Teknologi

9 Smartphone Android Terbaik di Malaysia 2026

Senarai 9 smartphone Android terbaik Malaysia, disemak terkini: Nothing Phone (4a) dari RM2,499, Galaxy S26 Ultra, Xiaomi 15 Ultra dan lagi.


Editor · Updated 12 Oct 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

9 Smartphone Android Terbaik di Malaysia 2026
Telefon android terbaik secara keseluruhanNothing Phone (4a)
RM2,499Lihat harga di Shopee

Jawapan ringkas: telefon Android terbaik keseluruhan di Malaysia buat masa ini ialah Nothing Phone (4a), RM2,499 di Kedai Rasmi Nothing di Shopee Malaysia (harga disemak 12 Oktober 2026), sesuai untuk pengguna harian yang mahukan reka bentuk unik dan spesifikasi berbaloi tanpa bayar harga flagship. Kalau bajet anda lebih tinggi dan fotografi jadi keutamaan, Samsung Galaxy S26 Ultra (dari RM5,599) dan Xiaomi 15 Ultra (RM5,199) kekal pilihan kami yang lain di bawah.

Korang tak perlu pening kepala sebab kitaorang akan tolong senaraikan telefon Android terbaik dari jenama handphone terbaik untuk tahun ini di bawah.

Kandungan

Dalam mencari telefon pintar Android terbaik di Malaysia, korang mungkin selalu pertimbangkan pelbagai faktor termasuk jenama handphone terbaik di dunia, harga handphone terkini, dan keupayaan telefon pintar itu sendiri.

Telefon Samsung yang baru selalu menjadi perhatian utama dan dilihat sebagai handphone paling laris di Malaysia dengan pelbagai model yang hebat dari jenama ini.

Handphone murah juga menjadi pilihan popular di pasaran, memenuhi keperluan pengguna yang ingin prestasi baik pada bajet yang berpatutan.

Handphone Oppo, Vivo dan Xiaomi juga semakin mendapat tempat di pasaran, menawarkan alternatif menarik kepada pengguna yang menghargai inovasi dan kualiti.

Dalam usaha mencari phone Android terbaik, kebolehan telefon pintar itu sendiri menjadi keutamaan.

Dari keselesaan pengguna hingga prestasi kamera, setiap ciri boleh memainkan peranan dalam membuat keputusan pembelian. 

Untuk korang yang mencari telefon pintar atau jenis handphone yang sesuai dengan keperluan, adalah penting untuk menyelidik dan membandingkan harga handphone di Malaysia.

Dengan pelbagai pilihan telefon murah dan jenama terkemuka seperti Samsung, Xiaomi, OnePlus dan lain-lain, korang ada peluang yang luas untuk mendapatkan smartphone yang paling ideal.


Smartphone Android Atau Apple, Yang Mana Lebih Baik?

Setiap tahun inilah persoalan yang menjadi bualan ramai sebelum membeli telefon atau upgrade ke telefon baru.

Telefon pintar tidaklah murah, jadi sudah tentu kita mahu pilih yang terbaik dan yang mampu memudahkan tugasan seharian kita.

Jadi jom lihat apa kata Expert kami tentang Android dan Apple atau iPhone:

Expert avatar
Tech Content Creator

Izami Ishak

Saya merupakan pengguna tegar Apple, dari smartphone sampai ke laptop saya menggunakan produk Apple.

Sebelum tahun 2020, produk Apple sangat mendominasi pasaran smartphone. Tapi selepas saya mula menggunakan HONOR Magic 5 Pro, saya secara perlahan-lahan berjaya tukar daripada Apple iPhone kepada smartphone Android. 

Antara sebab saya selesa untuk tukar adalah kemampuan kameranya, kepantasan OS, dan dengan segala benda yang diperlukan tu cukup-cukup bagus untuk buatkan saya keluar daripada ekosistem Apple dan mula boleh menikmati pelbagai teknologi dan juga kemudahan yang ada pada telefon Android lain seperti Samsung, Vivo, Oppo dan lain-lain. 

Kini saya boleh katakan saya sudah 70% menjadi Android user.

Jadi kalau tanya saya buat masa sekarang, saya lebih memilih untuk gunakan Android sebab dengan teknologi yang ditawarkan.

Saya juga nampak Apple ni adalah satu company yang cuba bagikan sesuatu yang sempurna, berbeza dengan Android yang cuba tawarkan sesuatu yang baharu dan terbaik.

Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing, tapi untuk orang macam saya yang mengutamakan sesuatu yang terbaik dan terkini, Android adalah pilihan saya buat masa ini. 

Bagaimanapun, dengan segala tawaran yang ditawarkan dalam dunia Android, saya boleh kata Android masih lagi mendominasi sehinggalah Apple dapat menawarkan sesuatu yang inovatif dan terkini.


Penting Atau Tidak Pemilihan Jenama Smartphone?

Jenama antara salah satu faktor yang mempengaruhi pemilihan seseorang terhadap sesuatu produk.

Kalau jenamanya bagus, tentu semua rangkaian produk dalam jenama tersebut menjadi pilihan ramai.

Tapi apa kata kita lihat pula pendapat Expert kami mengenai persoalan ini:

Expert avatar
Tech Content Creator

Izami Ishak

Bagi saya jenama tu penting. Saya bermula dengan Samsung, kemudian bertukar ke Huawei dan kemudian ke iPhone, dan kembali ke Android.

Kalau dulu jenama lagi penting sebab jenama tak banyak dan jenama yang ada tu sering tawarkan sesuatu yang terbaik.

Tapi masa sekarang, jawapan saya masih lagi jenama penting tapi sebabnya sudah berubah. Bukan lagi hanya semata-mata ia terbaik sebab semua jenama memang terbaik sekarang.

Sekarang apa yang membezakan satu jenama dengan jenama yang lain adalah personal preferences. Kita tengok sama ada telefon tu sesuai dengan kita ataupun tidak.

Jadi itu antara salah satu sebab kenapa jenama penting. 

Kalau kita dah serasi dengan jenama tu, mungkin untuk bertukar ke jenama lain perlu tahu sama ada ia serasi dengan kita ataupun tidak. 


Apa Yang Berubah Sejak Kemaskini Terakhir (disemak 13 September 2026):

  • Realme 15 Pro digantikan dengan Realme 16 Pro 5G (susulan terkini, kamera 200MP)
  • Samsung Galaxy Z Flip7 dan Z Fold7 digantikan dengan Z Flip8 dan Z Fold8 (kini dalam prapesanan, jualan runcit bermula 14 Ogos 2026)
  • Nothing Phone (3a) digantikan dengan Nothing Phone (4a)
  • Google Pixel 9 digantikan dengan Google Pixel 10
  • Samsung Galaxy S25 Ultra digantikan dengan Galaxy S26 Ultra
  • HONOR Magic 6 Pro 5G digantikan dengan HONOR Magic8 Pro
  • OnePlus 12 digantikan dengan OnePlus 15
  • Xiaomi 15 Ultra dikekalkan (belum ada susulan rasmi di Malaysia, harga disahkan semula pada RM5,199)

Bagaimana Kami Memilih

Kami semak harga sembilan telefon ini secara langsung di kedai rasmi jenama masing-masing di Shopee Malaysia sebelum artikel ini dikemaskini, bukan harga senarai lama. Kami bandingkan cipset, kamera, saiz bateri dan kelajuan pengecasan, kemudian semak sama ada model itu sudah sah dijual secara runcit di Malaysia atau masih dalam tempoh prapesanan sahaja. Model yang sudah tidak dijual oleh peruncit rasmi kami keluarkan, bukan dikekalkan kerana pernah popular.

Perbandingan Ringkas

TelefonHarga BermulaTerbaik Untuk
Nothing Phone (4a)RM 2,499Telefon android terbaik secara keseluruhan
Samsung Galaxy S26 UltraRM 4,793Telefon Samsung terbaik
Samsung Galaxy Z Fold8RM 7,699Telefon lipat Android terbaik
Samsung Galaxy Z Flip8RM 5,799Telefon flip Android terbaik
Xiaomi 15 UltraRM 5,199Smartphone terbaik untuk fotografi
Google Pixel 10RM 3,099Telefon Android kamera terbaik
HONOR Magic8 ProRM 5,099Smartphone terbaik Honor
OnePlus 15RM 4,729Telefon android bateri tahan lama
Realme 16 Pro 5GRM 1,779Terbaik untuk gaming dan fotografi bajet

Senarai 9 Smartphone Android Terbaik 2026

*PERHATIAN: Jenama smartphone yang disenaraikan di bawah bukan dari cadangan Noor Izami, kecuali dinyatakan.* 

Telefon Android terbaik secara keseluruhan: Nothing Phone (4a)

Nothing Phone (4a)
Telefon android terbaik secara keseluruhan 1 daripada 9
Nothing Phone (4a)
Nothing
Dari RM2,499
Reka bentuk unik dengan Glyph Matrix
Skrin terang sehingga 4,500 nits
Ekosistem Nothing OS lebih kecil
2 lagi
Harga berbaloi untuk spesifikasi yang ditawarkan
Cip Snapdragon 7s bukan cip flagship sebenar
  • Cipset: Snapdragon 7s Gen 4
  • OS: Android 16, Nothing OS 4
  • RAM: 8GB, 12GB
  • Storage: 128GB, 256GB
  • Paparan: 6.78 inci AMOLED, 120Hz, 4,500 nits
  • Bateri: 5,080 mAh, 50W
  • Kamera: 50MP (lebar), 50MP (ultra-lebar), 8MP (telefoto)

Sebab menjadi pilihan utama:

Nothing Phone (4a) meneruskan legasi 3a sebagai telefon Nothing terbaik setakat ini, dengan reka bentuk Glyph Matrix yang unik dan skrin sehingga 4,500 nits, salah satu paling terang dalam kelasnya.

Ia kekal sebagai telefon Android terbaik secara keseluruhan kerana menawarkan gabungan harga sederhana (dari RM2,499, disemak 12 Oktober 2026) dengan spesifikasi yang kukuh untuk harga itu.

Kekurangan: cip Snapdragon 7s Gen 4 bukan cip flagship, dan ekosistem Nothing OS masih lebih kecil berbanding Samsung atau Xiaomi.

Bagaimanapun, dengan reka bentuk yang menonjol dan harga yang berbaloi, Nothing Phone (4a) tetap pilihan terbaik untuk kebanyakan pembeli.

Price
RM2,499

Terbaik untuk gaming bajet: Realme 16 Pro 5G

Realme 16 Pro 5G
Terbaik untuk gaming bajet 2 daripada 9
Realme 16 Pro 5G
Realme
Dari RM1,779
Kamera utama 200MP pada harga bajet
Bateri 7,000mAh yang tahan lama
Cip Dimensity 7300 Max bukan untuk gaming berat
2 lagi
Skrin AMOLED 144Hz lancar untuk gaming
Tiada penarafan IP68 penuh pada semua varian
  • Cipset: Dimensity 7300 Max
  • OS: Android 16, Realme UI 7
  • RAM: 12GB
  • Storage: 256GB, 512GB
  • Paparan: 6.8 inci AMOLED, 144Hz
  • Bateri: 7,000 mAh, 80W wired
  • Kamera: 200MP (utama), sensor kedua

Realme 16 Pro 5G menggantikan 15 Pro sebagai pilihan gaming dan fotografi terbaik di bawah RM2,000.

Kamera utama 200MP jarang ditemui pada harga bajet, dan bateri 7,000mAh dengan pengecasan 80W memastikan telefon ini tahan sepanjang hari penggunaan berat.

Skrin AMOLED 144Hz kekal lancar untuk gaming, walaupun cip Dimensity 7300 Max lebih sesuai untuk gaming sederhana berbanding tajuk AAA berat.

Price
RM1,779

Telefon flip Android terbaik: Samsung Galaxy Z Flip8

Samsung Galaxy Z Flip8
Telefon flip android terbaik 3 daripada 9
Samsung Galaxy Z Flip8
Samsung
Dari RM5,399
Skrin luar bersaiz penuh
Cip Snapdragon 8 Elite for Galaxy yang lebih pantas
Harga RM5,399 masih tinggi berbanding telefon standard sepadan
2 lagi
Reka bentuk flip yang bergaya dan kemas
Bateri kekal sederhana untuk peranti lipat
  • Cipset: Snapdragon 8 Elite for Galaxy
  • OS: Android 17, One UI 9
  • RAM: 12GB
  • Storage: 256GB, 512GB
  • Paparan: Skrin luar bersaiz penuh, skrin dalam lipat AMOLED

Samsung Galaxy Z Flip8 menggantikan Z Flip7 sebagai telefon flip Android terbaik, dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite for Galaxy yang lebih pantas.

Skrin luar bersaiz penuh membolehkan korang balas mesej dan buka aplikasi tanpa perlu buka penuh telefon.

Price
RM5,399

Telefon lipat Android terbaik: Samsung Galaxy Z Fold8

Samsung Galaxy Z Fold8
Telefon lipat Android terbaik 4 daripada 9
Samsung Galaxy Z Fold8
Samsung
Dari RM7,099
Reka bentuk lebih nipis dan ringan dari model sebelumnya
Skrin dalaman lipat yang lebih besar
Harga tetap tinggi berbanding flagship biasa
3 lagi
Harga permulaan lebih rendah dari Z Fold7
Cip Snapdragon 8 Elite for Galaxy
Bateri 4800mAh sederhana untuk saiz skrin sebesar ini
  • Cipset: Snapdragon 8 Elite for Galaxy
  • OS: Android 17, One UI 9
  • Paparan: Skrin dalaman lipat lebih besar, reka bentuk lebih nipis

Samsung Galaxy Z Fold8 menggantikan Z Fold7, dengan reka bentuk yang lebih nipis dan ringan berbanding model sebelumnya.

Harga permulaan RM7,099 (disemak 12 Oktober 2026) meletakkannya di hujung teratas pasaran, jadi ia berbaloi hanya jika skrin lipat besar itu memang yang anda cari.

Price
RM7,099

Smartphone terbaik untuk fotografi: Xiaomi 15 Ultra

Xiaomi 15 Ultra
Smartphone terbaik untuk fotografi 5 daripada 9
Xiaomi 15 Ultra
Xiaomi
Dari RM5,398.90
Dilengkapi kamera Leica sangat canggih
Cip Snapdragon 8 Elite yang padu
Harga premium, agak mahal
3 lagi
Paparan 120Hz, 3200 nits
Rakaman 8K dan Dolby Vision
Badan agak berat (226g)
  • Cipset: Snapdragon 8 Elite
  • OS: Android 15, HyperOS 2
  • RAM: 12GB, 16GB
  • Storage: 256GB, 512GB, 1TB
  • Paparan: 6.73 inci
  • Resolusi: 1440 x 3200 piksel
  • Bateri: 5410 mAh (global), 6000 mAh (China)
  • Kamera: 50MP (lebar), 50MP (telefoto), 200MP (periskop telefoto), 50MP (ultrawide), 32MP (swafoto)

Xiaomi 15 Ultra memang layak digelar smartphone terbaik untuk fotografi.

Dengan kamera utama 50MP 1 inci, 200MP periskop telefoto, 50MP telefoto, dan 50MP ultralebar, ia menawarkan pelbagai sudut dan hasil gambar luar biasa.

Sistem Leica dan rakaman 8K dengan Dolby Vision menjadikan pengalaman mengambil gambar dan video setaraf kamera profesional.

Bagi pencinta fotografi, ini adalah pilihan yang sukar ditandingi.

Price
RM5,398.90

Telefon Android kamera terbaik: Google Pixel 10

Google Pixel 10
Telefon Android kamera terbaik 6 daripada 9
Google Pixel 10
Google
Dari RM3,099
Kamera telefoto baharu dengan zoom sehingga 20x
Ciri AI Google yang terkini
Cip Tensor kadangkala panas semasa penggunaan berat
2 lagi
Kemas kini perisian jangka panjang
Storan asas terhad kepada 128GB
  • Cipset: Google Tensor G5
  • OS: Android 16, sehingga 7 naik taraf utama Android
  • RAM: 12GB
  • Storage: 128GB, 256GB
  • Bateri: 4,970 mAh
  • Kamera: 48MP (lebar), 12MP (ultra-lebar), 10.8MP (telefoto, zoom sehingga 20x)

Google Pixel 10 menggantikan Pixel 9 dengan penambahan besar: kamera telefoto baharu yang membolehkan zoom sehingga 20x, sesuatu yang tiada pada Pixel 9.

Cip Tensor G5 dan ciri AI Google yang terkini terus menjadikan Pixel siri kamera Android yang paling pintar untuk fotografi harian.

Kemas kini perisian jangka panjang (sehingga 7 tahun) kekal sebagai kelebihan utama berbanding jenama lain.

Price
RM3,099

Telefon Samsung terbaik: Samsung Galaxy S26 Ultra

Samsung Galaxy S26 Ultra
Telefon Samsung terbaik 7 daripada 9
Samsung Galaxy S26 Ultra
Samsung
Dari RM5,599
Skrin LTPO AMOLED 6.9 inci yang terang dan lancar
Kamera 200MP dengan periskop 5x untuk zoom jauh
Harga premium
3 lagi
Cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 terpantas setakat ini
Ciri Privacy Display baharu
Berat dan besar untuk sesetengah pengguna
  • Cipset: Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy
  • OS: Android 17, One UI 9
  • Paparan: 6.9 inci LTPO AMOLED
  • Kamera: 200MP (lebar), 50MP (periskop telefoto 5x), 10MP (telefoto)

Samsung Galaxy S26 Ultra menggantikan S25 Ultra sebagai telefon Samsung terbaik secara keseluruhan, dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang lebih pantas dan ciri Privacy Display baharu.

Sistem kamera 200MP dengan periskop 5x kekal antara yang paling lengkap di pasaran, sesuai untuk fotografi, kerja dan gaming dalam satu peranti.

Harga permulaan RM5,599 (disemak 12 Oktober 2026), meningkat mengikut pilihan storan, menjadikannya pilihan premium, tapi ia tetap wajar untuk pengguna yang mahukan yang terbaik dari Samsung.

Price
RM5,599

Smartphone terbaik Honor: HONOR Magic8 Pro

HONOR Magic8 Pro
Smartphone terbaik Honor 8 daripada 9
HONOR Magic8 Pro
HONOR
Dari RM5,098.90
Harga lebih murah dari flagship lain dengan spesifikasi setanding
Sistem kamera flagship yang kuat
MagicOS mengambil masa untuk dibiasakan bagi pengguna Android biasa
2 lagi
Pilihan RAM dan storan besar
Sokongan aksesori tempatan terhad
  • Cipset: Snapdragon 8 Elite Gen 5
  • OS: Android 16, MagicOS 10
  • RAM: 12GB, 16GB
  • Storage: 512GB, 1TB

HONOR Magic8 Pro menggantikan Magic 6 Pro sebagai flagship terbaik HONOR, dilancarkan November 2025 dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5.

Harganya (dari RM5,099, disemak 12 Oktober 2026) meletakkannya betul-betul dalam julat flagship, jadi pilih ia kerana kameranya dan bateri besarnya, bukan kerana ia lebih murah.

Sistem kamera flagship dan pilihan RAM/storan yang besar terus menjadi penanda dagangan siri Magic.

Price
RM5,098.90

Telefon Android bateri tahan lama: OnePlus 15

OnePlus 15
Telefon android bateri tahan lama 9 daripada 9
OnePlus 15
OnePlus
Dari RM4,729
Bateri gergasi 7,300mAh dengan pengecasan pantas 120W
Skrin 165Hz yang responsif
Agak berat disebabkan bateri besar
2 lagi
Kamera Hasselblad triple 50MP dengan periskop 3.5x
Ekosistem OxygenOS lebih kecil dari Samsung
  • Cipset: Snapdragon 8 Elite Gen 5
  • OS: Android 16, OxygenOS 16
  • RAM: 16GB
  • Storage: 512GB
  • Paparan: 6.78 inci QHD+, 165Hz
  • Bateri: 7,300 mAh, pengecasan 120W
  • Kamera: Triple 50MP Hasselblad, periskop 3.5x

OnePlus 15 menggantikan OnePlus 12 sebagai telefon Android bateri tahan lama terbaik, dengan bateri gergasi 7,300mAh, naik daripada 5,400mAh pada OnePlus 12.

Pengecasan pantas 120W bermakna korang jarang perlu risau bateri habis, manakala skrin 165Hz menawarkan pengalaman visual yang sangat responsif.

Sistem kamera Hasselblad triple 50MP dengan periskop 3.5x turut menjadikannya pilihan kukuh untuk fotografi, bukan sekadar bateri sahaja.

Price
RM4,729

Apakah Perbezaan Telefon Android dan iPhone?

Selain model telefon, perbandingan antara telefon pintar Android dan iPhone juga menjadi pertimbangan sebelum membeli telefon baru.

Jadi apa sebenarnya perbezaan telefon Android dan iPhone? 

1. Dari Segi Kelebihan

Telefon pintar Apple memiliki spesifikasi dan perisian dikawal selia dan oleh Apple sendiri. Ini dapat mengurangkan alat peranti diserang malware.

Manakala Android pula, menggunakan sistem operasi berteraskan sumber terbuka. Erti kata lain, mudah diubahsuai.

Mislanya, telefon pintar Android boleh dinaik taraf saiz storage melalui micro card SD dan sudah semestinya tidak ada pada iPhone.

2. Dari Segi Kekurangan

iPhone memiliki storage terhad mengikut kategori dan ekosistem terhad dimana tidak boleh diubah suai atau berkongsi dengan alat peranti lain selain dari jenama Apple.

Bagi Android pula, kelemahannya terletak pada sistem operasi yang mempunyai kadar jangkitan malware yang lebih tinggi tapi boleh diubah suai dan berkongsi sistem dengan alat peranti lain.

3. Dari Segi Harga

Dari segi harga, model iPhone paling murah setakat semakan pada 13 September 2026 adalah iPhone 16e yang boleh diperoleh pada harga sekitar RM2,999. 

Model paling mahal dan terbaru, iPhone 17 Pro Max dengan storan 1TB, mencecah sehingga RM7,999.

Lain pula dengan telefon pintar Android yang mempunyai pilihan banyak hinggakan anda tidak tahu mana satu harus dimiliki.

Bayangkan, harga telefon Android bermula dari bawah RM500.


Apa Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membeli Android Smartphone?

  • Anggaran Bajet: Tetapkan bajet untuk mengecilkan pilihan dan pastikan ia sesuai dengan kewangan korang.

  • Keperluan Penggunaan: Tentukan tujuan penggunaan seperti gaming, kamera, atau kegunaan harian seperti media sosial.

  • Spesifikasi Peranti: Periksa prosesor, RAM, storan dalaman dan kamera untuk memastikan ia memenuhi keperluan harian korang.

  • Reputasi Jualan dan Perkhidmatan Pelanggan: Pilih jenama dengan reputasi baik dan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.

  • Kualiti Pembinaan: Pastikan telefon mempunyai bahan berkualiti tinggi dan rekod ketahanan yang baik.

  • Sokongan Perisian: Pilih telefon yang menerima kemas kini perisian berkala selama sekurang-kurangnya 3 tahun.

  • Sokongan Peranti Tambahan: Pertimbangkan aksesori, perkhidmatan cloud dan ekosistem aplikasi yang menyokong peranti tersebut.


Tiada satu pun dari 9 telefon di atas kami gelar "kamera terbaik dunia", tapi kamera yang terhad bukan bermakna hasil yang terhad. Kami pernah rakam semula satu video muzik penuh menggunakan hanya telefon pintar dan bajet kosong, dan ia mengumpul 18,018 tontonan di Facebook kami berbanding rekod tertinggi sebelum ini hanya 224 tontonan, lebih kurang 80 kali ganda. Pengajaran yang kami ambil: framing, cahaya dan pergerakan lebih penting dari sensor kamera. Kalau korang nak tengok macam mana ia dibuat, kursus Pocket Cinematic kami pecahkan keseluruhan proses penggambaran tu, termasuk guna kamera telefon sahaja.


Soalan Lazim

Telefon Android mana yang terbaik untuk kegunaan harian pada 2026?

Untuk kegunaan harian yang seimbang antara harga dan spesifikasi, Nothing Phone (4a) adalah pilihan terbaik keseluruhan kerana ia menawarkan cip yang cukup pantas, skrin terang dan reka bentuk unik pada harga RM2,499 (disemak 12 Oktober 2026).

Adakah Samsung Galaxy Z Fold8 dan Z Flip8 sudah boleh dibeli di Malaysia?

Ya, kedua-dua model sudah dijual secara runcit penuh di Malaysia. Z Fold8 bermula RM7,099 dan Z Flip8 bermula RM5,399 (disemak 12 Oktober 2026).

Telefon Android mana yang paling berbaloi untuk bajet bawah RM2,000?

Realme 16 Pro 5G (dari RM1,779) kekal pilihan terbaik dalam bajet ini. Nothing Phone (4a) kini berharga dari RM2,499 (disemak 12 Oktober 2026), jadi ia sudah melepasi RM2,000 walaupun ia masih kuat dari segi kamera dan reka bentuk.

Kenapa Xiaomi 15 Ultra masih disenaraikan walaupun bukan model paling baharu?

Sehingga semakan pada 13 September 2026, Xiaomi belum melancarkan susulan rasmi (15 Ultra) di Malaysia, jadi ia kekal sebagai pilihan terbaik jenama ini untuk fotografi.


Pilihan Terbaik

Bagi tahun 2026, boleh dikatakan senarai ini merupakan pilihan smartphone Android terbaik di Malaysia:


Artikel Berkaitan

editor avatar
Penyunting

Tentang Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

Expert avatar
Pakar
Tech Content Creator

Izami Ishak chevron_right

Muhammad Noor Izami Bin Ishak atau lebih dikenali sebagai izami gadget. Anak kelahiran Terengganu, tapi kini menetap di Melaka. An ...

Lagi daripada ProductNation