Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Hapuskan Kesan Jerawat Degil Dengan 10 Serum Berkualiti Dan Tidak Jejaskan Kulit Wajah

Tingkatkan keyakinan dirimu!

Product in this article

Ketumbuhan jerawat sangat sukar untuk diramal dan tidak mudah untuk ditutup jika wajah mengalami kadar pertumbuhan jerawat secara tiba-tiba. Ia boleh merosakkan mood dan keyakinan diri sepanjang hari. Jerawat terjadi apabila keadaan kulit mengalami masalah liang pori tersumbat akibat penghasilan minyak dan sebum berlebihan. 

Disini terjadinya pertumbuhan whiteheads, blackheads dan jerawat degil yang muncul di permukaan kulit. Masalah jerawat adalah masalah yang common di kalangan remaja serta wanita dari setiap peringkat umur.

Apakah bahan utama yang perlu ada dalam serum terbaik untuk kulit wajah?

Bahan-bahan aktif yang terdapat dalam serum terbaik untuk merawat kulit yang bermasalah adalah Vitamin C, Glutathione dan asid Hyaluronik. Ianya mampu untuk mengecilkan liang pori, pudarkan jeragat, kecutkan jerawat dan membaiki tisu kulit yang alami kerosakan. Tetapi serum yang terbaik adalah diperbuat daripada bahan-bahan organik dan semulajadi. 

Dijamin tidak akan merosakkan kulit wajah, membuatkan kulit teriritasi atau merengsa selepas anda memakainya. Ayuh lihat senarai serum terbaik untuk merawat kesan ‘breakout’ pada kulit wajah anda;

10 Serum Untuk Hapuskan Jerawat Dengan Berkesan

Garnier Sakura White Ultimate Serum (50ml)

RM 32.55
Garnier
1. Garnier Sakura White Ultimate Serum (50ml)
Serum untuk jerawat – mencerahkan dan kekal hidrasi selama 24 jam
add_circle senang diratakan dan meresap ke dalam kulit
add_circle memberi rasa berangin atau nyaman pada kulit
add_circle tidak memberi efek berminyak
add_circle sesuai untuk di'layer'kan bersama produk lain seperti moisturizer
remove_circle memberi hanya sedikit kelembapan pada kulit jika digunakan tanpa produk lain
remove_circle mengandungi pewangi

Garnier Sakura White Pinkish Ultimate Serum berfungsi memberi perlindungan dan menghidrasi kondisi kulit kering selama 24 jam dengan formula ultrasonik yang menyerap dengan cepat ke dalam lapisan kulit. Serum ini sesuai dengan kulit wanita Asia dan diperkaya dengan 5000 kapsul pemutih ekstrak Sakura yang bertujuan untuk menghasilkan 3 tona lebih cerah.

Diaktifkan dengan formula ultra-hydrating gel yang berupaya untuk melembapkan dan melindungi kulit sepenuhnya dari sinaran terik matahari supaya kulit anda bebas jerawat serta minyak sepanjang hari. Tiada lagi masalah kulit kusam, berjerawat dan tidak bermaya!

Baca juga: Kekalkan Kulit Muda Dengan Rawatan Melalui 11 Serum Muka Ini

Garden of Eden Rosa T Triple Action Acne Serum (5ml)

RM 30.5
Garden of Eden
2. Garden of Eden Rosa T Triple Action Acne Serum (5ml)
Serum untuk jerawat dari drugstore

Dari ekstrak Australian Tea Tree Oil yang tulen, Rosa T Acne Serum direka khusus untuk melawan jerawat ringan mahupun degil tanpa merosakkan permukaan kulit anda. Selain membunuh bakteria yang menyebabkan pertumbuhan jerawat, ia juga mengurangkan pengeluaran sebum berlebihan.

Serum yang mudah didapati dari drugstore ini, kaya dengan Vitamin E yang membantu melegakan parut jerawat serta meningkatkan kesihatan kulit wajah anda. Ianya juga mampu untuk menutupi cela jelas di kulit wajah.

Nano White Dark Spot Corrective Serum (30ml)

RM 34.6
Serum untuk menghilangkan bekas dan parut jerawat
Nano White
3. Nano White Dark Spot Corrective Serum (30ml)
Hilangkan parut jerawat agar kulit lebih berseri selepas 2 minggu
add_circle tidak berminyak dan melekit
add_circle meresap ke dalam kulit dengan pantas
add_circle sesuai untuk di'layer'kan dengan makeup

Serum dari produk Nanowhite ini diperkaya dengan tiga bahan pencerah yang membantu mengurangkan bintik hitam, memudarkan parut jerawat dan menghasilkan tona kulit lebih sekata.

Dengan gabungan teknologi Nano, Omega White-C dan ekstrak semula jadi, ia membentuk konsentrasi pencerah yang menembusi jauh ke dalam lapisan kulit untuk penyerapan bahan aktif. Hanya dalam masa 2 minggu, kulit anda akan bebas parut jerawat dan nampak lebih berseri!

Nutox Advanced Serum Concentrate (30ml)

RM 67.06
Nutox
4. Nutox Advanced Serum Concentrate (30ml)
Serum untuk jerawat dan membantu melawan penuaan serta kekusaman

Nutox Advanced Serum Concentrate memberi tumpuan kepada dua ciri utama, Actigenic +, dan B'Nest Collagen. Dengan menggunakan kuasa makro alga dan ekstrak gentian India, Actigenic + adalah sistem pertumbuhan semula epidermis yang menimbulkan kesan ketara untuk kulit tampak lebih muda dan berseri.

Gunakan secara konsisten bagi mengurangkan kesan penuaan seperti garis halus, kedut, dan kekusaman. Kulit anda akan memberi hasil yang memuaskan dalam masa hanya beberapa minggu sahaja.

Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Serum (30ml)

RM 58.41
Terbaik untuk kulit berminyak dan berjerawat
Naruko
5. Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Serum (30ml)
Serum untuk kulit berminyak yang mengandungi anti-bakteria
add_circle tidak mengandungi paraben, pewangi dan pewarna
add_circle tidak diuji pada haiwan
add_circle packaging mesra alam
remove_circle mengandungi alcohol

Oleh kerana cuaca di Malaysia yang tidak menentu. Sekejap panas dan sekejap hujan, kulit kita mudah untuk cenderung kepada kulit berminyak. Oleh itu, serum Tea Tree Shine Control dari Naruko ini akan menjadi penyelamat hebat buat kamu yang menghadapi masalah kulit berminyak.

Serum istimewa 4-dalam-1 ini diperkaya dengan ekstrak tumbuhan Serenoa Serrulata dan 1% asid Salicylic. Ianya berfungsi untuk menghalang dan mengawal rembesan minyak serta mengetatkan liang pori. Kini kulit anda akan bebas minyak, jerawat dan cela. Keyakinan diri juga akan bertambah.

Eucerin ProAcne Solution Super Serum (30ml)

RM 62.3
Eucerin
6. Eucerin ProAcne Solution Super Serum (30ml)
Serum untuk jerawat dan elakkan radang pada kulit sensitif

Eucerin adalah antara jenama penjagaan kulit yang disyorkan oleh ahli pakar dermatologi. Ia mengekalkan dan mengembalikan kesihatan kulit sekaligus memberi keyakinan kepada anda dengan kulit yang lebih berseri.

Serum Eucerin ProAcne mengandungi 100% Natural Acid, mengurangkan jerawat dalam lapisan kulit wajah. Teksturnya cepat menyerap, tidak menyumbat liang pori, bebas paraben dan sangat lembut terutamanya pada kulit yang mudah rosak seperti sensitif.

By Wishtrend Pure Vitamin C 21.5 Advanced Serum (30ml)

RM 79.9
By Wishtrend
7. By Wishtrend Pure Vitamin C 21.5 Advanced Serum (30ml)
Membaikpulih kerosakan kulit dengan sempurna

Serum yang mengandungi Vitamin C ini dapat membaiki semula kerosakan yang tampil pada kulit wajah anda seperti cela dan jerawat serta sekatakan tona kulit dengan berkesan. Bebas daripada paraben, menjadikan serum ini pilihan utama pengguna wanita. 

Diformulasi dengan 10 bahan semulajadi, ianya tidak akan menyebabkan kulit wajah anda menjadi iritasi atau merengsa selepas memakainya. Dengan mengandungi 70% Vitamin Tree, serum ini dapat memberi lembapan sepanjang masa pada kulit wajah.

Mario Badescu Anti Acne Serum (29ml)

RM 42
Mario Badescu
8. Mario Badescu Anti Acne Serum (29ml)
Serum untuk melindungi kulit wajah dari jerawat degil dan pasir

Siapa yang tidak kenal dengan produk ternama Mario Badescu? Serum istimewa ini mengandungi asid Salicylic yang menghalang bakteria daripada menjadi penyebab utama pertumbuhan jerawat. Triethanolamine di dalamnya memberi manfaat penyembuhan, menenangkan serta mengurangkan kerengsaan dan kemerahan pada kulit wajah.

Tekstur gelnya yang ringan mudah meresap serta membantu mengekalkan kulit menjadi licin dan berseri. Bebas dari sebarang jerawat degil!

Baca juga: 7 Serum Berkualiti Tinggi untuk Membaikpulih Kulit Sensitif

SKIN INC Vitamin C Serum (10ml)

RM 47.6
9. SKIN INC Vitamin C Serum (10ml)
Serum untuk jerawat diperkaya dengan Vitamin C

Kandungan Vitamin C amat penting untuk menyokong kulit anda serta melaksanakan fungsi sel. Oleh itu, serum hebat dari Skin Inc. ini direka dengan gabungan Vitamin C, B6 dan E untuk membantu mengurangkan penampilan cela dan penghasilan sebum yang lebih baik.

Kapsul ekstrak rumpai laut di dalamnya dipatenkan untuk menyumbang kepada pengeluaran kolagen dan hanya bahan-bahan semula jadi yang lembut diformulasi untuk keperluan dan keanjalan kulit anda.

Baca juga: Kekal Awet Muda Dengan 10 Serum Yang Mengandungi Vitamin C

For Beloved One Advanced Hyaluronic Acid Moisturizing Serum

RM 68
For Beloved One
10. For Beloved One Advanced Hyaluronic Acid Moisturizing Serum
Serum terbaik untuk serapan lapisan kulit paling dalam

Diformulasi dengan Glycerin dan asid Hyaluronik, serum ini dapat memberi lembapan pada kulit serta mengekalkannya sepanjang hari agar wajah anda tidak terasa ketat dan tegang. Ianya menyerap terus ke lapisan kulit wajah paling dalam sambil memberi hasil glowing dan dewy pada permukaannya.

Serum ini juga berkesan untuk membaikpulih kulit wajah dan kekalkan hidrasi serta tidak menyebabkan wajah anda terasa iritasi.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article