bengkung ini juga boleh laras untuk memastikan keselesaan pengguna dan paling penting material bengkung ini breathable dan disarankan untuk memakai baju dalam. 


Cara Pakai Bengkung Yang Betul

Pemakaian bengkung sewaktu tempoh berpantang merupakan adat melayu bagi tujuan mengembalikan semula tubuh badan yang sebelum melahirkan anak.

Tapi bagi mommy yang baru pertama kali menjalani tempoh berpantang, mungkin tidak tahu bagaimana cara pakai bengkung yang betul.

Terutama mereka yang melahirkan anak secara perbedahan atau perlu berpantang sendiri disebabkan beberapa faktor.

Jadi, kami bantu anda untuk mempelajari cara pakai bengkung dengan betul.

  1. Disebabkan bengkung sekarnag mempunyai saiz jadi pastikan pilih saiz bengkung yang sesuai dengan badan anda. Bengkung yang terbaik adalah dapat menutup semua bahagian abdomen dengan tidak terlalu ketat atau terlalu longgar.
  2. Sebelum memakai bengkung sebaiknya sapu krim atau minyak herba di sekitar abdomen.
  3. Kemudian, baru balut bengkung bada bahagian abdomen sehingga ke pinggul seperti rajah di bawah.

Ingin diingatkan, pemakaian bengkung terlalu ketat dapat menyebabkan timbul masalah buasir.

Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui cara ikat bengkung dengan lebih terperinci.


Artikel Berkaitan

End of Article