Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
serum hyaluronic acid terbaik

14 Serum Hyaluronic Acid Terbaik 2023 (Semua Jenis Kulit)

Inginkan kulit anjal dan gebu?

Kami yakin, ada yang tidak tahu apa itu hyaluronic acid. Kalau nak tahu, hyaluronic acid merupakan sejenis molekul gula yang secara semulajadi dihasilkan oleh badan. 

Malangnya semakin usia meningkat, semakin berkurang penghasilan hyaluronic acid.

Penghasilan hyaluronic acid oleh badan bertujuan memberi kelembapan pada kulit untuk kekal anjal dan sebagai pelincir kepada pergerakan sendi.

Jadi, sangat penting bagi mereka yang sudah mencecah 30an ke atas dalam memilih set penjagaan wajah yang mengandungi hyaluronic acid.

Bagi memudahkan anda, kami senaraikan produk yang mengandungi hyaluronic acid supaya kulit anda kekal lembab dan kelihatan sihat.


Senarai 14 Produk Serum Hyaluronic Terbaik

Hyaluronic acid terbaik secara keseluruhan
L'Oreal Paris
L'Oreal Paris Revitalift Hyaluronic Acid Serum
Semak L'Oreal Paris Revitalift Hyaluronic Acid Serum harga dibawah:
add_circle Menghidratkan kulit
add_circle Tidak menyumbatkan pori
add_circle Bebas alkohol & pewangi
add_circle Boleh pakai pagi & malam
remove_circle Harga mahal

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Wanita yang dah memasuki umur 30an boleh mula pakai serum hyaluronic acid terbaik dari L’Oreal untuk mengekalkan keanjalan kulit. 

Ciri-ciri;

Tak perlu ragu untuk guna produk ini pada muka sebab bebas paraben dan pewarna sintetik jadi sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit jenis sensitif. 

Serum ini telah diformulasikan dengan 2 jenis asid hialuronik iaitu Macro Hyaluronic Acid (untuk melicinkan permukaan kulit). 

Manakala Micro Hyaluronic Acid pula akan menyerap masuk ke dalam untuk menganjalkan kulit dari dalaman. 

Malah kedutan dapat dikurangkan sepantas 2 minggu jika serum ini digunakan secara berterusan. 

Review;

Kulit terus rasa terhidrat dan licin lepas pakai. Kulit juga jadi lebih lembab, fresh dan nampak glowing kalau pakai secara berterusan. Parut pun macam pudar sikit’

Serum hyaluronic acid untuk ibu hamil
THE ORDINARY Hyaluronic Acid 2% + B5 (30ml)
Semak THE ORDINARY Hyaluronic Acid 2% + B5 (30ml) harga dibawah:
add_circle pH 6.5-7.5
add_circle Ada Glycerin
add_circle Bebas alkohol
add_circle Tidak diuji keatas haiwan
add_circle Boleh pakai siang & malam
remove_circle Keberkesanan bergantung pada kulit masing-masing

Terdapat 3 jenis asid hialuronat dalam produk The Ordinary ini. Asid tersebut berfungsi untuk menghidratkan dan menganjalkan kulit tanpa menarik air yang sedia ada dari kulit. 

Malah mampu menghidratkan kulit hingga ke lapisan dalam. Turut mengandungi vitamin B5 yang bagus untuk melembabkan kulit muka. 

Selamat digunakan pada semua jenis kulit termasuk jenis kulit sensitif dan ibu hamil kerana tidak mengandungi silikon, minyak, gluten dan kacang. 

Namun, digalakkan untuk dapatkan nasihatkan doktor anda sebelum guna.

Serum hyaluronic acid untuk kulit sensitif
Neutrogena
Semak Neutrogena Hydro Boost Capsule In Serum (30ml) harga dibawah:
add_circle Bebas pewangi & paraben
add_circle Cepat menyerap dalam kulit
add_circle Jenis non-comodogenic
add_circle Menghidratkan kulit
remove_circle Harga mahal

Untuk yang memiliki kulit jenis kering atau sensitif, produk Hyaluronic Acid ini memang diformulasikan khas untuk anda kerana bersifat hypoallergenic. 

Serum Neutrogena ini juga mengandungi Glycerin yang boleh memberikan kelembapan kepada 9 lapisan sel kulit, jadi wajah anda bakal menjadi licin dan anjal. 

Turut mempunyai Pro Vitamin B5 dan teknologi prebiotik untuk membantu merangsang pemulihan kulit yang bermasalah. 

Bahan yang terkandung ini menjadikan serum ini sesuai digunakan pada kulit muka jenis normal.

Serum dengan hyaluronic acid japan
Hada Labo
Hada Labo HA Supreme
Semak Hada Labo HA Supreme harga dibawah:
add_circle Untuk kulit sensitif
add_circle Ada 4 jenis asid hialuronik
add_circle Bebas paraben, pewangi tiruan & silikon
add_circle Tidak mengandungi minyak mineral & alkohol
remove_circle Harga yang agak mahal dengan kuantiti yang sedikit

H.A Supreme Cica Soothing di diperkaya dengan Cica extract bagi membekalkan kelembapan dan membaiki sel kulit yang rosak.

Ciri lain lagi, serum ini dapat menjadikan kulit lebih segar dan melegakan iritasi yang terjadi pada kulit wajah.

Hyaluronic acid pula berfungsi menjadikan kulit anjal dan lembab bukan hanya pada lapisan atas kulit tetapi sehingga lapisan bawah kulit. 

Maksudnya, kulit anda akan kekal lembab walaupun sesudah membasuh wajah.

Kadar penyerapan yang pantas, lembut, dan licin! 

Serum hyaluronic acid untuk kulit berminyak
Safi Hydra Glow Oil Free Serum
Semak Safi Hydra Glow Oil Free Serum harga dibawah:
add_circle Dapat mengekalkan kelembapan
add_circle Mampu melegakan iritasi
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
remove_circle Mengandungi pewangi

Serum Safi ini sesuai untuk anda yang mempunyai kulit berminyak dan kering.

Ini kerana bahannya fokus untuk penghidratan dan mempunyai tekstur ringan dan bersifat hipoalergenik yang telah dapat kelulusan dari ujian saintifik.

Selain itu, mampu meredakan kemerahan pada kulit akibat berminyak ataupun kulit kering.

Dalam masa yang sama dapat memulihkan lapisan kulit yang rosak dan melegakan kulit anda.

Bahan seperti glycerin berfungsi untuk mengawal tahap kelembapan hingga lapisan kulit dalam serta memastikan kulit kekal segar. 

Manakala bahan Hyaluronic acid pula dapat kekalkan kelembapan pada wajah tanpa menjadikan berminyak serta meningkatkan tahap keanjalan kulit.  

Ruruberry 10% Niacinamide + HA Hyaluronic Acid (30ml)
Semak Ruruberry 10% Niacinamide + HA Hyaluronic Acid (30ml) harga dibawah:
add_circle Tekstur tak melekit
add_circle Mengecilkan saiz pori
add_circle Mengurangkan parut jerawat
add_circle Sesuai untuk kulit berminyak
remove_circle Mungkin boleh sebabkan skin purging

Serum Ruruberry bukan hanya kaya dengan Hyaluronic Acid untuk elakkan masalah kulit kendur, malah mengandungi 10% Niacinamide (vitamin B3 untuk mengawal pigmentasi). 

Ini menjadikan serum ini berkesan dalam meratakan tekstur kulit yang kasar dan mencerahkan kulit kusam. 

Masalah garis-garis halus dan kemerahan kulit juga boleh dikurangkan dan kulit yang kendur juga boleh ditegangkan semula. 

Lagi bagus, sesuai digunakan pada kulit yang cenderung berjerawat, sensitif dan kering. 

Dengan penggunaan yang konsisten, anda boleh nampak jerawat juga akan berkurangan kerana boleh menstabilkan penghasilan sebum. 

Jangan lupa untuk pakai sunscreen lepas guna produk hyaluronic acid terbaik ini ketika siang hari.

Serum hyaluronic acid untuk semua jenis kulit
SKINTIFIC-4D Hyaluronic Acid Hydrating Serum
Semak SKINTIFIC-4D Hyaluronic Acid Hydrating Serum harga dibawah:
add_circle Melembabkan kulit
add_circle Mengembalikan keanjalan kulit
add_circle Bebas alkohol, paraben & pewarna
add_circle Elakkan kulit dari kering & mengelupas
remove_circle Harga mahal
remove_circle Perlu pakai sunscreen selepas pakai serum ketika siang hari

Nak kelihatan awet muda? Apa kata jadikan serum dengan kandungan 5 peratus hyaluronic acid ini sebagai senjata untuk lambatkan tanda penuaan. 

Ini kerana produk Skintific ini mampu mengunci kelembapan kulit sehingga 48 jam dan jangan risau, selamat untuk dipakai pada semua jenis kulit. 

Selain itu, mengandungi peptida yang boleh merangsang penghasilan kolagen supaya kulit kelihatan sihat dan segar.

Sekali gus boleh menguatkan lagi lapisan perlindungan kulit. Manakala kandungan Thermal Water pula boleh melegakan kulit bermasalah. 

Untuk hasil yang lebih berkesan, digalakkan untuk guna serum pada waktu pagi dan malam.

Serum hyaluronic acid untuk kulit kering
VIBRANT GLAMOUR Hyaluronic Acid Face Serum
Semak VIBRANT GLAMOUR Hyaluronic Acid Face Serum harga dibawah:
add_circle Tak melekit
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Membaiki keanjalan kulit
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit

Serum Vibrant Glamour ini bukan sahaja murah dan mampu milik, malah berkesan untuk mengurangkan masalah kulit kasar dan kering. 

Apa yang menarik, produk ini boleh digunakan juga pada kulit sensitif sebab ia bebas alkohol dan minyak mineral. 

Masalah kemerahan kulit dan jerawat juga mampu dikurangkan dengan serum asid hialuronik ini. 

Memang bagus untuk menghidratkan hingga ke lapisan bawah kulit dan mengecilkan saiz pori.

Turut mengandungi Hexapeptide-12 untuk mengurangkan kehilangan kolagen dan mengurangkan garis-garis halus.

Hyaluronic acid serum korea
ONE THING Hyaluronic Acid Complex Serum
Semak ONE THING Hyaluronic Acid Complex Serum harga dibawah:
add_circle Diperbuat di Korea
add_circle Menghidrat kulit dengan baik
add_circle Mengurangkan garis halus
add_circle 2 pilihan isipadu (150ml & 40ml)
remove_circle Harga agak mahal

Takut guna serum Hyaluronic Acid sebab kulit jenis sensitif? Usah risau, serum One Thing ini sesuai untuk semua jenis kulit. 

Bukan sahaja bagus untuk meningkatkan keanjalan kulit malah berkesan untuk melembabkan wajah. 

Jangan lupa untuk gunakan produk hyaluronic acid terbaik ini dengan konsisten bagi mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan.  

Ini kerana molekul asid hyaluronic dalam serum ini boleh menyerap masuk hingga ke lapisan epidermis dan dermis kulit.

Handmade Heroes The Ultimate Snow Shroom Hyaluronic Acid Serum
Semak Handmade Heroes The Ultimate Snow Shroom Hyaluronic Acid Serum harga dibawah:
add_circle Kurangkan kedutan & garis halus
add_circle Boleh pakai waktu siang & malam
add_circle Melembabkan kulit
add_circle Menganjalkan kulit
remove_circle Harga terlalu mahal, kuantiti agak sedikit
remove_circle Tidak berkesan untuk mengurangkan jerawat

Untuk yang mahu guna serum Hyaluronic acid yang halal, serum The Ultimate Snow Shroom adalah yang terbaik untuk anda. 

Sesuai dengan semua jenis kulit terutamanya yang kering atau berminyak. 

Serum menghidratkan kulit ini juga bagus untuk memperbaiki tekstur kulit dan lapisan kelembapan kulit. 

Boleh dipakai juga oleh ibu yang sedang menyusu sebab formulanya bebas pewangi dan minyak pati. 

Digalakkan untuk buat patch test terlebih dahulu sebelum sapu serum ini pada seluruh wajah. 

Turut mengandungi Snow Mushroom yang boleh membantu penghasilan kolagen untuk kulit.

MELAO Vitamin C Hyaluronic Acid Professional Facial Serum
Semak MELAO Vitamin C Hyaluronic Acid Professional Facial Serum harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Ada vitamin E & aloe vera
add_circle Boleh mencerahkan kulit
add_circle Mengurangkan garis halus
remove_circle Keberkesanan bergantung pada jenis kulit

Kami sarankan anda yang mahu produk melembabkan kulit untuk guna serum MELAO yang mengandungi asid hyaluronic dan vitamin C.  

Ini kerana bukan sahaja boleh menyelesaikan masalah kulit kusam, malah boleh menggalakkan penghasilan kolagen. 

Dengan penggunaan serum ini tona kulit akan jadi lebih sekata, saiz pori mengecil dan kulit tak mudah berkedut sebab keanjalan kulit terjaga. 

Kulit juga akan lebih licin dan lembut selepas guna serum ini. Yang penting, penggunaan perlu konsisten untuk nampak perubahannya.

Serum hyaluronic acid untuk kulit jerawat
Mizon Hyaluronic Acid 100
Semak Mizon Hyaluronic Acid 100 harga dibawah:
add_circle Cepat meresap & tak melekit
add_circle Mencerahkan kulit kusam
add_circle Kulit tampak berkilat
add_circle Bebas pewangi
remove_circle Harga agak mahal

Selesaikan masalah kulit kering dengan serum Mizon yang mengandungi 50% hyaluronic acid dan antioksidan. 

Serum ini diformulasikan dengan ekstrak bunga dan tumbuhan yang boleh membaiki tekstur kulit dan mengekalkan keanjalan kulit muka. 

Kesannya kulit anda akan kelihatan lebih muda dari usia sebenar.

Selain melembabkan kulit, serum ini bagus juga untuk mengurangkan kemerahan kulit terutamanya untuk anda yang ada kulit sensitif. 

Boleh membantu untuk mengurangkan parut dan cela pada muka sebab sesuai dengan semua jenis kulit.

Pure hyaluronic acid serum
La Roche Posay Hyalu B5 Serum
Semak La Roche Posay Hyalu B5 Serum harga dibawah:
add_circle Terdapat Glycerin & tak melekit
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
add_circle Menganjalkan kulit
remove_circle Harga sangat mahal

Stres sebab muka mula menampakkan kedutan? Guna sahaja serum anti penuaan dengan asid hyaluronic tulen ini.

Selain itu, produk La Roche Posay turut mengandungi vitamin B5 untuk menghidratkan semula kulit yang mengalami dehidrasi. 

Bagus juga untuk membaiki lapisan kelembapan semula jadi kulit. 

Untuk penggunaan and digalakkan untuk sapu serum ini pada wajah lepas cuci muka dan sebelum pakai krim pelembab.

Retinol & hyaluronic acid serum
CeraVe Anti Aging Retinol Serum
Semak CeraVe Anti Aging Retinol Serum harga dibawah:
add_circle Anti penuaan
add_circle Tidak merengsakan kulit
add_circle Mengurangkan kedutan
add_circle Bebas pewangi
remove_circle Keberkesanan bergantung pada jenis kulit

Serum ini diformulasikan dengan retinol dan hyaluronic acid yang boleh menyerikan, menghidratkan wajah dan membaiki tekstur kulit muka anda. 

Apa yang bagusnya tentang serum ini adalah mengandungi Niacinamide dan Ceramides supaya dapat menjaga lapisan perlindungan semula jadi kulit. 

Malah, tidak akan menyebabkan pori tersumbat kerana jenis non-comedogenic.


Kebaikan Serum Hyaluronic Acid 

Untuk anda yang mula mengalami masalah kulit kendur atau tekstur kulit kasar, boleh masukkan penggunaan serum Hyaluronic Acid dalam rutin kecantikan harian anda. 

Ini kerana Hyaluronic acid boleh membantu menghidratkan kulit dan mengekalkan keremajaan kulit anda.

Selain itu, bahan ini juga bagus untuk beberapa masalah antaranya;

  • Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan pada wajah 
  • Mengurangkan masalah lingkaran gelap bawah mata (dark circles) 
  • Membantu mengekalkan kelembapan kulit 
  • Melindungi kulit daripada rosak akibat sinaran matahari 
  • Boleh kurangkan masalah parut 
  • Bagus juga untuk kulit kering  

Anda boleh dengarkan penjelasan lebih terperinci menerusi video di bawah.


Artikel Berkaitan

End of Article