Kamera 360 dicipta untuk merakam situasi secara menyeluruh untuk mendapatkan bukti jika terjadi sesuatu di satu tempat atau merakam kenangan indah.

Lagipun kamera 360 menggunakan dua kamera yang terdapat padanya dan digabungkan supaya kamera ini mampu merakam video atau mengambil gambar di setiap sudut.

Jadi terdapat variasi action camera terbaik yang anda boleh pilih dan beli dimana setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza.

Jom kita lihat senarai kemara 360 terbaik yang sesuai untuk kegunaan anda.


Senarai 8 Kamera 360 Terbaik 

Kamera 360 terbaik secara keseluruhan
Insta360 One X2
Partnership with
Insta360 One X2
Dari
RM1,369.00
Semak harga Insta360 One X2 di bawah:
Skrin sesentuh
Kalis air hingga 10m
Boleh rakam audio 360 darjah
Boleh sambung dengan mikrofon
Harga mahal

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Kamera Insta360 ini boleh digunakan dengan 2 cara iaitu kamera biasa dan kamera 360.

Ciri-ciri;

Dengan ciri kamera 360, kamera ini sangat bagus untuk merakam keseluruhan panorama di setiap sudut persekitaran anda. 

Paling best, setiap gambar atau video yang diambil boleh disunting  dan dimuat naik terus ke media sosial anda menerusi aplikasi iOS dan Android kamera 360 terbaik ini. 

Turut dilengkapi dengan mod FlowState Stabilization yang akan memastikan video yang dirakam tidak bergegar. 

Dengan setiap pembelian kamera ini, anda akan dapat selfie stick yang tidak kelihatan, hasilnya, gambar dan video akan tampak seperti dirakam menggunakan dron. 

Jadi  tiada masalah walaupun tiada orang yang boleh tolong tangkap gambar anda ketika melancong secara solo. 

Review;

‘Pembelian memang berbaloi sebab kualiti gambar & video terbaik. Beli untuk guna pada superbike saya. Memang kamera 360 terbaik yang ada di pasaran,’

Kamera 360 terbaik untuk live streaming
GoPro Max 360
Partnership with GoPro
Dari
RM1,599.00
Semak harga GoPro Max 360 di bawah:
Skrin sesentuh
Video tak bergegar
Mempunyai 2 lensa
Kalis air & tahan lasak
Gambar boleh diakses & diedit melalui aplikasi
Harga mahal

Anda yang suka rakam kenangan ketika melakukan aktiviti lasak memang patut dapatkan action camera terbaik ini.

Dengan action camera ini, anda boleh ambil video 360° dengan resolusi 6K dan tangkap gambar panorama yang cantik.

Sesuai untuk yang suka vlogging sebab ia dilengkapi ciri live streaming 1080p, jadi video yang dirakam sangatlah jelas untuk tontonan subscribers YouTube anda. 

Kamera  GoPro ini juga boleh merakam audio dari 360 darjah dan ia lengkap dengan ciri pengurangan bunyi angin.

Hasilnya, suara dan setiap bunyi dalam rakaman video dapat didengar dengan jelas. 

Video yang dirakam tidak akan bergegar, jadi anda boleh membawanya bersama ketika bersukan seperti berski atau menunggang basikal.

Kamera 360 terbaik untuk hartanah
Insta360 X3
Partnership with
Insta360 X3
Dari
RM2,199.00
Semak harga Insta360 X3 di bawah:
Kalis air
Tahan lasak
Resolusi 4K (mod single lens)
Boleh rakam video Timelapse
Kualiti gambar hingga 72MP
Boleh edit gambar menerusi app Insta360
Harga mahal

Kamera ini boleh merakam video secara 360 darjah sehingga resolusi 5.7K ini patut dimiliki oleh content creator atau anda yang sering melancong. 

Produk terbaru dari jenama Insta360 ini juga menyokong penggunaan ciri Active HDR, jadi gambar dan video yang dihasilkan amatlah jelas walaupun dalam cahaya malap. 

Tak perlu beli dron jika miliki kamera ini kerana anda boleh tangkap gambar atau rakam video dari pandangan udara menggunakan invisible selfie stick

Untuk yang suka rakam video ketika menunggang motosikal, boleh dapatkan motocycle mount bracket yang direka khas untuk pengguna seperti anda. 

Kamera 360 murah
Xiaomi Mi 360 Camera (1080p)
Partnership with Xiaomi
Xiaomi Mi 360 Camera (1080p)
Dari
RM208.90
Semak harga Xiaomi Mi 360 Camera (1080p) di bawah:
Harga berpatutan
Fungsi audio 2 hala
Resolusi kamera 1080P
Video jelas walaupun dalam gelap
Perlu sambungan internet yang stabil

Keselamatan kediaman akan terjamin walaupun anda pulang ke kampung kerana kamera CCTV ini boleh nampak 360 darjah ini. 

Kamera ini menyokong penggunaan kad MicroSD dan boleh menyimpan video sehingga 128GB. 

Malah, turut menyokong fungsi Wi-Fi untuk memudahkan anda mengawasi rumah walaupun ketika tiada di rumah. 

Sesuai diletakkan di dalam atau luar rumah kerana video yang dirakam oleh kamera ini boleh diakses menerusi aplikasi Mi Home.

Kamera 360 untuk PC
j5create 360° All Around 1080p PC Webcam (JVCU360)
Partnership with
j5create 360° All Around 1080p PC Webcam (JVCU360)
Dari
RM279.00
Semak harga j5create 360° All Around 1080p PC Webcam (JVCU360) di bawah:
Boleh guna dengan Windows & macOS
Mudah dipasang guna USB
Rakaman video HD 1080P
Waranti 24 bulan
Ada mikrofon
Harga agak mahal

Untuk yang sering bermesyuarat secara dalam talian menerusi Google Meet atau Zoom, kami sarankan dapatkan webcam ini.

Webscam ini boleh merakam pandangan panorama di ruang pejabat anda kerana lensa kamera ini direka dengan sudut pandang yang ultra lebar. 

Malah mempunyai 6 mod paparan iaitu skrin penuh 360°, 360° All Around View, Host Mode, Dual Host Mode, paparan tunggal 90° dan Wide Angle View

Sesuai juga digunakan untuk berkomunikasi dengan orang tersayang yang tinggal jauh dari anda. 

Kamera dash cam 360
360 Dash Cam G300H
Partnership with
360 Dash Cam G300H
Dari
RM244.02
Semak harga 360 Dash Cam G300H di bawah:
Boleh rekod video time lapse
Rakaman video HD tinggi
Ada built-in GPS
12 bulan waranti

Dengan adanya dash cam 360 ini, boleh menjadi bahan bukti anda ketika memandu kereta di jalan raya jika berlaku kemalangan.

Alat perakam video ini mempunyai lensa dengan sudut yang ultra lebar iaitu 160° dan ia bakal berfungsi jika disambungkan dengan kabelnya. 

Yang penting, kamera dashboard ini boleh merakam video dengan jelas walaupun pada waktu malam dan ia turut lengkap dengan ciri Google Maps.

Kamera 360 untuk kereta
Dash cam 1440P 3" IPS Screen Dual Lens 360° Rotation
Partnership with
Dash cam 1440P 3%22 IPS Screen Dual Lens 360° Rotation
Dari
RM99.00
Semak harga Dash cam 1440P 3" IPS Screen Dual Lens 360° Rotation di bawah:
Rakaman waktu malam tetap jelas
Lensa bersudut lebar (170° & 240°)
Ada fungsi Motion Detection
Rakaman Ultra HD
Harga murah

Kamera dash cam ini mempunyai 2 lensa yang boleh merekod kejadian di luar dan dalam kenderaan dalam masa yang sama.

Skrin paparan LCD kamera ini juga tak kurang bagusnya kerana bersaiz 3 inci. 

Selain itu, lensa kameranya boleh dipusingkan sehingga 360 darjah agar semua kejadian dapat dirakam dengan jelas.   

Lagi menarik, direka dengan ciri pemantauan 24 jam di mana kamera akan terus merakam di persekitaran kereta tanpa henti sepanjang tempoh ia diparkir. 

Oleh itu, anda boleh tinggalkan kereta di kawasan parking dengan selamat. 

360 camera 4K
Insta360 ONE RS 4K Wide Angle
Partnership with
Insta360 ONE RS 4K Wide Angle
Dari
RM1,259.00
Semak harga Insta360 ONE RS 4K Wide Angle di bawah:
Mempunyai fungsi live streaming & Active HDR
Video tak bergegar walaupun bergerak
Boleh rakam video Slow Motion
Boleh zoom hingga 2.7x
Harga mahal

Abadikan kenangan indah ketika melancong dengan kamera Insta360 yang boleh merakam video secara menyeluruh dari setiap sudut. 

Ini kerana kamera ini menggunakan lensa 360 5.7K untuk hasil gambar dan video yang jelas walaupun ketika dalam keadaan cahaya gelap. 

Kesemua gambar dan video dari kamera 4K ini boleh dipindahkan ke telefon pintar menggunakan Wi-Fi sebelum disunting dengan mudah menggunakan aplikasi Insta360. 

Memang sesuai untuk anda yang suka rakam detik indah ketika melakukan aktiviti lasak kerana saiznya kecil, jadi mudah untuk dibawa ke mana-mana. 

Paling unik, boleh digunakan bersama selfie stick jenis halimunan, jadi gambar atau video yang dirakam akan tampak seperti diambil dari atas menggunakan dron. 

Kamera 360 untuk kereta terbaik
TSA 2Ram Ram + 32GB Memory 360 Bird View Camera System Car Android Player
Partnership with
TSA 2Ram Ram + 32GB Memory 360 Bird View Camera System Car Android Player
Dari
RM680.00
Semak harga TSA 2Ram Ram + 32GB Memory 360 Bird View Camera System Car Android Player di bawah:
Paparan skrin sentuh
Ada Android Player & Bluetooth
Kapasiti memori 32GB
Tempoh jaminan hanya 6 bulan

Sistem kamera menggunakan 4 biji kamera panorama 360° dan direka khas untuk kereta.

Kesemua kamera boleh merakam persekitaran di setiap bahagian luar kenderaan termasuklah di depan, belakang dan sisinya. 

Jadi, lebih selamat dan mudah untuk anda parkir dan mengundurkan kereta sebab tak perlu berpaling ke belakang ketika memandu.  

Ini kerana setiap sudut luar kenderaan boleh dilihat dari dalam sahaja menerusi skrin yang telah disambungkan dengan kamera ini.


Bagaimanakah Cara Kamera 360 Berfungsi? 

Kamera 360  memiliki 2 atau lebih lensa pada badannya untuk menangkap atau merakam gambar atau video di sekeliling persekitaran anda. 

Lensa ini diletakkan bertentangan antara satu sama lain pada badan kamera dan ini membolehkan kamera 360 untuk merakam gambar atau video dari semua sudut. 

Perisian khas yang terdapat pada kamera itu kemudiannya menggabungkan setiap gambar atau video yang telah ditangkap dan dirakam.

Kemudian, menggunakan setiap lensa tersebut dan menukarkannya menjadi sekeping gambar atau sebuah video. 


Soalan Lazim

Berapa harga Insta360 X3 di Malaysia?

Insta360 X3 dijual dari RM1,369 hingga RM2,369 di Shopee Malaysia bergantung kedai dan pek yang dipilih, dengan kedai rasmi Insta360 Malaysia Store menjual pada RM1,689 (disemak 23 Ogos 2026). Harga naik jika dibundle dengan mount tambahan seperti mount motosikal.

Kamera 360 mana yang paling murah untuk pemula?

Dalam senarai ini, Xiaomi Mi 360 Camera (1080p) pada RM107.88 dan dash cam 360 darjah 1440P pada RM99 adalah pilihan paling murah, sesuai untuk cuba kamera 360 tanpa belanja besar. Kualitinya jauh di bawah Insta360 atau GoPro Max 360, jadi ia bukan pilihan untuk konten profesional.

Apakah kamera 360 terbaik untuk kegunaan dalam kereta?

TSA 2Ram 360 Bird View Camera System pada RM680 direka khas untuk pandangan sekeliling kereta semasa memandu dan meletak kenderaan, berbeza daripada action camera 360 seperti Insta360 yang untuk merakam video peribadi. Untuk dash cam ringkas, 360 Dash Cam G300H pada RM269 adalah pilihan lebih murah.

Di mana boleh beli kamera 360 secara online di Malaysia?

Semua kamera dalam senarai ini boleh dibeli melalui pautan Shopee Malaysia pada setiap kad produk di atas. Kedai rasmi jenama seperti Insta360 Malaysia Store turut tersedia di Shopee untuk jaminan waranti rasmi.


Artikel Berkaitan