Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Samsung Siri Galaxy FE Connected Experience

Kuasai Dunia Kreatif Anda Bersama Siri Samsung Galaxy FE Dengan Galaxy Connected Experience

Inilah masanya anda serlahkan kreativiti tanpa had bersama semua peranti Samsung Siri Galaxy FE!

Jika anda merupakan penggemar gadget terkini, tentunya anda sangat mengutamakan penggunaan peranti yang boleh memudahkan kerja atau aktiviti harian.

Bayangkan anda ingin sambung tulis nota dari telefon ke tablet, atau sambung edit gambar dan video dari tablet ke telefon menggunakan aplikasi yang sama.

Jalan penyelesaiannya adalah menggunakan jenama peranti yang sama iaitu Samsung Galaxy supaya anda boleh guna Ekosistem Galaxy.

Sebenarnya, pengguna dan peminat peranti Samsung lebih gembira dan teruja dengan adanya Ekosistem Galaxy yang mengubah cara memanfaatkan peranti Samsung.

Jadi menerusi peranti Samsung Galaxy S23 FE, Tab S9 FE dan Buds FE, peminat peranti Samsung boleh merasai pengalaman sebenar menggunakan ekosistem dari Samsung ini.


Sambungan Lebih Mudah Dan Pantas

Gaya hidup moden sekarang mungkin memerlukan anda menggunakan lebih dari satu peranti bagi meningkatkan produktiviti harian.

Memiliki smartphone dan tablet dalam satu masa juga sudah menjadi kebiasaan pada masa kini kerana kedua-dua peranti tersebut mempunyai fungsi yang berbeza.

Tambahan lagi, anda juga mungkin memiliki earbuds untuk dipadankan bersama dengan peranti anda dan digunakan untuk mendengar muzik, atau menjawab panggilan dengan mudah.

Alangkah baiknya kalau semua peranti ini dapat disambungkan ke dalam satu ekosistem yang sama untuk memudahkan anda membuat sambungan.

Dengan Ekosistem Galaxy, anda bukan sahaja boleh sambungkan peranti Samsung anda, tetapi penyambungannya lebih mudah dan pantas tanpa perlu connect secara manual.

Sebagai pengguna Samsung S23 FE, anda juga boleh merasai pengalaman menggunakan Ekosistem Galaxy ini.

Memang khas untuk Fans Edition!


Guna Aplikasi Dari Smartphone Terus Ke Tablet

Bagi anda yang mengutamakan proses kreativiti yang pantas, anda tentu suka dengan ciri menarik App Continuity yang boleh digunakan bersama Samsung Siri Galaxy FE.

Bayangkan anda ingin sambung menonton siri kegemaran Netflix anda dari Galaxy S23 FE terus ke Tab S9 FE, anda boleh melakukannya tanpa perlu membuka semula aplikasi tersebut.

Ataupun anda mahu menyambung web browsing dari Tab S9 FE terus ke Galaxy S23 FE, carian internet terdahulu akan terus ada pada smartphone anda.

App Continuity juga membolehkan anda menyambung aktiviti terakhir anda dari peranti terdahulu terus ke peranti seterusnya dengan mudah.


Ekosistem Yang Sesuai Untuk Siri Samsung Galaxy FE

Adakah anda merupakan pengguna Samsung Galaxy S23 FE dan juga merupakan seorang Tiktoker? 

Jika ya, anda kini boleh manfaatkan Ekosistem Galaxy untuk hasilkan video kreatif anda!

Sebagai Tiktoker, anda boleh merakam video Tiktok anda menggunakan S23 FE yang mempunyai kamera terbaik, kemudian edit video tersebut pada Tab S9 FE menerusi quick share untuk menghantar video tersebut ke tablet.

Untuk mendapatkan fokus ketika proses editing, nikmati Active Noise Cancellation (ANC) dengan menggunakan Buds FE.

Buds FE ini juga mudah disambungkan menerusi fungsi Auto-switch dan Easy pairing, tanpa perlu menetapkan secara manual.

Bukan itu sahaja, anda boleh melakukan Video Call Transfer, Quick Share, Second Screen, dan App Continuity antara Samsung Galaxy S23 FE dan Tab S9 FE.

Inilah yang membuatkan Ekosistem Galaxy dapat dimanfaatkan oleh pengguna Samsung Galaxy S23 bersama dengan Tab S9 FE dan Buds FE.

Sekarang anda mungkin mahu memiliki ketiga-tiga peranti tersebut kerana fungsi Ekosistem Galaxy yang ditawarkan mampu untuk memudahkan kerja anda, dan sebagai fans, inilah yang dinanti-nantikan dari Samsung.


Tab S9 FE: Kreativiti & Hiburan Tanpa Had

Luaskan kreativiti anda menerusi Tab S9 FE, di mana anda boleh menggunakan S Pen dan juga aplikasi kreatif pada tablet anda.

Jika anda peminat Cosplay, mungkin anda gemar mencari idea pakaian Cosplay untuk event akan datang menerusi smartphone, dan ingin menterjemahkan idea tersebut pada tablet.

Anda boleh terus capai S Pen, kongsikan idea dari S23 FE terus ke Tab S9 FE, buka aplikasi kreatif dan terus melakar costume Cosplay pilihan anda.

Selain itu, gamers turut dapat memanfaatkan fungsi dalam Ekosistem Galaxy semasa bermain game dengan bermain game yang sama di kedua-dua peranti tanpa menghilangkan score terdahulu.

Lebih baik kalau anda merupakan peminat Cosplay dan gamers dalam masa yang sama, boleh serlahkan kreativiti anda dan sambung hiburan tanpa had.


Buds FE: Kualiti Audio Terbaik

Rasanya tidak cukup sekiranya anda cuma memiliki Samsung Galaxy S23 FE dan Tab S9 FE sahaja tanpa mendapatkan Buds FE.

Dengan adanya Buds FE, anda bukan sahaja akan mendapat satu earbuds yang mempunyai kualiti audio terbaik, tetapi anda juga akan dapat manfaatkan Ekosistem Galaxy bersama dengan Samsung Galaxy S23 FE dan Tab S9 FE.

Semasa anda menonton filem pada S23 FE sambil menggunakan Buds FE, anda boleh dengan mudah sambung tonton filem tersebut ke Tab S9 FE tanpa perlu connect semula earbuds ke tablet tersebut.

Inilah fungsi Auto-switch yang boleh buat penyambungan secara automatik antara kedua peranti tersebut dan bukan semasa menonton filem sahaja, tetapi semasa menjawab panggilan video pun anda boleh tukar panggilan dari telefon ke tablet.

Selain mudah disambungkan bersama S23 FE dan Tab S9 FE, Buds FE juga mempunyai fungsi SmartThing Finds.

Fungsi ini amat berguna sekiranya Buds FE terhilang atau tercicir, memudahkan anda mencarinya menerusi S23 FE dan Tab S9 FE.


Kod Promosi Eksklusif Samsung Untuk 2023: Diskaun RM500 - Galaxy S23 FE

Anda rasa Samsung Galaxy S23 FE sesuai dengan personaliti dan cita rasa anda?

Inilah masa terbaik untuk dapatkan smartphone terbaru dari Samsung ini dengan potongan harga!

Dengan pelancaran Galaxy S23 FE, pihak Samsung menawarkan pelbagai ganjaran dan diskaun untuk anda.

Jangan lepaskan peluang untuk gunakan kod promosi eksklusif dari kami dan dapatkan potongan harga sebanyak RM500 sempena promosi pelancaran!

Promosi Pelancaran Samsung Galaxy S23 FE:

  • Dapatkan storage berganda dengan diskaun RM300 bagi model Galaxy S23 FE 256GB
  • Jimat sehingga RM350 dengan rebat trade-in.
  • Penjimatan sehingga 30% purchase with purchase (PWP) untuk Samsung Care+, Tablet Galaxy dan Siri Buds terpilih, dan Aksesori Samsung.
  • Promosi Eksklusif Peminat (Fan Exclusive) sebanyak RM500 untuk ahli #GalaxyTroops yang berdaftar.

Kod Promosi Eksklusif: Dapatkan Diskaun Tambahan RM500 Untuk Galaxy S23 FE Anda!

  • Dapatkan tambahan potongan harga sebanyak RM500 bersama dengan promosi pelancaran untuk setiap pembelian Samsung Galaxy S23 FE.
  • Kod sah sehingga 30 Nov 2023.
  • Tidak boleh digunakan bersama dengan promosi Eksklusif Peminat (Fan Exclusive).
  • Sah di Samsung Online Store sahaja.
  • Guna kod: PNGALAXYFE

Guna Kod: Samsung Galaxy S23 FE


Kod Promosi Eksklusif Samsung Untuk 2023: Diskaun Sehingga RM300 - Galaxy Tab S9 FE

Dah lama cari tablet untuk kerja, belajar, atau untuk hiburan? Anda datang tepat pada masanya, tapi kena grab cepat sebelum terlambat!

Bukan apa, Samsung kan baru-baru ni melancarkan siri Galaxy Tab S9 FE, dan seperti biasa Samsung menawarkan pelbagai ganjaran dan diskaun khas untuk anda.

Jangan lepaskan peluang untuk gunakan kod promosi eksklusif dari kami dan dapatkan potongan harga sebanyak RM300 sempena promosi pelancaran!

Promosi Pelancaran Samsung Galaxy Tab S9 FE:

  • PERCUMA Smart Book Cover bernilai RM339.
  • PERCUMA baucar langganan Viu Premium selama setahun.
  • Penjimatan sehingga 30% PWP untuk Samsung Care+, Tablet Galaxy dan Siri Buds terpilih, dan aksesori Samsung.
  • Promosi Eksklusif Peminat (Fan Exclusive) sebanyak RM100 untuk ahli #GalaxyTroops yang berdaftar.

Kod Promosi Eksklusif: Dapatkan Diskaun Sehingga RM300 Untuk Galaxy Tab S9 FE Anda!

  • Dapatkan tambahan potongan harga sebanyak RM300 bersama dengan promosi pelancaran bila anda beli Samsung Galaxy Tab S9 FE.
  • Kod sah sehingga 30 Nov 2023.
  • Tidak boleh digunakan bersama dengan promosi Eksklusif Peminat (Fan Exclusive).
  • Sah di Samsung Online Store sahaja.
  • Guna kod: PNGALAXYFE

Guna Kod: Siri Samsung Tab S9 FE


Promosi Eksklusif Samsung Untuk 2023: Dapatkan Galaxy Buds FE Pada Harga RM399

Selepas membuat pembelian Samsung Galaxy S23 FE dan Tab S9 FE, anda mungkin mahu lengkapkan pembelian anda dengan mendapatkan Galaxy Buds FE.

Ini mungkin tawaran yang sukar untuk anda lepaskan kerana anda berpeluang untuk membeli Buds FE pada harga RM399!

Bukan itu sahaja, anda juga akan dapat barangan eksklusif secara percuma dengan pembelian tersebut, iaitu Minions Eco-Friends Cover yang bernilai RM169 untuk Buds FE anda.

Memang betul-betul tawaran berbaloi, khas buat peminat Samsung bermula 10 Oktober 2023 hingga 30 November 2023.

Jangan tunggu lagi, cepat rebut tawaran hebat ini sementara stok masih ada dan hanya untuk pembelian di Samsung Online Store sahaja.

[Artikel ini kerjasama bersama Samsung Malaysia]


Artikel Berkaitan

End of Article