Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
samsung-galaxy-s23-fe-flagship-bajet

Perlukan Telefon Mesra ‘Wallet’ Dengan Ciri-Ciri Flagship? Inilah Telefon Yang Anda Cari

Samsung memang tidak pernah mengecewakan!

Kali ini, demi memenuhi permintaan dalam kalangan peminat secara menyeluruh, Samsung dengan jayanya mengeluarkan Galaxy S23 FE yang ditawarkan pada harga mampu milik, khas buat peminat Samsung.

Apa yang membuatkan Galaxy S23 FE dilihat sangat menarik dan berbaloi untuk dibeli adalah ia memiliki reka bentuk dan ciri-ciri canggih yang sama pada siri andalan Galaxy S23.

Walaupun harganya dalam range mampu milik, tetap tidak kompromi dengan teknologi atau ciri-ciri canggih yang patut ada pada sesebuah telefon pintar.

Jom lihat sebab Galaxy S23 FE menjadi model pilihan yang berbaloi, terutamanya buat peminat gadget dan teknologi terkini yang mempunyai bajet terhad untuk membuat pembelian telefon baru.


Reka Bentuk Ikonik Flagship

Mampu milik tidak semestinya kurang kualiti, malah Galaxy S23 FE menerapkan reka bentuk yang ada pada telefon flagship Galaxy S23 seperti floating camera dan juga kemasan premium menggunakan bahan aluminium.

Tidak cukup dengan itu, kemasan terakhir turut memperlihatkan Corning Gorilla Glass 5 pada bahagian belakang telefon, membuatkan ia sebuah telefon pintar yang tahan lama dan lasak.

Risau dengan tumpahan air atau kotoran habuk? Samsung Galaxy S23 FE turut mempunyai ciri kalis air dan habuk dengan penilaian IP68, membuatkan anda lebih yakin untuk melakukan aktiviti air.

Pilihan warna yang menarik antara Mint, Purple, Graphite dan Cream juga membuatkan telefon ini nampak lebih moden dan anda boleh pilih warna yang menggambarkan personaliti anda.

Paling penting, Samsung Galaxy S23 FE dihasilkan menggunakan bahan yang dikitar semula, jadi ia merupakan peranti yang menggabungkan ciri fungsi terbaik, mampu milik, dan kelestarian alam.

Point tambahan sekiranya anda merupakan pencinta gadget dan juga pencinta alam sekitar!


Kamera Berkuasa Tinggi & Nightography

Anda mungkin tertanya-tanya ciri-ciri flagship apa yang dilengkapkan bersama ke dalam Galaxy S23 FE ini.

Ini bukan sekadar marketing gimmick, tetapi pihak Samsung benar-benar mengutamakan kepuasan pengguna dalam penghasilan Galaxy S23 FE.

Hal ini boleh dilihat pada kualiti kamera 50MP (lebar) dan lensa 3x optical zoom yang mampu menghasilkan gambar yang jelas tidak kira dalam apa jua keadaan, manakala ciri-ciri Nightography membolehkan anda mengambil gambar swafoto dan potraits dengan jelas.

Bagi fotografi pada waktu malam, walaupun anda berada dalam kawasan yang mempunyai pencahayaan yang rendah, anda akan tetap dapat mengambil gambar swafoto dengan jelas dan tajam menggunakan kamera hadapan 10MP Dual Pixel.

Selain itu, untuk anda yang minat menghasilkan video atau sebagai content creators, anda boleh merekod video 4K pada 60fps atau video 8K pada 24fps dengan advanced digital image stabilization untuk video yang lebih stabil.

Bagaimanapun, jika anda seorang profesional, ciri-ciri seperti Single Take, Pro Mode, dan Director View pasti akan memberi anda inspirasi baharu!


Tingkatkan Pengalaman Gaming Dan Penstriman

Galaxy S23 FE hadir dengan paparan berukuran 6.4-inci bersama dynamic AMOLED 2X yang menjana sehingga 1000 nits dan adaptive refresh rate 120Hz.

Ini membuatkan ia sebagai peranti idaman untuk gamers dan juga kaki drama, boleh main game dan tonton siri kegemaran di mana sahaja, tidak kira masa dalam kualiti paparan terbaik.

Samsung Galaxy S23 FE juga mempunyai Ray Tracing dan teknologi Vision Booster, di mana ia memastikan pengalaman gaming yang memukau. 

Tambahan lagi, dengan fungsi kawalan haba yang canggih dan pemproses terbaik Exynos 2200 octa-core, telefon ini mampu mengendalikan jangka hayat bateri seperti sebuah telefon flagship.


Lebih Mudah Untuk Multitasking

Dengan processor yang berkuasa tinggi, ini bermakna anda mampu lakukan pelbagai tugasan menggunakan telefon ini, sekaligus dapat meningkatkan produktiviti harian.

Galaxy S23 FE bukan sahaja mampu menjalankan pelbagai aplikasi tanpa lagging, tetapi anda juga boleh sambungkan ke peranti Galaxy yang lain dan alami pengalaman penuh menerusi Ekosistem Galaxy.

Perlukan saiz skrin yang lebih besar? Sambungkan Galaxy S23 FE anda ke Galaxy Tab S9 FE atau pada skrin monitor untuk rasai pengalaman penggunaan pelbagai skrin.

Menghantar fail, gambar atau video menjadi lebih mudah, hanya perlu drag-and-drop sahaja tanpa perlu menetapkan secara manual

Manakala software One UI Samsung yang terbaharu menawarkan pelbagai cara tanpa batas untuk anda menetapkan telefon anda mengikut citarasa dan personaliti, menjadikan ia lebih pintar dan pantas semasa digunakan.


Harga Mesra Bajet Untuk Pembeli Bijak!

Akhir sekali, tidak ada keraguan lagi Galaxy S23 FE hadir dengan ciri-ciri flagship, tetapi ditawarkan pada harga mampu milik!

Dengan Galaxy S23 FE, anda boleh merasai sendiri pengalaman menggunakan ciri-ciri telefon flagship yang menakjubkan tanpa perlu mengeluarkan bajet yang banyak.


Mahukan lebih lagi? Sertai #GalaxyTroop untuk mendapat manfaat mingguan dari Finally Monday Epic Rewards. Daftar sebagai #GalaxyTroop di sini!

Anda juga berpeluang untuk memenangi sebuah lagi peranti Galaxy apabila anda membuat pembelian siri Galaxy S23 FE atau Galaxy Tab S9 FE menerusi tawaran harian Samsung’s 23x FE Special Rewards. Jom jadi Ahli Samsung di sini!

Dengan tawaran masa terhad yang memberikan anda penjimatan sehingga RM1,150 ini, anda mungkin tidak mahu lepaskan peluang untuk memiliki peranti Galaxy!

[Artikel ini kerjasama bersama Samsung Malaysia]


Artikel Berkaitan

End of Article