Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
smartphone murah rm200

8 Telefon Murah Bawah RM200 Terbaik di Malaysia 2024

Telefon bajet pun boleh berfungsi dengan baik tau!

Walaupun harga smartphone murah tapi kebanyakan smartphone ini mesra pengguna dan boleh dikatakan berkualiti. 

Paling penting smartphone murah terbaik ini dilengkapi dengan kamera, processor yang baik, ruang penyimpanan besar dan luas serta bateri tahan lama.

Jadi jom lihat senarai di bawah antara pilihan smartphone murah dan berkualiti yang harga bawah RM200.


Penyunting

Senarai 8 Smartphone Murah Dan Berkualiti

Smartphone murah dengan kamera terbaik
Vivo Y17
Vivo
From
RM150.00
Check Vivo Y17 price below:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Reka bentuk moden
remove_circle Resolusi skrin yang rendah
  • Chipset: Helio P35
  • OS: Android 9.0 (Pie), Funtouch 9
  • RAM: 4GB
  • Storage: 64GB, 128GB
  • Saiz Skrin: 6.35 inci
  • Resolusi: 720 x 1544 piksel
  • Bateri: 5000 mAh
  • Kamera: 13MP (utama), 8MP (lebar) 2MP (kedalaman) 20MP (swafoto)

Sebuah lagi smartphone murah terbaik dari jenama Vivo, iaitu Vivo Y17. 

Smartphone murah dan berkualiti ini mempunyai tiga lensa pada bahagian belakang iaitu 13MP kamera utama, 8MP untuk lebar dan 2MP untuk kedalaman. 

Kamera swafoto pula adalah sebanyak 20MP, jadi kualiti gambar pada phone ini antara yang terbaik bagi telefon murah. 

Untuk bahagian bateri pula, sebanyak 5000 mAh dibekalkan pada Vivo Y17 ini agak besar dan mampu untuk bertahan sepanjang hari. 

Saiz skrin telefon ini juga agak sebesar, iaitu 6.35 inci, bagaimanapun, resolusi skrin phone ini dikatakan agak rendah. 

Mungkin kualiti paparan phone ini kurang memuaskan bagi paparan yang memerlukan kualiti HD.

Sistem operasi Vivo Y17 ini menggunakan Android 9.0 (Pie) dan anda boleh memilih saiz storan antara 64GB dan 128GB, mengikut kesesuaian penggunaan anda.

Smartphone flagship murah
Oppo A33
Oppo
Oppo A33
From
RM129.00
Check Oppo A33 price below:
add_circle Harga sangat murah
add_circle Mudah untuk dibawa ke mana sahaja
add_circle Kamera yang cantik
remove_circle Bateri kecil
  • Chipset: Snapdragon 410
  • OS: Android v5.1 (Lollipop)
  • RAM: 2GB
  • Storage: 16GB
  • Saiz Skrin: 5.0 inci
  • Resolusi: 540 x 960 piksel
  • Bateri: 2400 mAh
  • Kamera: 8MP (utama) 5MP (swafoto)

Oppo A33 merupakan sebuah smartphone yang simple dan juga sesuai digunakan untuk gaming

Dikuasakan oleh chipset Snapdragon 410 yang mampu membuatkan phone ini beroperasi dengan sangat baik. 

Selain itu, kamera 8MP pada bahagian belakang juga mampu mengambil gambar dengan cantik dengan hanya berbekalkan cahaya matahari. 

Kamera hadapan juga mampu mengambil gambar swafoto dengan baik.

Pada bateri pula bersaiz 2400 mAh sahaja tapi tetap mampu membekalkan tenaga sepanjang hari buat phone bersaiz kecil ini. 

Jadi, dengan harga smartphone murah ini, sesuai untuk anda yang mencari telefon yang simple.

Smartphone murah dengan storage besar
Realme C15
Realme C15
From
RM198.00
Check Realme C15 price below:
add_circle Reka bentuk yang trendy
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Ada slot micro SD
remove_circle Prestasi kamera kurang memuaskan
  • Chipset: Snapdragon 460
  • OS: realme UI berasaskan Android 10
  • RAM: 4GB
  • Storage: 64GB, 128GB
  • Saiz Skrin: 6.5 inci
  • Resolusi: 720 x 1600 piksel
  • Bateri: 6000 mAh
  • Kamera: 13MP (utama), 8MP (ultrawide), 2MP (lensa retro), 2MP (lensa hitam dan putih) 8MP (swafoto)

Dengan bajet lebih kurang RM200, anda boleh memiliki sebuah smartphone murah terbaik yang memiliki empat lensa kamera. 

Selain itu, Realme C15 ini juga menawarkan saiz storan dalaman sehingga 128GB.

Antara kelebihan lain pada smartphone ini adalah memiliki ketahanan bateri yang lama.

Dengan saiz bateri sebesar 6000 mAh ini anda tidak perlu risau bateri cepat habis bila seharian menggunakannya.

Saiz Realme C15 juga agak besar iaitu sebesar 6.5 inci jadi memang puas untuk layan movie atau main game

Paling penting, smartphone murah dan berkualiti dikuasakan dengan chipset Snapdragon 460.

Smartphone murah dengan audio terbaik
Myfon S10 Pro
Myfon
Myfon S10 Pro
From
RM195.00
Check Myfon S10 Pro price below:
add_circle Ada face unlock
add_circle Kamera yang bagus
remove_circle RAM yang kecil
  • Chipset: 1.3GHz Quad-core processor
  • OS: Android Oreo 8.1 
  • RAM: 2GB
  • Storage: 16GB
  • Saiz Skrin: 6.26 inci
  • Resolusi: 480 x 1014 piksel
  • Bateri: 2800 mAh
  • Kamera: 5MP (utama) 5MP (swafoto)

Dengan harga bawah RM200 dan merupakan sebuah smartphone yang baharu.

Bayangkan anda mampu memiliki sebuah smartphone murah terbaik dengan spesifikasi yang mantap.

Myfon S10 Pro menawarkan sebuah telefon murah dengan saiz skrin yang besar, iaitu sebesar 6.26 inci jadi memang cukup besar bagi sebuah smartphone masa kini. 

Selain itu, sistem operasi yang digunakan pada Myfon S10 Pro ini juga diambil dari Android iaitu menggunakan Android Oreo 8.1 membuatkan anda tidak terasa ketinggalan sangat.

Manakala dari segi audio, kualiti speaker telefon ini juga boleh tahan baik dengan harga yang murah.

Apa yang menarik, dengan harga yang murah anda juga dapat memiliki smartphone yang  dilengkapi dengan ciri keselamatan Face Unlock. 

Harga smartphone murah dan masih memiliki feature pada telefon yang mahal.

Smartphone murah dengan spek terbaik
Vivo Y93
Vivo
Vivo Y93
From
RM260.00
Check Vivo Y93 price below:
add_circle Pemprosesan yang baik
add_circle Ringan untuk dibawa
remove_circle Kamera kurang memuaskan
  • Chipset: Mediatek MT6762 Helio P22 (12 nm)
  • OS: Android 8.1 (Oreo), Funtouch 4.5
  • RAM: 6GB
  • Storage: 128GB
  • Saiz Skrin: 6.22 inci
  • Resolusi: 720 x 1520
  • Bateri: 4030 mAh
  • Kamera: 13MP (utama), 2MP (kedalaman) 8MP (swafoto)

Vivo Y93 merupakan sebuah smartphone yang dilengkapi dengan spek yang lengkap dan baik bagi sebuah smartphone murah terbaik. 

Chipset yang digunakan agak berkualiti iaitu Snapdragon 439 yang akan memastikan phone berfungsi dengan baik.

Saiz RAM juga agak besar bagi sebuah phone murah, iaitu sebanyak 6GB, manakala saiz storan yang ditawarkan adalah sebanyak 128GB. 

Jika saiz storan tidak mencukupi, anda boleh menambah kad micro SD sehingga 256 GB.

Pada bahagian kamera, terdapat dua lensa kamera pada bahagian belakang (13MP + 2MP) dan satu lensa swafoto (8MP). 

Bagaimanapun, kualiti kamera phone ini dikatakan kurang memuaskan. 

Ketahanan bateri phone ini juga tidak menjadi masalah dengan adanya bateri sebesar 4030 mAh. 

Secara keseluruhan, Vivo Y93 mempunyai spek terbaik bagi sebuah telefon murah dan juga dilengkapi RAM besar.

Smartphone murah untuk orang tua
Nokia 6300 4G
Nokia
Nokia 6300 4G
From
RM118.00
Check Nokia 6300 4G price below:
add_circle Tahan lasak
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Ada papan kekunci fizikal
remove_circle Reka bentuk lama
remove_circle RAM dan Storage sangat kecil
  • Chipset: Snapdragon 210
  • OS: KaiOS
  • RAM: 512MB
  • Storage: 4GB
  • Saiz Skrin: 2.4 inci
  • Resolusi: 240 x 320 piksel
  • Bateri: 1500 mAh
  • Kamera: VGA (utama)

Bagi peminat telefon Nokia tentunya anda mencari telefon Nokia yang boleh mengimbas kenangan lalu, tetapi sekaligus dapat berfungsi mengikut keperluan terkini. 

Dengan Nokia 6300 4G, anda mampu terus menggunakannya mengikut keperluan terkini.

Smartphone murah dan berkualiti dari Nokia ini mampu untuk menjalankan aplikasi terkini seperti WhatsApp, Youtube dan juga Facebook. Menarik bukan?

Malah bukan sahaja mengekalkan reka bentuk telefon Nokia lama yang mempunyai papan kekunci fizikal, tetapi masih mengekalkan ketahanan sebuah telefon Nokia. 

Memang Nokia 6300 4G ini tahan lasak seperti model mereka yang sebelum.

Bagaimanapun, kekurangan pada telefon ini adalah saiz RAM yang disediakan adalah sangat kecil iaitu sebanyak 512MB dan storan dalam pula sebanyak 4GB.

Jika anda ingin mencari telefon untuk orang tua yang masih mampu menampung fungsi WhatsApp, ini mungkin telefon yang paling sesuai dan murah.

Smartphone murah tahan lasak
Nokia 225 4G
Nokia 225 4G
From
RM228.00
Check Nokia 225 4G price below:
add_circle Harga sangat murah
add_circle Kecil dan ringan dibawa
add_circle Bateri tahan lama dan tahan lasak
remove_circle Paparan skrin yang kecil
remove_circle Saiz RAM yang kecil
remove_circle Kamera kurang memuaskan
  • Chipset: Unisoc UMS9117
  • RAM: 64MB
  • Storage: 128MB
  • Saiz Skrin: 2.4 inci
  • Resolusi: 540 x 1170 piksel
  • Bateri: 1150 mAh
  • Kamera: 0.3 MP VGA kamera

Nokia 225 4G adalah telefon bajet dengan reka bentuk klasik dan ciri-ciri yang boleh dipercayai.

Telefon pintar ini mempunyai paparan 2.4-inci, kamera belakang 0.3MP, dan bateri yang tahan lama (1150mAh). 

Selain itu, menyokong sambungan ke rangkaian 4G dan mempunyai dual slot kad SIM tau.

Dengan harga yang sangat murah, Nokia 225 4G adalah pilihan yang baik bagi mereka yang mencari telefon tahan lasak dan murah.

Smartphone murah dengan bateri besar
Xperia X Compact
Xperia
Sony X Compact
From
RM159.00
Check Xperia X Compact price below:
add_circle Dilengkapi chipset Snapdragon 650 yang berkualiti
add_circle Dilengkapi NFC
add_circle Kamera 23 MP untuk gambar yang cantik
remove_circle Reka bentuk tidak nampak moden
remove_circle OS yang sudah lama
  • CPU: Qualcomm MSM8956 Snapdragon 650
  • OS: Android 6.0.1 (Marshmallow), boleh naik taraf ke Android 8.0 (Oreo)
  • RAM: 3GB
  • Storage: 32GB
  • Saiz Skrin: 4.6-inch
  • Resolusi: 720 x 1280
  • Bateri: 2700 mAh
  • Kamera: 23MP (utama) 5MP (swafoto)

Xperia X Compact adalah telefon pintar yang kompak dan menawarkan prestasi yang hebat dalam saiz yang kecil.

Dilengkapi dengan kamera digital 23 MP, anda boleh mengambil gambar yang sharp dan terperinci dengan mudah.

Ciri PDAF dan LED flash membantu menghasilkan gambar yang jelas dan terang walaupun dalam keadaan cahaya rendah.

Dengan resolusi 1080p, anda juga boleh merekod video berkualiti tinggi dengan Xperia X Compact.

Selain itu, Xperia X Compact juga dilengkapi dengan skrin IPS LCD 4.6 inci yang menawarkan paparan warna yang dinamik dan sharp.

Dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 650 dan CPU hexa-core, Xperia X Compact memberikan prestasi yang cepat dan lancar.

Telefon compact ini juga hadir dengan bateri yang besar sebanyak 2700 mAh dan boleh dicas dengan cepat menjadikannya cukup untuk digunakan sepanjang hari.


Berbaloi Atau Tak Beli Telefon Murah?

Persoalan sama ada berbaloi ataupun tidak untuk membeli telefon pintar yang murah terletak pada tujuan penggunaan anda dan juga bajet.

Tidak dinafikan, smartphone bajet kini mudah untuk dimiliki dan terdapat pelbagai model dipasaran.

Bagaimanapun, yang mana satu yang paling sesuai untuk anda gunakan.

Murah memang murah, tapi pastikan ianya tetap mempunyai kualiti yang baik agar pembelian anda berbaloi.

  • Lihat Review Sebelum Beli

Antara yang boleh anda lakukan adalah dengan melihat dahulu review tentang telefon yang ingin anda beli itu sebelum buat pembelian.

Walaupun anda tidak dapat memegang handphone tersebut, tetapi anda tetap boleh melihat dan mengetahui bagaimana prestasi handphone itu. 

  • Bandingkan Harga Untuk Elak Ditipu

Sekarang memang banyak kes penipuan melibatkan pembelian telefon pintar, jadi amat penting untuk anda tahu harga telefon pintar tersebut di pasaran dan bandingkan dengan harga yang anda perolehi.

Sekiranya hanya satu kedai sahaja yang menjual pada harga murah, maka berhati-hati kerana mungkin bukan kedai sebenar.

  • Fahami Keperluan Penggunaan Anda

Smartphone murah bawah RM200 kebanyakannya hanya memiliki fungsi yang diperlukan oleh sebuah telefon.

Jika anda mahukan telefon pintar yang mampu mengambil gambar berkualiti tinggi dan mahu sentiasa lancar semasa bermain game, mungkin anda memerlukan bajet yang lebih besar dari RM200.

Jadi, jika anda sememangnya cukup dengan handphone yang hanya memiliki 1GB atau 2GB RAM, storan dalaman yang kecil, dan juga tidak memerlukan ketahanan bateri yang luar biasa, maka telefon pintar murah ini pasti menjadi pilihan anda.


Artikel Berkaitan

End of Article