Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Serum Berkualiti Tinggi untuk Membaikpulih Kulit Sensitif

Peliharalah kulit wajah anda

Apabila anda mempunyai kulit sensitif, pemilihan produk baru perlu dilakukan dengan teliti kerana jika tersalah membeli produk penjagaan mampu merosakkan kulit, seterusnya menambah kos perubatan untuk memulih kulit. Jalan terbaik adalah anda perlu menguji produk itu di kawasan tangan sebelum membeli dan lihat hasil tindak balas tersebut pada kulit. Serum yang terbaik untuk kulit yang sensitif haruslah memberikan keselesaan utama kepada kulit dengan kesan reaktif terbaik.

Serum yang ada di pasaran kini mampu menangani keperluan kulit sensitif dan dilengkapi untuk menyeimbangkan sebum yang berlebihan dari liang-liang pori tanpa mengabaikan keperluan kulit minyak semulajadi anda. Ianya juga mampu menambah jumlah kelembapan yang ketara kepada jenis kulit kering dan menyuburkan kulit. Di bawah ini adalah senarai serum yang sesuai untuk kulit sensitif.

Sesuai untuk kulit bermasalah seperti sensitif dan jerawat
B.LIV Spots Got Shot Blemish Treatment Serum (15ml)
From
RM29.00
Check B.LIV Spots Got Shot Blemish Treatment Serum (15ml) price below:

Serum ini berfungsi untuk melindungi cela di wajah sekaligus memelihara dan mencegah dari pelbagai masalah kulit yang tidak diingini.  Antara kebolehan serum ini adalah merawat jerawat, melancarkan liang pori yang tersumbat, menanggalkan sel sel kulit mati, mengawal lebihan sebum di wajah dan mampu mencerah kulit. 

Dengan mengandungi bahan seperti anti-oksidan dan anti-bakteria, serum ini boleh melakukan rawatan untuk jerawat yang intensif kerana produk serum ini dapat menyerap minyak yang berlebihan, menghalang jerawat daripada muncul semula, membantu pudarkan parut dan mempercepat proses penyembuhan sel biasa. 

Baca juga: Hapuskan Kesan Jerawat Degil Dengan 8 Serum Terbaik & Berkualiti Ini 

Serum yang mengandungi Vitamin C untuk kulit sensitif
DERMALOGICA MultiVitamin Power Serum (22ml)
DERMALOGICA
From
RM250.00
Check DERMALOGICA MultiVitamin Power Serum (22ml) price below:

Serum kompleks vitamin mikrobapsulasi untuk pembaikan kulit lebih dramatik yang sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Vitamin A, C dan E dapat menembusi jauh ke dalam lapisan kulit untuk memperbaiki segala kerosakan yang terjadi, mengurangkan garis halus dan hiperpigmentasi pada kulit wajah sambil merangsang pembentukan kolagen untuk menghalang penuaan yang disebabkan terdedah kepada cahaya matahari. 

Diformulasi tanpa wangian tiruan dan warna tambahan, selamat untuk kulit sensitif. Ianya juga dapat meningkatkan tahap keanjalan dengan peptide protein yang menguatkan kulit agar sentiasa tampil sihat dan segar.  

Baik untuk kulit kering dan sensitif – elak kulit merengsa
DR. JART+ Cicapair Serum
From
RM165.00
Check DR. JART+ Cicapair Serum price below:

Serum dari Dr. Jart ini mampu untuk menenangkan kulit yang sangat sensitif, tidak selesa atau bermasalah. Ia sesuai untuk jenis kulit yang paling sensitif kerana bahan yang terkandung dalam Cicapair Serum ini dapat melegakan dan membaikpulih kulit sambil melembapkan kulit wajah untuk menampilkan kulit agar kelihatan lebih sihat. 

Diformulasi dengan bahan dari Centella Asiatica yang menenangkan atau tiger grass iaitu bahan aktif yang digunakan untuk memulihkan sel dan keradangan yang rosak. Kulit anda akan tampil segar dan bermaya dari jauh.

Kekalkan lembapan kulit sensitif anda dengan hydrating serum ini
FIRST AID BEAUTY Ultra Repair Hydrating Serum
FIRST AID BEAUTY
From
RM163.00
Check FIRST AID BEAUTY Ultra Repair Hydrating Serum price below:

Dirumus khas untuk semua jenis kulit, serum bertekstur gel ini memberikan penghidratan serta-merta secara optimum sambil  meminimumkan penampilan garis halus dan kedut. Asid Hyaluronik yang menjadi agen pengunci kelembapan dapat menyimpan sehingga 1,000 kali berat molekulnya dalam air bagi membantu menghidrat dan menyuburkan kulit wajah. 

Peptide anti-penuaan ini yang membantu untuk menghalang penampilan garis-garis halus dan kedutan, manakala kolagen meningkatkan keanjalan, memulihkan tekstur dan mengganti sel-sel kulit. 

Baca juga: Kekalkan Kulit Muda Dengan Rawatan Melalui 11 Serum Muka Ini 

Terbaik untuk kulit sensitif – mencerahkan kulit serta-merta
MELVITA LILY Brightening Serum-Lotion (100ml)
From
RM118.00
Check MELVITA LILY Brightening Serum-Lotion (100ml) price below:

Serum berbentuk losyen luar biasa ini diperkaya dengan ekstrak daun Argan yang dikenali dengan sifat melicinkan dan gabungan 2 Asid Hyaluronik dari bahan semula jadi, untuk kesan menegangkan kulit yang ketara. 

Kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa 97% wanita yang menggunakan serum ini berkata kulit mereka licin dan cerah dalam jangkamasa yang singkat. Hari demi hari, mereka mendapati bahawa serum ini dapat merangsang kesan awet muda dari regim penjagaan kulit mereka.

Ingin putihkan kulit tetapi mengalami kulit sensitif? Serum ini sesuai untuk anda
CLOUD9 Blanc De White Serum (30ml)
From
RM59.00
Check CLOUD9 Blanc De White Serum (30ml) price below:

Serum ini mampu untuk membuatkan anda terasa seperti memakai kulit yang baru dengan setiap sapuan serum pada kulit wajah. Dengan bertekstur yang likat, krim ajaib ini mampu mencerahkan kulit dalam masa yang singkat dengan kesan semula jadi. 

Gunakan serum ini secara konsisten bagi meringankan bintik gelap, mengurangkan kemerahan dan mengurangkan bintik-bintik. Dirumus khas dengan bahan-bahan herba organik terbaik yang mampu membaikpulih kulit bermasalah dan meremajakan kulit anda. 

Lindungilah kulit sensitif dengan menggunakan serum malam ini
PETER THOMAS ROTH Retinol Fusion PM Night Serum
From
RM336.00
Check PETER THOMAS ROTH Retinol Fusion PM Night Serum price below:

Serum ini dapat memberikan faedah pembaharuan kulit melalui retinol terkumpul secara optimum untuk keputusan maksimum sambil mengurangkan kerengsaan pada kulit wajah. Dengan gabungan retinol berteknologi tinggi serta Vitamin C dan E bagi menggalakkan proses pembaharuan kulit dengan keberkesanan lebih sempurna. 

Ia membantu meningkatkan tona kulit dan tekstur, membantu dalam pengeluaran kolagen serta mengurangkan garis dan kedutan untuk mencerah dan menyihatkan kulit. Satu dos untuk lembapan dapat meminimumkan kemerahan dan kerengsaan serta mengurangkan kesan pengeringan retinol.

Artikel Berkaitan

End of Article