Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

9 Handphone Murah Bawah RM300 Terbaik & Berkualiti 2025

Harga murah dan kualiti yang padan dengan harga. Jangan expect lebih-lebih!

Kini semua orang memiliki telefon pintar untuk kegunaan harian.

Cuma apa yang membezakan jenis telefon adalah ciri, model, jenama dan harga sesebuah smartphone.

Ada juga orang lebih memilih untuk beli telefon paling murah dan berkualiti disebabkan kekangan kewangan.

Mungkin juga ada yang ingin beli telefon murah tapi bagus untuk pembelajaran anak mereka.

Jadi, kami senaraikan handphone murah bawah RM300, memang harga handphone yang berbaloi.

Ya kami tahu kebanyakan model telefon dalam senarai ni adalah dari set atau model lama, tapi nak dapat phone latest yang harga bawah RM300 memang mustahil!

Jangan risau, semua fon murah ini berkualiti dan hadir bersama warranty yang berpatutan.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi bagi edisi Bahasa Melayu di ProductNation, beliau memulakan kerjaya penulisan profesional pada tahun 2020 dan pernah ...

Senarai 9 Smartphone Murah & Tahan Lasak Bawah RM300

Handphone murah bawah RM300 terbaik secara keseluruhan
Infinix Smart 9
Infinix
Infinix Smart 9
From
RM319.00
Check Infinix Smart 9 price below:
add_circle Kamera bersama teknologi AI
add_circle Stereo yang kuat
add_circle Bateri besar tahan lama
remove_circle Tidak menyokong NFC
  • Cipset: MediaTek Helio G81
  • OS: XOS 14 (berasaskan Android 14 Go edition)
  • RAM: 3 GB
  • Storage: 64 GB
  • Paparan: 6.7 inci LCD
  • Resolusi: Tidak dinyatakan (hanya refresh rate 120Hz)
  • Bateri: 5000 mAh, pengecasan berwayar 10W
  • Kamera: belakang; 13MP (f/1.85) + AI Lens (f/2.0), depan; 8MP (f/2.0)

Sebab menjadi pilihan utama:

Infinix Smart 9 menawarkan ciri-ciri hebat untuk penggunaan harian dan ia merupakan telefon pintar yang sesuai dengan semua golongan.

Ciri-ciri:

Ia hadir dengan skrin LCD 6.7 inci dengan reka bentuk punch-hole, memberikan pengalaman tontonan yang mengasyikkan. 

Kadar segar semula 90Hz pula memastikan visual yang lebih lancar dan tidak lag semasa scroll media sosial. 

Dikuasakan oleh pemproses Mediatek Helio G81, telefon ini memberikan prestasi yang cekap, manakala RAM 3GB dan storan 64GB menyediakan ruang yang mencukupi untuk aplikasi dan fail. 

Tetapan kamera belakang termasuk lensa utama 13MP dengan fotografi AI mampu merakam imej yang jelas dengan warna yang terang. 

Sementara itu, pengimbas cap jari yang dipasang pada sisi telefon memastikan akses cepat dan selamat kepada peranti anda. 

Kualiti audio dipertingkatkan dengan super volume 200% dengan pemprosesan DTS, memberikan bunyi yang kuat dan jelas. 

Dengan bateri 5000mAh dan pengecasan Type-C, Infinix Smart 9 menawarkan hayat bateri yang tahan lama, memastikan anda dapat menggunakan telefon sepanjang hari.

Review:

"Untuk phone RM250 mmg berbaloi gila beli phone ni sebagai second phone. So far memang lancar tapi bateri ada drop sikit. Overall good."

Handphone murah bawah RM300 untuk whatsapp & youtube
Redmi A2+
Redmi
Redmi A2 Plus
From
RM359.00
Check Redmi A2+ price below:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Chipset berkualiti
add_circle Dilengkapi fingerprint sensor
add_circle Fast charging
remove_circle Kemampuan kamera yang terhad
remove_circle Kualiti paparan sekadar memuaskan
  • Cipset: MediaTek Helio G36
  • OS: Android 12 atau 13 (Go edition), MIUI
  • RAM: 3GB
  • Storan dalaman: 64GB
  • Paparan: 6.52-inci
  • Kamera: 8MP (lebar) 0.08MP (lensa tambahan) 5MP (depan)

Redmi A2+ merupakan sebuah telefon pintar yang yang dilengkapi dengan cipset berkualiti MediaTek Helio G36.

Untuk kelajuan CPU smartphone ini mampu mencapai sehingga 2.2GHz bagi memastikan kerja multitask anda berjalan lancar tanpa lagging.

Dengan 3GB RAM dan 64GB storan dalaman yang boleh diperluaskan sehingga 1TB, anda akan mendapat ruang yang mencukupi untuk menyimpan semua foto, video dan aplikasi anda.

Kamera belakang 8MP ini disertai dengan lensa tambahan untuk kesan fotografi yang lebih menarik dan turut menyokong rakaman video 1080p.

Untuk swafoto, kamera hadapan 5MP memberikan gambar yang jelas dan tajam, bagaimanapun kemampuan kamera telefon ini adalah terhad.

Bagi bahagian bateri, phone ini hadir dengan bateri 5000mAh, serta pengecasan pantas 10W.

Jadi boleh dikatakan bateri phone ini tahan lama dan sesuai untuk penggunaan dalam tempoh yang panjang.

Handphone murah bawah RM300 untuk pelajar
Realme C30s
Realme
Realme C30s
From
RM339.00
Check Realme C30s price below:
add_circle Harga mampu milik dan berbaloi
add_circle Pilihan RAM 3GB atau 4GB
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Ada finger print pada bahagian tepi
remove_circle Pilihan storan dalaman yang terhad
remove_circle Kualiti kamera tidak begitu memuaskan
  • Cipset: Octa Core Processor
  • OS: Realme UI Go , Android 12
  • RAM: 3GB, 4GB
  • Storan dalaman: 32GB, 64GB
  • Paparan: 6.5-inci
  • Kamera: 8MP (belakang) 5MP (depan)

Realme C30s merupakan sebuah telefon pintar Android bajet yang menawarkan kebolehan penggunaan pada tahap memuaskan secara keseluruhan.

Dengan skrin IPS sebesar 6.5 inci, anda boleh nikmati visual dengan warna yang kelihatan hidup dan tentu lebih memuaskan semasa menonton video pada telefon anda.

Peranti ini juga boleh didapati dalam dua varian iaitu; 3GB RAM dengan 32GB ROM dan 4GB RAM dengan 64GB ROM.

Turut menyediakan storan untuk aplikasi, foto dan fail anda pada kadar yang sederhana, jadi anda tidak boleh mengambil gambar atau video terlalu banyak.

Dikuasakan oleh pemprosessan Octa-core, Realme C30s memberikan prestasi yang lancar untuk multitask dan sebarang penggunaan aplikasi.

Telefon pintar ini juga dikuasakan dengan Realme UI Go, berdasarkan Android 12 dan menawarkan interface yang mesra pengguna.

Telefon ini memang berharga tiga ratus lebih, dan bukannya bawah RM300, tapi ia boleh jadi satu pembelian yang berbaloi dengan modal yang lebih sedikit.

Telefon murah bawah RM300 dengan bateri tahan lama
Nokia 105 4G
Nokia 105 4G - 2021
From
RM159.00
Check Nokia 105 4G price below:
add_circle Rekabentuk ringkas
add_circle Mudah digunakan
add_circle Ada sambungan ke rangkaian 4G
add_circle Boleh layari internet
add_circle Audio jelas dan kuat
remove_circle Tidak boleh muat turun aplikasi terkini
  • Cipset: Unisoc T107
  • OS: Series 30+ 
  • RAM: 48MB
  • Storage: 128MB
  • Paparan: 1.8 inci
  • Resolusi: QVGA
  • Bateri: 1020 mAh, removable
  • Kamera: Tiada

Nokia 105 4G adalah pilihan terbaik jika anda mencari telefon mudah alih yang tahan lasak dan murah untuk ibu bapa yang sudah berumur. 

Telefon ini memenuhi keperluan komunikasi asas dengan reka bentuk yang simple dan mudah digunakan.

Bagi golongan orang berumur yang memerlukan smartphone yang ringkas, Nokia 105 4G adalah pilihan tepat.

Telefon ini menawarkan skrin 1.8 inci dengan resolusi QQVGA yang mencukupi untuk melihat mesej dan kandungan lain. 

Nokia 105 4G hadir dalam tiga warna iaitu Hitam, Biru dan Merah, jadi anda anda pilih ikut citarasa masing-masing.

Dilengkapi dengan sokongan dua kad SIM dan sambungan 4G, Nokia 105 4G boleh bertahan sehingga 12 hari dalam mod standby dan kira-kira 5 jam tempoh panggilan telefon.

Kalau anda mahu bermain game yang tersedia pula, bateri telefon ini boleh bertahan sehingga 36 jam. 

Dengan saiz yang kecil, ringan dan compact, Nokia 105 4G selesa di pegang di tangan atau sangat mudah disimpan dalam poket anda.

Smartphone murah tahan lasak
Kyocera Torque G04
Kyocera Torque G04
From
RM240.00
Check Kyocera Torque G04 price below:
add_circle Paparan FHD berkualiti tinggi
add_circle Dilengkapi Cip Snapdragon 660
add_circle RAM dan kapasiti storan cukup
remove_circle Kemaskini telefon terhad
remove_circle Bateri bersaiz kecil
  • Cipset: Snapdragon 660
  • OS: Android 9.0
  • RAM: 4GB
  • Storage: 64GB
  • Paparan: 5.0 inci
  • Resolusi: 1080x1920 piksel
  • Bateri: 2940 mAh
  • Kamera: 24MP+8MP (belakang) 8MP (depan)

Jika anda kerja di tapak pembinaan dan mahu sebuah smartphone yang tahan lasak, Kyocera Torque G04 adalah pilihan yang tepat. 

Smartphone ini dibina khas untuk keadaan yang lasak dan ekstrem tanpa mengurangkan kualiti prestasinya.

Selain tahan lasak, harga yang ditawarkan untuk Kyocera Torque G04 ini murah dan dilengkapi dengan paparan FHD 5.0 inci dan resolusi 1080x1920 piksel. 

Dengan ciri ini, visual yang dihasilkan pada skrin telefon ini sangat jelas dan detail menjadikannya sangat sesuai untuk kerja.

Selain itu, smartphone tahan lasak dan murah ini turut dikuasakan oleh cipset Snapdragon 660 yang menawarkan prestasi yang lancar dan efisien.

Untuk bahagian kamera juga tidak mengecewakan, dengan kamera belakang 23MP+8MP, anda tetap dapat mengambil gambar dan mendapatkan kualiti yang cantik. 

Selain itu, dengan RAM 4GB dan storan dalaman 64GB, memberikan ruang yang cukup untuk menyimpan aplikasi, fail dan sebarang gambar atau video anda.

Handphone gaming murah bawah RM300
Redmi 10A
Redmi 10A(2+32GB)
From
RM269.00
Check Redmi 10A price below:
add_circle Prosesor MediaTek Helio G25 kuat
add_circle Menggunakan sistem operasi terbaru
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle Resolusi kamera terhad
  • Cipset: MediaTek Helio G25
  • OS: Android 11, MIUI 12.5
  • RAM: 2GB
  • Storage: 32GB
  • Paparan: 6.53 inci, HD+
  • Resolusi: 720 x 1600 piksel
  • Bateri: 5000 mAh
  • Kamera: 13MP (belakang) 5MP (depan)

Redmi 10A merupakan antara salah satu telefon Android yang murah di pasaran untuk anda dapatkan sekarang. 

Telefon pintar ini dikuasakan oleh prosesor MediaTek Helio G25 yang mampu berikan kekuatan dan prestasi terbaik. 

Dengan CPU Octa-Core kecepatan hingga 2.0GHz dan GPU ARM GE8320 kecepatan hingga 650MHz, smartphone ini mampu menjalankan tugas-tugas harian dengan lancar.

Paparan IPS LCD HD+ 6.53 inci pula boleh menghasilkan visual yang jelas dan butiran untuk pengalaman menonton video-video kegemaran anda.

Selain itu, Redmi 10A turut disertakan dengan bateri besar 5000mAh yang tahan lama, jadi tiada masalah untuk guna handphone murah terbaik ini sepanjang hari.

Dengan menggunakan sistem operasi Android 11, handphone ini juga dapat mengakses ciri-ciri terbaru yang ada.

Handphone murah bawah RM300 untuk warga emas
Nokia 235 4G
Nokia
Nokia 235 4G
From
RM239.00
Check Nokia 235 4G price below:
add_circle Reka bentuk retro moden
add_circle Sokong rangkaian 4G
add_circle Ada kamera & flash
remove_circle Storan dalaman kecil
remove_circle Tiada sambungan WiFi
  • Cipset: Unisoc T107
  • OS: S30+
  • RAM: 64 MB
  • Storage: 128 MB (sokong microSD hingga 32 GB)
  • Paparan: 2.8 inci QVGA
  • Resolusi: 240 x 320 piksel
  • Bateri: 1450 mAh (boleh tanggal, USB Type-C)
  • Kamera: 2 MP dengan LED flash

Nokia 235 4G (2024) menggabungkan reka bentuk klasik yang ikonik dengan sentuhan moden yang praktikal.

Dihasilkan oleh HMD, pembuat telefon Nokia, telefon ini mengekalkan bentuk asas yang ringkas namun dilengkapi ciri seperti rangkaian 4G, sambungan Bluetooth, dan pengecasan USB Type-C.

Paparan QVGA 2.8 inci cukup untuk penggunaan asas, dan bagi yang menghargai hiburan ringkas, ia hadir dengan permainan Snake serta pemain MP3.

Bateri boleh tanggal 1450 mAh memberikan ketahanan penggunaan yang baik, sesuai sebagai telefon kedua atau untuk mereka yang gemarkan penggunaan minimal.

Ia turut dilengkapi kamera 2MP dengan flash, cukup untuk kegunaan harian.

Dikuasakan oleh cip Unisoc T107 dan sistem operasi S30+, pengalaman penggunaan kekal stabil dan mudah.

Sokongan dwi-SIM dan storan boleh ditambah hingga 32GB menambah lagi nilai praktikal telefon ini.

Bagi anda yang rindu jenama Nokia, telefon ini boleh mengembalikan semula nostalgia anda.

Hp murah ram besar bawah RM300
Oppo A32
OPPO
Oppo A32
From
RM279.00
Check Oppo A32 price below:
add_circle Paparan 90Hz lancar
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle Kamera asas sahaja
  • Cipset: Snapdragon 460 (11 nm)
  • OS: Android 10, ColorOS 7.2
  • RAM: 8GB
  • Storage: 128GB
  • Paparan: IPS LCD 6.5” 90Hz
  • Resolusi: 720 x 1600 piksel
  • Bateri: 5000mAh, 18W pengecasan berwayar
  • Kamera: 13MP (belakang) 8MP (swafoto)

Oppo A32 merupakan pilihan menarik bagi pengguna yang mencari telefon pintar bajet dengan spesifikasi yang masih relevan untuk kegunaan harian.

Dengan paparan 6.5 inci IPS LCD yang menyokong kadar segar semula 90Hz, telefon ini memberikan pengalaman visual yang lebih lancar, terutama semasa melayari media sosial atau menonton video.

Ia dijana oleh cip Snapdragon 460 dan digandingkan dengan RAM 8GB serta storan 128GB, cukup untuk tugasan ringan dan simpanan aplikasi asas.

Kamera belakang 13MP sesuai untuk rakaman harian manakala kamera swafoto 8MP pula cukup untuk panggilan video.

Bateri berkapasiti 5000mAh memastikan penggunaan sepanjang hari tanpa perlu kerap mengecas, dan pengecasan pantas 18W melalui USB Type-C memberikan kemudahan tambahan.

Dengan sistem operasi ColorOS 7.2 berasaskan Android 10, anda akan mendapat antara muka yang mesra dan stabil.

Telefon kamera terbaik bawah RM300
Huawei Y7 Pro
Huawei
Huawei Y7 Pro
From
RM249.00
Check Huawei Y7 Pro price below:
add_circle Storan besar 128GB
add_circle Kamera selfie 16MP
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle Tiada pengecasan pantas
  • Cipset: Snapdragon 450 (14nm)
  • OS: Android 8.1 (EMUI 8.2)
  • RAM: 4GB
  • Storage: 128GB
  • Paparan: IPS LCD, 6.26 inci
  • Resolusi: HD+
  • Bateri: 4000mAh
  • Kamera: 13MP (belakang) 16MP (depan)

Telefon pintar ini sesuai untuk pengguna yang inginkan peranti asas dengan prestasi yang stabil bagi penggunaan harian seperti membuat panggilan, menggunakan media sosial, atau menonton video ringan.

Dengan skrin 6.26 inci IPS LCD dan dikuasakan oleh cip Snapdragon 450, ia mampu menjalankan kebanyakan aplikasi asas dengan baik.

Telefon ini turut hadir dengan RAM 4GB dan storan dalaman 128GB, mencukupi untuk menyimpan aplikasi serta fail penting.

Sistem operasi Android 8.1 dengan antara muka EMUI 8.2 menawarkan navigasi yang mudah difahami.

Kamera hadapan 16MP lebih menonjol berbanding kamera belakang 13MP — menjadikannya pilihan menarik untuk anda yang gemar berswafoto.

Bateri 4000mAh pula turut membantu memastikan jangka hayat penggunaan seharian tanpa gangguan pengecasan berulang.


Tips Sebelum Beli Telefon Murah

Kebiasaannya ramai menganggap telefon murah ini telefon yang tidak berkualiti atau cepat rosak.

Tapi sebenarnya tidak sebab sekarang banyak telefon pintar murah di pasaran dijual dengan kualiti yang baik.

Bagaimanapun sebelum membuat pembelian, anda perlu tahu tujuan sebenar membeli telefon dengan bajet bawah RM300. 

Selalunya, smartphone bawah RM300 akan menjadi telefon kedua bagi tujuan yang simple seperti WhatsApp, membuat panggilan atau menyimpan nombor telefon. 

Namun, anda juga patut membuat perbandingan sebelum buat pembelian, antaranya:

  • Saiz skrin yang besar
  • Menyokong microSD
  • Chipset berkualiti
  • RAM yang mencukupi
  • Kapasiti bateri minimum 3000 mAh
  • Lengkap semua sambungan komunikasi seperti WiFi, 4G dan Bluetooth

Malah, disebabkan harga yang ditawarkan rendah, jadi mungkin tak banyak model menawarkan storage besar. 

Jadi, kalau dapat memilih model yang menyokong microSD itu adalah lebih baik dan pastikan RAM pada telefon berkenaan mencukupi. 

Dengan harga RM300, RAM yang ditawarkan adalah sekitar 1GB hingga 4GB, jadi kalau dapat memilih RAM yang tinggi itu lebih baik.

Kalau anda masih dalam bajet dan perlukan telefon pintar murah, mungkin anda boleh dapatkan smartphone secondhand. Jom ikuti tips dari video di bawah. 


Bagaimana Pilih Phone Murah Yang Sesuai Untuk Saya?

Bila tengok fon murah, mesti kita akan fikir telefon tu tiada kualiti atau mungkin tak boleh pakai lama.

Bagaimanapun, di pasaran sekarang banyak telefon pintar yang murah ditawarkan bersama dengan kualiti setanding dengan smartphone jenama mahal.

Sebelum membuat pembelian ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan. Jadi ini adalah cara memilih dan membeli smartphone murah.

Tahu Tujuan Membeli Smartphone Murah

Sebelum anda bersetuju untuk membeli telefon pintar murah, anda perlu tahu apa tujuan anda membelinya. 

Kebiasaannya, smartphone bawah RM300 akan menjadi telefon kedua bagi tujuan yang asas seperti WhatsApp, membuat panggilan atau menyimpan nombor telefon. 

Jadi ianya tidak sesuai jika anda mahu smartphone bagi tujuan penggunaan yang berat.

Senaraikan Spesifikasi Yang Diperlukan

Bila dah faham tujuan beli smartphone murah, kemudian anda senaraikan pula spesifikasi yang anda perlukan atau yang anda mahu. 

Boleh lihat kualiti kamera yang anda mahu, berapa besar RAM dan ROM yang anda perlukan, dan juga kapasiti bateri yang sesuai dengan penggunaan anda. 

Padankan spesifikasi-spesifikasi ini dengan gaya penggunaan anda.

Baca Review

Sekarang ini mudah untuk baca ulasan tentang sesebuah smartphone yang kita ingin sebelum buat pembelian. 

Lakukan sedikit kajian tentang smartphone murah pilihan anda itu di YouTube, Blog, website dan sebagainya. 

Jangan terburu-buru buat keputusan. 

Pastikan ia Bukan Scam

Sekarang memang banyak kes scam melibatkan pembelian telefon pintar. Jadi amat penting untuk anda tahu harga telefon pintar tersebut di pasaran dan bandingkan dengan harga yang anda perolehi. 

Sekiranya hanya satu kedai sahaja yang menjual pada harga murah, maka berhati-hati kerana ia mungkin bukan kedai sebenar.

Jaminan

Walaupun anda membuat pembelian telefon pintar murah, pastikan anda mendapat warranty yang sepatutnya. 

Walaupun wang yang dikeluarkan tidak begitu banyak, tetapi ianya tetap hak anda untuk mendapatkan warranty

Ini akan berguna sekiranya smartphone anda bermasalah di kemudian hari jadi ketahui tempoh jaminan dan jaminan itu datangnya dari siapa.


Adakah Handphone Murah Bawah RM300 Tahan Lama dan Berkualiti?

Telefon pintar pada harga bawah RM300 memang kedengaran terlalu murah untuk zaman sekarang, tetapi ia masih boleh menjadi pilihan berguna—terutamanya untuk kegunaan asas atau sebagai telefon kedua.

Dalam kategori harga ini, kebanyakan telefon direka untuk memenuhi keperluan asas seperti membuat panggilan, menghantar mesej, dan menggunakan aplikasi ringan.

Namun begitu, ramai pengguna masih tertanya-tanya sama ada telefon murah sebegini benar-benar tahan lama dan berkualiti, ataupun sekadar penyelesaian jangka pendek.

Hakikatnya, ketahanan dan pengalaman pengguna bergantung pada jangkaan dan cara penggunaan harian.

Apa yang boleh dijangka daripada telefon bawah RM300:

  • Sesuai untuk penggunaan ringan seperti panggilan telefon, SMS, dan WhatsApp.

  • Hayat bateri yang panjang kerana tidak menggunakan cip atau skrin yang kuat tenaga.

  • Ada model yang menawarkan reka bentuk lasak dan tahan jatuh ringan.

  • Sistem operasi ringan seperti Android Go boleh berjalan lancar untuk aplikasi asas.

Apa yang perlu diberi perhatian:

  • Prestasi perlahan untuk aplikasi berat atau permainan.

  • Storan kecil menyebabkan telefon cepat penuh.

  • RAM rendah (biasanya 2GB ke bawah), boleh menyebabkan aplikasi sering tertutup sendiri.

  • Kualiti kamera dan paparan rendah—cukup sekadar untuk tangkapan asas.

  • Jarang menerima kemas kini keselamatan atau sistem operasi.

  • Binaan mungkin terasa plastik dan kurang premium.

Tip untuk membeli telefon bajet:

Jika ingin mendapatkan telefon bawah RM300 yang masih berbaloi, utamakan jenama yang ada pengedaran rasmi di Malaysia seperti Samsung, Xiaomi, Vivo atau model terpilih dari Realme dan Redmi.

Elakkan telefon dari jenama tidak dikenali yang tiada ulasan atau jaminan.

Semak ulasan pengguna di platform jualan dan pastikan telefon itu sekurang-kurangnya menyokong rangkaian 4G, memiliki storan mencukupi untuk kegunaan asas, serta disertakan dengan jaminan.

Pemilihan bijak boleh menjadikan telefon bajet ini satu pelaburan kecil yang berbaloi.


Di Mana Boleh Beli Handphone Bawah RM300 Dengan Harga Terbaik?

Kalau sedang mencari handphone bawah RM300 dengan harga terbaik, ada beberapa tempat yang boleh dipertimbangkan bergantung kepada keperluan dan keselesaan anda membeli.

Dalam lingkungan bajet RM300 ni, anda boleh dapatkan telefon asas, feature phone, atau telefon pintar entry-level—dan berikut adalah tempat-tempat paling sesuai untuk mencarinya:

1. Platform e-dagang (online marketplace)

  • Shopee & Lazada: Banyak pilihan model dan penjual, termasuk dari pengedar rasmi. Anda juga boleh guna voucher diskaun, baucar penghantaran percuma, dan promosi kilat untuk dapat harga lebih murah.

  • Carian tip: Gunakan filter harga dan carian seperti “telefon bawah RM300”, “Android Go phone” atau “feature phone 4G”.

  • Semak penilaian penjual dan ulasan pembeli sebelum buat keputusan.

2. Kedai fizikal atau pengedar rasmi

  • Anda boleh kunjungi kedai telefon tempatan, terutamanya di kawasan bandar kecil atau pasaraya, yang kadang-kadang ada promosi untuk model lama.

  • Kelebihannya: boleh lihat dan pegang telefon dahulu, serta terus dapat jaminan fizikal dan bantuan pemasangan jika diperlukan.

3. Laman rasmi jenama

  • Untuk jenama seperti Nokia, Itel, Realme, lawati laman web rasmi mereka atau halaman rasmi di Shopee/Lazada. Kadang-kadang mereka ada “Online Exclusive Deals” atau tawaran bundle.

Pastikan anda beli dari penjual dengan rating tinggi dan ada jaminan rasmi Malaysia. Elakkan telefon "refurbished" tanpa jaminan jika anda tidak biasa dengan penjual tersebut.


Apa Beza Antara Handphone Bajet Dan Refurbished?

Handphone bajet dan handphone refurbished nampak serupa sebab kedua-duanya lebih murah berbanding model flagship — tapi sebenarnya ada perbezaan besar dari segi tujuan, keadaan, dan jangka hayat.

Berikut penjelasan mudah:

Apa itu handphone bajet?

Handphone bajet merujuk kepada telefon baru yang dijual pada harga lebih rendah kerana:

  • Spesifikasi asas (cip pemproses, RAM, kamera, dan skrin sederhana)

  • Sesuai untuk penggunaan ringan seperti WhatsApp, YouTube, dan sosial media

  • Dikeluarkan memang untuk pasaran bajet (bukan model lama atau rosak)

Antara contoh jenama handphone bajet yang popular termasuk Itel, Tecno, Realme siri C, dan Redmi siri A.

Kebiasaannya, model-model ini disertakan dengan jaminan rasmi selama satu tahun daripada pengeluar, memberi jaminan tambahan kepada pengguna.

Telefon jenis ini sangat sesuai untuk pelajar, warga emas, atau dijadikan sebagai telefon kedua bagi mereka yang memerlukan peranti tambahan untuk kegunaan harian.

Apa itu handphone refurbished?

Refurbished pula ialah telefon terpakai yang telah dibaik pulih dan dijual semula. Ia mungkin:

  • Pernah rosak tapi sudah dibaiki

  • Unit demo atau pulangan pelanggan

  • Dijual semula oleh pihak ketiga dengan/atau tanpa waranti

Telefon refurbished biasanya ditawarkan pada harga yang lebih murah berbanding model baru, menjadikannya pilihan menarik bagi pengguna yang ingin berjimat.

Dari segi kualiti, ia bergantung kepada tahap baik pulih yang telah dilakukan — sama ada Grade A, B, atau C — yang memberi gambaran tentang keadaan fizikal dan prestasi peranti.

Namun begitu, terdapat juga beberapa risiko yang perlu dipertimbangkan, seperti hayat bateri yang mungkin tidak lagi optimum serta jaminan yang selalunya terhad berbanding telefon baharu.

Ringkasan Perbezaan Utama:

Aspek Handphone Bajet Handphone Refurbished
Keadaan Baru Terpakai / dibaik pulih
Jaminan Rasmi (biasanya 1 tahun) Terhad atau tiada
Prestasi Spesifikasi rendah Boleh jadi sederhana hingga tinggi
Risiko kerosakan Rendah Lebih tinggi (bergantung kondisi)

Artikel Berkaitan

End of Article