Apakah kepentingan makeup remover dan terbaik untuk kulit anda?
Pencuci makeup berfungsi untuk membuang sisa-sisa makeup dan kotoran yang ada di muka. Kebaikan pencuci makeup ini ialah mencegah kulit dari iritasi yang menyebabkan kegatalan jika tidak mencuci makeup dengan betul.
Selain itu, ia memberi kesegaran kembali kepada kulit muka setelah seharian memakai makeup. Malah ia turut merawat dan membuang sel-sel kulit mati yang ada pada kulit. Anda juga harus mengetahui jenis kulit anda dan memilih pencuci makeup dengan betul.
Table of Contents

Pencuci makeup all-in-1 ini mampu menghapuskan solekan, membersih dan menyegarkan kulit muka. Dengan hanya sedikit produk, ia akan terus menanggalkan makeup. Ia juga sesuai untuk bibir dan mata.
Pembersih serba boleh yang mengandungi teknologi micellar ini ibarat magnet yang menangkap dan mengangkat kotoran, minyak dan solekan untuk memberikan kulit terhidrat, bersih sempurna dan tidak mengeringkan.

Pencuci make up ini diiktiraf oleh ophthalmologist untuk pemakai contact lens dan kulit sensitif. Pencuci makeup ini juga telah diuji secara klinikal dan mengandungi bahan-bahan yang hypoallergenic dan bebas minyak, sesuai untuk kulit bermasalah dan alergi.

Bagi mereka yang always on-the-go dan memerlukan cucian yang menyeluruh sewaktu travel atau di tempat kerja, facial wipes daripada Watsons ini adalah amat berkesan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.
Hanya dengan satu sapuan, kulit akan bebas daripada solekan. Tak percaya? Baca lambakan review positif daripada para pengguna daripada links yang kami paparkan.
![NIVEA [Hydration] Make Up Clear Micellar Water- 200ml.jpg](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/5de8a33e3a1bb.jpeg)
Makeup remover ini menghilangkan makeup yang tak dapat ditanggalkan oleh air.
Ia mengandungi bahan-bahan yang dapat mengekalkan dan menambah kelembapan kulit kering seperti hyaluronic acid, golden algae, hydra IQ, dan marine salt.
Ia juga bebas daripada alkohol, paraben, pewangi, pewarna dan silikon. Sifat bahannya yang lembut menjadikannya sesuai untuk digunakan di bahagian sensitif seperti mata.

Pencuci makeup ini membersihkan dan menghilangkan solekan tanpa mengeringkan kulit. Diperkaya dengan agen penyucian, glukonat zink dan tembaga sulfat, ia sesuai walaupun berkulit yang paling sensitif.
Ia juga mengawal penghasilan sebum supaya liang pori tidak tersumbat dan bebas dari bakteria, menjadikan kulit bebas daripada jerawat.

Pencuci makeup yang memberikan aroma teh hijau segar organik yang kaya dengan asid amino dan mineral yang melembapkan dan mencerahkan kulit yang kering akibat solekan.
Bukan itu sahaja, ia juga mampu merawat kulit muka yang kering, memberikan perlindungan dari matahari dan sangat sesuai digunakan untuk kulit jenis kombinasi. Kulit akan kelihatan lebih segar dan licin selepas penggunaannya.

Kandungan air micellar bertindak sebagai ejen penyingkiran kotoran dan melindungi kulit anda daripada pencemaran. Ia mampu membuang semua jenis solekan, membersihkan dan hidrat tanpa meninggalkan rasa pedih pada muka.
Anda tidak perlu risau kerana pencuci makeup ini bebas dari warna dan alkohol.

Dirumus khas dari ekstrak french rose yang membantu mengekalkan kelembapan pada kulit dan memberi kelembutan pada kulit dan tidak meninggalkan rasa ketat.
Selain itu, teknologi molekul micellar yang unik bertindak seperti magnet untuk menghilangkan lebihan sisa dan kekotoran dari kulit dengan teliti. Ia membersih, mengeluarkan solekan dan menenangkan kulit selepas seharian.

Gabungan ramuan 3 jenis minyak iaitu minyak kacang hitam, sesame hitam dan biji blackcurrant hitam. Minyak kacang hitam membantu mengawal sebum, meningkatkan keanjalan kulit dan memberi sensasi segar. Manakala, minyak sesame hitam adalah untuk hidrasi kulit dan mengekalkan keremajaan pada wajah.
Minyak biji blackcurrant pula adalah untuk melindungi kulit muka dan membaik pulih sel kulit. Pencuci makeup yang sangat sesuai untuk pembersihan sehingga ke dalam liang pori anda.

Pencuci makeup ini mengandungi ekstrak betik yang dapat melembutkan kulit. Ia juga mengandungi ekstrak teh hijau yang bersifat antioksidan dan estrak moringa sebagai ejen anti-pencemaran.
Makeup remover ini dapat menanggalkan solekan dengan mudah termasuk maskara kalis air dan gincu tanpa meninggalkan sisa dan melindungi kulit.