Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Wajah Anda Pasti Berseri Dengan 16 Face Mask Dibawah RM10, Lakukan Rawatan Spa Di Rumah!

Penjagaan kulit wajah buat wanita, harus menjadi keutamaan

Face mask biasanya dipakai pada waktu malam dan mengambil masa 30-45 minit atau lebih untuk mengering secara keseluruhannya. Tidak kira macam mana jenis face mask sekalipun, ia hanya perlu diletak di muka dan dibiarkan sehingga kering. 

Apakah fungsi utama face mask untuk kulit wajah anda?

Fungsi utama face mask adalah untuk menegangkan kulit, menutup liang pori, melembap kulit wajah, menganjalkan kulit dan memutihkannya. Pasti anda akan terasa kulit lebih licin, tegang dan lembut setiap kali selepas pemakaiannya. Berikut adalah beberapa jenis face mask yang amat disyorkan dengan harga berpatutan. 

Anda pasti mencari face mask yang boleh merawat masalah kulit muka. Terlalu banyak jenama dipasaran dan buntu untuk memilihnya? Sudahkah anda mencuba jenama di dalam senarai dibawah ini? 

16 Face Mask Dibawah RM10 Khas Untuk Bajet Anda

Face mask dari Korea – kekalkan keanjalan kulit wajah anda
Eunyul
Semak Eunyul Clean & Fresh Sheet Mask harga dibawah:

Eunyul merupakan salah satu jenama produk kecantikan khas yang diterbangkan dari Korea untuk menjaga kesihatan kulit wajah wanita Asia. Kini, jenama Eunyul mengeluarkan rangkaian face mask untuk memastikan penjagaan kulit wanita lebih sempurna dan memastikan kesegarannya sepanjang masa. 

Terdapat 10 pilihan face mask ini yang boleh dijadikan sebagai face mask kegemaran anda. Setiap satu mempunyai isi kandungan yang berbeza tetapi fungsinya tetap sama iaitu memberi lembapan dan mengekalkan hidrasi pada kulit wajah anda.

Menyerap terus ke lapisan kulit wajah paling dalam
Semak A’PIEU Milk Sheet Mask harga dibawah:

Terdapat beberapa variasi yang anda boleh pilih face mask daripada jenama A’Pieu ini. Diterbangkan khas dari Korea, ianya dapat menjaga kulit wajah anda dengan baik dan sempurna. Jenis air pocket, face mask ini mampu menyerap masuk ke lapisan kulit wajah paling dalam dan membaikpulih kerosakan yang ada. 

Variasi face mask yang ada berfungsi sebagai melembutkan, melembap, menegangkan, menenangkan, mencerah, menghidrasi dan memberi khasiat buat kulit wajah anda agar tampil bebas cela.

Beri kesegaran ekstra pada kulit wajah anda
Missha
Semak Missha Airy Fit Sheet Mask harga dibawah:

Bahan semulajadi yang terkandung di dalam face mask ini dapat memberi kesegaran dan menghapuskan masalah kulit tampak letih serta kusam. Teksturnya lebih nipis dan ringan berbanding face mask yang lain menjadikan jenama ini pilihan ramai. Terdapat 3 jenis face mask dengan fungsi yang berbeza untuk anda pilih.

Jenis-jenis seperti Water Type, Cream Type dan Ampoule Type mampu memberi kesan yang berbeza kepada wajah anda. Jadi, pilihlah mengikut kesesuaian kulit dan apa yang anda inginkan hasil daripadanya.

Face mask bersifat hypoallergenic baik untuk semua jenis kulit
Etude House
Semak Etude House 0.2mm Therapy Air Mask harga dibawah:

Face mask ini mengandungi esen yang berbeza untuk membaikpulih dan memberi penjagaan ekstra buat kulit wajah anda. Bersifat hypoallergenic, ianya mempunyai 3 jenis yang berbeza agar kulit anda mendapat nutrisi secukupnya. The Moist Water Type Essence berfungsi menyerap masuk ke dalam kulit agar tampil segar dan bermaya. 

The Ampoule Type Essence mampu mengekalkan lembapan dan hidrasi sepanjang masa. Manakala, The Emulsion Type Essence memberi khasiat ekstra buat kulit wajah anda agar tampak berseri.

Tiada lagi masalah kulit keletihan dan kusam
Tony Moly
Semak Tony Moly I’m Real Facial Mask Sheet (1pcs) harga dibawah:

Diperkaya dengan ekstrak daripada bahan makanan yang 100% semulajadi, face mask ini dapat memberi nutrisi ekstra buat kulit wajah anda agar tampil segar dan bermaya. Masalah kulit keletihan dan kusam mungkin disebabkan oleh cuaca, pencemaran dan radikal bebas yang terdapat dalam udara kita. 

Usah risau! Face mask dari Tony Moly ini mampu menjaga dan melindungi kulit anda supaya tidak lagi tampak kurang berseri. Terdapat 11 variasi yang boleh dipilih mengikut kesesuaian kulit wajah anda.

Beri hidrasi ekstra, gunakan face mask ini
JMsolution
Semak JM Solution Water Luminous S.O.S Ringer Mask (1pcs) harga dibawah:

Face mask ini berupaya untuk mengekalkan lembapan dan hidrasi pada kulit wajah anda sambil melembutkannya. Dengan mengandungi asid Hyaluronik, Collagen, Peptide dan Aquaxyl, ianya dapat membuatkan kulit anda menjadi berseri dan bermaya dengan menghapuskan kulit kusam. 

Tidak mudah mengeringkan kulit anda jika memakainya secara konsisten sambil melakukan perawatan dengan betul. Ianya juga mampu menghalang kulit wajah anda daripada iritasi dan memedih akibat penyalahgunaan produk penjagaan.

Kekalkan lembapan pada kulit bermasalah dengan face mask ini
Innisfree
Semak Innisfree It’s My Real Squeeze Mask Sheet (1pcs) harga dibawah:

Sheet mask daripada Innisfree, salah satu rangkaian produk berjenama terkenal di Korea ini menawarkan rawatan kulit bermasalah serta garis halus untuk mengekalkan lembapan dan mencerahkan. Diperkaya dengan bahan-bahan Jeju Green Complex iaitu Jeju Green Tea, Tangerine, Cactus, daun Camellia dan Orchid. 

Sesuai untuk semua jenis kulit, ianya dapat mengembalikan keserian pada kulit wajah anda. Tiada lagi penampilan kulit kusam dan tidak bermaya. Anda akan kelihatan segar sepanjang masa.

Terbaik digunakan sebelum tidur
Secret Nature
Semak Secret Nature Soothing Coconut Mask Sheet (1pcs) harga dibawah:

Seperti yang anda ketahui, face mask lebih baik dipakai pada waktu malam terutamanya sebelum tidur. Tetapi pastikan anda mencuci kulit wajah terlebih dahulu bagi menghapuskan kotoran yang melekat pada liang pori. Ini kerana jika kulit wajah tidak bersih, keberkesanan face mask tidak akan dapat berfungsi dengan baik. 

Face mask ini mengandungi ekstrak kelapa dengan Jeju Complex yang akan mengembalikan kesegaran pada wajah anda sambil melawan masalah kulit kusam dan keletihan. Wajah anda akan tampil segar dan bermaya.

Hapuskan kotoran pada liang pori yang terbuka
Yadah
Semak Yadah Pore Care Mask Pack (1pcs) harga dibawah:

Face mask ini diperbuat daripada 100% kapas dan baik untuk semua jenis kulit termasuk yang bermasalah seperti kering dan sensitif. Diperkaya dengan volcanic ash, ianya dapat membuang segala toksin yang melekat di dalam liang kulit dan menyebabkannya tersumbat. 

Paling penting, face mask ini bebas bahan kimia merbahaya seperti paraben, ethanol, pewarna dan pewangi tiruan yang boleh menyebabkan kulit menjadi iritasi atau merengsa.

Baik untuk kulit sensitif – bebas bahan kimia merbahaya
The Face Shop
Semak The Face Shop Real Nature Face Mask (1pcs) harga dibawah:

Bunga Calendula adalah bunga yang berkembang pada hari pertama setiap bulan. Face mask ini juga mengandungi bunga emas yang digelar ‘Marigold’ yang mewakili warna diraja dan digunakan sebagai wreathes pada zaman Greek Roman. 

Ianya mempunyai lubang udara untuk memudahkan kulit wajah anda bernafas semasa memakai face mask ini. Dengan memberi lembapan dan nutrisi tambahan buat kulit wajah anda, face mask ini dapat menenangkan kulit sambil melembutkannya. Yang penting, bebas paraben.

Dengan kandungan serum sebagai pelembap untuk kulit kering
Garnier
Semak Garnier Skin Naturals Serum Mask harga dibawah:

Sheet mask yang sangat nipis ini diperkaya dengan serum yang mengandungi pelembap ini berupaya memberi penjagaan secara menyeluruh buat kulit wajah anda. Hanya dalam masa 15 minit sahaja, kulit wajah anda akan tampil sihat dan segar tanpa perlu melakukan rawatan kulit secara intensif. 

Terdapat 3 variasi face mask dari Garnier ini yang boleh dijadikan sebagai pilihan utama anda. Hydra Bomb – untuk kulit kering yang dehidrasi, Light Complete – untuk kulit kusam dan kurang glowing dan Sakura White – kulit tidak bermaya dan tampak keletihan.

Face mask ini memulih dan menghalang kulit dari radikal bebas
B.liv
Semak B.liv Velvety Soft Mask – My Sweet Rose (1pcs) harga dibawah:

Face mask dari rangkaian produk penjagaan kulit terkenal ini, B.Liv melembutkan kulit dan menenangkan kulit wajah yang tegang akibat stres atau keadaan sekeliling. Ianya dapat membuatkan kulit anda bernafas dengan selesa. Bahan aktif face mask ini seperti Rose Water, Arginine dan Allatoin mampu menyerap masuk lapisan kulit untuk membaikpulihnya dari dalam. 

Gunakan face mask ini samada seminggu 2 kali atau seminggu sekali sahaja untuk mendapatkan hasil keberkesannya ke atas kulit anda. Kekalkan hidrasi pada kulit agar wajah anda sentiasa kelihatan bermaya.

Face mask dilengkapi Vitamin C – terbaik untuk remaja
By Wishtrend
Semak By Wishtrend Natural Vitamin 21.5% Enhancing Sheet Mask harga dibawah:

Face mask ini dapat menyampaikan nutrisi sepenuhnya kepada kulit anda. Topeng yang mempunyai kandungan  Vitamin C semulajadi yang diekstrak dari Hippophae Rhamnoides mempunyai 1.3 kali keupayaan penyerapan. 

Selain itu, teh hijau yang sangat terkenal di Korea sememangnya berkesan membantu dalam menenangkan, menghidrat meremajakan dan memulihkan kulit. Topeng dengan formula yang selamat yang ditetapkan bebas daripada bahan seperti paraben, phtalate ethanol, pewarna dan pewangi tiruan.

Melembut dan menegangkan kembali agar tampil awet muda
Bioaqua
Semak Bioaqua Cartoon Facial Mask Deep Moisturizing Sheet Mask harga dibawah:

Dengan mengandungi ekstrak daripada bahan semulajadi, face mask bertekstur lembut dan ringan ini dapat mengekalkan lembapan serta mengembalikan keanjalan pada kulit wajah anda.

Ianya bukan sahaja melembapkan tetapi juga hidrasi pada kulit akan tetap kekal walaupun selepas anda mencuci muka.

Face mask ini akan memberi kesegaran pada kulit wajah anda agar tampil awet muda dan tampak bermaya. 

Face mask untuk kekalkan hidrasi dan lembapan berpanjangan
Hada Labo
Semak Hada Labo Vitamin Face Mask (1pcs) harga dibawah:

Face mask ini mengandungi 4 jenis asid Hyaluronik yang berbeza untuk memberi hidrasi dan lembapan serta membaikpulih kerosakan pada kulit dengan berkesan. Terdapat 3 variasi face mask boleh dipilih daripada jenama Hada Labo ini samada Vitamin C, E atau H yang mempunyai fungsi berbeza. 

Vitamin C dengan kandungan ekstrak Yuzu Seed untuk mencerah dan sekatakan tona kulit. Vitamin E pula mengandungi minyak Almond yang berfungsi sebagai antioksidan untuk melindungi kulit dari radikal bebas. Manakala, Vitamin H dengan kandungan esen Japanese Soy Milk mengekalkan lembapan berpanjangan. 

Guna face mask ini lepas bersihkan makeup
Nivea
Semak Nivea Extra White 3 in 1 Make Up Starter Whitening Pore Minimizer harga dibawah:

Berfungsi 3-dalam-1, face mask daripada Nivea ini mampu mencerahkan kulit anda selepas beberapa kali memakainya. Ianya mempunyai 3 efek yang berlainan untuk kulit wajah seperti efek pencerahan yang bertindak untuk membaikpulih kerosakan dan menghapuskan kulit kusam serta menghilangkan bintik hitam dengan kandungan Vitamin B3 dan B5. 

Gliserin bertindak sebagai agen lembapan yang dapat menyerap masuk ke dalam lapisan kulit. Manakala, efek toner pula melindungi kembali liang pori yang terbuka dengan melakukan pembersihan secara aktif. Kulit anda akan tampil awet muda!

Artikel Berkaitan 

End of Article