Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
teknologi-galaxy-watch6-pilihan-fesyen

Bergaya Bersama Teknologi Canggih, Galaxy Watch6 Pilihan Fesyen Dan Teman Kesihatan Anda.

Tak tahu nak beli hadiah apa untuk orang tersayang? Pilih je hadiah gabungan fesyen dan teknologi ini!

Pemakaian jam tangan sering dikaitkan sebagai aksesori fesyen yang kita boleh gayakan bersama dengan pakaian atau mood kita.

Semakin zaman berubah, semakin banyak fungsi yang ada pada jam tangan, sehingga ia dijadikan sebagai alat untuk memantau tahap kesihatan kita.

Mungkin buat peminat jam tangan merasakan jam tangan pintar ini terlalu fokus pada fungsi canggihnya sehingga membuatkan banyak smartwatch kelihatan kurang bergaya dengan reka bentuk yang lebih kurang sama.

Bagaimanapun, Samsung membuat langkah berani dengan memperkenalkan Samsung Galaxy Watch6 yang tidak terhad kepada fungsi fitness, tetapi turut menawarkan reka bentuk berfesyen yang anda boleh gayakan.

Jika bukan untuk anda, ia tetap sesuai untuk dijadikan hadiah jam tangan buat orang yang tersayang, pasti hadiah Galaxy Watch6 akan membuatkan mereka terus teringat pada anda!

Jom baca selanjutnya untuk tahu lebih lagi mengenai Galaxy Watch6 dan bagaimana ia menjadi aksesori menawan ke setiap majlis atau sebagai hadiah paling sempurna!


Classic Personalization: Ciri-Ciri Peribadi Anda

Perkara paling penting yang anda perlu tahu adalah, Galaxy Watch6 Classic ini boleh disesuaikan sepenuhnya mengikut personaliti anda. 

Anda boleh memilih saiz, reka bentuk tali jam tangan, dan paparan jam yang mencerminkan personaliti anda.

Jadi jika smartwatch ini dihadiahkan kepada pasangan anda, personaliti pasangan anda boleh disesuaikan bersama dengan jam tangan pintar ini, sekaligus menjadikan Galaxy Watch6 Classic sebagai jam tangan pilihan utama mereka untuk dipakai setiap hari.

Nak lihat sendiri pilihan yang anda ada? Pergi je ke Galaxy Watch Studio, anda dapat bebaskan kreativiti anda dengan memilih pilihan jam mengikut cita rasa sendiri.

Di laman web ini anda boleh memilih dari pelbagai model, saiz, dan warna, termasuk warna Graphite, Gold, Black, Silver, dan Pink Gold.

Anda juga boleh memilih jenis tali yang anda inginkan mengikut keperluan dan cita rasa anda!

Fakta menarik: Samsung Galaxy Watch6 juga menawarkan ciri reka bentuk yang canggih, dikenali sebagai One Click Band, di mana anda boleh menukar tali dengan hanya satu klik butang.

Jadi kalau anda beli tali jam tangan Samsung yang berlainan, mudahlah untuk anda tukarkan talinya setiap hari atau mengikut mood anda dengan hanya klik satu butang.

Dengan ciri yang boleh disesuaikan mengikut personaliti anda ini, Samsung Galaxy Watch6 Classic dapat disesuaikan dengan gaya anda. 

Reka bentuk yang sleek, dengan bezel yang lebih nipis dan paparan skrin yang lebih besar sebanyak 20%, smartwatch ini tentunya kelihatan lebih menawan dan bersedia untuk digunakan setiap hari atau untuk ke pelbagai acara formal mahupun santai.


Bergaya Dan Praktikal Menjadi Keutamaan

Mesti anda mahukan sebuah hadiah yang boleh digunakan oleh orang yang tersayang dalam tempoh yang lama.

Kalau anda mahukan hadiah yang tahan lama, usah cari yang lain sebab Galaxy Watch6 dihasilkan dengan kualiti binaan terbaik dan juga teknologi terkini yang membuatkan ia boleh digunakan lama.

Dengan keupayaan tahan air dan debu IP68 serta dilengkapi dengan Sapphire Crystal Glass, anda boleh berasa selamat memakainya dan mengharungi aktiviti yang agak lasak seharian tanpa risau ia mudah rosak.

Smartwatch ini juga mempunyai hayat bateri selama 40 jam dan boleh dicas pantas dengan mendapat 45% jumlah bateri hanya dalam masa 30 minit.

Jadi boleh dikatakan Galaxy Watch6 ini akan memastikan anda sentiasa dapat kekal aktif tanpa sebarang gangguan.

Bagaimanapun, apakah makna sebuah ketahanan tanpa fungsi yang terbaik? Untuk Galaxy Watch6 Classic ini, selain memiliki setiap ciri yang anda perlukan dalam sebuah smartwatch, ia turut mempunyai fungsi kawalan gerakan tangan.

Dengan fungsi kawalan gerakan tangan, anda boleh menjawab panggilan telefon, membuka aplikasi, dan melakukan perkara lain pada jam tangan anda dengan gerakan tangan yang mudah—ciri yang amat berguna semasa hari yang sangat sibuk!


Kekal Sihat Bersama Keluarga Tercinta

Anda mesti rasa seperti mahu berikan Galaxy Watch6 Classic kepada orang yang tersayang sebab ia merupakan salah satu daripada jam pintar kesihatan dan kecergasan yang paling lengkap di pasaran sekarang. 

Memiliki lebih daripada 90 pilihan workout tracking dan zon kadar jantung yang boleh dipadankan secara individu, ia adalah teman yang tepat bagi anda yang utamakan fitness!

Bukan itu sahaja, smartwatch Samsung ini juga mempunyai alat pemantauan kesihatan yang canggih seperti pengukuran tekanan darah, ECG, serta boleh menganalisa komposisi badan.

Dengan Galaxy Watch6 ini, anda boleh dapatkan gambaran kesihatan anda secara menyeluruh, jadi boleh sentiasa waspada dengan tahap kesihatan semasa anda.

Mungkin dengan pemberian smartwatch ini kepada orang yang tersayang, ia boleh menjadi motivasi buat mereka untuk amalkan gaya hidup yang lebih aktif dan sihat!

Sekiranya tarikh ulang tahun perkahwinan semakin hampir, atau ulang tahun hari lahir orang yang tersayang dalam waktu terdekat ini, Samsung Galaxy Watch6 mungkin menjadi hadiah yang sempurna untuk anda menzahirkan rasa kasih buat mereka. 

Gabungan gaya, ciri kesihatan, dan pilihan jam mengikut personaliti menjadikannya hadiah yang eksklusif dan bernilai.

Jadi, jika anda sedang mencari hadiah yang sempurna, Galaxy Watch6 menawarkan ciri-ciri sebuah hadiah bernilai yang anda cari, dan tentunya ia boleh dipadankan mengikut kehendak dan cita rasa anda untuk orang yang tersayang.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, anda boleh pergi ke Galaxy Watch Studio untuk memilih dan mereka jam yang sempurna sebagai hadiah untuk orang tersayang.

Tetapi bukan hanya itu sahaja; anda juga akan mendapatkan kotak hadiah bersama-sama dengan Galaxy Watch6, mengandungi adaptor 15w percuma, alat dok untuk pengecasan dan tali jam tangan.

Dan dengan pilihan trade-in sebanyak RM300, Galaxy Watch6 merupakan sebuah hadiah yang sangat berbaloi dan bermakna untuk dibeli.

[Artikel ini kerjasama bersama Samsung Malaysia]


Artikel Berkaitan

End of Article