Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
acne patch

15 Acne Patch (Pelekat Jerawat) Terbaik di Malaysia 2024

Stiker jerawat melindungi kulit dari bakteria dan merawat!

Jerawat yang muncul secara tiba-tiba pada kulit wajah akan meruntuhkan keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.

Lebih-lebih lagi jika menjelangnya majlis atau hari penting. Kalau boleh nak cungkil jerawat supaya kulit bebas jerawat.

Malangnya tidak boleh tapi kami ada satu jalan penyelesaian yang singkat untuk masalah ini.

Jalan itu adalah dengan penggunaan acne patch yang bagus dimana dapat memadamkan jerawat anda dan dalam masa yang sama dapat mengecutkan jerawat.

Jom lihat senarai jenama acne patch terbaik daripada pelbagai jenama. 


Penyunting

Senarai 15 Acne Patch Terbaik 

Acne patch terbaik secara keseluruhan
Cosrx Acne Pimple Master Patch
Cosrx
Cosrx Acne Pimple Master Patch
From
RM7.50
Check Cosrx Acne Pimple Master Patch price below:
add_circle Terdapat pelbagai saiz patch
add_circle Sesuai untuk dewasa & remaja
add_circle Mengurangkan risiko parut jerawat
add_circle Lindungi kawasan jerawat dari kotoran yang lebih teruk
remove_circle Harga mahal

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Untuk anda sering mengalami masalah jerawat yang muncul secara tiba-tiba, produk dari Korea Selatan ini wajib jadi teman baik anda kerana boleh mengecutkan jerawat dalam masa semalaman. 

Ciri-ciri;

Acne patch terbaik jenis hydrocolloid ini mengandungi 24 patches dalam satu pek, jadi cukup untuk kegunaan harian anda. 

Kelembapan pada wajah juga terjaga agar breakouts dapat dihalang. Yang penting, kalis air. 

Kesan kemerahan dan keradangan akibat jerawat turut dapat dikurangkan. Hebat bukan? 

Pembungkusan ziplock yang boleh ditutup semula, jadi kualiti produk ini akan tetap terjaga.

Review;

‘Sesuai dengan kulit saya dan boleh kecutkan cystic acne. Saiz jerawat nampak lebih kecil lepas guna semalaman. Yang penting, tak mudah tertanggal sebab melekat dengan baik pada kulit,’

Acne patch drugstore
Watsons Acne Patch 24s
Watsons
Watsons Acne Patch 24s
From
RM9.90
Check Watsons Acne Patch 24s price below:
add_circle Melindungi jerawat daripada sebarang kekotoran
add_circle Selesa dipakai walaupun untuk tempoh lama
add_circle Menyerap minyak
add_circle Kalis air
remove_circle Tidak digalakkan untuk guna bersama ubatan lain

Acne patch Watson ini direka khas untuk anda yang ada bajet terhad kerana harganya murah namun kualitinya masih tetap bagus.

Merupakan jenis hydrocolloid di mana ia mengandungi bahan yang boleh menyerap rembesan atau nanah yang terhasil akibat jerawat. 

Hydrocolloid ini juga akan mengurangkan kesan kemerahan pada kawasan jerawat dan sekaligus dapat memudahkan proses penyembuhan jerawat.

Acne patch jenama Korea
Cosrx Clear Fit Master Patch
Cosrx
Cosrx Clear Fit Master Patch
From
RM8.50
Check Cosrx Clear Fit Master Patch price below:
add_circle Material hydrocolloid
add_circle Ada 18 patches dalam 1 pek
add_circle Mendapat kelulusan FDA
add_circle Patch lebih nipis
remove_circle Saiz setiap patch sama

Kami syorkan anda yang masih tercari-cari acne patch yang sesuai dipakai bersama mekap untuk mendapatkan produk jenama Cosrx ini. 

Nak jerawat lebih cepat kecut? Boleh pakai produk ini ketika siang hari kerana pimple patch yang ditampal pada wajah anda nanti tak akan kelihatan pada mata kasar.  

Dengan pemakaian acne patch ini ketika bermekap, jerawat pada wajah anda juga tidak akan bertambah teruk kerana ia telah melindungi kawasan bermasalah tersebut. 

Malah, akan menyerap kesan luka yang terhasil akibat jerawat tadi. 

Acne patch untuk remaja
OXY Anti Bacterial Acne Patch Thin 26s
OXY
OXY Anti Bacterial Acne Patch Thin 26s
From
RM14.20
Check OXY Anti Bacterial Acne Patch Thin 26s price below:
add_circle Anti bakteria & menyerap minyak
add_circle Sesuai dipakai malam
add_circle Nipis, hanya 0.03cm
add_circle Mudah didapati
remove_circle Tidak digalakkan untuk guna bersama krim jerawat lain

Acne patch Oxy mempunyai 26 keping stiker jerawat yang kalis peluh dan kalis air menjadikan tak mudah tertanggal ketika mencuci muka atau berpeluh. 

Paling menarik, terdapat tiga saiz yang berbeza. Boleh pilih stiker mana yang paling sesuai dengan saiz jerawat. 

Jerawat pada kulit remaja anda juga tidak akan kelihatan begitu ketara kerana jenis semi-transparent yang akan menyembunyikan kawasan muka yang bermasalah.

Malah, boleh menyerap rembesan nanah dan minyak yang keluar dari jerawat seperti span.

Acne patch untuk make up
Some By Mi 30 Days Miracle Acne Clear Spot Patch
Some By Mi
SOME BY MI 30 DAYS Miracle Acne Clear Spot Patch
From
RM12.73
Check Some By Mi 30 Days Miracle Acne Clear Spot Patch price below:
add_circle Kalis air
add_circle Mudah digunakan
add_circle Lapisan nipis
add_circle Mengurangkan parut jerawat
remove_circle Tidak boleh pakai produk penjagaan kulit sebelum guna acne patch ini kerana boleh melemahkan lekatannya

Anda gemar guna produk dari Korea? Memang wajib dapatkan acne patch Some By Mi ini kerana sangat berkesan untuk mengecutkan jerawat. 

Selain tu, acne patch ini boleh menghalang jangkitan pada kulit wajah dan sesuai digunakan pada semua jenis kulit termasuk jenis berminyak. 

Boleh digunakan juga dengan mekap kerana ia tidak akan kelihatan pada wajah dan akan kelihatan natural dengan semua tona kulit. 

Pembungkusan pek jenis ziplock yang boleh ditutup semula setiap kali lepas penggunaa.

Jadi, kualiti pimple patch jenis hydrocolloid ini akan terjamin sebab tak mudah tercemar.

Acne patch dengan tea tree oil
Lanbena Acne Pimple Patch
Lanbena
LANBENA Acne Pimple Patch
From
RM5.60
Check Lanbena Acne Pimple Patch price below:
add_circle Mengandungi calendula oil
add_circle Sesuai juga untuk kulit berparut
add_circle Kalis air & kalis peluh
add_circle Patches hadir dalam pelbagai saiz
remove_circle Keberkesanan mengurangkan jerawat bergantung pada jenis kulit

Acne patch Lanbena ini pula mengandungi minyak tea tree yang mampu melawan bakteria pada wajah dan Calendula Oil yang mempercepatkan proses penyembuhan jerawat.

Paling menarik tentang produk ini sesuai dipakai pada pelbagai jenis kulit dan boleh ditampal pada wajah sebelum pakai mekap.  

Terdapat dua jenis pimple patch dari jenama ini iaitu penggunaan siang dan untuk malam. 

Selain itu, stiker jerawat ini diformulasi dengan ketebalan hydrocolloid 0.3mm dan 0.1mm, jadi penggunaannya tak kelihatan begitu jelas pada wajah..

Acne patch untuk ibu hamil
NEXCARE Acne Patch
NEXCARE Acne Patch
From
RM13.80
Check NEXCARE Acne Patch price below:
add_circle Mudah digunakan
add_circle Mengurangkan jangkitan
add_circle Sesuai untuk pelbagai jenis kulit
remove_circle Tidak begitu berkesan pada jerawat yang teruk

Acne patch jenis non medicated ini membantu menyerap nanah dan minyak berlebihan yang terhasil pada jerawat atau kawasan muka yang bermasalah. 

Pastikan anda tampal patch ini pada kulit wajah yang kering dan bersih dan terdapat 36 patches dalam setiap kotak. 

Ingin diingatkan patch akan bertukar warna menjadi putih setelah beberapa jam ditampal dan itu menandakan telah berkesan.

Untuk melindungi jerawat daripada sebarang jangkitan bakteria lain, anda boleh memakai acne patch ini ketika mandi kerana ia kalis air. 

Acne patch untuk jerawat
Hatherine Acne Patch Red Spot [40’s]
Hatherine Acne Patch Red Spot [40’s]
From
RM10.14
Check Hatherine Acne Patch Red Spot [40’s] price below:
add_circle Tak kelihatan begitu ketara pada wajah
add_circle Sesuai pakai waktu siang
add_circle Ada 40 patches dalam 1 pek
add_circle Melegakan jerawat
remove_circle Keberkesanan bergantung pada jenis kulit

Mengandungi tea tree oil dan Salicylic acid, acne patch ini berkesan mengecutkan jerawat dan mengurangkan kemerahan. 

Mampu melindungi kulit daripada jangkitan bakteria dan sesuai dipakai pada waktu siang, jadi kulit akan tampak flawless lepas pakai mekap. 

Produk jenama Hatherine ini juga kalis air dan kalis peluh. Kulit jenis cenderung naik jerawat memang patut pakai pimple patch ini tau. 

Pembungkusan dalam pek berzip, jadi produk tidak akan terkena kotoran selepas dibuka. 

Acne patch untuk jerawat batu
Mentholatum Acnes Anti-Bacterial Calendula Night Patch 36’s
Mentholatum Acnes Anti-Bacterial Calendula Night Patch 36’s
From
RM17.10
Check Mentholatum Acnes Anti-Bacterial Calendula Night Patch 36’s price below:
add_circle Anti bakteria
add_circle Nipis, hanya 0.03cm
add_circle Boleh pakai mekap lepas guna patch
add_circle Lindungi kulit jerawat dari kotoran
remove_circle Keberkesanan bergantung pada jenis kulit
remove_circle Tak boleh guna pada kulit yang rosak

Malu kulit asyik naik jerawat? Jangan risau, gunakan sahaja acne patch Mentholatum kerana boleh melawan jerawat dalam masa semalaman. 

Patch hidrokoloid ini mengandungi CMC yang menyerap minyak dan nanah yang ada dalam jerawat. 

Turut mengandungi minyak Calendula untuk menenangkan kulit. 

Jangan risau, acne patch ini boleh melekat dengan baik pada wajah walaupun berpeluh sebab ia kalis air. 

Kemasan matte pada acne patch ini pula menjadikannya tidak begitu kelihatan pada muka.

Acne patch untuk kulit sensitif
Skin & Lab Clean & Eesy Blemish Spot Patch
SKIN & LAB CLEAN & EASY BLEMISH SPOT PATCH
From
RM26.90
Check Skin & Lab Clean & Eesy Blemish Spot Patch price below:
add_circle Mengelakkan pembentukan parut jerawat
add_circle Mempercepatkan penyembuhan jerawat
add_circle Tampak natural pada wajah
add_circle Melegakan kulit berjerawat
remove_circle Keberkesanan bergantung pada kulit

Patch hidrokoloid Skin & Lab ini bukan sahaja boleh melindungi kulit daripada kekotoran, namun ia juga kalis air. 

Jadi, tiada masalah jika anda mandi atau berenang di kolam kerana akan kekal melekat pada wajah. 

Barulah tiada jangkitan bakteria pada kawasan muka yang bermasalah kan. 

Sesuai digunakan pada kulit sensitif dan boleh menyerap nanah akibat jerawat.

Acne patch untuk kulit berminyak
BREYLEE Tea Tree Acne Pimple Patch Spot Patch Day/Night
BREYLEE Tea Tree Acne Pimple Patch Spot Patch DayNight
From
RM5.20
Check BREYLEE Tea Tree Acne Pimple Patch Spot Patch Day/Night price below:
add_circle 2 jenis patch, malam & siang
add_circle Sesuai juga untuk whiteheads
add_circle Ada minyak Tea Tree Australia
add_circle Nipis & boleh serap nanah
remove_circle Keberkesanan bergantung pada jenis kulit

Untuk yang memiliki kulit berminyak pula, kami sarankan anda untuk guna acne patch Breylee.

Ini kerana sesuai dengan pelbagai jenis kulit termasuk kulit kering, normal dan kombinasi. 

Lagipun boleh membunuh bakteria dengan berkesan dan sekaligus boleh mengurangkan kemerahan kulit akibat jerawat. 

Acne patch yang mudah melekat pada kulit muka ini juga kalis air dan kalis peluh serta tidak kelihatan begitu ketara pada wajah. 

Acne patch untuk bekas jerawat
VT CICA Spot Patch
VT CICA Spot Patch
From
RM12.00
Check VT CICA Spot Patch price below:
add_circle Melekat dengan baik
add_circle Menyerap rembesan dari jerawat
add_circle Kalis peluh
remove_circle Tidak boleh ditampal pada luka

Sedang mencari acne patch yang bagus yang boleh dipakai ketika berenang atau mandi?

Produk jenama VT Cosmetics ini memang terbaik kerana mempunyai ciri kalis air. 

Seperti acne patch lain, mampu boleh melindungi jerawat atau parut jerawat daripada terkena sebarang kekotoran, jadi jerawat tidak akan membiak ke kawasan yang lain. 

Jerawat juga cepat kecut dan sembuh jika digunakan dengan konsisten setiap kali ada jerawat yang tumbuh.

Acne patch dengan microneedle
ACROPASS Trouble Cure Microneedle Patch
ACROPASS Trouble Cure Microneedle Patch
From
RM21.32
Check ACROPASS Trouble Cure Microneedle Patch price below:
add_circle Ada hyaluronic acid
add_circle Menghasilkan sel kulit baru
remove_circle Tidak sesuai dengan kulit yang sensitif dengan hyaluronic acid
remove_circle Harga mahal

Walaupun pimple patch ini mempunyai microneedle, anda tak perlu risau dengan jarum tersebut kerana ketebalannya hanyalah ⅓ daripada ketebalan sehelai rambut. 

Jadi, tak akan menyakitkan kulit muka. Jarum halus jenis microcone itu juga akan mempercepatkan pengeluaran minyak daripada kawasan wajah yang bermasalah. 

Maka, masalah jerawat akan dapat dikurangkan. 

Acne patch dengan salicylic acid
Focallure Waterproof Acne Night Patch
Focallure
Focallure Waterproof Acne Night Patch
From
RM4.14
Check Focallure Waterproof Acne Night Patch price below:
add_circle Melindungi jerawat daripada kekotoran lain
add_circle Fungsi 2x repair
add_circle Mengandungi essential oil
remove_circle Kurang berkesan menarik nanah daripada jerawat

Acne patch 0.3mm ini telah mendapat review yang bagus daripada pengguna di Shopee dan Lazada kerana ramai mengakui keberkesanannya untuk mengecutkan jerawat.  

Selain itu boleh melekat dengan kuat, jadi stiker jerawat ini tidak akan tercabut walau dipakai waktu tidur atau terkena sebarang cecair.

Uniknya lagi,ia mengandungi tea tree oil dan salicylic acid yang akan mengurangkan bengkak dan kesan keradangan akibat jerawat ini pada kulit muka. 

Boleh dipakai juga pada kulit sensitif dan pimple patch ini boleh menyerap rembesan yang keluar dari jerawat.

Acne patch kalis air
Derma Angel Acne Patch
Derma Angel
acne patch
From
RM32.40
Check Derma Angel Acne Patch price below:
add_circle Boleh oles solekan atas acne patch
add_circle Dapat memudarkan kehadiran jerawat
add_circle Bantu menyembuhkan jerawat

Acne patch dari Derma Angel senipis sehingga 0.01cm. Maksudnya, lapisan acne patch ini tidak akan kelihatan jelas jika anda memakainya.

Tambah pula, dengan warna nude matte menjadikan acne patch tidak kelihatan dengan mata kasar dan tidak menjadi masalah jika anda memakai solek.

Malah, acne patch ini membantu menyembuhkan jerawat dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko pembentukan parut.

Jerawat pun tak terdedah dengan bakteria atau kotoran udara luar yang menjadikan keadaan jerawat lebih teruk.

Selain itu, acne patch ini bercirikan kalis air dan lapisan patch memberi ruang untuk kulit bernafas menjadikan tidak berlaku iritasi pada kulit.

Derma Angel mempunyai satu lagi Acne Patch Plus dengan tambahan asid salisilik, yang menyediakan fungsi tambahan untuk mengawal tumbesaran jerawat yang aktif serta mengurangkan lapisan sel kulit mati.

Hasilnya, kulit anda kelihatan licin, lembut dan bersih dari jerawat.


Tips Memakai Acne Patch 

Cara pemakaian stiker khas untuk mengecutkan jerawat atau acne patch ini cukup mudah, hanya perlu tampalkan sahaja produk tersebut pada kawasan yang bermasalah. 

Namun, anda diingatkan untuk sentiasa mencuci wajah dan tangan sehingga bersih sebelum menggunakannya untuk mengelakkan bakteria jahat mengotori wajah anda. 

Selain itu, pastikan kulit muka anda kering sebelum menampal pimple patch ini. 

Biarkan produk jerawat ini semalaman atau sehingga beberapa jam mengikut arahan yang ada pada pembungkusan produk. 

Jika acne patch ini melekat dengan kuat pada wajah anda ketika mahu menanggalkannya, hanya perlu membasahkan kawasan wajah dengan sedikit air. 


Berkesan Atau Tidak Guna Acne Patch? 

Tahap keberkesanan stiker jerawat ini bergantung kepada jenis jerawat yang dialami. 

Contohnya, jika anda menghadapi masalah breakouts yang terlalu teruk dalam tempoh yang lama, produk ini tidak begitu berkesan. 

Ia lazimnya hanya mampu mengecutkan jerawat kecil yang jarang-jarang muncul pada wajah anda. 

Harus diingatkan juga, produk penjagaan kulit ini juga kurang berkesan mengecutkan jerawat jenis cystic

Apa pun, keberkesanannya juga turut bergantung pada jenis kulit si pemakai dan paling penting, jangan lupa untuk dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan sesuatu produk acne patch kerana dikhuatiri ia mengandungi bahan yang tidak sesuai dengan wajah anda. 


Artikel Berkaitan

End of Article