Kecantikan

16 Contact Lens Terbaik & Selamat di Malaysia 2026

Nak mata nampak lawa, pilihlah warna contact lens yang sesuai dengan kulit dari jenama contact lens yang selamat. Jom lihat harga contact lens terbaik ini.


Editor · Updated 9 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

16 Contact Lens Terbaik & Selamat di Malaysia 2026

Menurut satu kajian di US Centres for Disease Control and Prevention (CDC), sebanyak 90% daripada 40 juta rakyat Amerika memakai contact lens dan tak mengikuti panduan penjagaan yang betul.

Bagaimana pula peratusan rakyat Malaysia?

Kandungan

Adakah anda antara golongan yang hanya tahu pakai contact lens tapi tidak tahu cara penjagaan contact lens yang bagus atau jenama contact lens yang selamat?

Ia tetap masih menjadi persoalan untuk membeli contact lens Malaysia.

Penjagaan lens mata amat penting dan tentu kita nak pilih lens mata terbaik dan juga untuk lebih cantik boleh pilih warna lens yang bersesuaian dengan wajah.

Sebenarnya, membersihkan contact lens yang biasa atau contact lens power ini juga memerlukan air yang dikhaskan seperti Renu contact lens solution.

Jangan risau, jom belajar cara pakai dan pilih warna contact lens yang sesuai dengan kulit anda.

Boleh pilih juga saiz contact lens atau warna lens yang cantik.

Ada banyak brand contact lens di pasaran dan pelbagai harga contact lens ditawarkan untuk pembeli, jadi tinggal pilih je contact lens brand yang bagus.

Jadi, jom kita lihat senarai jenama contact lens selamat, jenis contact lens, dan beberapa perkara yang anda perlu tahu apabila pakai contact lens.

Jawapan ringkas: kanta lekap dengan pelbagai pilihan harga termasuk Magister Contact Lens DUBAI 14.5MM dari RM25 (harga platform Lazada tersimpan; kami menyemak Shopee Malaysia pada 9 September 2026 dan tiada penyenaraian ditemui untuk model kanta lekap berkuasa ini, jadi harga di sini adalah harga Lazada yang tersimpan, bukan harga Shopee yang baru disahkan).


Senarai 16 Contact Lens Terbaik

Contact lens untuk power tinggi 1 daripada 16
Alcon Air Optix Hydraglyde
Alcon
Dari RM42.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
6X lebih oksigen
Selesa dipakai harian
Bukan untuk orang tidak rabun
2 lagi
Contact lens jenis bulanan
Mengekalkan hidrasi permukaan lens

Sebab menjadi pilihan utama:

Produk Alcon yang diperbuat bahan silikon ini direka dengan Hydraglyde.

Ciri-ciri:

Bahan ini akan membantu permukaan kanta mata terbaik ini untuk kekalkan kelembapan dengan lebih lama jadi mata juga tak cepat kering tau.

Teknologi Smartshield memberikan lapisan perlindungan ultra nipis di luar kanta agar jumlah permukaan silikon yang terdedah boleh dikurangkan. 

Kanta sentuh dengan diameter 14.2mm ini ada pelbagai pilihan power, antaranya -1.75, -4.50 sehinggalah -8.00 dan -10.50. 

Jadi, memang sesuai untuk orang rabun tinggi dan mencari contact lens power yang sangat tinggi. 

Terdapat tiga pasang kanta sentuh dalam setiap pek jadi anda boleh buat stok dan simpan di rumah.

Review:

"Contact lens Malaysia paling terbaik sebab tak mengeringkan mata langsung. Sangat selesa dan sesuai dipakai pada mata. Cerah pandangan lepas pakai produk ni."

Biofinity Monthly CooperVision
Contact lens transparent 2 daripada 16
Biofinity Monthly CooperVision
Dari RM68
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tahan lama
Selesa dipakai
Tiada perlindungan UV
2 lagi
Kebolebasahan semulajadi tak kering
Banyak pilihan power untuk orang rabun

Contact lens dengan power keluaran CooperVision ini yang mempunyai diameter lens ialah 14.0mm. 

Produk ini mempunyai 3 pasang kanta lekap dalam 1 kotak jadi anda tak perlu beli contact lens dengan kerap kerana kanta sentuh ini jenis bulanan. 

Ini bermakna anda boleh pakai kanta lekap ini setiap hari selama sebulan. 

Ingin diingatkan, anda perlu cuci dan bilas dengan cecair khas setiap kali selepas pemakaian agar tahan lama. 

Selain itu, teknologi Aquaform® Comfort Science™ pada soft lens ini membenarkan oksigen yang mencukupi untuk melalui mata. 

Mata juga tak mudah kering dan ditambah pula contact lens ini mempunyai kandungan air sehingga 48%.

KOREA Contact Lens Viral
Contact lens Korea 3 daripada 16
KOREA Contact Lens Viral
Dari RM5.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Harga murah
Diameter lens 14mm-16mm
Tiada power
3 lagi
Lengkung asas (base curve) 8.6mm
Pelbagai pilihan warna
Kurang sesuai mata sesetengah orang

Anda tak rabun tapi tetap mahu pakai contact lens colour untuk tampil bergaya seperti orang Korea? 

Kanta lekap ini akan menjadikan mata anda lebih seksi dan menawan kerana terdapat lebih 10 pilihan warna yang stylish untuk anda dapatkan. 

Antaranya, biru, angel brown, aqua, flower grey, hydrocor silver dan peanut brown

Selain itu, kanta lekap yang diimport dari Korea dijual sepasang dalam 1 kotak ini merupakan jenis bulanan atau monthly disposal

Turut mempunyai kandungan air sebanyak 38% dan anda tak digalakkan untuk memakai contact lens ini lebih 8 jam sehari tau.

Perlu diingatkan, anda perlu tukar kepada kanta lekap baru setiap 1 ke 3 bulan sebab penggunaan maksima produk ini ialah 3 bulan sahaja.

QUINLIVAN FLORA Daily Disposable Cosmetics Contact Lens (10pcs)
Contact lens rabun jauh 4 daripada 16
QUINLIVAN FLORA Daily Disposable Cosmetics Contact Lens (10pcs)
QUINLIVAN
Dari RM71.20
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kandungan air 42%
5 pasang dalam sekotak
Perlu dibuang lepas 1 kali pemakaian
2 lagi
Lens 2 tona warna
Mudah dipakai

Jenama contact lens colour merupakan hasil sentuhan pelakon Taiwan iaitu Hannah Quinlivan.

Contact lens ini telah direka khas dengan kerjasama pakar kosmetik dari Jepun supaya kanta lekap berwarna ini selesa dipakai. 

Tambahan pula, kanta sentuh harian ini diperbuat dari bahan Hefilcon yang tinggi dengan kandungan air di mana mata tak akan mudah kering. 

Bahagian saiz pula, contact lens ini mempunyai saiz lengkok asas 8.6 mm yang sesuai dengan kebanyakan orang Asia. 

Lebih menarik, contact lens power ini juga memiliki perlindungan dari UV A, UV B yang akan mengurangkan sinar ultraviolet yang bahaya pada mata. 

Jangan risau, bahan pewarna yang digunakan untuk menghasilkan warna lens juga telah mendapat kelulusan dari FDA 21 CFR.

Firstlook Celebrite 16mm Big Eye 3 Months Color Contact Lens 2pcs box
Contact lens untuk mata sepet 5 daripada 16
Firstlook Celebrite 16mm Big Eye 3 Months Color Contact Lens 2pcs /box
Dari RM33
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Membesarkan iris mata
Ada perlindungan radiasi UV pada kornea
Mata mudah kering
2 lagi
Kandungan 45%
Ada pelbagai pilihan power

Mahu mata tampil lebih besar walaupun sepet? Contact lens Firstlook dengan diameter 16mm memang khas untuk anda. 

Terdapat 9 pilihan warnanya yang menawan seperti starry brown, hazel, hitam, lamour grey dan coklat.

Semua warna ini akan memberikan kesan warna dan bentuk anak mata kelihatan semulajadi.  

Malah, mata juga tak mudah kering kerana produk ini direka dengan teknologi kesan kelembapan Hydration Plus (HA+).

Teknologi ini memberi anda selesa memakainya dalam tempoh yang lama tanpa rasa mata kering.

Kanta lekap jenis pakai buang 3 bulan ini bukan sahaja dijual dengan power, malah individu yang tak rabun juga boleh pakai kerana ada pilihan power -0.00. 

Paling menarik, contact lens dari jenama ini boleh mengurangkan masalah mata silau.

Blincon Classic Elegance 3 Months Cosmetic Contact Lenses (2pcs)
Contact lens untuk 3 bulan 6 daripada 16
Blincon Classic Elegance 3 Months Cosmetic Contact Lenses (2pcs)
Dari RM29.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Diameter lens 14.2mm
Kandungan air 40%
Beli 2 pek jika power mata berbeza
2 lagi
Lengkung asas saiz 8.60mm
Mata tampak lebih besar

Contact lens brand Blincon ini jenis pakai buang 3 bulan dan sesuai digayakan oleh golongan professional juga. 

Anda tak perlu ragu-ragu untuk pakai produk ini sebab jenama contact lens yang selamat ini telah mendapat pengesahan daripada FDA. 

Pilihan warnanya juga menggiurkan hati para wanita seperti hitam dan coklat jika mahu tampil semula jadi.

Manakala warna hijau zaitun, biru aquamarine dan kelabu jika anda mahu nampak lain dari yang lain. 

Kanta lekap ini diperbuat dari bahan hema yang sangat lembut dan selesa dipakai.

Sangat sesuai untuk kedua-dua individu rabun dan tak rabun kerana ada banyak pilihan power termasuklah tanpa power (0.00). 

Johnson & Johnson 1 Day ACUVUE Moist Daily Contact Lenses (30pcs)
Contact lens untuk mata sensitif 7 daripada 16
Johnson & Johnson 1 Day ACUVUE Moist Daily Contact Lenses (30pcs)
Johnson & Johnson
Dari RM80.52
Lihat harga di Lazada Malaysia
Mengurangkan ketidakselesaan mata
Sesuai untuk orang ada alergi
Bukan kanta lekap kosmetik
2 lagi
Kelembapan kekal lama, tak mudah kering
Bukan untuk orang tak rabun

Kanta lekap daripada ACUVUE ini mengandungi 58% kandungan air dan telah diformulasikan dengan teknologi LACREON.

Teknologi ini akan memasukkan ejen pembasahan secara terus ke dalam kanta mata agar akan kekal selesa sepanjang hari. 

Turut hadir dengan 2 pilihan saiz lengkung asas iaitu 8.5mm dan 9.0mm, jadi pilih sahaja yang paling sesuai dengan saiz mata anda. 

Bukan itu sahaja, penglihatan anda yang rabun akan menjadi lebih jelas sebab ada banyak pilihan power optikal, antaranya -0.50, -1.25, -4.50, -7.00 dan banyak lagi. 

Setiap pasang kanta lekap juga telah dipek dengan kemas dan bersih bersama cecair khas saline dan povidone. 

Jangan lupa untuk terus buang produk ini selepas ditanggalkan sebab ia jenis pakai buang harian jadi hanya sekali guna sahaja.

Maxvue Airsoft Monthly Disposable Contact Lenses 6pcsbox
Contact lens untuk mata kering 8 daripada 16
Maxvue Airsoft Monthly Disposable Contact Lenses 6pcs/box
Dari RM48.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
6 pieces dalam 1 kotak
Perlindungan UV dari sinaran berbahaya
Bukan untuk orang tak rabun
3 lagi
Keselesaan berpanjangan
7x lebih oksigen
Tiada power 700 ke atas

Mata yang kering menjadi penyebab anda tak boleh bergaya dengan contact lens yang cantik? 

Jangan risau, kanta sentuh jenis pakai buang bulanan dari Airsoft akan jadi solusi terbaik masalah tesebut kerana kandungan airnya hanyalah sebanyak  47%. 

Contact lens power yang diperbuat daripada bahan unik hydrogel silikon ini bakal menggabungkan oksigen yang masuk ke dalam lens dan air yang tinggi. 

Jadi, mata anda akna rasa lebih selesa dan sihat sepanjang penggunaan.

Selain itu, kadar kebolehtelapan oksigennya juga sangat efisyen iaitu 190 (Dk/t). 

Mata akan tetap selesa walaupun anda perlu mengguna telefon pintar dan laptop dalam tempoh yang lama ketika memakai kanta sentuh ini sepanjang hari. 

Anda juga dapat mengurangkan masalah mata merah apabila menggunakan kanta lekap ini.

Bausch + Lomb Ultra Monthly Silicone Hydrogel Contact Lens (3pcs)
Contact lens untuk silau 9 daripada 16
Bausch + Lomb Ultra Monthly Silicone Hydrogel Contact Lens (3pcs)
Dari RM33.88
Lihat harga di Lazada Malaysia
Sesuai untuk pemanduan malam
Mengurangkan masalah silau
Tiada perlindungan UVA/UVB
2 lagi
Kandungan air 46%
Pelbagai pilihan power optikal

Anda yang mengalami masalah astigmatism akan digalakkan untuk pakai kanta lekap jenama terbaik ini.

Kanta lekap ini mempunyai teknologi MoistureSeal pada produk ini akan mengekalkan 95% kelembapan kanta selama 16 jam penuh. 

Kalau anda sering meluangkan masa di hadapan skrin telefon pintar atau peranti digital lain, kesihatan mata tetap terjaga. 

Dengan pemakaian contact lens terbaik ini sebab mata tak akan cepat kering atau letih. 

Di samping itu, kanta bulanan dengan diameter 14.2mm yang diperbuat daripada 54% bahan Samfilcon A ini turut mempunyai lengkung asas 8.5mm.

Rekaan di bahagian hujung kanta ini juga nipis untuk keselesaan yang berterusan sepanjang hari. 

Dijamin selepas ini tiada lagi masalah mata kering atau tak selesa lepas akibat tengok skrin telefon lama-lama.

Alcon Freshlook One Day Color Daily Cosmetics Contact Lenses
Contact lens untuk beginner 10 daripada 16
Alcon Freshlook One Day Color Daily Cosmetics Contact Lenses
Alcon
Dari RM36
Lihat harga di Lazada Malaysia
Lens jenis harian
Kandungan air 69%
Pilihan warna lens agak terhad
2 lagi
10 pcs dalam sekotak
Selesa dipakai

Bagi anda yang baru sahaja mahu cuba memakai contact lens tetapi takut tak selesa, anda boleh dapatkan segera produk Alcon Freshlook One Day Color ini. 

Kanta lekap ini memang sangat mudah dipakai dan sesuai untuk beginner

Tambahan pula, contact lens berwarna ini ada pelbagai pilihan power dari serendah -0.50, -3.00 hinggalah -7.50 dan -8.00. 

Anda tak rabun tapi nak mata tampil lebih cantik daripada biasa pun tiada masalah kerana ada juga pilihan tanpa power iaitu 0.00. 

Antara warna kanta yang boleh dipilih pula ialah biru, hijau, pure hazel dan kelabu. 

Kanta lekap lembut dan fleksibel ini mempunyai diameter 13.8 mm dan saiz lengkung asas 8.6mm. 

Paling menarik, kanta lekap ini akan kekal dalam mata sepanjang hari tanpa bergerak dari posisinya jadi mata juga akan tetap segar, terhidrasi dan sihat.

ColourVue 3 Tones 3 Months Contact Lenses (2pcs)
Contact lens nampak natural 11 daripada 16
ColourVue 3 Tones 3 Months Contact Lenses (2pcs)
Dari RM25.88
Lihat harga di Lazada Malaysia
Rekaan nipis (0.06mm)
Ada banyak pilihan power
Tiada perlindungan UV
2 lagi
Tanpa power juga tersedia
Selesa & kebolehtelapan oksigen bagus

Dapatkan kanta lekap bulanan ColourVue jika anda kurang menggemari warna terang yang dikeluarkan oleh contact lens jenama lain.

Kanta lekap jenama ini menarik kerana produk ini menggabungkan 3 tona warna. 

Diperbuat daripada bahan hydrogen selamat yang telah diluluskan oleh FDA US, kanta sentuh ini mempunyai bahagian hujung bulat agar kornea mata tak cedera atau rosak. 

Turut tampil dengan beberapa rekaan yang sesuai untuk warna mata gelap dan cerah, jadi tak akan nampak terlalu fake

Kanta lekap ini jenis bulanan, kandungan airnya pula sebanyak 45% serta mempunyai lengkung asas 8.6mm dan diameter 14.0mm.

Warna Ash, Aqua, biru, coklat, kelabu dan hijau merupakan antara warna menarik yang boleh dipilih.

Horien Eye Secret 38% Daily Disposable Hydrogel Soft Color Contact Lenses (10 Pcs : Boxes).jpeg
Daily contact lens 12 daripada 16
Horien Eye Secret 38% Daily Disposable Hydrogel Soft Color Contact Lenses
Horien Eye Secret
Dari RM34.88
Lihat harga di Lazada Malaysia
Ada hydrogel
Kanta lekap harian
Mata mudah kering
2 lagi
6 pilihan warna
5 pasang dalam satu kotak

Kanta lekap dari Horien Eye Secret ini memberikan keselesaan pada pengguna kerana diperbuat daripada bahan hydrogel.

Bahan ini memastikan kanta lekap kekal lembut dan fleksibel untuk memudahkannya sesuai dengan bentuk mata.

Penggunaan kanta lekap harian ini akan bantu mata anda kekal segar dan sihat kerana hanya sekali penggunaan sahaja.

Oleh itu, anda dapat kurangkan risiko jangkitan mata dan iritasi pada mata anda.

Selain itu, kanta lekap ini mempunyai corak yang cantik dan mata anda akan nampak natural tau!

Dalam satu kotak tersedia 5 pasang kanta lekap dan ada 6 warna pilihan warna yang menarik seperti warna hitam, hijau, coklat, ash grey dan ash rose.

Anda juga dapat jaga mata daripada sinaran UV berbahaya kerana ada teknologi protection UV yang mampu melindungi mata.

enpris colored contact lens.jpeg
Contact lens murah 13 daripada 16
Enpris Color Monthly Contact Lenses
Enpris
Dari RM14.27
Lihat harga di Lazada Malaysia
Murah
6 pilihan warna
Mata mudah kering
1 lagi
Diameter 14.5mm

Untuk anda yang mencari kanta lekap murah, berbaloi dan cantik, jenama Enpris ini mungkin boleh menjadi pilihan anda.

Kanta lekap ini akan memberikan tampilan yang lebih menarik dan membuatkan mata anda nampak seperti warna mata asli.

Ada 6 warna pilihan yang anda boleh pilih mengikut cita rasa seperti warna coklat, hijau, kuning dan banyak lagi.

Jangan risau, kanta lekap ini boleh digunakan dalam jangka waktu yang lebih lama berbanding lensa kontak harian.

Bionics iColoris Pictoris Monthly Color Lens
Contact lens untuk rabun jauh dan silau 14 daripada 16
Bionics iColoris Pictoris Monthly Color Lens
Dari RM25
Lihat harga di Lazada Malaysia
Banyak pilihan warna
Kandungan air 55%
Boleh dipakai hanya sebulan

Nak tampil lebih yakin dengan mata yang menarik? Dapatkan je contact lens ni!

Bahan utamanya adalah Methafilcon A yang memberi anda keselesaan maksimum, dan lengkung asas 8.6mm serta diameternya 14.2mm yang sesuai dengan kebanyakan saiz mata.

Power range yang luas iaitu dari -5.50D to -8.00D (-0.50D/step) dan -0.50D to -5.00D (-0.25D/step).

Teknologi Sandwich memastikan penglihatan yang jelas dan tajam.

Dengan 8 pilihan warna menarik, anda boleh tukar-tukar look ikut mood dan fesyen.

Jangan risau, contact lens ini ada certification ISO 13485 dan CE.

Silkon Manxion Series 14.5mm
Contact lens hitam 15 daripada 16
Silkon Manxion Series 14.5mm
Dari RM34.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
9 pilihan warna
Perlindungan UV
Penggunaan 1 bulan
2 lagi
Kandungan air 38%
Power lens -0.75 sehingga -10.00

Contact lens Silkon Manxion Series menawarkan warna semula jadi yang sesuai untuk wanita yang mencari lens untuk kerja atau harian.

Diperbuat daripada bahan silikon hidrogel yang membenarkan sehingga 5 kali lebih banyak oksigen sampai ke kornea daripada kanta hidrogel biasa.

Ini mengurangkan keadaan hipoksia (mata merah, jahitan kornea, penglihatan kabur, ketidakselesaan mata, dan risiko jangkitan mata yang lebih tinggi).

Teknologi Cast Molding memastikan reka bentuk yang teliti pada tepi lens untuk keselesaan yang lebih baik.

Malah, ia juga mempunyai perlindungan UV dan High Defination (HD) yang memberikan pandangan yang jelas dan tajam.

magister lens
Contact lens untuk pengantin 16 daripada 16
Magister Contact Lens DUBAI 14.5MM
Dari RM25
Lihat harga di Lazada Malaysia
0.00 hingga kuasa lens -6.00
Kandungan air 38%
Stok terhad
2 lagi
Selesa dipakai sepanjang hari
8 pilihan warna

Bila tiba musim perkahwinan, Magister lens antara menjadi pilihan yang popular!

Kod warna semula jadi seperti candy brown dan allure grey akan menaikkan lagi seri pengantin dan menyempurnakan look untuk majlis perkahwinan yang istimewa.

Direka khas untuk dipakai setiap hari, ia sesuai untuk pelbagai majlis, termasuk majlis perkahwinan yang penting ini.

Diameter lensnya antara 14.0~14.5mm, jadi selesa dipakai dan tak nampak ketara.

Diperbuat daripada bahan PHEMA yang berkualiti tinggi dengan kandungan air 38% dan kelengkungan asas 8.5mm.

Anda boleh memakainya selama 6 bulan selepas dibuka dan tahan sehingga 5 tahun sebelum dibuka.

Paling penting, percuma case contact lens!


Soalan Lazim

Berapa harga contact lens yang ada power?

Kanta lekap berkuasa (power) di Malaysia biasanya bermula sekitar RM33 (Bausch + Lomb Ultra Monthly) hingga RM81 (Johnson & Johnson 1 Day ACUVUE Moist, 30 keping), bergantung jenama dan sama ada ia jenis harian atau bulanan. Kanta bulanan seperti Alcon Air Optix Hydraglyde (RM42.99) atau Biofinity CooperVision (RM68) biasanya lebih menjimatkan jangka panjang berbanding kanta harian pakai buang. Harga di atas adalah harga platform tersimpan dalam katalog kami; sahkan harga terkini di penjual sebelum membeli kerana kanta berkuasa memerlukan preskripsi optometris.


Kenapa Pakai Contact Lens Mata Kabur

Jika anda pernah mengalami mata kabur selepas memakai contact lens, jangan risau.

Ini adalah perkara biasa yang mungkin berlaku kepada sesiapa sahaja. 

Antara sebab utama mata menjadi kabur:

  • Contact lens yang kotor 

Kotoran, habuk atau bulu-bulu halus yang melekat pada permukaan contact lens boleh menyebabkan penglihatan menjadi kabur.

Jadi, sentiasa cuci dan rendam contact lens dengan air contact lens yang disyorkan oleh Optometris.

  • Mata kering

Mata yang kering boleh menyebabkan contact lens menjadi tidak selesa dan menjejaskan penglihatan. 

Gunakan eye mo untuk contact lens bagi mengekalkan kelembapan mata anda.

  • Contact lens tidak sesuai

Jika anda memakai kanta lekap yang tak sesuai dengan mata, ia boleh mengganggu penglihatan. 

Oleh itu, cari jenama contact lens yang selamat dan menggantikannya mengikut jadual yang disyorkan.

  • Pemakaian melebihi masa yang disyorkan 

Elakkan memakai contact lens melebihi 8 jam kerana ini boleh meningkatkan risiko jangkitan mata dan mengganggu kornea. 

  • Jangkitan

Dalam kes yang jarang berlaku, mata kabur boleh disebabkan oleh alahan atau jangkitan pada mata. 

Jika anda rasa pedih-pedih, kemerahan, atau kesakitan yang berterusan, tanggalkan lens mata dengan segera dan dapatkan nasihat Optometris.


Cara Pakai Contact Lens

Anda pengguna baru contact lens? Jangan risau, jom belajar cara mudah pakai kanta lekap tanpa memedihkan mata.

  1. Cuci tangan anda dengan sabun dan air, kemudian keringkan dengan tuala bersih sebelum sentuh contact lens.
  2. Letakkan contact lens di hujung jari telunjuk atau alat pemegang kanta lekap, pastikan bahagian melengkung menghadap ke atas.
  3. Tarik kelopak mata atas dengan jari manis dan kelopak bawah dengan jari telunjuk tangan yang lain.
  4. Perlahan-lahan masukkan contact lens di atas bola mata.
  5. Bila lens dah masuk ke dalam mata, tutup mata dan kedipkan mata untuk bagi lens melekat dengan baik.
  6. Ulang langkah yang sama pada mata sebelah lagi.

Pastikan anda selalu mencuci tangan sebelum memakai atau membuka contact lens untuk mencegah jangkitan dan iritasi. 


Adakah Pemakaian Contact Lens Elok Untuk Mata? 

Contact lens atau kanta lekap dipakai oleh individu yang mempunyai masalah rabun sebab fungsinya sama macam cermin mata yang mempunyai power

Namun, ada juga sesetengah individu yang tidak rabun ingin memakai contact lens untuk menampakkan mata mereka kelihatan lebih cantik. 

Ini kerana ada juga contact lens yang tidak mempunyai power dan dikenali sebagai kanta lekap berwarna. 

Bagi menjawab persoalan, tiada masalah pun untuk pakai contact lens asalkan anda memakainya dalam tempoh yang disarankan sahaja. 

Paling penting, pastikan anda dapatkan kanta lekap dari jenama yang boleh dipercayai di kedai cermin mata dengan nasihat optometris yang bertauliah agar kesihatan mata tidak terjejas. 


Cara Pilih Power Contact Lens

Pemilihan power contact lens tak semestinya sama dengan nilai power cermin mata yang anda selalu pakai. 

Ini kerana cermin mata dipakai jauh dari mata, manakala kanta lekap pula dipakai dalam mata. 

Jarak antara mata dan cermin mata secara puratanya adalah 12mm dan jarak ini dikenali sebagai jarak vertex

Oleh itu, sudah semestinya power contact lens tak akan sama dengan power cermin mata biasa. 

Contohnya, jika power anda -4.00D hingga -5.00D, ini bermakna anda harus pakai kanta lekap dengan power kurang 0.25 daripada power cermin mata anda. 

Apa-apa pun, pastikan anda dapatkan dahulu nasihat atau buat pemeriksaan mata terlebih dahulu dengan pengamal optometri sebelum mendapatkan kanta lekap ini. 

Dah tahu power contact lens terbaik untuk anda tapi tak tahu nak pakai contact lens macam mana, jom tengok video berikut.


Berapa Jamkah Sehari Yang Dibolehkan Untuk Saya Memakai Kanta Sentuh

Lazimnya, setiap kanta lekap atau sentuh boleh dipakai antara lapan jam hingga 12 jam sehari. 

Kalau masih tak pasti, rujuk sahaja pada kotak pembungkusan contact lens dan ikuti arahan yang disediakan. 

Paling penting, jangan sesekali tidur dalam keadaan masih lagi memakai kanta lekap sebab mata boleh jadi pedih dan tidak selesa. 

Lagi teruk, contact lens mungkin akan bergerak ke bahagian belakang mata. 

Kalau buat juga, anda berisiko besar untuk mendapat penyakit berkaitan mata. 

Di samping itu, elakkan juga daripada memakai kanta sentuh semalaman kerana ia tidak baik untuk penglihatan anda. 


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation