Kesihatan & Kecergasan

5 Jenama Face Mask N95 Terbaik Untuk COVID-19 2026

Topeng muka N95 sesuai digunakan untuk cegah wabak COVID-19. Ketahui perbezaan surgical mask & N95, dan 5 jenis mask N95 terbaik serta harganya.


Editor · Updated 25 Jul 2021

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

5 Jenama Face Mask N95 Terbaik Untuk COVID-19 2026

Kini ramai sudah mula rasa melihat angka kematian dan kes baru COVID-19 semakin meningkat naik walaupun rakyat sudah patuh SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Ditambah pula kini varian Delta sudah berada dalam komuniti masyarakat dimana 100 individu yang dijangkiti oleh varian Delta ini mampu menjangkitkan lebih 800 individu lain.

Kandungan

Jadi, pemakaian pelitup muka kini diperketatkan dengan memakai 2 face mask untuk menutup lubang udara yang boleh masuk ke lubang penafasan.


Isi Kandungan

  • Apa perbezaan mask kain, N95 dan surgical?
  • Senarai topeng yang sesuai sewaktu pandemik Covid-19
  • Langkah memakai topeng N95
  • Tarikh luput dan cara tanggal topeng N95
  • Tarikh luput dan cara tanggal surgical mask
  • Artikel berkaitan

Apa perbezaan mask kain, N95 dan surgical?

Pelitup muka fabrik tidak digalakkan tapi boleh dipakai jika mereka tidak mengalami gejala pernafasan atau berada di kawasan sesak yang berisiko jangkitan COVID-19. Pelitup jenis ini sesuai untuk semua orang.

Manakala, mask N95 direka untuk menjaring partikel udara sekurang-kurangnya 95% yakni bersamaan 0.3 mikron. Jaringan lapisan topeng muka ini sangat efisien malah rekaannya juga melekap baik mengikut pipi dan hidung si pemakai. Malangnya, tidak sesuai untuk masyarakat awam.

Akhir sekali, pelitup muka 3 lapis (surgical mask) jauh beza dengan topeng muka N95 kerana keberkesanannya hanyalah sederhana kerana masih lagi terdapat liang-liang terbuka dibahagian celah hujung topeng.


Senarai topeng yang sesuai sewaktu pandemik Covid-19


1 daripada 5
Cofoe 30 Pcs Kids & Baby 3 Ply Face Masks
Partnership with
Dari RM9.90
Lihat harga di Lazada Malaysia

Saiz kecil sikit berbanding face mask dewasa. Jadi, memang muat saiz muka si kecil berusia 12 tahun ke bawah.

Jangan risau, fungsi sama saja seperti dewasa iaitu mampu menapis zarah berminyak dan tidak berminyak, dapat menapis debu dan zarah walaupun  hanya 2 lapisan. 

2 daripada 5
Cofoe 3 Ply Facemask for Adult
Partnership with
Dari RM25.43
Lihat harga di Lazada Malaysia

Berfungsi sama seperti face mask 3 lapis yang lain dimana boleh menapis zarah kecil, mempunyai besi bahagian atas mask dan perlu dibuang selepas memakainya.

n95
3 daripada 5
N95 Particulate Disposable Respirator (20 pcs)
Partnership with N95
Dari RM94.50
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Face Mask N965 ini dijamin mampu menapis sebanyak 95% zarah kotor di udara. Bahagian getah pula penuh supaya pemakai mudah menyarungnya.

Bahagian penutup pula berbentuk kembung sfera jadi pemakai akan rasa lebih selesa apabila membuat aktiviti dan tidak mudah rasa lemas. productnation

4 daripada 5
Surgical Tie-on Disposable Face Mask 3-Ply (50 pieces)
Partnership with OEM
Dari RM75
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Face mask ikat sering menjadi pilihan gadis berhijab kerana lebih kemas bila pakai. Jangan risau fungsi sama saja dengan face mask yang disarung gelung bahagian telinga.

Tapi untuk face mask jenis ini, anda harus tahu cara pemakaian dengan betul, jika tidak mask tidak akan berfungsi dengan baik.

Cara pemakaian mudah saja, pastikan tali bahagian atas harus diikat atas telinga dan tali bahagian bawah diikat bahagian bawah telinga.

faceshield
5 daripada 5
Anti-Fog Face Shield and Specs Face Shield
Partnership with Face Shield
Dari RM1.40
Lihat harga di Shopee Malaysia

Disebabkan sekarang ni diwajibkan pakai double mask kerana virus COVID-19 sudah semakin mudah tersebar, apa kata pakai perisai wajah perubatan sekali.

Jangan risau, bahagian dahi bukan kabus tapi span lembut yang memberi keselesaan kepada si pemakai. Tebal span digunakan adalah 3cm.

Langkah-langkah Memakai Topeng Muka N95

  • Getah atau tali topeng ini haruslah ketat dan mudah regang. Pastikan juga topeng dalam keadaan baik dan tiada kerosakan.
  • Basuh tangan sebelum memakai topeng menggunakan sabun atau rubbing alcohol.
  • Letakkan topeng pada dagu, hidung diikuti mulut.
  • Kemudian terus tarik tali atas topeng kebahagian belakang kepala melalui atas telinga. Tali bawah pula tarik kebelakang leher.
  • Kemaskan topeng supaya tiada udara bocor dan mengikut keselesaan masing-masing.
  • Kadar maksima memakai topeng ini adalah selama 8 jam dan kekerapan menukar topeng sangat disyorkan.

Tarikh Luput & Cara Menanggal Topeng Muka N95 

  • Tanggal topeng N95 dengan menarik tali bawah dan tali atas tanpa memegang topeng. Buang ke dalam tong sampah.
  • Basuh tangan dengan sabun atau rubbing alcohol.
  • Tarikh luput untuk topeng N95 adalah lima tahun selepas tarikh pembuatan. Anda boleh semak tarikh pembuatan pada kotak atau plastik pembungkusan asal topeng.

Tarikh Luput & Cara Menanggal Surgical Mask

  • Tanggal topeng muka dengan hanya memegang tali topeng. Jangan sesekali terpegang bahagian hadapan. Buang ke dalam tong sampah.
  • Sejurus itu, basuh tangan dengan sabun atau bersama rubbing alkohol.
  • Tarikh luput topeng muka pembedahan adalah 3 tahun selepas tarikh pembuatan.

Tarikh Luput & Cara Menanggal mask kain

  • Selepas menggunakan pelitup muka, tanggalkan dengan memegang gelung pada bahagian telinga.
  • Basuh pelitup muka dengan sabun pencuci atau detergen sekurang-kurangnya sekali sehari. 
  • Sidai di tempat yang panas bukan lembab.
  • Cuci tangan selepas mencuci mask kain.

Artikel berkaitan

Lagi daripada ProductNation