Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
samsung terbaik terbaru

9 Smartphone Samsung Terbaik & Terbaru 2025

Smartphone Samsung kini menjadi pilihan ramai pengguna!

Di sini kami berikan anda senarai smartphone Samsung terbaru serta harga handphone samsung flip terbaru yang anda boleh buat perbandingan sendiri sebelum membeli.

Jika anda tercari-cari telefon Samsung yang terbaik dan terbaru untuk tahun ini, jangan risau kami boleh bantu.

Kami faham, smartphone Samsung mempunyai kelebihannya tersendiri dan menjadi pilihan telefon pintar Android kerana harga murah berbanding jenama dan jenis telefon lain.

Walaupun murah ia tak menjadikan telefon tersebut mempunyai tahap prestasi yang kurang bagus, malah ada jenis telefon pintar dari Samsung boleh menghasilkan gambar yang cantik!

Kini, banyak handphone Samsung terbaru yang mempunyai kualiti terbaik dan setaraf dengan telefon harga mahal yang lain, siap dilengkapi dengan teknologi AI lagi.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

Senarai 9 Smartphone Samsung Terbaik & Terbaru

Telefon samsung terbaik secara keseluruhan
Galaxy S25 Ultra
Samsung
Galaxy S25 Ultra
From
RM6,599.00
Check Galaxy S25 Ultra price below:
add_circle Bateri yang lebih tahan
add_circle Kamera sangat berkualiti
add_circle Teknologi AI dipertingkat
remove_circle Harga sangat mahal
remove_circle Tidak dilengkapi Qi2 magnets
  • Cipset: Snapdragon 8 Elite
  • OS: Android 15, sehingga 7 naiktaraf Android, One UI 7
  • RAM: 12GB, 16GB
  • Storage: 256GB, 512GB, 1TB
  • Paparan: 6.9 inci
  • Resolusi: 1440 x 3120 piksel
  • Bateri: 5000 mAh
  • Kamera: 200 MP (lebar) 10 MP (telefoto) 50 MP (periskop telefoto) 50 MP (ultra lebar) 12 MP (swafoto)

Sebab menjadi pilihan utama:

Samsung Galaxy S25 Ultra wajar diletakkan sebagai telefon Samsung terbaik secara keseluruhannya kerana ianya lengkap dari segi kecanggihan pemprosesan, kamera sehinggalah ciri AI yang dipertingkatkan.

Reka bentuknya juga diperbaharui dengan menampilkan reka bentuk yang lebih smooth pada bahagian bucu, memberikan rasa premium ketika memegangnya.

Sesuai untuk segala keperluan, dari fotografi, kerja sehinggalah gaming, Galaxy S25 Ultra sesuai untuk sesiapa sahaja yang mahukan sebuah telefon pintar serba guna.

Ciri-ciri:

Dilengkapi skrin AMOLED 6.9 inci yang cantik dengan resolusi tajam 1440 x 3120 piksel dan kadar segar semula 120Hz yang lancar, sesuai untuk beri pengalaman tontonan dan gaming terbaik.

Dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Elite, ia memberikan prestasi pantas dan cekap, sama ada untuk multitasking atau gaming yang berat.

Sistem kamera pula sangat mengagumkan dengan lensa lebar 200MP, ultra-lebar 50MP, dan dwi-lensa telefoto (50MP dengan zoom 5x dan 10MP dengan zoom 3x), memastikan fotografi serba boleh dengan kejelasan luar biasa.

Kamera hadapan 12MP mampu menghasilkan swafoto yang detail dengan warna yang kelihatan hidup.

Untuk storan pula, ia menawarkan pilihanyang luas iaitu bermula 256GB, 512GB, dan 1TB bersama RAM 12GB untuk penggunaan aplikasi yang lancar dan kapasiti storan yang mencukupi.

Bateri 5,000mAh memberikan anda kuasa yang lebih lama sepanjang hari, jadi tidak perlu risau jika tertinggal powerbank.

Secara keseluruhannya, Galaxy S25 Ultra menggabungkan kuasa, prestasi, dan keupayaan fotografi dalam reka bentuk yang elegan, sesuai untuk pengguna yang mencari ciri premium pada telefon pintar Samsung.

Review:

"Baru je guna Samsung Galaxy S25 Ultra, dan jujurnya memang puas hati. Kamera 200MP memang power, gambar sangat jelas. Skrin 120Hz memang smooth, terbaik untuk layan video dan gaming. Prestasi pun padu, tak ada lag!"

Telefon samsung kamera terbaik
Samsung Galaxy S24 Ultra
Samsung
Samsung Galaxy S24 Ultra
From
RM5,999.00
Check Samsung Galaxy S24 Ultra price below:
add_circle Prestasi pemprosesan yang pantas
add_circle Kualiti paparan skrin dan kamera terbaik
add_circle Dilengkapi S Pen stylus
add_circle Teknologi AI yang berguna
remove_circle Harga mahal
  • Cipset: Snapdragon® 8 Gen 3 for Galaxy (4nm)
  • OS: Android 14, One UI 6.1
  • RAM: 12GB
  • Storage: 256GB, 512GB, 1TB
  • Paparan: 6.8-inch, QHD+
  • Resolusi: 1440 x 3120 piksel
  • Bateri:  5000 mAh
  • Kamera: 200MP (lebar), 50MP (telefoto periskop) 10MP (telefoto) 12MP (ultra-lebar) 12MP (swafoto)

Samsung Galaxy S24 Ultra menawarkan sebuah telefon dengan reka bentuk elegan, kualiti paparan dinamik, kamera canggih dengan teknologi AI, serta pemprosesan dari Snapdragon yang terkini.

Dilengkapi dengan pemproses Snapdragon® 8 Gen 3 yang direka khas untuk telefon Samsung Galaxy, ia akan memastikan telefon ini dapat menjalankan segala tugas dengan smooth.

Saiz skrin 6.8 inci memang cukup besar bersama dengan kualiti paparan skrin QHD+ dan kadar penyegaran 120Hz yang akan memberikan paparan dinamik, tidak kira semasa menonton video atau bermain game.

Dengan saiz RAM 12GB dan storan dalaman boleh pilih antara 256GB, 512GB, atau 1TB, ia memadai untuk menyimpan segala jenis fail, gambar dan video.

Untuk bateri pula, dilengkapi bateri 5000 mAh yang mampu membuatkan telefon ini bertahan sepanjang hari walaupun semasa penggunaan yang berat.

Pada bahagian kamera, anda akan memiliki kemampuan merakam gambar dengan detail yang menakjubkan dengan lensa lebar 200MP dan lensa telefoto periskop 50MP. 

Gambar swafoto juga boleh diambil dengan sangat cantik melalui lensa hadapan 12MP.

Seperti Samsung Galaxy S24 danGalaxy S24+, model Ultra juga turut dilengkapi dengan teknologi AI yang boleh melakukan tugasan seperti live translate, circle to search dan juga transcript assist

Dengan teknologi AI, anda tidak perlu lagi bergantung pada aplikasi luar untuk edit gambar atau melakukan tugasan harian, semua boleh dilakukan dengan AI dari Samsung.

Paling penting, anda akan dapat sokongan software yang lebih lama dari Samsung, membolehkan anda menggunakan telefon ini dengan lebih lama.

Telefon samsung dengan pen
Samsung Galaxy Z Fold6
Samsung
Samsung Galaxy Z Fold6
From
RM7,299.00
Check Samsung Galaxy Z Fold6 price below:
add_circle Reka bentuk lebih nipis dan ringan
add_circle Ciri AI yang mengagumkan
add_circle Chipset terbaik
remove_circle Harga lebih mahal
remove_circle Tiada pengecasan pantas
  • Cipset: Qualcomm SM8650-AC Snapdragon 8 Gen 3 (4 nm)
  • OS: Android 14, One UI 6.1.1
  • RAM: 12GB
  • Storage: 256GB, 512GB, 1TB
  • Paparan: 7.6-inch, Foldable Dynamic LTPO AMOLED 2X
  • Resolusi: 1856 x 2160 piksel
  • Bateri: 4400 mAh
  • Kamera: 50 MP (lebar) 10 MP (telefoto) 12 MP (ultra-lebar) 10 MP (swafoto)

Sudah tentu keistimewaan Galaxy Z Fold6 ini adalah pada keluasan skrinnya yang kini secara signifikan meningkatkan produktiviti penggunaan harian. 

Dengan dikuasakan AI yang dipertingkatkan, Samsung Notes kini menawarkan Note Assist, yang boleh menterjemah, merumuskan, dan melakukan format nota mesyuarat secara automatik.

Ia juga mempunyai ciri embedded transcript untuk rakaman suara, memastikan anda tidak terlepas sebarang butiran. 

Selain itu, ciri terjemahan PDF dapat menterjemah teks dalam PDF, imej, dan graf, serta menindihkan terjemahan dengan lancar dan tepat.

Selain itu, Galaxy Z Fold6 dapat meningkatkan cara anda berkomunikasi dengan mod perbualan baru Interpreter, yang menampilkan terjemahan pada skrin utama dan skrin hadapan untuk interaksi yang rasa seperti perbualan harian.

Anda juga boleh menggunakan Interpreter dengan siri Galaxy Buds3 yang memberikan terjemahan langsung dalam bentuk audio.

Dan bercakap tentang terjemahan langsung, Live Translate menawarkan terjemahan telefon secara real-time dan merentasi aplikasi panggilan Samsung, iaitu aplikasi pihak ketiga yang popular.

Telefon samsung lipat
Samsung Galaxy Z Flip6
Samsung
Samsung Galaxy Z Flip6
From
RM4,999.00
Check Samsung Galaxy Z Flip6 price below:
add_circle Kualiti audio terbaik
add_circle Kalis air dan debu
remove_circle Tiada AUX input
  • Cipset: Snapdragon® 8 Gen 3 Mobile Platform untuk Galaxy
  • OS: Android 14, One UI 6.1.1
  • RAM: 12GB
  • Storage: 256GB
  • Paparan: 6.7-inch FHD+, Dynamic AMOLED 2X
  • Resolusi: 1080 x 2640 piksel
  • Bateri: 4000 mAh
  • Kamera: 50 MP (lebar) 12 MP (ultra-lebar) 10 MP (swafoto)

Telefon ini menggunakan paparan Super AMOLED FlexWindow 3.4-inci yang telah ditingkatkan, membolehkan fungsi yang dikuasakan AI tanpa perlu membuka peranti. 

Jika anda seorang yang sentiasa perlu bergerak ke merata tempat, anda boleh membalas teks dengan ciri balasan yang disyorkan pada skrin penutup menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Fungsi ini akan menganalisis mesej baru yang anda terima dan mencadangkan respons yang sesuai.

Dengan Galaxy AI, anda boleh memaksimumkan potensi peranti bersaiz poket ini dengan banyak ciri mudah yang tersedia terus pada FlexWindow.

Sementara itu, sensor 50MP (Lebar) dan 12MP Ultra-lebar yang baru menawarkan pengalaman kamera yang baru dengan butiran yang jelas dan tajam.

Sensor 50MP menyokong zum optikal 2x untuk foto bebas bunyi dan zum AI untuk advance shooting sehingga 10x. 

Nightography yang dipertingkatkan dengan video HDR pula membolehkan anda merakam video yang jelas dan cantik walaupun dalam suasana tiada cahaya.

Samsung untuk vlog
Galaxy S25+
Samsung
samsung s25+
From
RM4,999.00
Check Galaxy S25+ price below:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Paparan lebih besar
add_circle Mode log untuk video
remove_circle Reka bentuk lama
remove_circle Harga permulaan agak mahal
  • Cipset: Snapdragon 8 Elite
  • OS: Android 15, sehingga 7 naiktaraf Android, One UI 7
  • RAM: 12GB
  • Storage: 256GB, 512GB
  • Paparan: 6.7 inci
  • Resolusi: 1440 x 3120 piksel
  • Bateri: 4900 mAh
  • Kamera: 50 MP (lebar) 10 MP (telefoto) 12 MP (ultra lebar) 12 MP (swafoto)

Samsung Galaxy S25+ ialah telefon pintar premium yang menggabungkan kuasa, paparan berkualiti, dan ciri canggih.

Ia dilengkapi skrin Dynamic LTPO AMOLED 2X 6.7 inci dengan resolusi tajam 1440 x 3120, kadar segar semula 120Hz, dan sokongan HDR10+, memberikan warna terang dan visual yang jelas.

Sementara itu, cip Snapdragon 8 Elite dan GPU Adreno 830 memastikan prestasi lancar untuk permainan dan multitugas, disokong oleh RAM 12GB dan storan 256GB.

Sistem kamera tiga lensa pula merangkumi sensor utama 50MP dengan OIS, telefoto 10MP dengan zum optikal 3x, dan ultra-lebar 12MP untuk fotografi serba boleh.

Kamera hadapan 12MP menyokong rakaman video 4K untuk swafoto berkualiti tinggi.

Dengan bateri 4,900mAh, pengecasan pantas 45W, dan pengecasan tanpa wayar, peranti ini memberikan ketahanan bateri yang baik.

Binaan kaca dan aluminium premium, ketahanan air IP68, serta rangka Armor Aluminum 2 meningkatkan ketahanan.

Ciri seperti sensor cap jari ultrasonik, Samsung DeX, sokongan UWB, dan Circle to Search menjadikan pengalaman pengguna lebih lengkap.

Samsung untuk orang tua
Galaxy S25
Samsung
Samsung Galaxy S25
From
RM3,999.00
Check Galaxy S25 price below:
add_circle Reka bentuk premium
add_circle Kualiti kamera terbaik
add_circle Ciri AI yang dipertingkat
remove_circle Pengecasan agak perlahan
  • Cipset: Snapdragon 8 Elite
  • OS: Android 15, sehingga 7 naiktaraf Android, One UI 7
  • RAM: 12GB
  • Storage: 128GB, 256GB, 512GB
  • Paparan: 6.2 inci
  • Resolusi: 1080 x 2340 piksel
  • Bateri: 4000 mAh
  • Kamera: 50 MP (lebar) 10 MP (telefoto) 12 MP (ultra lebar) 12 MP (swafoto)

Samsung Galaxy S25 ialah telefon pintar yang padat tetapi berkuasa, sesuai untuk pengguna yang mahukan saiz lebih kecil tanpa mengorbankan prestasi.

Ia dilengkapi skrin Dynamic LTPO AMOLED 2X 6.2 inci dengan resolusi 1080 x 2340 piksel, memberikan warna yang terang dan visual yang lancar.

Dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Elite, bersama RAM 12GB dan storan 256GB UFS 4.0, ia memastikan prestasi pantas dan multitugas yang cekap.

Sistem tiga kamera merangkumi sensor utama 50MP dengan OIS, telefoto 10MP dengan zum optikal 3x, dan ultra-lebar 12MP, menawarkan fotografi serba boleh.

Peranti ini menjalankan Android 15 dengan One UI 7 serta jaminan tujuh kemas kini utama Android, memastikan sokongan jangka panjang.

Walaupun mempunyai reka bentuk nipis 7.2mm dan berat hanya 162g, ia menempatkan bateri 4,000mAh dengan pengecasan pantas.

Sambungan 5G, Wi-Fi, Bluetooth, NFC, dan GPS melengkapkan ciri utama.

Ditawarkan dalam pelbagai warna menarik, Galaxy S25 memberikan pengalaman premium dalam saiz yang lebih padat.

Samsung untuk pelajar
Galaxy S24 FE
Samsung
Galaxy S24 FE
From
RM3,299.00
Check Galaxy S24 FE price below:
add_circle Reka bentuk minimalis
add_circle Prestasi yang seimbang
add_circle Kualiti paparan yang bagus
add_circle Kemampuan AI
remove_circle Fotografi waktu malam kurang memuaskan
  • Cipset: Exynos 2400e 
  • OS: Android 14, sehingga 7 naiktaraf Android, One UI 6.1
  • RAM: 8GB
  • Storage: 128GB, 256GB, 512GB
  • Paparan: 6.7 inci
  • Resolusi: 1080 x 2340 piksel
  • Bateri: 4700 mAh
  • Kamera: 50 MP (lebar) 8 MP (telefoto) 12 MP (ultra lebar) 10 MP (swafoto)

Samsung Galaxy S24 FE menggabungkan reka bentuk elegan dengan prestasi yang mantap dalam pakej yang lengkap.

Dikuasakan pemproses Exynos 2400 (4 nm) dengan 8GB RAM dan 256GB ROM, ia memastikan operasi yang lancar dan responsif.

Selain itu, skrin Dynamic AMOLED 2X bersaiz 6.7 inci dengan resolusi 1080 x 2340 piksel serta kepadatan 385 ppi menyajikan paparan yang terang dan jelas.

Dari segi fotografi, sistem tiga kamera yang terdiri daripada lensa utama 50 MP (dual pixel PDAF dan OIS), lensa telefoto 8 MP dengan zum optikal 3x, serta sensor ultra lebar 12 MP membolehkan tangkapan gambar yang pelbagai dan berkualiti tinggi.

Tambahan pula, dengan sokongan WiFi, Bluetooth, NFC, GPS, 4G LTE dan 5G, peranti ini menawarkan kesalinghubungan yang lengkap.

Bateri berkapasiti 4700 mAh yang tidak boleh ditanggalkan memastikan ketahanan tenaga yang baik, semuanya dalam rekaan nipis 8mm dan berat 213g.

Menjalankan sistem operasi Android 14 dengan One UI 6.1, Galaxy S24 FE menawarkan pengalaman pengguna yang lancar dan intuitif.

Selain itu, pilihan warna menarik seperti Blue, Graphite, Gray, Mint, dan Yellow menambah elemen gaya pada peranti ini.

Secara keseluruhannya, Galaxy S24 FE adalah pilihan yang seimbang untuk mereka yang mengutamakan prestasi, paparan berkualiti, dan ciri fotografi yang serba boleh.

Telefon samsung murah
Samsung Galaxy A36 5G
Samsung
Samsung Galaxy A36 5G
From
RM1,699.00
Check Samsung Galaxy A36 5G price below:
add_circle Paparan Super AMOLED 120Hz
add_circle Kamera 50MP, ultra-lebar 8MP
add_circle Chipset Snapdragon 6 Gen 3
add_circle Ketahanan IP67 (air & habuk)
remove_circle Tiada sokongan 3.5mm jack
remove_circle Tiada pengecasan pantas 65W
  • Cipset: Snapdragon® 8 Gen 3 Mobile Platform
  • OS: Android 14, One UI 6.1.1
  • RAM: 12GB
  • Storage: 256GB
  • Paparan: 6.7-inch FHD+, Dynamic AMOLED 2X
  • Resolusi: 1080 x 2640 piksel
  • Bateri: 4000 mAh
  • Kamera: 50 MP (lebar), 12 MP (ultra-lebar), 10 MP (swafoto)

Samsung Galaxy A36 5G adalah telefon Samsung murah terbaik yang menawarkan gabungan prestasi tinggi, kualiti paparan hebat, dan sistem kamera yang versatil pada harga yang berpatutan.

Dengan skrin 6.7 inci FHD+ Super AMOLED, peranti ini memberikan visual yang terang dan kadar penyegaran 120Hz, menjadikannya sempurna untuk permainan, media, dan penjelajahan.

Cipset Snapdragon 6 Gen 3 yang digandingkan dengan 12GB RAM memastikan prestasi lancar dan multitasking yang cekap, sementara storan 256GB memberi ruang yang cukup untuk aplikasi, gambar, dan video.

Sistem kamera belakang dilengkapi dengan sensor utama 50MP, kamera ultra-lebar 8MP, dan lensa makro 5MP, membolehkan pilihan fotografi yang pelbagai.

Di bahagian depan, kamera swafoto 12MP menghasilkan gambar yang jelas dan berkualiti.

Bateri 5,000mAh menyokong pengecasan pantas 45W, memastikan telefon anda dapat dicas dengan cepat apabila diperlukan.

Dengan ketahanan air dan habuk IP67, Galaxy A36 5G cukup tahan lasak untuk menghadapi cabaran harian.

Selain itu, ia hadir dengan Android 15 dan One UI 7, menawarkan antara muka yang mudah digunakan.

Dengan sokongan dual SIM dan sambungan 5G, ia adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang mencari telefon pintar yang boleh dipercayai, berpatutan dan mempunyai ciri-ciri hebat.

Telefon samsung 5G
Samsung Galaxy A56 5G
Samsung
SAMSUNG Galaxy A56 5G
From
RM1,999.00
Check Samsung Galaxy A56 5G price below:
add_circle Prestasi lancar cip Exynos
add_circle Kamera utama berkualiti tinggi
add_circle Bateri tahan lama, pengecasan pantas
remove_circle Kamera swafoto sederhana sahaja
  • Cipset: Exynos 1580 (4 nm)
  • OS: Android 15, One UI 7
  • RAM: 12GB
  • Storage: 256GB
  • Paparan: 6.7 inci FHD+, Super AMOLED
  • Resolusi: 1080 x 2400 piksel
  • Bateri: 5000 mAh
  • Kamera: 50 MP (lebar), 12 MP (ultra-lebar), 12 MP (swafoto)

Samsung Galaxy A56 5G adalah pilihan terbaik bagi anda yang mencari telefon Samsung 5G dengan spesifikasi yang mantap.

Dengan skrin 6.7 inci FHD+ Super AMOLED serta kadar segar semula 120Hz, pengalaman anda menonton video dan bermain game pasti lebih lancar dan selesa.

Dilengkapi cip Exynos 1580 (4 nm) yang pantas serta 12GB RAM, telefon ini mampu menjalankan pelbagai aplikasi tanpa sebarang masalah lag.

Kapasiti storan sebesar 256GB pula memberikan ruang yang luas untuk anda simpan semua gambar, video, dan aplikasi kegemaran.

Kamera belakang utama 50MP disokong oleh lensa ultra lebar 12MP dan makro 5MP, membolehkan anda mengambil gambar dalam pelbagai situasi dengan hasil yang jelas dan terperinci.

Sementara itu, kamera swafoto 12MP juga cukup baik untuk kegunaan harian.

Bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 45W memastikan telefon anda sentiasa bersedia untuk digunakan sepanjang hari tanpa perlu risau kehabisan bateri.

Galaxy A56 5G juga mempunyai sambungan Wi-Fi, Bluetooth 5.3, NFC, dan menyokong rangkaian 5G, menjadikannya telefon yang sesuai untuk masa depan.

Tambahan lagi, telefon ini mempunyai ketahanan air dan habuk IP67, sesuai untuk anda yang sentiasa aktif di luar rumah.

Dengan ciri-ciri menarik ini, Samsung Galaxy A56 5G sememangnya telefon Samsung 5G yang sangat berbaloi untuk dimiliki.


Apakah Kelebihan Telefon Samsung?

Samsung terkenal dengan beberapa kelebihan yang menjadikannya pilihan ramai. Antaranya:

  • Kamera Berkualiti

Telefon Samsung menawarkan kamera belakang dan depan yang sangat baik, dengan fokus automatik, resolusi tinggi, dan pelbagai mod seperti mod air.

Ciri Dual Camera pada siri Galaxy juga memberikan prestasi fotografi yang canggih.

  • Ekosistem yang Terhubung

Jika anda menggunakan lebih dari satu produk Samsung, ekosistem mereka memudahkan hidup anda.

Anda boleh mengawal peranti seperti Galaxy Watch, Galaxy Buds, dan peralatan pintar lain hanya dengan telefon pintar.

  • Sesuai untuk Semua

Dari model entry-level hingga flagship, Samsung memenuhi keperluan setiap pengguna.

Tidak kira bajet, Samsung menawarkan produk berkualiti untuk semua segmen pasaran, memastikan nilai terbaik.

  • Teknologi One UI

Dengan One UI, Samsung menyederhanakan navigasi telefon pintar, menjadikannya lebih mudah digunakan dengan satu tangan.

Reka bentuk yang lebih kemas dan ikonnya yang lebih jelas memberi pengalaman yang lebih lancar dan intuitif.

  • Pusat Servis Mudah Ditemukan

Samsung mempunyai pusat servis di seluruh Malaysia, memudahkan pengguna untuk mendapatkan bantuan apabila masalah timbul, berbanding dengan jenama lain yang mungkin lebih sukar dicari.


Artikel Berkaitan

End of Article